Adakah ada dalil, khususnya daripada sejarah Nabi atau sahabat yang jelas berhubung boikot? Ini kerana terdapat pandangan yang mengatakan boikot tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam.
JAWAPAN:
Boikot barangan Yahudi sebenarnya sudah lama dilakukan oleh sahabat Nabi SAW lagi. Seperti yang dimaklumi, ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, golongan Yahudi sememangnya memonopoli ekonomi dan pentadbiran Madinah.
Sejajar dengan semangat hijrah, Nabi SAW berusaha mengubah cara hidup bangsa Arab Madinah ketika itu dengan memupuk dalam diri mereka cinta kepada agama. Menerusi cinta agamalah mereka mampu menjadi pentadbir yang baik dan peniaga yang hebat.
Ads
Atas kegigihan mereka dalam mengubah nasib, umat Islam di Madinah berjaya melumpuhkan ekonomi dan pentadbiran Yahudi. Segala yang mereka miliki sebelum ini musnah akibat daripada boikot besar-besaran oleh umat Islam.
Tidak cukup sekadar itu saja, anjakan paradigma semakin membuak-buak dalam diri mereka apabila terdapat segolongan sahabat yang pakar dalam bidang perniagaan bersusah payah mendidik umat Islam Madinah berniaga dan sebagainya. Usaha ini secara tidak langsung makin melumpuhkan lagi ekonomi golongan Yahudi.
Ads
Antara contoh sahabat Nabi SAW yang berjaya berbuat demikian ialah Abdul Rahman bin Auf. Ketika beliau sampai di Madinah, pelbagai teknik dilakukan bagi tujuan menandingi industri perdagangan unta yang sebelum ini dimonopoli bangsa Yahudi.
Selepas usaha keras, beliau berjaya menambat hati masyarakat Madinah dan antarabangsa untuk membeli unta daripadanya. Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila umat Islam di Madinah turut memboikot usahawan Yahudi dalam semua sektor. Rentetan daripada keadaan itu, bangsa Yahudi terpaksa keluar dari Madinah sedikit demi sedikit.
Ads
Berhubung isu hukum memboikot sama ada wajib atau tidak, ia mestilah kembali kepada keadaan dan suasana. Boikot menjadi wajib apabila produk berkenaan adalah barangan yang mampu kita tinggalkan tanpa mendatang kemudaratan jika tidak mengambilnya.
Tetapi jika produk berkenaan adalah keperluan asas harian yang tidak dapat dihindari oleh umat Islam, maka adalah tidak salah bagi umat Islam untuk membelinya selagi mana tiada yang setanding dengannya. Apa yang penting di sini ialah memboikot dengan ilmu dan akhlak bukan memboikot secara terburu-buru tanpa berfikir panjang hingga mendatangkan kemudaratan yang tidak sepatutnya.
Mengejar kemewahan dunia bukanlah tujuan utama kita dihidupkan. Akhirnya, hanya helaian kain kafan putih membaluti jasad peneman di alam barzakh.
Jika kita selalu ingat akan jenazah kita semasa mati nanti, sudah tentu kita tidak perlukan kekayaan material dunia. Memadai dengan segalanya mencukupi bagi keperluan kita dan keluarga. Jika ada pun rezeki kemewahan melimpah ruah, itu sebenarnya bukan untuk kita. Allah salurkan menerusi kita agar memberikannya kepada orang lain yang memerlukan.
Keinsafan seperti ini sangat tinggi nilainya. Dan tentu sahaja perkongsian ringkas puan Rohamiah Muda dari Politeknik Ibrahim Sultan yang juga pakar menguruskan jenazah ini membuatkan kita terbangun dari lena.
Kita ikuti entri di facebooknya semasa menunjuk ajar cara memotong ‘pakaian’ jenazah baru-baru ini.
Antara kepakaran seorang pengurus jenazah ialah memotong kain dijadikan baju untuk jenazah. Bagi jenazah wanita, perlu disediakan lima lapisan kain, iaitu kain bawah dua helai, kain dalam, baju dan telekung.
Baju dan telekung perlu digunting. Bajunya digunting dengan memotong bahagian leher dan lengan sahaja.
Tudung pula, cukup dibuat bulat di bahagian tengah. Namun, ada juga sesetengah waris yang pakaikan telekung solat untuk jenazah. Inilah pakaian kita suatu hari nanti.
Kawan, pakaian kita ketika menjadi jenazah adalah sama sahaja. Tiada beza. Kain putih membaluti tubuh. Itulah harta yang dibawa hingga ke kubur.
Tidak perlu kita bermegah dengan harta dunia yang ada. Berapa duit kita di dalam bank, itu semua kita tidak bawa. Bahkan, ahli waris yang akan guna harta kita.
Orang yang cerdik adalah orang yang ada saham dunia dan akhirat. Jadi, di samping kita menyimpan ke dalam bank dunia, jangan lupa bank akhirat perlu juga ada simpanan.
Hidup selepas mati adalah lebih bererti daripada hidup di dunia ini. Bina masa depan dengan merancang kehidupan selepas kematian.
Kashoorga: Mati itu pasti. Mengingati mati adalah perkara yang diharuskan kerana kita akan sentiasa berwaspada dalam segala tindak tanduk semasa hayat agar tidak melakukan dosa. Bekalan pahala yang dikumpul, itu lah harta yang kita akan bawa ke akhirat kelak.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapalah kita untuk menidakkan qadak dan qadar dari Allah SWT. Jika saat ajal sudah sampai, tiada kuasa untuk kita melawan takdirNya. Walaupun yang diambil olehNya, insan paling kita sayang di dunia ini.
Seperti secebis kisah duka yang dikongsi seorang pemilik akaun Facebook dengan nama akaun Mr Wan Cai Official yang menceritakan bagaimana seorang lelaki ini kehilangan anak dan isterinya sekaligus.
Menerusi status ditulis, isteri kepada lelaki yang dikenali dengan nama Izwanizam Hermawan, Norsyafiqah Syazwani Mohamed memang gemar sekali mengikuti kisah kemasyarakat yang dikongsinya.
Saya Terpanggil untuk menulis tentang kisah jenazah ke-116 arwah Norsyafiqah syazwani binti mohammad..
Arwah Berumur 23 tahun dan tinggal di sri jasmin mantin..
Rasanya anda perasan suami arwah ada mengatakan diperbualan whats app yang dihantar kepada saya subuh tadi..
Katanya arwah ini rajin mengikuti perkembangan dipage mr wan cai..
Rajin dibelek belek page itu setiap kali status dimuat naik oleh saya..
Saya boleh katakan arwah berminat dengan kisah kisah kematian dan pengalaman sepanjang saya dan rakan rakan ukvj menguruskan jenazah..
Cuma sewaktu saya sedang live dan meminta si suami memberi sepatah dua kata sebagai tanda terima kasih kepada penyumbang yang terlibat dengan kutipan kilat..
Saya terkaku bila si suami mengatakan arwah isterinya pernah berseloroh kepada nya..
Jika arwah pergi dulu minta ukvj yang uruskan jenazahnya..
Saat itu saya seperti tergamam..
Jadi dalam hati saya bertekad untuk mengambil seloroh si isteri sebagai satu wasiat yang perlu saya tunaikan..
Ketika itu juga..
Saya Tidak boleh lihat ke arah muka si suami yang bercakap dalam keadaan tidak dapat menahan sebak..
Sambil mengambil video sambil saya memandang ke arah lain untuk menggelak dari turut sama menangis
Berjujai jujai air mata si suami yang gugur..
Di lap air mata yang gugur itu dengan tangan berulang ulang kali..
Ceritanya..
29 sept 2019 si ibu melahirkan bayi pertama mereka yang kemudiannya meninggal dunia selepas 10 minit dapat melihat dunia..
Kematian si bayi berpunca dari si ibu yang tiba tiba sesak nafas ketika sudah bersedia untuk melahirkan anak..
Akibat dari sesak nafas itu si bayi turut sama kelemasan kerana tidak cukup bantuan oksigen didalam perut..
Si bapa redha dan pulang ke jengka untuk menguruskan jenazah bayi syurganya..
Ketika si bapa menguruskan jenazah anak di kampung..
Si isteri pula sedang bertarung nyawa dan koma hospital seremban..
Akhirnya si isteri juga pergi mengadap sang pencipta pada 1 okt 2019 sebelum subuh tadi..
Ketika saya terima panggilan dari si suami saya lihat jam hampir pukul 6 pagi..
Jadi perbualan antara saya dan si suami seperti yang sudah saya kongsikan pagi tadi..
Malam ini saya tergerak hati untuk melihat posting posting yang dikongsikan diruangan komen si suami dan si isteri..
Saya Terjumpa satu posting yang dishare oleh si ibu sendiri tentang risiko meninggal semasa bersalin..
Status itu bertarikh 28 julai bersamaan hampir 2 bulan sebelum arwah meninggal dunia pagi tadi..
29 sept si anak yang dilahir meninggal dunia..
Gambar bayi yang siap dikafan saya ambil dari akaun facebook milik si suami..
Memberitahu bayi pertamanya sudah tiada dan telah dikebumikan..
Manakala isterinya masih koma di wad hospital seremban..
Distatus bertarikh 29 sept itu si suami meminta agar rakan rakannya berdoa agar isterinya kembali sedar..
Pagi tadi si isteri pula sudah tidak bernyawa..
Luluhnya hati tidak boleh saya bayangkan..
Dalam masa 24 jam kehilangan dua insan yang disayangi..
Bagaimana agaknya jika kita yang berada ditempat si suami?
Ketika saya menulis tentang kisah sedih ini..
Jenazah si isteri baru sahaja dimasukkan ke dalam liang lahad..
Disemadikan ditanah perkuburan jengka 2 pahang..
Syahidnya seorang isteri dan ibu..
Pasangan yang baru di ijabkabul kan pada 2 nov 2018 akhirnya hari ini ditakdirkan berpisah jua..
Si isteri Berpisah menemui sang pencipta..
Tinggal lah si suami keseorangan berada di alam dunia..
Bayi pasangan ini pula setia menunggu dipintu syurga..
Saya anggap seloroh si isteri sebagai wasiat kepada saya dan rakan rakan..
Wasiat yang diamanah oleh si ibu telah saya atur sebaik mungkin bersama sukarelawan ukvj yang ada..
Dari urusan mengambil jenazah arwah,mandi dan kafan serta penghantaran ke tanah perkuburan dijengka..
telah saya tunaikan sebaik yang mungkin..
Untuk urusan mandi dan kafan telah disempurnakan oleh unit bilal jenazah ukvj seperti yang diwasiatkan oleh arwah kepada saya..
Peralatan dan pakaian terakhir untuk arwah digunakan dari infaq orang ramai sebelum ini..
Tiada kos untuk mandi dan kafan kerana niat kami kerana allah taala..
Walau ada waris yang memberi saya tolak berkali kali..
Kekal tetap dengan pendirian menguruskan jenazah arwah adalah satu wasiat kepada kami..
Untuk kos minyak dan tol dari seremban ke klang dari klang ke jengka pahang disumbangkan :-
RM300 DARI RAKAN UNIT TASKFORCE DAN ADIKNYA..
RM50 DARI SEORANG SUKARELAWAN UKVJ YANG JUGA BERASAL DARI PAHANG..
RM150 DARI SEORANG RAKAN BERASAL DARI SEREMBAN YANG JUGA PEMILIK AKAUN FACEBOOK ATAS NAMA TAPAK GAJAH..
JUMLAH YANG DITERIMA UNTUK KOS PENGHANTARAN JENAZAH KE JENGKA BERJUMLAH RM500..
lebih dari mencukupi..
Allah permudahkan segala urusan jenazah ke-116..
Allah permudahkan urusan saya dan semua sukarelawan yang bertungkus lumus bertugas hari ini dari pagi hingga ke malam!
Syukur alhamdulillah!!!!
Amanah yang diberi kepada saya sudah selesai..
Allah uji kerana Allah sayang, ujian untuk orang hebat
Buat si suami..
Saya katakan ujian hebat ini untuk orang yang juga hebat..
Allah uji kerana allah sayangkan si suami..
Nasihat saya..
Dekatkan diri dengan yang maha esa..
Hanya itu sahaja jalan keluar yang untuk mengubat duka yang ada!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Berkongsi perkembangan terkini Fatin Amirah, menurut kakaknya, Fatin Amalina, 29, adiknya kini ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital di Shah Alam, Selangor untuk pemantauan lanjut selepas tiba di tanah air, Sabtu lalu.
“Keadaannya masih sama (koma). Tiada respons apabila kita bercakap. Hanya mata sahaja berkelip.
“Menurut prognosis doktor di Makkah dan Malaysia, Fatin Amirah akan terbaring sahaja sepanjang hayat,” katanya.
Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan ujian menimpa selain mengharapkan keajaiban buat adiknya itu.
“Kami belum ada sebarang perancangan, segalanya bergantung kepada keputusan doktor.
“Apapun kami reda dengan ujian Allah beri ini dan mengharapkan yang terbaik untuk Fatin Amirah,” tambahnya.
Katanya, Fatin Amirah, 26, dan bapa mereka, Rosli Nawi, 56, pulang ke tanah air dengan menggunakan penerbangan khas dari Jeddah ke Subang, Sabtu lalu, selepas mendapat kebenaran doktor di King Abdullah Medical City.
“Alhamdulillah, mereka selamat tiba Malaysia dengan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjaya dikutip dalam tempoh 24 jam selepas kisah Fatin Amirah disiarkan di Harian Metro.
“Kami berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan dan menghulurkan pelbagai bantuan sejak Fatin Amirah dirawat di Makkah lagi.
“Hanya Allah dapat membalas budi kalian semua,” katanya.
Fatin Amirah tidak sedarkan diri akibat terjatuh di tandas bilik hotel, Makkah, 29 Disember lalu.
Sebelum insiden itu, Fatin Amirah menunaikan umrah bersama bapanya serta dua adik lelakinya sejak 20 Disember lalu dengan misinya mahu menunaikan nazar arwah ibu mereka yang meninggal dunia, Julai tahun lalu.
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.