Leif

Sebelum ini di awal gelombang PKP selebriti Ashraf Muslim dan PU Riz telah dijangkiti COVID-19.

Dan yang terbaru pula adalah pengacara dan pelakon Alif Satar turut mengesahkan dirinya positif setelah mendapat keputusan saringan sebelumnya.

Artikel Berkaitan: “Ayah Boleh Solat & Baca Quran Macam Biasa Kat Sini” – Ashraf Muslim Reda Dipilih Allah Disahkan Positif COVID-19

Alif telah kongsikan berita itu di laman Instagramnya dengan memberitahu perkära itu memang amat mengejutkan dan mendukacitakan.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


Malah perkara pertama apabila dapat tahu berita itu, dia terus memikirkan tahap keselamatan keluarga, isteri serta anak-anaknya.

Begitu juga dengan rakan-rakan di set pengambaran juga kontak rapat yang telah berjumpa dengannya sebelum itu.

Sehubungan itu dia telah memberitahu nama kepada KKM kontak rapat yang dikenali pasti olehnya dalam tempoh 14 hari.

Di akhir status, Alif turut mohon maaf atas segala kesulitan dan memohon agar semua mendoakan kesembuhan dan kekuatan pada dirinya berdepan dugaan Allah SWT.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)


“assalamualaikum.. dalam kesibukkan alif menjalankan penggambaran, alif telah melakukan beberapa ujian saringan covid-19.

“Malangnya, keputusan terkini yang alif baru sahaja terima harini, telah menunjukkan bahawa alif didapati positif covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan.

“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga.. isteri dan anak-anak alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan alif.

Artikel Berkaitan: “Saya Menangis, Ibarat Ini Peluang Kedua Yang Allah Berikan” – PU Riz Syukur Disahkan Negatif COVID-19

“Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang alif kenalpasti dalam tempoh 14 hari.. dan alif mohon maaf atas segala kesulitan ini, dan alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuhi dugaan Allah swt.

IKLAN

“Alif doa agar semua terhindar daripada sebarang kemudaratan…

p/s alif sekarang menjalani proses kuarintin. ALIF AMBIL TEST PADA 21HB NOV.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alif Satar®️ (@alifsatar)

Sebaik muat naik posting ini, Alif telah menerima pelbagai kata-kata semangat dari rakan artis dan warganet. Masing-masing mendoakan kesembuhan Ironman ini dari penyakit merbahaya.

ctdk semoga di beri kesembuhan dengan segera .. aamiin ya rabb

IKLAN

mfmirafilzah Allahuakbar. Get well soon Alif!

sherry_alhadad Alif, semoga cepat sembuh Alif!! Stay strong Alif..Aaamin YRA

zizanrazak869 SubhanAllah. Hope selesai dengan cepatnya dengan izin Allah. InshAllah

zulinaziz Semoga alif diberi kesembuhan,kami semua juga diset amin ya rab Allahuakhbar

dr.maiza Semoga diberi kesembuhan sepenuhnya. Take care

krello 4Speedy recovery bro. Semoga dipermudahkan semuanya

Kredit Foto: Instagram Alif Satar

Artikel Berkaitan: Rupanya Berpurdah Atau Niqab Tak Mampu Halang Jangkitan Covid-19, Mereka Dinasihat Pakai Pelitup Muka – Dr Noor Hisham

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI