Tidak cepat sesaaat, tidak juga terlewat seminit. Apabila sudah sampai janji kepada Allah taala, kita akan berangkat pergi meninggalkan alam fana ini. Pemergian secara mengejut peguam hartanah terkenal, Salkukhairi Abd Sukor hari ini jelas mengejutkan pengikutnya di media sosial.

Tidak dinyatakan punca asbab kematiannya, peguam ini semasa hayatnya banyak berkongsi ilmu-ilmu berkaitan hartanah khususnya dalam pemilikan jual beli rumah di fbnya selain mempunyai buku Mudahnya Urusniaga  Hartanah yang banyak membantu orang ramai sebelum membuat keputusan membeli rumah.

Dua hari sebelum meninggal, arwah sempat memuat naik satu dua posting akhir terutama ilmu berkaitan beza faedah lewat bayar (riba yang banyak diamalkan bank dan kita sebagai peminjam) dan ta’widh dalam perjanjian jual beli hartanah (SNP). Malah bagaikan dapat merasai sudah tiba, arwah memaklumkan minggu ini adalah terakhir akan buat kiriman buku tulisannya.

“Saya ingat minggu ni lastlah saya pos BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni. Sebab time PKPD ni payah nak keluar. Nak keluar kerap kerap pun dah tak berani sekarang. Jadi kalau ada lagi yang masih berminat untuk dapatkan BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni bolehlah dapatkan HARI INI. Petang nanti jika cukup quota saya pos buku. Minggu depan nampaknya terpaksa hold dulu tempahan BUKU MUDAHNYA URUSNIAGA HARTANAH ni. Maaf ya. Jadi kalau ada lagi nak buku, cepat-cepat buat pay.ment sekarang. Nanti buku dah tak de baru lah nak tanya.

Peguam Hartanah Meninggal, Sempat Kongsi Ilmu Beza Ta’widh & Riba’ Dalam Posting TerakhirBacalah ilmu terakhir dikongsikan ini untuk rujukan kita.

1. Faedah lewat bayar adalah riba’ kerana wujudnya pertambahan bayaran yang ditetapkan oleh satu pihak kepada pihak yang satu lagi.
Ta’widh adalah gantirugi yang dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak berdasarkan aqad yang jelas.

2. Faedah lewat bayar dikenakan bersekali dengan bayaran harga jual beli.
Ta’widh dibuat selepas semua bayaran harga jual beli diselesaikan.

3. Faedah lewat bayar biasanya dikenakan pada kadar 8%-10% setahun atas baki harga jual beli yang tertunggak dan ia boleh di kompaunkan.
Manakala berdasarkan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara, kadar Ta’widh yang dibenarkan adalah tidak lebih 1% daripada bayaran harga jual beli yang tertunggak dan ia tidak boleh dikompaunkan.

4. Faedah lewat bayar biasanya pihak-pihak tiada pilihan. Ia perlu dilaksanakan. Wujudnya unsur penindasan disitu.
Manakala Ta’widh terpulang atas persetujuan bersama pihak-pihak sama ada untuk menguatkuasakannya atau tidak. Jadi tiada unsur penindasan di situ.

5. Faedah lewat bayar seolah-olah menjdikan satu pihak membuat untung atas kegagalan/ kelewatan pihak satu lagi melaksanakan tanggungjawab nya.
Manakala Ta’widh sekadar satu bentuk gantirugi yang wajar untuk mempampas pihak yang telah mengalami kerugian akibat kegagalan/ kelewatan pihak yang satu lagi melaksanakan tanggungjawabnya.

Jadi pilihan di tangan anda.
Ibaratnya, nak pilih ayam yang disembelih dengan kalimah Allah atau nak pilih ayam yang dicucuk leher. Dua dua nampak sama. Tapi satu haram dan satu lagi halal. Tepuk dada tanya Iman.

Semoga setiap ilmu dikongsikan arwah menjadi asbab kebaikannya di dunia.

Peguam Hartanah Meninggal, Sempat Kongsi Ilmu Beza Ta’widh & Riba’ Dalam Posting Terakhir

WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI

✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘

Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..

✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽‍♀‍

✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)

✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻

Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞

Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/

Untuk bimbingan awal secara PERCUMA dari Coach Zuhri pula, jom sertai sesi Live CurHat Jodoh bersama Coach jam 9.00 malam – 10.00 malam di:
https://www.instagram.com/kashoorga/ dan
https://www.facebook.com/Kashoorga

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI