Pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad, menzahirkan rasa syukur apabila genap sebulan usia cahaya mata ketiganya, Raja Uzayn bin Raja Syahiran, hari ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada Raja Syahiran itu memaklumkan nama Uzayn dipilih dengan penuh makna dan doa.
Menurutnya, nama tersebut diinspirasikan daripada cucu Nabi Muhammad SAW, Husayn ibn Ali, seorang tokoh yang cukup dihormati dan disanjung tinggi dalam sejarah Islam.
Selain itu, nama Uzayn juga membawa maksud ‘kebaikan’ dan ‘keindahan’, selari dengan harapan yang dititipkan buat putera kesayangannya itu.
“Hari ini, genap sebulan usia anakanda ketiga kami, Raja Uzayn bin Raja Syahiran.
Ads
“Nama Uzayn diinspirasikan daripada nama cucu Nabi Muhammad SAW; Husayn ibn Ali, seorang insan yang cukup dihormati dan disanjung tinggi, dan nama yang membawa maksud ‘kebaikan’ dan ‘keindahan’,” kongsinya.
Selain itu, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga memanjatkan doa agar anaknya itu memiliki personaliti selayak dengan nama yang diberikan.
Ads
“Semoga Raja Uzayn menjadi seorang insan yang mempunyai hati yang baik, akhlak yang memuliakan namanya, dan peribadi yang dihormati, disayangi serta disenangi.
“Selamat sebulan, anakandaku Raja Uzayn. Minta doa yang baik-baik dari kalian semua untuk keluarga kecil kami,” akhirinya.
Untuk rekod, Uyaina mendirikan rumah tangga bersama Raja Syahiran Raja Azhari pada 20 Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup itu, pasangan berkenaan sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Raja Urhan dan Raja Zavier, sebelum kehadiran Raja Uzayn yang melengkapkan lagi kebahagiaan keluarga kecil mereka.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Ibu adalah insan yang paling kita sayang di duni ini. Tiada galang gantinya dengan setiap jasa dan pengorbanan yang dicurahkan menjaga kita sejak kecil hingga dewasa. Malah hidup terasa kosong anda ibu sudah tiada lagi di dunia ini.
Begitu juga perkongsian penyampai radio dan pelawak terkenal, Issey Fazlisham yang meluahkan kesedihannya atas kehilangan ibu tersayang melalui segmen video Bongkar bersama team Suria FM. Video ini telah ditonton lebih sejuta warga net.
Bagi pelawak Issey, dia begitu terasa dengan kehilangan ibunya sekitar Julai lalu. Menurutnya sehingga hari ini dia masih belum dapat menerima hakikat kehilangan ibunya itu.
Dua minggu sebelum kehilangannya, ibu Issey ada dimasukkan ke pusat kesihatan untuk menjalani operation kaki. Sebelum itu, dia yang terkejut menerima berita ibunya patah kaki terus bergegas balik menemui insan kesayangannya ini.
Dia sempat menguruskan keperluan untuk masuk ke wad pembedahan dan ketika mahu membawa ke bilik bedah, itu adalah kali terkhirnya dia bertemu ibunya.
“Jumpa dia, salam, peluk cium dan ketika itu dia macam tak mahu lepaskan tangan aku. Ketika itu memang tidak terfikir apa. Seminggu selepas itu dapat tahu dia diserang sakit jantung.
“Bila tahu diserang sakit jantung itu, terus ambil flight balik bertemu dengannya. Sempat tengok dia tapi dalam keadaan tak sedar.
“Apa perasaan melihat emak begitu tapi tak dapat bercakap dengannya. Yang dia tengah fight untuk dirinya sendiri. Lepas itu doktor cakap pada kita, harapan emak tipis.
“Hampir setiap hari dia teks aku tanya balik kerja pukul berapa, kerja lagi tak malam. Tapi sekarang siapa lagi nak teks. Dulu kalau tengah malah stress akan call dia dan dia akan angkat. Sekarang siapa yang aku nak call,” cerita Issey dalam tangisan yang tidak dapat ditahan-tahan.
Menurutnya Issey lagi, selepas ibunya meninggal, dia pegang telefong arwah. Rupanya bila dilihat ibunya itu setiap minggu akan mengundi dirinya ketika menyertai Muzikal Lawak Superstar.
“Dia tak bagi tahu dia undi aku. Setiap kali menjayakan Muzikal Lawak Superstar dia akan tanya giliran ke berapa dan nombor ke berapa. Dan sekarang sapa lagi yang nak teks aku bertanyakan semua benda itu.
“Tapi rasa seronok sebab dapat hantar dia, mandikan dia. Kapankan dia, pakaikan baju baru. Hantar dia sampai kubur. Dulu masa kecik-keci dia nak mandikan aku lari. Tapi bila saat aku mandikan dia, dia tak bergerak pun. Masa kecik berperang dia nak mandikan kita, sampai tarik baju.
“Masa itu kau rasa macm menyesalnya lawan dia dulu, meneking dengannya, menyesalnya tak call. Tapi sekarang tak boleh buat apa sebab dia dah tak ada. Benda yang aku tak akan dapat lagi, doa seorang ibu,” ujarnya yang turut mengingatkan kepada mereka yang masih ada ibu, luangkan masa untuk balik menjenguk mereka.
Issey turut memberitahu dia paling rindukan kiriman mesej daripada ibunya kerana sewaktu ibunya sakit pun dia tetap menghantar kiriman teks padanya. Dia yang kadang-kadang disebabkan terlalu sibuk hingga terlupa untuk membalas kiriman teks ibunya berkenaan.
Kejayaan seseorang itu tidak datang bergolek. Ada antara insan istimewa yang mendokong kepada perjalanan menuju puncak jaya. Jadi tidak salahnya meraikan hari istimewa ini bersama insan tersayang ini.
Seperti perkongsian gadis manis, Aliah Natassya ini yang baru sahaja meraikan majlis konvokesyen di Universiti Al-Azhar Mesir. Tidak ditemani ibu dan ayah, tetapi meraikan hari bersejarah ini bersama nenek tersayang.
Dia juga turut memberitahu walaupun mendapat keputusan yang biasa dalam SPM dan STAM, namun berusaha untuk menempatkan diri di Universiti Al-Azhar. Dan selama empat tahun berada di perantauan, bumi Mesir banyak mengajarnya erti kehidupan sebenar.
Ayuh, kita ikuti perkongsiannya yang cukup menyentuh hati.
Officially graduated | 10102019 | Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiah, Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Uni Al Azhar
Alhamdulillah Syukur tak terhingga pada Allah. Selawat dan salam ke atas Baginda Nabi Muhammad saw. Atas ujian dan nikmat yang saling bersulam sepanjang 4tahun lebih di bumi kinanah. Banyak bumi Mesir mengajar, mendidik diri, mengenal tarbiyyah, mengejutkan dari lena panjang dan angan yang sia sia
Jutaan terima kasih dan sayang pada keluarga tercinta, disebalik semua ini, tidak langsung mendefinisikan saya, atas ape yang Allah dah beri, semua menceritakan siapa disebalik semua kejayaan ini, tulang belakang, pemberi semangat, yang mendoakan siang malam.. terima kasih arwah atok, nenek, umi, abah, apak, acu, adik beradik dan keluarga terdekat.. segala air mata senyum tawa, beriringan dengan doa kalian. Alhamdulillah.. moga Allah ganjari
Terima kasih buat akhowat ISMA MESIR, dari awal datang sampai akhir, banyak membantu, memberi nasihat, tunjuk ajar, sama sama dalam gerabak. Moga Allah ganjari. Buat sahabat handai di Malaysia dan Mesir, guru guru yang pernah mendidik, para asatizah, dakatir kuliah, para masyaeikh, jiran tetangga di Malaysia dan Mesir, housemate, exhousemate, kawan kawan kuliah, kawan kawan batch, kenalan di mana mana, kenalan di medsos, kenalan secara langsung atau tidak dan semua yang sentiasa mendoakan Aliah. Terima kasih banyak banyaaaaak. Moga redha dan kasih sayang Allah sentiasa mengalir buat kalian :’)
Bukan ijazah yang menjadi keutamaan dan objek utama, akan tetapi amanah dan tanggungjawab sebagai duat, duta Islam, tempat rujukan masyarakat, sebagai Azhariyah, sebagai orang yang terpikul ilmu untuk disampaikan dan diamalkan.. moga moga Allah permudahkan dan buka jalan amal : )
Belajar adalah proses yang tiada titik noktahnya. Minal mahdi ilal lahdi. Doakan untuk stage yang seterusnya dalam proses ini. Moga moga ada ruang dan peluang. Doakan saya beramal dengan segala ilmu.
Teringat saat awal di Mesir, terasa lama sekali untuk menghabiskan perjuangan yang entah bila pengakhirannya. Alhamdulillah.. Allah beri juga sinar untuk berjaya walaupun masa spm drop. Stam cukup cukup makan. Tapi sebab azam kuat, berkat doa orang sekeliling.. sangaaat Allah mudahkan, walaupun in between 4tahun ni, macam macam kehilangan :” berita sedih, gaduh baik yang berlaku..
Terima kasih Nek, sebab ada waktu hari yaya konvo. Walaupun nenek sakit sakit kaki, gagahkan juga datang :” terima kasih atas segalanya. Sampai Malaysia terus demam. Atas kelelahan nenek, moga Allah ganjari syurga buatmu Nek :””
Terima kasih kawan kawan, housemate, bagi surprise, hadiah, ucapan tahniah, yang mendoakan, yang banyak tolong kemaskan barang nak bfg moga kejayaan dunia akhirat untuk korang
Jadikan kami, orang orang yang beramal dengan ilmu yang betul dan jadikan kami, ahlul Quran. Kejayaan kita hari ini, bukan untuk kita, tapi untuk Ummat. Buat sungguh sungguh, khidmat sungguh sungguh. Moga nanti, akhirnya.. cuma dua, hidup mulia atau mati syahid
Jazakumullah atas doa, nasihat dan sokongan.. terus doakan saya..
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Allah gantikan sesuatu yang lebih baik. ‘Abang panda tahu dia salah, sabar & diam saja tak meluah di Facebook (FB).’ Mungkin dia sedih dan kecewa, tapi dia memilih untuk diamkan diri.
Bila kita tahu kita telah melakukan kesalahan, mana mungkin kita mahu menyalak lagi. Begitulah ciri-ciri orang baik, yang salah tetap salah. Ikuti perkongsian Puan Suryani Yaakob dan hadam baik-baik apa yang disampaikan.
Ada orang. Dia macam abang yang ambil video brader (brother) food panda ini. Mesti masa dia ambil itu hati dia sedih benar tengok brader ni kena jalan kaki hendak siapkan kerja dia hantar order. Kasihan agaknya hati dia tengok nasib brader ni. Dia orang baik.
Ada orang. Dia nampak story brader ni. Dia pun sedih sama. Dalam zaman keras macam ini dia tahu cari rezeki itu susah. Bila ada kerja kena jaga. Teruk pun kena buat juga. Orang itu pun orang baik.
Ada orang. Terus cari. Macam Aisar. Dia tidak sampai hati. Dia tahu susah. Dia tahu kalau sudah tidak ada motor macam mana hendak buat kerja.
Sudahlah kerja kena hantar makan. Kena lah ada kenderaan. Dia tak tunggu. Ada duit. Buat tindakan. Aisar sudah tentulah baik juga.
Ada orang. Dia cuma buat kerja dia. Dia pun terpaksa. Dia kena buat, sudah itu tanggungjawab dia. Tak buat kerja betul pun nanti jadi masalah pula. Walau keras tapi untuk kebaikan orang itu juga. Sudah tentulah orang macam ini. Baik juga.
Ada orang. Macam brader food panda ini. Dia cakap dia tahu salah dia sendiri. Tak bayar road tax. Sudah salah kena terima. Dia tak salahkan sesiapa.
Dia tak cakap buruk pasal orang yang lain. Dia tak post cerita sedih dia dekat FB (Facebook). Dia sudah tidak ada arah sangat. Dia diam-diam pergi. Dia pun pasti. Orang yang baik.
Begitu orang baik. Allah uji. Kemudian Allah bantu. Sebab sabar Allah gantikan dengan benda lain yang lebih baik. Sebab sabar Allah hantar bantuan dari jalan-jalan yang tak diduga. Sebab sabar ada saja rezeki Allah hantar dari mana-mana.
Dalam hidup ini. Orang nak buat apa. Dia boleh buat ikut suka dia. Tapi Allah kata sabar. Jangan risau. Jangan gaduh. AKU ada. Sungguh.
Sikit pun tak terjejas rezeki kita. Cepat atau lambat saja bantuan tiba. Tetaplah jadi baik sebagai manusia. Bila kita baik. Allah akan baik lebih lagi pada kita.’
Tidur tanpa seurat benang sering dikaitkan dengan gangguan jin, tetapi adakah ia benar menurut Islam? Ketahui penjelasan berdasarkan dalil serta amalan sunnah sebelum tidur.