Saling melengkapi antara satu sama lain, begitulah namanya jodoh.

‘Alhamdulillah sepanjang bersama tak pernah bergaduh.’ Suami, isteri beza 38 tahun sering dianggap bapa dan anak kerana perbezaan usia yang jauh.

Benarlah kalau sudah jodoh, beza usia ibarat bapa adan anak juga boleh bersatu. Siapa kita untuk menidakkan kuasa Allah. Seperti mana kisah pasangan suami, isteri ini.

Artikel Berkaitan:

Ahli Keluarga Bergaduh Ketika Pengebumian. Bacaan Talkin Sunnah Atau Bidaah?

Alhamdulillah Sepanjang Bersama

Beza umur 38 tahun antara Nur Arelya Azahar, 24, dan suami, Mohamed Saman, 62, sering menimbulkan kekeliruan sehingga ramai beranggapan mereka adalah pasangan anak dan ayah.

Bagaimanapun, situasi tersebut tidak menjadi halangan buat pasangan duda dan dara itu untuk terus menyulam kasih sehingga gelagat romantik mereka tular selepas video yang dimuat naik di TikTok menimbulkan rasa kagum dalam kalangan warganet melihat kemesraan mereka.

@arelya_azahar Pergorbananmu terbanyak untuk diungkapkan . Terima kasih sayang 💙#fypdongggggggg #fypシ゚viral #fypage ♬ bunyi asal – takdir & waktu

Tak Pernah Bergaduh

Berkongsi kisah percintaan itu, Nur Arelya yang merupakan anak keempat daripada lima beradik berkata, dia mula berkenalan dengan suami pada tahun 2019 semasa bekerja di sebuah kedai makan.

IKLAN

“Suami suka makan nasi kerabu Golok yang dibuat oleh saya, boleh dikatakan setiap hari.

“Sehinggalah pada tahun 2020, kami mulai rapat selepas kematian ayah saya. Bermula dari situ hubungan kami bertambah erat sehingga jatuh cinta dan mengambil keputusan untuk bernikah pada November 2021,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Jabi, Binjal, Kota Bahru, Kelantan.

‘Alhamdulillah Sepanjang Bersama Tak Pernah Bergaduh.’ Suami, Isteri Beza 38 Tahun Sering Dianggap Bapa & Anak
Suami, Isteri Beza 38 Tahun

Menurut peniaga kosmetik itu, sikap penyabar, memahami yang ditunjukkan oleh Mohamed menyebabkan dia tertarik untuk berkongsi kasih.

Tambah Nur Arelya, pada awalnya ramai terkejut dengan keputusan ‘berani mati’ untuk berkahwin dengan bekas pesara Pejabat Tanah dan Jajahan Kota Bharu yang sudah berusia 59 tahun.

“Ketika itu usia saya 21 tahun dan ramai yang kurang bersetuju dengan keputusan tersebut,” katanya.

IKLAN

Dalam masa yang sama, jelas Nur Arelya, jodoh mereka sungguh kuat apabila berjaya menempuh alam berumah tangga dan usia perkahwinan sudah menginjak ke tahun ketiga.

“Alhamdulillah, sepanjang hidup bersama, kami tidak pernah bergaduh malah kasih sayang yang diberikan oleh suami membuatkan saya terlupa tentang perbezaan umur yang ketara.

“Kami juga saling menjaga antara satu sama lain. Suami menghidap diabetes manakala saya adalah pesakit bipolar dan tidak boleh tinggal berseorangan terutama dalam gelap,” katanya.

‘Alhamdulillah Sepanjang Bersama Tak Pernah Bergaduh.’ Suami, Isteri Beza 38 Tahun Sering Dianggap Bapa & Anak
Sering Dianggap Bapa & Anak

Bagi Nur Arelya, Mohamed seorang suami yang baik walaupun sudah di peringkat warga emas tetapi dia memahami jiwa isteri yang masih muda.

Sementara itu, menurut Mohamed dia tidak terfikir untuk mencari pengganti selepas kematian isteri. Namun manusia merancang, Allah yang menentukan.

IKLAN

Bapa kepada lima orang anak itu memberitahu, dia bersyukur selepas dipertemukan dengan isteri yang sudi menerimanya walaupun sudah berusia dan yakin Nur Arelya dapat menjaganya sehingga akhir hayat.

Baca Di Sini:

‘Jangan Marah, Berkali-Kali Rasulullah Pesan.’ Cuba Diam, Pause Sekejap Bila Emosi Tak Stabil!

Kashoorga: Saling melengkapi antara satu sama lain, begitulah namanya jodoh.

Sumber: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI