Ketika Allah rindukan hambaNya, maka Dia hadirkan hadiah berupa ujian. Saat itu, bersabarlah dan bersyukurlah. Ujian itu hadir dalam berbagai bentuk. Ia menguji sesjauh mana kita sabar dan reda dengan ketentuan Allah.
Tidaklah Allah jadikan sesuatu kejadian itu dengan sia-sia tanpa apa-apa rahsia tersendiri. Seperti yang berlaku pada Pencetus Ummah (PU) yang tertinggal dompet. Semua itu berlaku atas ketentuan dari Allah. Ikuti perkongsian pendakwah bebas, PU Amin.
Allah uji kita sebab Allah sayang kita. Dalam dompet itu, ada duit RM3000, duit yuran master sem ini, duit belanja untuk anak dan isteri, juga duit sumbangan orang awam untuk sedekah fakir miskin di Mekah kini, berada di tangan orang lain. Saya jarang keluar duit banyak tapi sebab nak jalan jauh saya kena tinggal belanja untuk anak isteri.
Pada awalnya saya juga kumpul sedikit demi sedikit juga untuk belanja di Mekah. Tapi Allah maha kuasa, Allah berkehendak atas segalanya. Dokumen lain yang hilang juga penting, tapi Allah dah tentukan segalanya..
HARAPKAN KEAJAIBAN
Ads
Saya ucap terima kasih pada yang membantu. Terlalu ramai, beratus yang call saya nak bantu carikan. Saya keletihan. Saya harapkan keajaiban dari Allah untuk kembalikan barang ini..
Buat Aisyah dan Umar jangan nakal-nakal. Hari ini kita di uji sedikit, kad pengenalan kita anak beranak pun dah tak ada, tak apa janji kasih sayang kita kekal selamanya..?Terima kasih buat suri hati tercinta sebab bersama sama menenangkan jiwa..
Walaupun tak mampu tersenyum namun segala kedukacitaan dan kekecewaan ini akan diluahkan dihadapan Kaabah kejap lagi. Allah nak bagi sesuatu, Allah akan ambil sesuatu..
Ads
MOHON PULANGKAN DOKUMEN PENTING
Buat yang ambil dompet saya, ambil duit itu untuk belanja anda kalau perlu dan pulangkan lah kad kad yang lain. Itu saja permintaan saya. Ada banyak nyawa dan makna dalam dompet tersebut. Saya jenis payah hilang barang, dompet saya 15 ringgit je pasar malam tapi cukup istimewa. Kembalikanlah dengan baik ya ?..
Ujian itu mendekatkan kita dengan Tuhan. Menghela nafas panjang. Allah mahu tunjukkan sesuatu..
Saya dalam perjalanan melaksanakan Umrah. Doakan saya. Ada doa, tuliskan, kerja saya juga membaca doa anda semua. ?❤️
Dalam perkongsian terdahulu, PU Amin ada berkongsi tentang kejadian kehilangan dompet di laman Facebooknya. Kejadian itu berlaku pada 17 Februari 2019.
Kadangkala kita tidak pernah menyangka yang kita menjadi sasaran pencuri mahupun perompak. Hanya beberapa minit terleka sudah cukup untuk kita menjadi mangsa. Maka sebab itulah walau di mana sahaja kita berada terutama kaum wanita, kita perlu lebih berhati-hati. Ini kerana ‘bahaya’ ada di mana-mana.
Berikut catatan Ustazah Asma Harun di laman Facebooknya bercerita pengalaman hampir disamun ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya usai memberi ceramah.
Malam tadi, ia benar-benar berlaku ke atas saya, tidak pernah terfikir dan terbayang.
لا حول ولا قوة الا بالله
Tiada Daya dan Upaya. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah sebaik-baik pelindung.
Lokasi kuliyah daripada rumah tak jauh, dalam 5 km shj. Lebih kurang jam 8.20 mlm, dan memang ketika memandu malam tadi beberapa kali saya tekan lock semua pintu, lebih daripada biasa, Allah dah beri rasa tu.
Melalui satu selekoh biasa, sekilas pandang ada perasan sebuah motor dan pemandu di atasnya tepi jalan. Mungkin dari situ saya diekori. Sampai penghujung jalan saya perlu menunggu sebuah kereta dihadapan untuk membelok ke kanan. Jalan ni memang sibuk dan memakan masa untuk dapat membelok.
HEMPAS BATANG BESI PADA CERMIN KERETA
Allahu Akbar. Seorang lelaki badan tegap bertopi keledar gelap berdiri di sebelah pintu penumpang sebelah kiri menarik-narik pintu. Dia turun daripada motor. Saya tak nampak sama ada seorang atau berdua. Tiba-tiba ada kereta di belakang dan dia cepat-cepat kembali ke motornya.
Ketika itu hanya rasa takut dan kaku. Mengambil masa yang lama untuk membelok ke kanan walaupun ada ruang. Akhirnya pedal minyak ditekan perlahan menuju lokasi dalam keadaan rasa yakin tidak diekori. Saya parking belakang sekali pada deretan kereta. Saya tak perasan suasana sunyi di situ. Itu satu kesilapan besar apabila kita dah menjadi target. Sepatutnya saya ke kawasan ramai orang atau ke balai polis berdekatan.
Saya kaku dan membatu, cuba tenangkan diri. Syukurnya saya tidak terus keluar. Tiba-tiba, ya Allah.. Saya nampak kelibat yang sama daripada belakang menerusi cermin depan sedang menuju ke arah kereta. Saya terus menekan hon sekuat hati, namun dia dengan laju datang dan menghempas kuat batang besi yang agak besar pada tingkap sebelah kiri.
Ketika itu, dengan sisa tenang dan kekuatan yang ada saya reverse, untuk mengambil ruang agar tidak melanggar kereta depan yang saya parking agak rapat. Terus minyak ditekan laju dan masuk mengejut ke kawasan kuliyah.
BUNYI DENTUMAN KUAT
Syukur saya tidak melanggar sesiapa. Pandangan masa tu memang kabur. Gelap rasa semuanya. Rasa nak pitam dan adrenaline memang tahap maksimum. Ramai yang keluar untuk melihat apa yang berlaku kerana mendengar kuatnya dentuman pukulan ke arah cermin kereta. Allahu Akbar, cermin tu sedikitpun tidak pecah atau retak.
Allah.. Allah.. Allah.. Itu sahaja kalimah yang mampu keluar. Allah ya Hafiz ya Muhaimin. Dialah sebaik-baik yang menjaga dan memelihara kita. Kita sangat lemah dan tidak berdaya sedikitpun.
Sebenarnya sangat jarang saya keluar malam seorang diri, biasanya suami akan hantar dan jemput daripada lokasi kuliyah/ceramah. Namun malam tadi suami di Terengganu, balik emergency dan saya tetap perlu hadir jemputan yang dah lama diatur. Saya percaya ramai wanita perlu melalui keadaan seperti ini lagi-lagi yang tinggal berjauhan dengan suami. Moga Allah sentiasa melindungi kalian.
Nasihat dan beberapa tip:
1. Wanita yang memandu seorang diri memang menjadi sasaran utama penjenayah, jangan sesekali rasa selesa kerana sudah biasa. Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga. Samada siang atau malam. Contohnya suri rumah yang hantar anak-anak ke sekolah, kerana anda mungkin akan pulang seorang diri, tak mustahil ada yang memerhati dan mengekori sehingga anda turun daripada kereta untuk diserang hendap.
2. Sebaik sahaja masuk kereta terus lock semua pintu. Walaupun jalan biasa atau lokasi yang dituju sangat dekat. Lock sahaja, ia percuma. Tapi mampu menyelamatkan nyawa dan harta.
3. Elakkan meletakkan handbag atau seumpamanya di tempat yang mudah dilihat terutamanya seat sebelah, namun handphone pastikan diletakkn di tempat yang mudah dicapai.
4. Jika diserang seperti saya di atas, bunyikan hon sekuatnya agak membantu, walaupun penyerang tidak lari tapi sekurangnya dia mula panic kerana kita menunjukkan tindakbalas. Memang selama ni saya set dalam kepala jika berlaku situasi begini saya akan tekan hon sekuatnya.
5. Ketenangan dan sedikit keberanian sangat penting. Ketakutan melampau, kelam kabut dan panic akan memberi kemenangan awal kepada penyerang. Saya mungkin sahaja tekan minyak dan melanggar kuat kereta depan, atau hanya menjerit ketakutan. Di sinilah saya sedar betapa penting kita memberi bayangan awal kepada fikiran kita, jika berlaku begini akan buat begini. Dan saya memang kuat buat khayalan.
6. Jika anda dilanggar daripada mana-mana arah, jangan terlalu cepat turun daripada kereta untuk melihat kerosakan. Lagi pula jika tempat tersebut agak sunyi. Pelanggaran tersebut mungkin dirancang.
7. Bila sampai di lokasi atau di rumah jangan terus turun daripada kereta, contohnya untuk membuka pintu pagar dll. Pastikan semuanya selamat dan tiada sesiapa yang mengekori.
8. Ini sangat penting dan yang paling utama. Hakikatnya Allah ya Hafiz ya Muhaimin Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi kita setiap saat. Bukan kecanggihan kereta atau keberanian kita bertindak.
Maka jangan sesekali lupa untuk memulakan perjalanan dengan doa:
Maksudnya, “Segala Puji dan Maha Suci bagi Allah, yang memudahkan (kenderaan) ini untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kepada Tuhan kamilah kami akan kembali (di hari Kiamat). Surah Az-Zukhruf, Ayat 13-14
Tambahkan dengan zikir.. يا حافظ يا مهيمن
Ya Allah Yang Maha Menjaga dan Maha Mengawasi, jaga dan awasilah perjalananku daripada awal hingga pulang kembali dalam kesejahteraanmu ya Salaam.
Ingat dan berharaplah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga perjalanan kita selamat.
“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, maka Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (Surah al-Taghabun 64: Ayat ke-11)
Saya masih lagi terasa kesan trauma hingga saat ini. Tadi ada bawa kereta di siang hari. Bila ada motor yang nak melalui atau berhenti ketika di lampu isyarat. Debaran tu memang tak boleh dikawal.
Moga Allah terus memelihara kita daripada perkara-perkara yang tidak diingini.
Sumber kredit: FB: Asma Harun
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Niat kongsi duit gaji pertama dengan mak, rupanya tersalah transfer’. Menangis bila pemilik akaun suruh niat sedekah! Allahuakbar beratnya ujian, tumpang rasa sebak.
Tidak dinafikan urusan perbankan sekarang menjadi lebih mudah apabila segalanya di hujung jari. Segalanya boleh dilakukan dengan mudah dan pantas termasuklah urusan pemindahan wang. Tetapi siapa sangka atas kesilapan atau kecuaian kecil, kita merana.
Seperti yang berlaku ke atas Fahada Bistari ini, niatnya untuk berkongsi gaji pertama dengan emaknya bertukar tragedy apabila dia tersalah akaun.
Dapat gaji pertama, kononnya nak surprise mak, tetapi tersalag transfer ke akaun bank orang lain. Perkongsian videonya di TikTok menarik perhatian warganet yang turut bersimpati dengan apa yang berlaku.
Pada awalnya, gadis ini ingin membuat kejutan buat ibunya yang tinggal di kampung. Mungkin disebabkan rasa teruja yang baru menerima gaji pertama membuatkan dia tidak menyemak butiran penerima dengan betul. Malangnya dia tersalah transfer.
Menerusi video itu, difahamkan sebelum ini keluarganya pernah berurusan dengan individu tersebut. Oleh sebab itu proses menjejaki pemilik akaun tersebut mudah dijejaki.
Tetapi yang sedihnya setelah menghubungi pemilik akaun dan memujuk dia untuk kembalikan duit tersebut, pemilik itu dengan selamba meminta Fahada Bistari niatkan saja duit itu sebagai sedekah.
Baginya bukan dia tak mahu bersedekah, namun itu adalah gaji pertama dan sudah menjadi niatnya untuk berkongsi duit tersebut bersama ibunya.
Respon tidak masuk akal ini membuatkan gadis ini menangis teresak-esak kerana pemilik akaun enggan memulangkan duitnya kembali.
Memanglah cakap memang mudah, cuba berada di tempat gadis ini. Setelah berpenat lelah akhirnya diminta niat sedekah. Padahal duit tersebut memang milik kita, bukan orang lain.
Ini komen warganet yang turut bersimpati:
Kashoorga : Semoga pemilik akaun berubah hati dan kembalikan wang gadis ini semula.
Dinyatakan dalam Al-Quran, di di dalam tafsir Ibnu Kasir ada ditulis berhubung satu hadis bahawa sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam, maka waktu subuh dia sudah dapat keampunan Allah SWT. Siapa yang baca surah Yasin pada siangnya pula, maka pada petangnya dia sudah dapat keampunan Allah.
“Namun ini (baca Yasin) tidak khusus pada hari Jumaat. Apa pula hukum baca Yasin pada malam Jumaat? Nabi SAW tidak mengatakan baca pada malam Jumaat sahaja, sebaliknya baca pada setiap malam. Tetapi kerana tidak sanggup setiap malam, maka ramai memilih malam Jumaat kerana ia adalah penghulu hari.
Surah Yasin menjadi satu pedoman luar biasa. Ia juga mengingatkan kita tentang kekuasaan Allah SWT untuk menghidupkan kita kembali setelah melalui saat kematian dengan hanya satu kata iaitu kun fayakun. Maka sangat baik untuk surah Yasin dibaca dan menjadi amalan seluruh umat Islam.
Dulu masa arwah Abah ada, Mak selalu pesan.
“Nak Abah sihat, jangan tinggal Yasīn setiap pagi. Amal dan doa moga Abah diberi kesihatan yg baik.”
Masa tu, amal jer sebab sayang Abah. Nak sangat Abah kembali macam biasa. Gelak-gelak, melawak, ceria, boleh jalan-jalan.
Saya tak pernah tahu apa kelebihan baca Surah Yasīn setiap pagi. Hingga kakak saya Suwaidah Idrus syorkan baca Surah Yasīn. Kebetulan saya memg futur waktu tu dan rasa down sangat². beliau lah yg menceritakan kelebihan-kelebihan baca Surah Yasīn dan keajaiban yg berlaku kepada beliau setelah mengamalkan surah ini.
ALLAH MAKBULKAN SATU PERSATU PERMINTAAN
Dia kata, “duk jauh dengan family elok amal surah Yasīn. Nak apa, niat jer sambil baca Surah ni. In shaa Allah, Allah maqbulkan.”
Ternyata setelah bertahun-tahun saya amalkan, Alhamdulillah satu persatu Allah makbulkan.
Antaranya, walaupun saya selalu mohon pada Allah moga Abah kembali sihat, dalam masa yg sama saya juga mohon untuk Allah beri kesempatan untuk saya berkhidmat untuk Abah.
Dan Alhamdulillah Allah makbulkan doa saya, walaupun baru jer balik cuti tapi saya sempat untuk berkhidmat hingga nyawa abah yg terakhir.
Beberapa doa yg lain saya mohon pada Allah, Allah makbulkan.Walaupun lambat, Alhamdulillah saya perolehinya.
Ayuh sahabat.
Saya nak sangat ajak sahabat² sama² amalkan surah yasīn di awal pagi sebagai permulaan sebelum kita melakukan sesuatu.
In shaa Allah biiznillah jika niat kita baik, Allah akan bantu.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.