kursi

Tidak dinafikan dalam kehidupan berumahtangga ada pasang surutnya. Jika disebabkan masalah rumahtangga tidak ada masalah, tetapi bimbang masalah lain yang mengganggu gugat kerukunan rumahtangga setiap pasangan.

Namun sebagai orang Islam kita perlu percaya dengan kekuasan Allah dan hanya memohon pertolongan daripadaNya.

Jadi bagi mengelak perkara tidak diingini atau gangguan sihir amalkan bacaan Ayat Kursi untuk menghindari sihir yang boleh meruntuhkan kebahagiaan sesebuah rumahtangga.

Amalkan Bacaan Ayat Kursi Ini Untuk Elakkan Gangguan Sihir Dalam RumahtanggaSihir pemisah ataupun turut dikenali sebagai sihir pelalau penghalang jodoh, turut berupaya untuk mencetuskan pergaduhan di antara ahli keluarga.

Sihir seperti ini biasanya dihantar oleh seseorang yang mempunyai niat yang buruk atau jahat dan juga mempunyai tujuan tersendiri yang tidak elok.

Jika sihir pemisah ini dihantar pada pasangan suami isteri maka di antara mereka akan menunjukkan perubahan sikap terhadap pasangan masing-masing.

IKLAN

Fasa berlakunya perubahan jika dihantar sihir pemisah adalah seperti berikut:

Fasa 1: Mula timbul rasa benci

Fasa 2: Sering berlaku perselisihan faham

Fasa 3: Mempunyai perasaan tidak percaya akan pasangan

IKLAN

Amalkan Bacaan Ayat Kursi Ini Untuk Elakkan Gangguan Sihir Dalam RumahtanggaFasa 4: Perasaan cemburu buta makin menjadi-jadi

Fasa 5: Sudah tidak mempunyai perasaan untuk bersama

Fasa 6: Semakin berubah rupa dengan sikap yang teruk

Fasa Terakhir: Akan meminta berpisah atau bercerai dengan pasangan

IKLAN

Cara yang paling baik untuk menghindari sihit adalah dengan mengamalkan ayat Kursi selepas solat, setiap pagi, petang dan juga sebelum tidur.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

“Jika kamu hendak tidur, bacalah ayat Kursi sampai selesai satu ayat. Maka akan ada penjaga dari Allah untukmu, dan syaitan tidak akan mendekatimu sampai pagi.”

Hadis Riwayat Bukhari (2311)

Amalkan Bacaan Ayat Kursi Ini Untuk Elakkan Gangguan Sihir Dalam Rumahtangga
Elok diamalkan setiap masa.

SUMBER: ZAYAN

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI