Penampilan berhijab dan sopan isteri kepada penyanyi dan pelawak, Mark Adam iaitu Norazah Redzuan selepas pulang dari menunaikan ibadah Umrah mendapat perhatian ramai. Nampak manis isteri kesayangan mak ini dengan fesyen pakaian yang menutup aurat. Sejuk mata memandang.
Foto yang menampilkan wanita yang mesra disapa dengan nama Ezan tampil dengan imej terbaharu itu dikongsi oleh Mark menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.
“Alhamdulillah saya bersyukur dan gembira dengan ‘penghijrahan’ isteri. Sejak pakai tudung, dia semakin cantik.”
Itu kata penyanyi dan pelakon, Mark Adam apabila isterinya, Norazah Redzuan, 38, memilih untuk kekal bertudung sekembalinya mereka dari menunaikan ibadah umrah hujung tahun lalu.
Mark, 40, atau nama Islamnya Mark Adam Fikri Abdullah berkata, keputusan itu atas isterinya sendiri tanpa sebarang paksaan.
Ads
MARK PUJI ISTERI CANTIK BERHIJAB
“Perkataan pertama yang keluar dari mulut saya ketika melihat penampilan isteri bertudung adalah cantiknya. Sebab memang cantik dia pakai tudung.
“Sejujurnya, saya suka melihat dia pakai tudung. Sebagai suami, saya sangat gembira. Pada awalnya terkejut juga sebab dia tak ada cakap apa-apa pun. Tetapi ini keputusannya sendiri,” katanya.
Menurutnya, dia berharap isterinya akan terus istiqomah untuk mengenakan tudung.
“Saya perasan, sejak pulang daripada umrah banyak perubahan ditunjukkan pada isteri. Bagi saya ia sesuatu yang bagus.
“Paling penting, setiap keputusan dibuat haruslah istiqomah. Saya juga berdoa semoga hubungan kami ini sentiasa dipelihara dan dalam lindungan Allah SWT,” katanya.
Sumber kredit: Harian Metro dan Instagram Mark Adam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan tentang penampilan berhijab, Lisa Surihani. Sekembalinya daripada mengerjakan umrah, Lisa Surihani tampil berhijab. Ramai peminat berharap dia mengekalkan imej itu.
Sedar mengenai perkara itu, ibu kepada dua anak ini bagaimanapun menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya, terlalu peribadi.
“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.
“Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.
“Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan.
“Ia sangat peribadi…Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” katanya.
FASA BAHARU DALAM KEHIDUPAN
Akur dengan fitrah manusia yang sering diuji, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini mahu menikmati fasa baharu ini perlahan-lahan.
“Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
“Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.
“Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin,” katanya yang hangat diperkatakan selepas foto menghadiri majlis anjuran Snap Inc, viral.
Ibu kepada Yahaira Leanne dan Yusof Leonne ini nampak manis bertudung. Kita doakan moga-moga Lisa Surihani terus istiqomah berhijab.
Hidup dan mati seseorang sudah diatur oleh Allah, tiada sesiapa pun yang mampu menghalangnya. Tidak semua orang berpeluang mendampingi dan terus didampingi oleh orang-orang yang mereka sayangi. Setiap ibu pasti tidak pernah menginginkan ‘ditinggalkan’ oleh anaknya. Namun jika takdir sudah tertulis sedemikian, tiada apa yang mampu menghentikannya.
Betapa berat beban perasaan saat seorang ibu itu menghadapi pemergiaan anaknya. Kesedihan itu mungkin akan hilang seiring berjalannya waktu, tapi ia akan terasa sangat pedih jika ada yang mengingatkannya kembali.
Kasih seorang ibu kepada anaknya tiada yang mampu ditandingi. Sakit ibu yang kehilangan anak lebih berganda sakitnya berbanding seorang anak kehilangan ibunya,
Melalui perkongsian pengguna Twitter, Azim Kamaruzzaman, dia berkongsi kisah tentang kenalan Facebooknya, arwah Aliff Zahid yang telah meninggal dunia. Yang meruntun jiwa ialah apabila ibu arwah rakannya itu telah menggunakan akaun Facebook arwah sebagai cara untuk melepaskan rindu kepada arwah anaknya itu.
This is so heart breaking.. Kenalan di FB meninggal baru2 ni & mak dia gunakan akaun FB tu utk melepas rindu pada anak tersayang.Moga arwah Zahid ditempatkan dikalangan org beriman & ibunya diberi semangat yg kuat. Aku menangis tiap kali tgok mak dia post gambar dgn kata2 rindu..
Zahid…mak dtg ni nak…mak rindu sentuhan Zahid…senyum tawamu anak…Al Fatihah
Betapa tulusnya kasih seorang ibu terhadap seorang anak. Arwah Aliff Zahid merupakan seorang guru di salah sebuah sekolah di Ipoh. Posting dilaman Facebook yang dikemaskini oleh ibu arwah cukup menyentuh perasaan rakan-rakan Facebook arwah.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah…Moga rohnya dicucuri rahmat…aamiin…
Sumber kredit: Tweeter@azim_kzaman)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kucing adalah haiwan peliharaan yang menjadi pilihan ramai pencinta haiwan. Memelihara haiwan berbulu halus ini dipercayai memberikan banyak manfaat salah satunya dapat menghilangkan stres. Melihat gelagat si comel ini membuatkan hati terhibur dan tenang.
Bagi pencinta kucing, detik menghadapi ‘kehilangan’ si comel ini pasti menjadi momen yang menyakitkan apatahlagi jika si comel itu sudah dipelihara lama. Sakitnya seperti menghadapi kehilangan ahli keluarga.
Ada yang berpendapat bahawa si pencinta kucing boleh menemui kucing-kucing kesayangan mereka di syurga. Benarkan pendapat ini?
Bolehkah saya bertemu semula dengan kucing peliharaan kesayangan saya yang telah meninggal dunia di akhirat nanti ?
JAWAPAN:
Sebagai umat Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikan kepada kesemua makhluk. Ia merangkumi berbuat baik kepada manusia sama ada orang Islam atau bukan Islam, demikian juga kita dituntut untuk berbuat baik kepada haiwan. Ini seperti yang diriwayatkan oleh Syaddad bin Aus R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu.
Riwayat Muslim (1955)
Hadis ini jelas dalam menyatakan kewajiban berlaku ihsan kepada setiap makhluk. Kata Syeikh Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’di : ‘’Maka termasuklah antaranya berbuat ihsan kepada kesemua kategori manusia, dan juga kepada haiwan-haiwan. Sehinggakan pada saat ingin menyembelih haiwan juga dituntut (untuk berlaku ihsan)’’. Rujuk Bahjah Qulub Al-Abrar, Al-Sa’di (1/127).
Dari sudut hukum fekah, perkataan كَتَبَ menunjukkan kepada hukum wajib. Ini seperti yang dikatakan oleh Imam Ibn Rajab al-Hanbali: ‘’Lafaz Al-Kitabah membawa hukum wajib di sisi para fuqaha dan usuliyyun, (dan pendapat ini) diperselisihkan oleh sebahagian mereka. Sesungguhnya diketahui pengunaan lafaz al-Kitabah ini di dalam al-Quran terhadap perkara yang wajib dan mesti dibuat”. Rujuk Tafsir Ibn Rajab (1/617).
Justeru apabila kita menyatakan bahawa hukum berbuat ihsan dengan haiwan adalah wajib, maka menyakiti dan berbuat kezaliman kepada haiwan-haiwan tanpa sebarang yang dibenarkan oleh syarak adalah haram hukumnya. Bahkan pengabaian dalam hal ini boleh menyebabkan seseorang itu ditempatkan ke dalam neraka. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah bin ‘Umar R.A. bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
Maksudnya: Seorang perempuan diazab disebabkan seekor kucing yang dia kurung sehingga ia mati kelaparan. Maka wanita tersebut masuk ke dalam neraka disebabkannya.
Beberapa perbuatan zalim yang dilakukan oleh perempuan ini kepada kucing tersebut disebutkan di dalam sambungan hadis di atas iaitu dikatakan kepadanya:
Maksudnya: Kamu tidak memberi makan dan minum kepadanya ketika kamu mengurungnya. Begitu juga kamu tidak melepaskannya sehingga dia boleh makan serangga yang berada di tanah.
Riwayat Al-Bukhari (2365)
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, berkenaan bolehkah seseorang itu bertemu dengan haiwan peliharaannya yang disayangi di akhirat kelak, berikut kami kongsikan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah R.A bahawa beliau berkata:
إن الله يحشر الخلق كلهم، كل دابة وطائر وإنسان، يقول للبهائم والطيركونوا ترابًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak). (Iaitu) setiap haiwan, burung-burung, dan juga manusia. Lalu Allah berkata kepada haiwan-haiwan dan juga burung: ‘’Jadilah kamu tanah’’.
Lihat Tafsir Al-Thabari (24/181)
TIDAK SAMA DENGAN MANUSIA
Meskipun begitu, seperti yang kita ketahui bahawa para penghuni syurga dijanjikan begitu banyak kebaikan dan kenikmatan yang tidak terhitung jumlahnya. Ini disebutkan di dalam begitu banyak nas, antaranya firman Allah S.W.T:
لَهُم مَّا يَشَاءُونَ فِيهَا وَلَدَيْنَا مَزِيدٌ
Maksudnya: Buat mereka (para penghuni syurga) apa sahaja yang mereka mahukan dan di sisi kami ada penambahan (nikmat).
Surah Qaf (35)
Imam Ibn Jarir al-Thabari dalam tafsiran beliau ke atas ayat ini berkata: ‘’Bagi golongan mereka ini yang bertakwa apa sahaja yang mereka mahukan di dalam syurga. Yang mana telah disediakan kepada mereka apa sahaja yang jiwa mereka mahukan serta keindahan-keindahan buat pemandangan mereka’’. Rujuk Al-Jami’ al-Bayan, Ibn Jarir al-Thabari (22/367).
Demikian juga firman Allah S.W.T:
لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُم مَّا يَدَّعُونَ
Maksudnya: Buat mereka (para penghuni syurga) buah-buahan di dalam syurga dan buat mereka apa sahaja yang mereka minta.
Surah Yasin (57)
Kata Imam al-Baghawi: ‘’Bagi mereka (para penghuni syurga) itu apa sahaja yang mereka cita-citakan dan juga apa sahaja yang mereka mahukan’’. Rujuk Tafsir al-Baghawi (7/22).
KESIMPULAN
Setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha dalam memastikan dirinya ditempatkan oleh Allah S.W.T ke dalam syurga melalui amalan soleh di dunia. Seperti yang diketahui, menjaga kebajikan haiwan-haiwan peliharaan adalah termasuk dalam amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.
Justeru, saat seseorang itu berada di syurga kelak sudah pastilah segala kehendak dan kemahuannya akan dituruti sebagai ganjaran dari Allah S.W.T buat dirinya. Inilah yang Allah S.W.T firmankan dengan kata-Nya:
Maksudnya: Di dalamnya (syurga) terdapat perkara-perkara yang menjadi syahwat (kehendak) kepada jiwa dan juga perkara-perkara yang melazatkan pemandangan mata.
Surah Al-Zukhruf (71)
Imam Al-Thabari apabila mensyarahkan ayat ini meletakkan sebuah riwayat bahawa seorang arab badwi bertanya kepada Rasulullah S.A.W:
يا رسول الله إني أحبّ الإبلَ فهل في الجنة إبل فقال يا أعرابيّ إنْ يُدْخِلْكَ اللهُ الجَنَّةَ إنْ شاءَ اللهُ فَفِيها ما اشْتَهَتْ نَفْسُكَ وَلَذَّتْ عَيْنَاك
Maksudnya: ‘’Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mencintai unta. Adakah di syurga nanti ada unta ?’’ Lalu baginda berkata: ‘’Wahai arab badwi, sekiranya Allah memasukkan kamu ke dalam syurga Insha Allah, maka di dalamnya terdapat apa sahaja yang kamu kehendaki dan melazatkan pemandangan matamu”.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.