Tunaikan haji guna wang pampasan takaful boleh jadi dari anak yang meninggal akibat kemalangan atau pasangan yang sakit dan sebagainya. Dalam hal ini apa hukumnya?
Persoalan ini dibangkitkan dalam soal jawab di laman web Maktabah Al-Bakri. Berikut adalah penjelasan yang diberikan oleh Datuk Dr Zulkifli Al Bakri yang juga bekas mufti Wilayah Persekutuan mengenai perkara tersebut.
Katanya sebagai seorang Muslim, Allah SWT mewajibkan ke atas setiap hamba-hamba-Nya untuk mencari rezeki daripada sumber yang halal dan baik serta sentiasa bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan kepada mereka.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah.”
(Surah al-Baqarah: 172)
Ads
Ibn Kathir berkata:
“Ayat ini jelas menunjukkan perintah Allah SWT kepada hamba-Nya yang beriman agar memakan makanan yang baik (halal) daripada apa yang telah Allah SWT rezekikan kepada mereka. Selain itu, mereka juga perlu bersyukur kepada Allah SWT di atas kurniaan tersebut jika benar mereka itu adalah hamba Allah SWT. (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 1/480)
Hukum tunai haji guna wang pampasan takaful
Takaful ialah pelan perlindungan berdasarkan prinsip syariah. Setiap pemegang polisi akan mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru‘).
Pemegang polisi akan menandatangani satu akad bagi membolehkan mereka menjadi peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang telah ditetapkan.
Ads
Merujuk kepada persoalan di atas, wang yang diperolehi daripada syarikat takaful tersebut adalah hasil daripada kumpulan wang tabarru‘ daripada peserta-peserta.
Justeru, wang tabarru‘ tersebut adalah dibolehkan dan halal untuk dipergunakan dalam kehidupan seharian termasuklah dalam isu kos perbelanjaan untuk pelaksanaan ibadah haji.
Maksudnya: “Asal bagi sesuatu perkara itu adalah harus sehinggalah ada dalil yang menunjukkan kepada pengharaman.”
Kami berpandangan bahawa, dibolehkan untuk menggunakan wang pampasan takaful dalam melaksanakan ibadah haji. Hal ini kerana wang pampasan takaful itu juga adalah termasuk daripada sumber yang halal. Justeru, penggunaannya di dalam melaksanakan ibadah haji turut dibolehkan.
Tugas mendidik dan menjaga anak-anak itu terletak di bahu kedua ibu bapa. Mereka inilah insan yang bakal mencorak masa depan anak-anak sama ada mahu menjadi insan berjaya atau sebaliknya.
Dan sememangnya tugas ini bukanlah mudah. Banyak masa perlu dikorbankan untuk
memastikan mereka menjadi khalifah Allah yang diredainya di muka bumi ini.
Melalui satu perkongsian di Harian Metro di mana pasangan suami isteri, Hussin Ismail, 65 tahun dan Rosmunainah Asmuni, 65 tahun telah dikurniakan sembilan orang anak dan kesemuanya adalah hafiz al-Quran.
Menurut pasangan ini yang berasal dari Kampung Tebakang Bukit Payong Terengganu memberitahu telah mendidik anak-anak mereka dengan menghafal kitab suci itu dari kecil lagi.
“Saya dan suami mendidik semua sembilan anak menjadi hafiz pada usia muda dan kemudian turut cemerlang dalam bidang lain.
“Al-Quran itu bukan diturunkan kepada orang cerdik atau genius saja, tetapi mukjizat kepada semua. Bermakna orang biasa juga boleh menjadi hafiz dan hafizah, asalkan ada keinginan.
“Malah, selepas bergelar hafiz, lebih mudah untuk menghadam ilmu lain dengan lebih cepat berbanding orang biasa dan tidak keterlaluan jika dikatakan, ia kunci untuk menjadi seorang genius,” katanya ketika ditemui di Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) di Kampung Tebakang, Bukit Payong di sini.
Menurut Rosmunainah, ibu kepada sembilan tahfuz ini berkata dia dan suami tidak mengamalkan petua atau ritual tertentu, cuma menjaga makan dan minum anak-anaknya.
Semua sembilan anaknya terdiri daripada Siti Nuur Izzati, 38, kini menjadi pengurus di Maahad Tahfiz Al-Nursi, Shah Alam; Mohd Saifullah, 37, (Ketua Eksekutif Akmal); Mohd Fakhrurrazi, 35, (bekas peserta program Imam Muda musim ke-2 dan penyelia pentadbiran Akmal di Shah Alam); Siti Fatimatuzzahra, 33, (pensyarah di Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor); Siti Nuur Nazifah, 31, (guru tahfiz ulul albab); Mohd Iqbal, 29, (penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Zulqornain, 26, (Timbalan penyelia pentadbiran Akmal Bukit Payong); Mohd Khidhir, 23, dan Mohd Danial, 21, kedua-duanya masih menuntut di Universiti Antarabangsa Afrika, Sudan.
Menurut , kejayaan mendidik sembilan anak bergelar hafiz membuatkan dia semakin bersemangat berkongsi kaedah dengan orang lain.
Daripada situ katanya, timbul idea untuk mewujudkan Akademi Al-Quran Amalillah (Akmal) yang kini mempunyai 80 pelajar dengan lebih 70 peratus daripada mereka menghafal 30 juzuk al-Quran dalam masa setahun.
“Kami menggunakan kaedah fast track iaitu revolusi hafazan al-Quran dalam tempoh setahun. Ia membabitkan pengurusan masa, suasana, makan minum dan kesediaan diri pelajar serta guru untuk mengajar,” katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam menghadapi situasi penularan wabak koronavirus COVID-19 ini pelbagai situasi boleh kita lihat.
Bagaimana melihat sikap sesetengah rakyat Malaysia yang panik hingga menyebabkan memborong barangan keperluan harian dengan banyak di kebanyakan pasaraya.
Semalam Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan seluruh negara sehingga akhir Mac ini. Walau bagaimanapun ada sesetengah Jabatan/Syarikat perlu beroperasi seperti biasa misalnya sektor perbankan.
Dalam hal ini kita sepatutnya berterima kasih kepada petugas keshatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang mana bertungkus lumus bekerja dari hari pertama masalah ini dikenal pasti hinggalah sekarang.
Melalui satu posting di laman sosial Facebook, seorang wanita Faiqah Nastasha yang merupakan petugas di KKM membuat satu status yang agak melucukan.
Menurutnya walaupun sedang memakai pakaian dikhaskan untuk petugas, namun dia masih mencari senyuman disebaliknya.
Mereka perlu memakai pakaian ini bila berhadapan dengan pesakit COVID, masuk isolasi room juga kena pakai. Sebaik keluar kena tanggalkan pakaian berkenaan dan buang terus.
Selepas itu perlu mandi dan dirinya sudah melebihi 5 kali mandi. Apatah lagi dia seorang ibu yang masih menyusukan anaknya baru berusia 5 bulan dan perlu memberi susu setiap empat jam.
Kedaanya yang kerap mandi menyebabkan ibu ini tidak sempat untuk berdandan sebaliknya hanya menyisir rambat seadanya kerana tidak sempat mengeringkan rambut walaupun ada pengering rambut.
Menurut katanya lagi rupa dia sudah seperti maskot sebuah restoran makanan segera. Walaupun begitu, dia tetap rasa yakin untuk berhadapan dengan semua ini.
Malah sebaik sampai rumah, apabila melihat rambutnya yang begitu, suaminya tetap memberikan pelukan dan berkata ‘walau botak macam mana pun, tetap sayangkan dirinya’.
Ternyata pengorbannnya wanita ini yang merupakan salah seorang petugas di KKM wajar dipuji.
Biarpun berdepan dengan situasi itu setiap hari tetapi tetap mampu tersenyum walaupun berselindung dibalik pakaian berkenaan.
This is me. Trying to find somethg to smile in this frustratingly dire pandemic.
We hv to wear this PPE when in contact with patient COVID. Masok isolation room kena pakai. Kuar iso room cabut n buang. Then terus mandi. Now hari ni je dah lebih 5kali mandi, sebab i still EBM. I have a 5 months old, still breastfeeding baby kat rumah. So im super paranoid and thus mandi everytime sebelum my 4 hourly EBM. Can imagine?
So out of frustration, i grab a pair of scissor and chop my hair off. Why? Sebab tak sempat nak kering despite ada hair dryer. Its horrible and i look like Ronald McDonald. But i hv awesome self confidence to pull it off.
Balik rumah, khairi saw my hair. He pulled me close, give me a hug and said, “You botak macam mana pun, i tetap sayang u.” In front of Haris and Nayla.
Minutes later, time tengah pakai kan baju Haris, he said, “Rambut mummy silly! Tapi mummy cantik. Tapi Haris sayang mummy.”
‘Beza umur hampir 20 tahun.’ Lelaki ini tidak kekok isteri lebih berusia, terima jodoh ketentuan Allah. Benarlah bila kita ikhlas menerima pasangan kita seadanya, bab umur bukanlah satu masalah besar.
Malahan bagi dua lelaki ini, usia hanyalah angka dan paling penting adalah kasih sayang serta sifat saling memahami antara satu sama lain.
Atas faktor itulah menjadikan dua pemuda berusia 24 dan 28 tahun ini tidak kekok memperisterikan wanita yang jauh lebih tua daripada mereka yang masing-masing berusia 46 dan 38 tahun.
Mereka enggan mengambil pusing mengenai tanggapan orang sekeliling dan bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Sebelum itu, impian Muhammad Hakim Hanif Rosli untuk berumah tangga pernah berkecai selepas putus tunang tahun lalu.
Meskipun perit, Muhammad Hakim, 24, yang kini menetap di Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan, tidak menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi.
Ditakdirkan pemuda itu berkenalan dengan Haslinda Haron, 46, menerusi aplikasi WeChat, Disember lalu.
Perkenalan tidak sampai 24 jam itu membuahkan bibit cinta hingga meyakinkan Muhammad Hakim untuk menyunting Haslinda sebagai suri hidupnya walaupun wanita berkenaan adalah ibu kepada lapan anak dan nenek dua cucu.
Bagi Muhammad Hakim, umur hanya sekadar angka kerana apa yang lebih penting, dia dan isteri menyayangi satu sama lain.
“Saya pernah menjalin hubungan dengan perempuan sebaya dan yang lebih muda.
“Bagaimanapun hubungan itu tidak berpanjangan dan saya pernah merancang berkahwin sebelum Aidiladha tahun lalu.
“Hasrat itu tidak kesampaian apabila putus tunang dan selepas beberapa bulan, Allah temukan saya dengan isteri.
“Kami kenal tidak lama iaitu kurang dua bulan dan sah menjadi suami isteri pada 17 Februari lalu,” katanya.
Menurutnya, salah satu perkara yang membuatkannya tertarik dengan Haslinda adalah kerana isterinya pandai berjenaka.
Katanya, Haslinda juga tidak kisah menerima dirinya yang hanya bekerja kampung dan dia bersyukur kerana mendapat restu keluarga untuk berkahwin.
“Keluarga okay, tiada halangan cuma mereka ada menasihatkan saya untuk berfikir sehabis baik kerana enggan saya terburu-buru dalam soal perkahwinan.
“Lagipun saya anak sulung daripada lima beradik, jadi mungkin sebab itu keluarga mahu saya fikir masak-masak sebelum buat keputusan namun hati saya mengatakan isteri orangnya (pilihan tepat) ketika itu.
“Saya tidak kisah soal umur kerana apa lebih penting dapat pasangan yang jujur, ikhlas dan setia.
“Cuma ada yang mengatakan isteri tanggung saya kerana dia bekerja tetap namun saya abaikan sahaja,” katanya.
Sementara itu, jelas Haslinda yang bekerja sebagai guru tadika, perkahwinannya sebelum ini bertahan 22 tahun sebelum dia dan bekas suami sepakat membawa haluan masing-masing pada 2018.
Katanya, jurang umur lebih dua dekad juga bukan halangan walaupun dia tiada pengalaman dengan pasangan lebih muda sebelum ini.
“Tempoh perkenalan kami singkat sangat kerana hari ini kenal, esok jumpa dan terus suami bawa berjumpa keluarganya.
“Mujur ibu bapanya terima saya dan keluarga. Anak-anak juga tiada masalah, malah mereka terima keputusan saya.
“Walaupun suami jauh lebih muda, dia amat bertanggungjawab dan penyayang orangnya. Sakit demam saya, dia jaga dan saya berasa bahagia dapat suami sepertinya.
“Saya doa kepada Allah supaya panjangkan jodoh dengan suami sampai saya tutup mata,” katanya.
Bukan hanya Muhammad Hakim dan pasangannya, Muhammad Amirul Suhanan dan Emmayuza Yusof juga antara pasangan suami isteri yang mempunyai jurang umur yang jauh. Awalnya hubungan pasangan ini tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.
Beza umur juga menyebabkan Muhammad Amirul, 28, lebih selesa memanggil Emmayuza, 38, kakak sebagai tanda hormat.
Kini panggilan kakak bertukar sayang dan semuanya selepas Muhammad Amirul serta Emmayuza diijabkabulkan menjadi suami isteri pada 27 Februari lalu.
Perkahwinan mereka bersandarkan rasa cinta dan buktinya, Muhammad Amirul sedia menerima Emmayuza dan empat anak hasil perkahwinannya terdahulu.
Manakala Emmayuza pula sanggup menerima lamaran Muhammad Amirul yang 10 tahun lebih muda daripadanya.
Berkongsi detik awal pertemuan mereka, terang Muhammad Amirul, dia dan isteri dahulunya bekerja di sebuah pasar raya yang sama.
“Saya kerja di bahagian khidmat pelanggan manakala isteri pula sebagai ketua juruwang.
“Memandangkan kami satu tempat kerja, maka saya selalu sangat mengusiknya dan berasa kosong apabila dia tidak datang serta tiada di depan mata.
“Kiranya hari saya tidak sempurna kalau tidak mengusiknya. Isteri juga ambil berat terhadap saya kerana jika tidak datang, dia akan tanya kenapa, jadi daripada situ timbul perasaan sayang antara kami,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, dia tiada pengalaman menjalin hubungan dengan wanita lebih berusia sebelum berumah tangga.
“Bagaimanapun itu yang dinamakan jodoh, jadi saya terima sahaja ketentuan-Nya.
“Cuma biasalah emak dan ayah ada tanya saya adakah sudah betul-betul bersedia ketika saya beritahu mereka hasrat untuk berkahwin dengan isteri.
“Bukan kerana mereka tidak izinkan, cuma mahukan kepastian yang saya sudah bersedia jadi suami dan saya sendiri tahu bukan mudah jaga ‘anak orang’ tambahan isteri sudah ada empat anak.
“Tetapi saya percaya rezeki Allah itu luas, jadi saya cuba usaha sehabis baik, doa dan yakin pada-Nya,” katanya yang tidak pernah menerima sindiran termasuk daripada rakan kerana memilih wanita lebih berusia sebagai isteri.
Sementara itu, kongsi Emmayuza, dia tidak pernah terfikir untuk mendapat ‘pucuk muda’.
“Dulu saya pernah katakan tidak ingin (kahwin lelaki muda), tetapi akhirnya itu yang saya dapat.
“Suami dulu suka usik dan keletahnya itu yang membuatkan saya selesa hingga akhirnya jatuh cinta.
“Lagipun raut wajahnya lembut dan dia juga baik orangnya,” katanya yang kini giat menjalankan perniagaan dalam talian.
Akhiri Emmayuza, keluarganya tidak membantah keputusannya malah memberi restu kepadanya untuk berkahwin lagi walaupun dengan pasangan lebih muda.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.