Setelah hampir seminggu negara dikejutkan dengan kemelut politik, hari ini akhirnya Tan Sri Muyiddin Yassin telah dilantik secara rasminya sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Beliau menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri terdahulu dan juga Interim sebelum ini.

Ternyata perlantikan Ahli Parlimen Pagoh ini mendapat sokongan pelbagai pihak, malah dikatakan calon paling sesuai untuk menggantikan Perdana Menteri terdahulu.

Majlis mengangkat sumpah ini berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatullah Al-Mustafa Billah Shah di Balai Singgahsana Kecil, istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.

“Allhamdulilah. Allahuakhbar. Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat” Reaksi Netizen Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Kelapan

IKLAN

Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.

Ia disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

IKLAN

Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

“Allhamdulilah. Allahuakhbar. Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat” Reaksi Netizen Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Kelapan

IKLAN

Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Sebaik mengetahui perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai warganet mengucapkan tahniah dan berharap dapat mentadbir negara sebaiknya.

“Allhamdulilah. Allahuakhbar. Pemimpin Yang Berjiwa Rakyat” Reaksi Netizen Perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Kelapan

Zol Zol Kta sma2 berdoa agar TSMY diberi Kesihatan yg baik dn dipermudahkn sgala urusan negara…aminnnn..

Muhammad Hilmi Kita berdoa agar TSMY dipermudahkan segala urusannya
Haniff ZaiDeenPimpinlah malaysia kearah perpaduan ALLAHUAKBAR
Abu Bakar Bin AbdullahJalankan amanah rakyat sebaik munkin… sekiranya susunan gerak kerja perkhidmatan kerajaan baharu ni yg terbaik kpd negara rakyat akn menyokong penuh
Nurul Shafinaz AbdullahMoga dapat jalankn amanah dgn adil
Puan ZueraSemoga dipermudahkan urusan mentadbir negara.. Semoga dapat pikul tanggungjawab dengan amanah dan adil… Tahniah
Muhamad NazyAllhamdulilah. Allahuakhbar. Pemimpin yang berjiwa rakyat
SUMBER & KREDIT FOTO: SINAR HARIAN ONLINE
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI