
Tidak dinafikan sejak PKP lalu semakin ramai yang melakukan hobi menanam pokok, sama ada pokok hiasan atau buahan.
Tidak salah berbudi pada ranah, kerana hasilnya yang menanti boleh membuat anda tersenyum sampai telinga.
Namun sebelum melakukan aktiviti menanam pokok itu, apa kata kita berdoa dulu agar tumbuhan yang tumbuh nanti hidup subur berkat tangan anda yang menanamnya.
Seperti perkongsian di laman sosial Facebook Muhammad Daniyall, memberitahu sepotong doa yang diajar ketika menanam pokok.
Artikel Berkaitan: Pokok Lidah Jin Ini Memang Cantik Jadi Hiasan Dalam Rumah, Tapi Ini Bahaya Menakutkan Ramai Tak Tahu
Ayatnya sangat pendek dan boleh diamalkan bila-bila masa ketika minat menanam pokok semakin membara dalam diri.
Semoga tanaman berkenaan akah hidup subur dan mengeluarkan hasil yang barokah dengan izinNya. Juga diingatkan untuk banyakkan berselawat ketika bercucuk tanam ini.
Nak share satu amalan doa sebelum tanam pokok. Iaitu doa tanam pokok yang diajarkan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji Salleh Sik.
Moga-moga tanaman yang kita tanam akan hidup subur dan mengeluarkan hasil yang barokah dengan izin Allah SWT. Baca 3 kali doanya sebelum tanam pokok:

سُبْحَانَ الوَارِثُ البَاعِثُ
“Maha Suci Allah yg Maha Mewariskan lagi Maha Membangkitkan.”
Dan juga banyakkan selawat ketika bertanam
Pokok kurma ajwa berusia 2 tahun lebih dan pokok buah zaitun
Kashoorga: Untuk menyediakan pelbagai barangan berkebun, klik di sini
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Dugaan Suami Isteri Bila Duit Tak Cukup. Ingatlah Hanya Taqwa Mampu Atasinya

Masalah kewangan kerap kali menjadi konflik suami isteri, malah hingga membawa kepada perceraian juga.
Namun sedarlah kita bahawa ketika ujian ini melanda suami isteri Tuhan sedang menduga kita untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaqwaan kita terhadapNya.

Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini pastinya akan memberi kita kesedaran betapa kita ini hanyalah hambaNya yang lemah.
Hanya dengan Taqwa mampu memberi ketenangan berpanjangan dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini.
Dugaan Buat Suami Isteri, Duit Tak Cukup, Emosi Tak Stabil, Orang Ketiga, Tekanan Keluarga.
Semua yang telah melalui fasa hidup berumahtangga pasti mengharapkan kebahagiaan berpanjangan. Sebelum berkahwin siap buat ‘agreement’ supaya apapun yang melanda kita akan hidup semati.
Lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki. Begitulah indahnya hidup bila bersuami isteri.
Namun hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya mudah, pasti ada Mehnah.
Satu persatu dugaan datang melanda:
– Duit tak berapa nak ada.
– Emosi mula tak stabil sebab kena buang kerja.
– Pasangan mula buat perangai mengada-ngada.
– Diganggu oleh orang ketiga.
– Dipandang hina oleh ahli keluarga.
Dan macam-macam lagi mehnah menerpa.
Ada yang tak tahan, akhirnya kecundang dengan perceraian. Ada yang bertahan Alhamdulillah berkat keyakinan dengan Tuhan.
Saudara-saudari,
Bukan kita saja yang diuji, semua orang ada ujiannya. Kita lihat dia bahagia, tapi kita tak tahu apa ujian yang sedang dilaluinya. Nampak dia tenang sebab dia melihat ujian itu kecil baginya. Masih ada jalan keluar kerana Allah berjanji akan ada jalan keluar bagi mereka yang BERTAQWA.

Orang bertaqwa melihat ujian itu kecil KERANA DIA SEDAR YANG ALLAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA UJIAN YANG SEDANG DILALUINYA!
Hassan Adli
Jadikanku Hamba Bertaqwa, amiin
Kredit Foto: Instagram Imam Muda Hassan
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suami Sekarang Tak Mampu Solat & Belajar Agama Di Masjid, Akibatnya Anak Isteri Tidak Memahami Agama

Isi Kandungan
ToggleSuami sekarang tak mampu solat dan belajar agama di masjid, akibatnya anak isteri tidak memahami agama sehingga hilang suasana ‘madrasah’ dalam rumah.
Jika dahulu, para suami mencari masa untuk solat berjemaah dan mendalami agama di masjid tapi sekarang jarang sekali. Tidak dinafikan kesibukan membataskan segalanya.
Artikel Berkaitan:
Zaman Sekarang Isteri Bekerja Untuk Bantu Suami,Tapi Bolehkah Suami MAKAN Duit Isteri
Suami Sekarang
Hingga tanpa sedar, rumah tangga yang kita idamkan bertukar suasana. Rumah yang sepatutnya dihiasi dengan bacaan Al-Quran kita hanya ada muzik yang kuat lagi melalaikan.
Ikuti perkongsian Ustaz Khann Da’ie Khann dan hadam baik-baik apa yang dimaksudkan dengan suasana “madrasah’.
Tak Mampu Solat
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah ‘tiga suasana’ di rumah-rumah di seluruh dunia:
1) Suasana ‘pawagam’
TV dan audio yang besar-besar, karaoke, video games. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di televiyen.
Menangis bila tengok drama-drama, ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas-pentas.
Belajar Agama Di Masjid
2) Suasana ‘hotel’
Rumah yang dihias mewah-mewah seperti hotel, berhawa dingin. Sentiasa tukar sofa baru, tilam-tilam mewah, bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
3) Suasana ‘restoran’
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah setiap saat dalam kekenyangan.
Fikiran hanya fikir makan dan minum saja, fikir untuk penuhkan perut, peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Akibatnya Anak Isteri
Kita perlu berubah kepada ‘kefahaman agama’ agar suasana rumah berubah.
Suasana rumah seperti rumah baginda Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya di Madinah tidak wujud lagi iaitu suasana rumah seperti madrasah.
Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah.
Kemudian, hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah.
Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah. Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis, maka Allah turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Keluarga hidup bahagia.
Tidak Memahami Agama
Lahirkan anak-anak alim-alimah, hafiz-hafizah dan daie- daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.
Suasana ini yang perlu kita wujudkan dalam rumah kita. Hari ini anak-anak kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis serta macam-macam lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang.
Belajar tak pandai-pandai, rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.
Hidup Dalam Bersederhana
Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca hadis-hadis Nabi dan baca kisah-kisah para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak-anak kita mengenali kehidupan para sahabat dan insan-insan yang telah berjaya.

Barulah ahli keluarga hidup secara sederhana dan tak berhajat kepada mewah-mewah sehingga kadang kala melebihi kemampuan bapa/suami*
Semoga kita semua berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti madrasah di rumah, insyallah.
Baca Di Sini:
‘Ujian Kaya Itu Mencabar.’ Isteri Kena Bersyukur, Kalau Allah Belum Bagi Suami Kaya
Kashoorga: Semoga Allah menjadikan insan yang lebih baik hari ini serta mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
Sumber: Ustaz Khann Da’ie Khann, Hayyu Asyir Nasr City, Bumi Kaherah.
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ya Allah Engkau Jauhilah Diri Kami Dari Penyakit Merbahaya” Doa Dipohon PM Elak Wabak COVID-19 Ini Buat Rakyat Sebak

Sebentar tadi kita telah mendengar perutusan khas yang dari Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai perkembangan terbaru COVID-19 yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.
Dalam ucapannya, PM mengucapkan terima kasih semua pihak yang mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac lalu.
Begitu juga dengan semua petugas terutama barisan hadapan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia yang bertungkus-lumus bekerja tanpa henti.
Dan bagi memastikan rakyat semua selamat dari ancaman wabak penyakit yang masih sukar dicari penawarnya, PM menambah PKP selama dua minggu lagi hingga 14 April 2020 ini.
Banyak pesanan yang disampaikan dan paling membuatkan rakyat Malaysia sebak apabila di akhir ucapan beliau menitipkan doa bagi memohon perlindungan negara daripada wabak koronavirus (Covid-19).
Semasa memimpin bacaan doa itu, Muhyiddin memulakannya dengan surah al-Fatihah disusuli doa memohon kepada ALLAH SWT agar mengampuni dosa umat manusia serta melindungi mereka daripada penyakit dan wabak berbahaya.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau ampunilah dosa-dosa kami. Engkau rahmatilah diri kami, keluarga kami dan negara kami. Engkau lindungilah hamba-hambaMU yang kerdil ini dari segala musibah. Va. Engkau hindarilah kami dari bala yang berat dan takdir yang buruk.
“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim. Engkau berilah kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kami untuk menghadapi dugaanMU yang berat ini. Engkau tiupkanlah ketenangan dalam jiwa kami. Sesungguhnya setiap dugaan yang Engkau turunkan kepada kami, Ya ALLAH, tiadalah ia melainkan untuk meningkatkan ketaqwaan dan keimanan kami kepadaMU,” kata Muhyiddin dalam doanya.
Perdana Menteri turut berdoa memohon agar ALLAH SWT memberi kesembuhan kepada mereka yang dijangkiti wabak Covid-19 sambil memuji kekuasaan ALLAH SWT terhadap hambaNYA.

“Ya ALLAH Ya Rahman Ya Syaafi. Engkau berilah kesembuhan kepada saudara-saudara kami yang dijangkiti wabak koronavirus walau di mana sahaja mereka berada. Sesungguhnya, tiada penyakit yang tidak dapat Engkau sembuhkan Ya ALLAH.
“Tiada mara bahaya yang tidak dapat Engkau jauhinya dari kami Ya ALLAH. Kami bermohon kepadaMU Ya ALLAH Lindungilah kami. Selamatkanlah kami. Sejahterakanlah hidup kami,” kata Muhyddin dalam doa beliau.
Perdana Menteri kemudian mengakhiri doa dan Perutusan Khas itu dengan sebaris doa pelindung yang bermaksud:
“Dengan nama ALLAH yang tidak memberikan mudarat sesuatu di bumi atau di langit. Dan, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI