--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Jika Berlaku Kematian, Apa Perlu Waris Buat? Ini Langkah Penting Urus Jenazah

Baru-baru ini tular satu isu berkaitan pengurusan jenazah yang berlaku dalam masyarakat kita, apabila proses pengebumian terpaksa ditangguhkan hampir sejam gara-gara berlaku pertikaian antara beberapa pihak yang menguruskan jenazah tersebut.

Situasi seperti ini sebenarnya membuka mata ramai pihak bahawa masih ramai dalam kalangan masyarakat kita yang kurang pengetahuan tentang pengurusan jenazah. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan kematian mengejut yang berlaku di rumah.

Hakikatnya, apabila berlaku kematian, waris dan keluarga terdekat memainkan peranan yang sangat penting. Namun, masih ramai yang beranggapan urusan jenazah boleh diserahkan sepenuhnya kepada pihak khairat kematian atau masjid terdekat.

Sedangkan, waris tetap mempunyai tanggungjawab besar dalam memastikan urusan jenazah berjalan dengan lancar, teratur dan tidak berlaku salah faham.

Antara faktor yang sering menyebabkan kekeliruan berlaku ialah kurangnya kesedaran tentang peranan waris dan keluarga. Apabila tiada seorang wakil keluarga yang jelas untuk membuat keputusan, urusan boleh menjadi bertindih dan akhirnya menimbulkan pertikaian.

BACA JUGA: Mengapa Kematian Lemas Atau Tenggelam Dianggap Syahid?

Selain itu, faktor kewangan juga boleh menjadi punca masalah. Ada keluarga yang tidak mempunyai simpanan khas atau tidak mendaftar khairat kematian di kawasan masing-masing. 

Ads

Dalam keadaan panik dan tidak bersedia, ada pihak tertentu yang mungkin mengambil kesempatan atas situasi tersebut.

Bayangkan jika perkara ini berlaku kepada diri sendiri atau ahli keluarga terdekat. Adakah kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam tempoh terdekat?

Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah jangan panik. Sahkan dahulu kematian si mati dengan menghubungi hospital, klinik berdekatan atau talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan dan pengesahan kematian daripada pihak yang berkelayakan.

Sementara menunggu pihak terbabit tiba, ahli keluarga boleh menguruskan fizikal jenazah secara asas dengan penuh adab dan tertib.

Ads

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah meletakkan jenazah menghadap kiblat, menutup mata serta merapatkan mulut jenazah. Selain itu, luruskan sendi-sendi seperti tangan dan kaki sebelum tubuh menjadi kaku.

Keluarga juga boleh meletakkan beban ringan di atas perut jenazah bagi mengelakkan perut kembung akibat angin, kemudian selimutkan jenazah dengan kain bersih.

Selepas mendapatkan slip pengesahan kematian daripada doktor atau pegawai perubatan kecemasan, waris perlu membuat laporan di balai polis terdekat. Laporan ini penting bagi mendapatkan permit pengebumian.

Tanpa permit daripada pihak polis, proses menggali kubur dan pengebumian tidak boleh dilakukan. Sebab itu, waris perlu memastikan dokumen penting ini diperoleh terlebih dahulu sebelum urusan pengebumian diteruskan.

Ads

Seterusnya, permit pengebumian tersebut perlu diserahkan kepada pihak khairat kematian atau masjid bagi membolehkan proses menggali kubur dan pengebumian dijalankan. 

Di kebanyakan kawasan, terutama tanah perkuburan wakaf, urusan menggali kubur hanya dibenarkan dilakukan oleh pihak masjid atau pihak yang diberi kuasa.

Ketika berada di kawasan perkuburan, sebaiknya lantik seorang wakil waris sebagai pengantara antara keluarga dan pihak masjid. Langkah ini penting bagi mengelakkan salah faham, pertindihan arahan atau kekeliruan sepanjang proses pengebumian berlangsung.

Kesimpulannya, ilmu pengurusan jenazah bukan hanya perlu diketahui oleh pihak masjid atau petugas khairat kematian, tetapi juga oleh setiap ahli keluarga. Kematian boleh berlaku pada bila-bila masa dan dalam pelbagai keadaan.

Apabila berlaku kematian, jangan hanya panik, menangis dan tidak tahu apa yang perlu dibuat. Sekurang-kurangnya, ambil tahu langkah asas yang perlu dilakukan agar urusan terakhir insan tersayang dapat berjalan dengan baik dan penuh tertib.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hukum Buat Majlis Kahwin Estetik Ala Barat, Boleh Atau Tidak Dalam...

Budaya perkahwinan moden semakin menjadi pilihan pasangan hari ini. Ketahui pandangan Islam mengenai trend perkahwinan estetik, batas syariat, aurat, pergaulan dan pembaziran.