Semoga dipermudahkan urusan Lisdawati sepanjang menunaikan ibadat haji.

Tunai ibadat haji tanpa suami, Lisdawati sempat titip pesanan buat Fauzi Nawawi. Pelakon cantik dan manis, Lisdawati, 45, selamat berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan haji kelmarin.

Alangkah bertuahnya tuan badan menjadi salah seorang duyufurrahman bagi musim haji kali ini. Selain Lisdawati, selebriti yang turut mendapat panggilan ialah aktor, Zul Ariffin. Tahniah buat semua.

Artikel Berkaitan:

‘Inisiatif Mak, Ayah Daftar Masa Anak Masih Kecil.’ Muda Lagi Dapat Panggilan Haji

Tunai Ibadat Haji

Menerusi perkongsian suaminya, Fauzi Nawawi, 51, di akaun Instagram, Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazruddin dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menunaikan ibadah suci.

Dalam video yang dimuatnaik itu juga, kelihatan Lisdawati sempat menitipkan beberapa pesanan buat suami tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by FauziNawawi (@theonlyfauzinawawi)

IKLAN

Tanpa Suami

‘Jaga anak-anak, jaga rumah, rajin-rajin, nanti saya kemas rumah, masak,’ pesannya ringkas.

Fauzi yang mendengar pesanan itu terdiam seketika dan kelihatan sebak serta hanya mampu menjawab, baik sambil anggukkan kepala.

Menerusi posting yang sama, Fauzi Nawawi turut mendoakan Lisdawati sepanjang menunaikan haji di Tanah Suci nanti.

Lisdawati Sempat Titip Pesanan

Ya Allah peliharalah Dia untuk ku… Berkatilah perjalanannya rahmatilah ibadahnya, lancarkanlah fardu haji untuknya…

Aku serah segalanya pada Mu Ya Allah @lisdawati15
Selamat jalan sayangku

Manakala melihat perkongsian Lisdawati di Instagramnya, dia menyifatkan perjalanannya masih jauh dan perjuangan belum selesai. Katanya, doakan terbaik sesama kita.

IKLAN

“Perjalanan yang jauh.. perjuangan masih belum selesai. Sentiasa doakan yang terbaik sesama kita.

‘Mati itu pasti.. kita je yang tak tahu lagi..selagi nafas belum terhenti.. tetapkan hati..Cari iman sebelum mati.

“Semoga semua yang membaca ruang ini akan dijemput menjadi tetamu-Nya nanti. Assalammualaikum semua,’ tulisnya.

Buat Fauzi Nawawi

Pasangan Fauzi dan Lisdawati mendirikan rumah tangga pada 9 September 2007.

Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, 15, Nur Aina Fazneesya,14, Ahmad Nur Fyrdaus, 9, dan Ahmad Nur Fayyadh, 4.

Lisdawati juga mempunyai empat anak tiri hasil perkahwinan terdahulu Fauzi iaitu Nurul Hainil Fatihah, 28, Fareez Hazwan, 26, Nurul Hana Farisya, 24, dan Mohd Fikri Hakimi, 21.

IKLAN

Baca Di Sini:

Umrah Buka Jalan Untuk Berubah. “Tak Perlu Takut Dosa Silam, Ini Peluang Allah Beri, Perbaiki Diri.’

Kashoorga : Semoga dipermudahkan urusan Lisdawati sepanjang menunaikan ibadat haji.

Sumber: Instagram Fauzi Nawawi, Lisdawati

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI