--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Hukum Ambil Ubat Kuat, Harus Atau Haram? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Pernahkah anda melihat iklan berkaitan ubat kuat yang dipaparkan secara meluas di media sosial mahupun laman sesawang?

Realitinya, terdapat sebahagian pasangan suami isteri yang mengambil ubat kuat sama ada atas faktor kesihatan atau bagi membantu meningkatkan keupayaan hubungan suami isteri. 

Namun, tidak kurang juga yang berasa segan untuk mendapatkan penjelasan daripada pakar perubatan atau agamawan berhubung perkara ini.

BACA JUGA: Tenang Dalam Solat Bila Alami Masalah Keputihan, Ini Panduan Agar Tidak Waswas

Menjawab persoalan tersebut, penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus melalui video YouTubenya, menjelaskan bahawa hukum mengambil ubat kuat pada asasnya adalah harus sekiranya ia bertujuan untuk merawat masalah kesihatan atau membantu suami menunaikan tanggungjawab nafkah batin terhadap isteri.

Menurut beliau, Islam tidak melarang umatnya untuk berikhtiar mendapatkan rawatan atau bantuan yang diperlukan, selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat.

Ads

Hukum Ambil Ubat Kuat, Harus Atau Haram? Ini Penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus Official

Namun begitu, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Antaranya, ubat yang digunakan mestilah halal serta suci daripada bahan-bahan yang diharamkan.

Ads

Selain itu, produk yang diambil juga perlu dipastikan selamat untuk digunakan dan mendapat kelulusan pihak berkuasa seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Langkah ini penting bagi mengelakkan risiko kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Dalam masa yang sama, hukum penggunaan ubat kuat boleh berubah menjadi haram sekiranya ubat tersebut mengandungi bahan yang memudaratkan tubuh badan atau berisiko menyebabkan kerosakan kesihatan seperti masalah buah pinggang dan organ-organ lain.

Ads

Begitu juga jika ia digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan syarak, termasuk sebelum perkahwinan atau bagi tujuan maksiat.

Kesimpulannya, pengambilan ubat kuat bukanlah suatu perkara yang dilarang dalam Islam sekiranya ia bertujuan untuk menjaga kesihatan dan keharmonian rumah tangga. Namun, pengguna perlu memastikan produk yang digunakan mematuhi syarak, selamat serta tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri.

Pada masa yang sama, orang ramai disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum mengambil sebarang produk dan mengelakkan pembelian ubat atau suplemen yang tidak diketahui status keselamatan serta kelulusannya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Adab Anak Di Tempat Awam Cerminan Didikan Ibu Bapa, Jangan Sampai...

Jangan jadikan usia anak sebagai alasan mengabaikan hak orang lain. Ketahui mengapa adab di tempat awam perlu diajar dari rumah dan 3 tip praktikal untuk ibu bapa mengawal tingkah laku anak ketika berada di luar.