Siapa tidak mengenali bekas jaguh badminton kerana sumbangan dan jasanya yang sangat dikagumi oleh seluruh traktat Maaysia, Datuk Lee Chong Wei.
Sejak bersara dari sukan ini, Datuk Lee Chong Wei juga dilihat aktif di media sosial dan turut melakukan banyak amal kebajikan.
Terbaru nama agenda badminton ini menjadi bualan di media sosial terutama bagi umat Islam apabila dilaporkan menghulurkan sumbangan buat Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala (MAHSP, Kuala Lumpur.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, tetapi tidak menghalang beliau untuk memberi sumbangan peribadinya.
Ini dimaklumkan terus melalui laman sosial MAHSP beserta beberapa keping foto Datuk Lee Chong Wei sedang menghulurkan sumbangan kepada wakil masjjd.
Ads
Malah status ini juga turut dikongsi d akaun Facebook rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ternyata Perkongsian ini mendapat respon daripada warganet. Masing-masing mengucapkan terima kasih kepada beliau dan turut mendoakan agar Datuk Lee Chong Wei dimurahkan rezeki dan diberikan hidayah untuk mengenali Islam lebih mendalam.
Setiap manusia itu mempunyai pelbagai sifat. Ada yang bermurah hati, gemar bersedekah dan ada juga bersikap sombong. Kalau sombong sahaja tidak apa, tetapi ada juga yang bersifat bodoh-bodoh sombong.
Kadang-kadang kita tidak perasan sikap kita ini sebenarnya tanda seorang yang bersikap sombong.
Misalnya gemar marah-marah dan kurang mesra dengan orang lain itu juga dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai sikap sombong.
Ayuh kita lihat lagi tanda-tanda lain jika tanpa sedar mempunyai sifat yang mazmumah ini.
Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.
1. Sombong terhadap Allah swt ; iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
2. Sombong terhadap Rasul ; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.
3. Sombong terhadap makhluk ; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ
لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ
“Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi.” (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Boleh ke pakai telekung berwarna? ‘Niat kena betul, pilih warna yang tidak menarik perhatian lelaki ajnabi.’ Terutamanya bila solat di masjid, jika solat di rumah mungkin tidak menjadi masalah.
Sebenarnya zaman sekarang terdapat lambakan pelbagai jenis telekung. Berwarna-warni, boleh pilih ikut warna kegemaran masing-masing.
Namun bolehkah kita memakai telekung yang menarik perhatian, ikuti perkongsian Husna Ghani ini dan hadam baik-baik penerangannya.
Kalau baju pun setiap bulan beli baru, inikan pula pakaian solat yang kita pakai paling kurang lima kali dalam sehari.
Lagi-lagilah perlu ditukar. Kalau satu cuci, kena ada yang lain untuk diguna ganti.
Habis, tak akan semua nak warna putih kan? Nak la jugak warna – warni. Bila kita selesa,dapat pulak warna kita minat, nak ibadah pun rasa semangat!
Tapi boleh ke pakai telekung berwarna? Atau kita digalakkan untuk memakai telekung berwarna putih sahaja?
Boleh ke tak eh kita nak pakai telekung berwarna yang ada corak-corak pula tu ke warna putih kosong saja?
Kita semua sudah terbiasa telekung mesti terbayang warna putih tapi ada orang kata putih ini lecehlah nak jaga. Kotor sikit pun nampak, nak pakai telekung berwarna hukumnya macam mana pula.
Boleh saja tak ada masalah pun, hukumnya harus cuma pilihlah warna yang sesuai kalau nak pakai ke masjid. Tambah kita nak bulan Ramadan tak lama lagi, memang semua di antara kita tidak melepaskan peluang untuk solat terawih dekat masjid.
Oleh itu, carilah telekung yang warnanya soft, tak terlalu terang sampaikan menarik perhatian lelaki ajnabi ataupun sampai ganggu jemaah wanita lain nak khusyuk dalam solat.
Yelah kalau warna pun sudah macam traffic light dengan corak yang melampau-lampau, manik terlalu banyak. Orang sebelah pun nak solat tak tenang. Habis yang corak sulam, corak minimalist , macam mana pulak?
Boleh, asalkan jangan pakai dengan niat hendak menunjuk. Telekung ini mahal, eksklusif, berjenama, macam-macamlah. Kalau begitu memang tak boleh, hukumnya haram.
Patutnya kita niat pakai telekung ini sebab kita nak tutup aurat, nak lebih khusyuk, nak selesa jumpa Allah. Itulah yang paling baik.
Cukuplah seorang isteri jaga suaminya dengan doa dan tawakal kepada Allah. Tak perlu control suami hingga sakit jiwa. Kadang-kadang dalam masa isteri mengongkong suami, dia tetap buat hal juga.
Oleh itu dalam menjaga emosi dan mental sendiri, sebaiknya serahkan segalanya pada Allah dan jangan terlalu mengongkong pasangan hingga memakan diri. Ikuti perkongsian Puan Annur Nieda dan ketahui cara sebaiknya menjaga pasangan.
Ini masjid besar Songkhla. Ramai orang Malaysia yang berkahwin dekat masjid ini.
Sama ada perkahwinan pertama ataupun kedua, ketiga mahupun keempat, wallahualam. Takkanlah saya nak tanya pula kan?
Cuma saya tiba-tiba terasa hendak bercerita sedikit sudah alang-alang ada gambar saya dan suami dekat depan masjid terbesar di Songkla ini.
Oh tapi bukan cerita pasal suami saya kahwin lain tahu. Hehe. Setakat pengetahuan yang Allah berikan kat saya ni, perkara itu tidaklah berlaku.
Saya hendak cerita sikitlah, kita sang isteri ini, macam mana hendak “jaga” suami.
Sebelum tu, saya teringat sebuah kisah seorang kenalan ni. Dia sangat “menjaga” suami dia.
Suami dia ada outstation dekat Johor Bahru, dia tidak benarkan suami dia bermalam di sana. Dia mesti suruh suami dia balik ke rumah juga.
Time suami dia kena outstation jauh-jauh 2, 3 hari pun, tetap sama, suami dia perlu balik setiap hari.
Bertolak terbang awal pagi, habis kerja, kena terbang balik terus.
Tiket flight isteri yang tanggung.
Bila dengar hal ini, bukanlah saya nak menyibuk hal orang, cuma sebagai wanita saya melihat di mana kewajaran untuk jaga dan kawal suami sebegitu rupa.
Oh ya, suami beliau pernah “buat hal” di luar ataupun tidak, tidaklah saya hendak menyiasat lebih-lebih.
Cuma saya hendak katakan yang cukuplah seorang isteri menjaga suaminya dengan doa dan tawakal kepada Allah.
Sebab saya yakin dan percaya, semua hati-hati kita ini dipegang oleh Yang Maha Mencipta.
Andai berlaku sesuatu yang kita tak suka, tetaplah teguh berdoa yang terbaik.
Pada pendapat peribadi saya, terlalu mengongkong dan cemburu terhadap pasangan akan menyiksa otak kita sendiri.
Apapun, “Cemburu itu wajar, tapi itu tidak perlu”.
Dalam kecemburuan yang melampau, ada lebih banyak cinta diri daripada cinta kita kepada pasangan.
Akhirnya, ada sebuah hadis
Daripada Jabir bin Atik, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Di antara kecemburuan itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah.
Cemburu yang disukai Allah ialah kecemburuan berisi keraguan (bertempat, tidak melulu) sedangkan yang dibenci Allah ialah kecemburuan yang tidak ragu-ragu lagi (tidak bertempat, melulu).”
(Riwayat Abu Daud)
Kucing masuk syurga atau tidak? Ketahui penjelasan menurut Islam berdasarkan al-Quran dan pandangan ulama mengenai nasib haiwan di akhirat serta ganjaran berbuat baik kepada haiwan.