--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Daging Korban Dibahagi Tidak Sama Rata, Ini Penjelasan Mufti

Setiap kali tiba musim Aidiladha, antara ibadah yang paling dinantikan umat Islam ialah ibadah korban. Selepas selesai proses penyembelihan haiwan korban, tibalah pula masa untuk menguruskan pembahagian daging kepada pihak-pihak yang berhak menerimanya.

Namun dalam proses agihan ini, kadangkala berlaku kekeliruan. Ada kemungkinan tukang potong atau pihak yang menguruskan daging tersilap menimbang, menyebabkan ada bahagian yang terlebih atau terkurang. 

BACA JUGA: Kelebihan Hari Arafah, Hari Terbaik Untuk Berdoa Dan Mohon Keampunan Allah SWT

Ada juga keadaan apabila pihak pengurusan mahu melebihkan sedikit agihan kepada fakir miskin kerana golongan ini lebih memerlukan.

Persoalannya, adakah pembahagian daging korban mesti dibuat sama rata? Dan adakah sah ibadah korban jika fakir miskin menerima bahagian yang lebih banyak?

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Kauthar, ayat 2:

Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban sebagai bersyukur.”

Menurut penjelasan Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, ibadah korban disyariatkan kepada golongan yang berkemampuan. Dalam mazhab Syafi‘i, hukum melaksanakan ibadah korban ialah sunat muakkad bagi Muslim yang berkemampuan. 

Ads

Daging korban juga wajib disedekahkan sebahagiannya kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam.

Bagi haiwan korban seperti lembu dan unta, seekor haiwan boleh dikongsi oleh tujuh orang peserta. Ini bermaksud setiap peserta mempunyai satu bahagian, iaitu satu pertujuh daripada keseluruhan haiwan tersebut.

Dalam hal pembahagian bahagian korban bagi peserta yang berkongsi lembu atau unta, bahagian setiap peserta hendaklah ditentukan secara sama rata. 

Ini kerana kadar satu pertujuh itu merupakan kadar minimum yang memadai untuk satu bahagian korban. Jika ada peserta menerima kurang daripada satu per tujuh, maka bahagiannya dikhuatiri tidak mencukupi sebagai bahagian korban.

Ads

Keadaan ini berbeza dengan agihan daging selepas bahagian setiap peserta sudah ditetapkan. Setelah bahagian korban masing-masing sempurna, peserta boleh mengagihkan daging tersebut mengikut kaedah yang dibenarkan syarak.

Secara umum, pembahagian yang sering diamalkan ialah satu pertiga untuk orang yang melakukan korban dan ahli keluarganya, satu pertiga untuk fakir miskin dan satu pertiga lagi sebagai hadiah kepada jiran, saudara-mara atau kenalan.

Seseorang yang melakukan korban sunat, disunatkan memakan sebahagian daripada daging korban tersebut. Namun, harus juga untuk dia mengagihkan keseluruhan daging korban itu kepada orang lain.

Malah, cara yang lebih afdhal bagi korban sunat adalah dengan menyedekahkan sebahagian besar daging korban tersebut dan hanya memakan sedikit daripadanya sekadar mengambil berkat. 

Ads

Hal ini kerana sedekah daging korban dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mendidik jiwa agar tidak mementingkan diri sendiri.

Justeru, sekiranya daging korban diberikan lebih kepada fakir miskin selepas bahagian peserta ditentukan dengan sempurna, ia dibolehkan dan lebih baik kerana golongan tersebut lebih memerlukan. 

Yang penting, bahagian asas bagi setiap peserta korban dalam seekor lembu atau unta tidak dikurangkan daripada kadar satu pertujuh.

Dalam pada masa yang sama, perlu dibezakan antara korban sunat dan korban nazar. Jika korban itu merupakan korban nazar atau korban wajib, maka orang yang bernazar wajib menyedekahkan keseluruhan daging korban tersebut kepada fakir miskin dan tidak boleh mengambil sebahagian daripadanya untuk dimakan.

Kesimpulannya, pembahagian bahagian peserta bagi daging korban hendaklah dibuat sama rata. Semoga ibadah korban yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi tanda syukur serta keikhlasan kita dalam mendekatkan diri kepada-Nya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Kelebihan Hari Arafah, Hari Terbaik Untuk Berdoa Dan Mohon Keampunan Allah...

Hari Arafah adalah hari terbaik untuk berdoa, memohon keampunan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ketahui kelebihan serta amalan sunat yang digalakkan pada Hari Arafah.Hari Arafah, Zulhijjah, Doa Mustajab, Keampunan Allah, Ibadah Haji