Tragedi melibatkan empat penunggang motosikal meninggal dalam kejadian di Pulau Pinang malam semalam menarik perhatian ramai. Ramai melontarkan pelbagai pendapat mengenai aksi perbuatan mereka itu.
Dalam pada itu, isteri kepada salah seorang mereka yang terlibat dalam kemalangan itu, Norhanazielah Hanazi, 28 tidak dapat menahan kesedihan dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa arwah suaminya, Muhamad Eizreel Muhamad Roszaidi, 25, pada pukul 4.30 pagi semalam.
Ini kerana suaminya masih sempat bertanya khabar anak-anak pada jam 2 pagi sebelum kejadian menimpa. Masa yang sama juga, kemalangan maut yang berlaku di Lebuh Raya Tun Dr. Lim Choong Eu, Gelugor itu juga menambah sedih di hatinya kerana arwah suaminya tidak sempat menatap wajah anak ketiga mereka yang dijangka lahir pada minggu hadapan.
Dalam pada itu, Norhanazielah Hanazi, 28, memaklumkan, dirinya pergi ke lokasi kejadian walaupun dalam keadaan sarat mengandung untuk melihat sendiri keadaan suaminya selepas dimaklumkan kejadian tersebut oleh rakan-rakan.
Ads
“Rasa sebak sangat Tambah sebak apabila anak-anak berusia lapan dan empat tahun menangis apabila diberitahu bapa mereka meninggal dunia.
“Saya pula sedang menghitung hari untuk bersalin anak ketiga kami yang dijadualkan pada 27 Julai ini. Arwah yang paling tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata ini dan segala kelengkapan sudah siap dibeli,” katanya ketika ditemui semalam.
Ads
Norhanazielah memberitahu, arwah suaminya menghantar pesanan WhatsApp pada pukul 2 pagi untuk bertanyakan tentang keadaannya dan anak-anak.
Cerita wanita itu, sejak kebelakangan ini, arwah mahu sentiasa berdamping dengannya dan anak-anak di rumah.
Ads
“Dia sanggup tidak pergi kerja semata-mata mahu membawa kami berjalan-jalan dan makan,” katanya yang memberitahu suaminya bekerja sebagai runner.
Tidak dinafikan, jika kita bercakap mengenai majlis perkahwinan pasti akan terbayang perbelanjaan bajetnya yang besar.
Apatah lagi jika tetamu yang dijemput melebihi dari jangkaan, lebih-lebih lagi jika melakukan kenduri anak sulung atau pertama.
Namun jangan risau mengenai bajet jika kita berniat untuk mendirikan masjid. Pasti ada jalan terbaik untuk mengatasi masalah kekangan bajet.
Perkongsian wanita ini Puan Atikah di laman sosial twitter di mana dia membelanjakan hanya RM10 sahaja mengadakan majlis kahwin.
Walau bagaimanapun semua perbelanjaan termasuk dalam duit hantaran RM10K kecuali untuk photobooth, mekap dan juga barang hantaran. Untuk ini dia menggunakan duit simpanan bulanannya.
Ayuh ikuti perkongsiannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
‘Sehari 24 jam, hanya 5 kali Allah suruh kita ‘berjumpa’ Dia.’ Mengapa harus beri sisa pada Allah? Sedangkan kita miliki banyak waktu untuk lakukan urusan lain.
Jika hendak dibandingkan dengan perkara-perkara lain, waktu untuk berjumpa Allah yakni mendirikan solat lima waktu hanyalah seketika dan tidak membebankan langsung.
Ikuti perkongsian Puan Hada Shaharuddin dan ketahui mengapa kita tidak seharusnya memberikan sisa-sisa waktu kepada Allah SWT.
“Get ready everyone another 10 minutes hendak masuk waktu solat!” ibu laung dari tingkat bawah supaya semua anak-anak berhenti dan bersedia untuk solat.
Yang sedang tonton TV (televisyen), mula tutup TV, yang sedang bermain, mula kemas mainan, yang sedang menulis dan melukis, mula simpan buku-buku. Kecuali seorang, masih tekun menulis dalam buku latihannya. Ibu perhati saja, biar dia ambil masanya.
“Acik nak jadi imam ibu!”
“Alang lah jadi imam, semalam dah Acik!”
Perkara biasa, ibu terpaksa putar kembali masa, siapa yang jadi imam semalam agar berganti hari ini. Kalau tidak, masa habis nak tentukan siapa jadi imam.
Hampir masuk waktu, semua sudah bersedia dengan pakaian solat dan menunggu di musolla kecil kami. Kecuali seorang. Masih terus tekun menulis di meja.
“Sudah Angah, berhenti, ambil air sembahyang, nak masuk waktu dah ni!”
“Kejap ibu… Ada sikit lagi ni” Ibu biarkan lagi. Adik-adiknya bermain keliling sejadah sementara menunggu.
Sudah masuk waktu solat, Angah masih di meja. Tiada tanda-tanda akan berhenti.
“Atthiyyah Husna, put down your pen and take your wuduk now!!” Angah berhenti menulis, tutup buku dan bergegas ambil wuduk.
Ini bukan kali pertama. Kebelakangan ini, ibu perhatikan Angah terlalu fokus dengan latih tubinya hingga melewat-lewatkan waktu solatnya. Ibu tahu Angah risau.
Malah, ibu faham angah tertekan kerana peperiksaan semakin hampir dan Angah bimbang tak mampu dapat keputusan cemerlang. Angah takut kecewakan ibu dan abah.
Beberapa kali juga dinyatakan kerisauannya itu pada ibu. Tapi tekunnya Angah berusaha, hingga kadang-kadang melewatkan waktu solatnya.
Beberapa kali masbuk malah ada ketikanya solat sendirian kerana yang lain selesai berjemaah. Kali ini ibu perlu fahamkan Angah, tapi ibu tunggu biar semua selesai berjemaah.
Selesai berdoa, Angah bingkas bangun, tapi ibu minta Angah duduk dulu. Ada perkara ibu mahu jelaskan agar dia faham. Adik-adik yang lain juga rapatkan diri mahu mendengar.
“Kenapa beri sisa pada Allah?!” Angah berkerut pandang ibu tanda tidak faham.
“Kenapa beri sisa waktu yang Angah ada untuk Allah? Waktu Allah bagi 24 jam, dan hanya 5 kali Allah suruh kita ‘berjumpa’ Allah. Itu pun tak sampai 10 minit setiap kali.
‘Secara total, hanya 50 minit dari 1440 minit sehari yang Angah ada. Bermakna cuma 3.5% dari sehari semalam masa yang Angah ada diperuntukkan untuk Allah!
‘Dan jika Angah kira 10 minit untuk satu waktu solat makin sikitlah digunakan, iaitu cuma 0.7%, tak sampai 1% pun dari keseluruhan masa Angah. Jadi, sekejap ke lama masa nak solat?”
“Sekejap…” Angah jawab perlahan.
“Itu pun hanya beri sisa waktu yang Angah ada untuk Allah! Contohnya, Angah habiskan latihan dulu, sisa masa yang ada baru Angah solat.
Atau habiskan baca buku dulu, sisa masa yang ada baru solat. Sepatutnya solatlah dulu, sisa waktu yang ada baru buat kerja lain. Allah tidak sedikit pun rugi kalau kita lewatkan solat, yang rugi kitalah. Kalau hari ini kita beri sisa pada Allah, maka sisalah yang kita dapat di akhirat kelak.
Ingat tak lagi kisah yang ibu ulang-ulang tentang solat yang menjelma jadi orang tua di akhirat nanti? Itu sebab kita beri sisa lah! ”
“Dan yang menyedihkan, sudahlah beri sisa masa yang ada, lepas solat tak mahu pula duduk sebentar, berzikir dan berdoa. Rasa buang masa bila memuji-muji Allah walau sekejap.
‘Kita mahu Allah beri pada kita yang terbaik, paling hebat. Tapi kita bukan saja tak mampu beri masa yang terbaik, malah hanya beri lebihan atau baki pada Allah, beradab kah?”
Ibu berhenti seketika. Angah tunduk dan diam. Air matanya mula bergenang. Adik-adiknya juga diam tekun mendengar.
“Ibu faham… Angah risau dengan exam tak lama lagi. Ibu tahu Angah takut kecewakan ibu dan abah, tapi ingat berkali-kali ibu cakap, berjaya jawab soalan nanti pun Allah yang izinkan, kalau Allah sayang pada Angah, Allah rahmati setiap usaha Angah.
Malaikat-malaikat doakan setiap saat kerja keras Angah. Sebab itu jaga solat betul-betul. Selebihnya barulah usaha sungguh-sungguh. Dan ibu yakin anak ibu pasti cemerlang ujian tahun ini.
Malah jika Angah ingat apa ibu pesan ni, sampai bila-bila lah Angah akan berjaya setiap kali berhadapan dengan ujian. Tak kira lah ujian dari manusia atau ujian dari Allah… ”
“So now you tell me, do Allah deserve your waste?”
Angah geleng sambil berhamburan lah air matanya tanda faham dan tanda sesal. Biarlah anak ibu belajar menangis sekarang, agar nanti tidak menangis bila sudah jauh dari Allah.
Perselisihan keluarga antara anak dan ibu bapa memang biasa terjadi lantaran masing-masing mempunyai pandangan berbeza terhadap sesuatu perkara.
Akibatnya, kerana tidak mahu memperpanjangkan cerita, anak nekad untuk tidak mahu berbicara atau bersua muka kerana takut akan berlaku lagi perselisihan.
Mungkin dalam hal tertentu anak tidak bersalah dan terasa hati dengan tindakan ibu bapa. Perasaan susah memaafkan mula bersarang dan seterusnya mengambil keputusan tidak mahu menziarahi mereka. Bagi anak cukuplah dengan memberikan wang belanja bulanan dengan tanggapan telah tunaikan tanggungjawab sebagai anak.
Justeru sampai berapa lama mahu keadaan ini berlarutan? Enggan memaafkan dan tidak menzarahi mereka?
Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Isra’ : Ayat 23
“Dan Tuhanmu telah memerintahkan janganlah kamu semua menyembah melainkan Dia dan berbuat baiklah kepada dua ibu bapa.”
Allah SWT telah menegaskan bahawa semua hambaNya wajib berbuat baik kepada ibu bapa setelah mereka melaksanakan tanggungjawab menyembah Allah. Ini bermakna berbuat baik kepada orang tua adalah satu tanggungjawab besar dan berat, melihatkan kedudukannya setelah kewajipan menyembah Allah.
Jika orang tua kita sudah tiba pada usia tua atau emas, janganlah kita bersikap kasar terhadap mereka . Jangalah berkata “Ah!’ sekalipun. Jangan kita mengherdik mereka. Sedangkan mengeluarkan perkataan ‘Ah!’ pun tidak dibolehkan apatah lagi dengan memaki, apatah lagi dengan tidak menziarahi, jauh sekali ada rasa geram dan rasa nak marah.
Nak tunjuk muka kurang senang atau tidak suka kepada orang tua pun tak dibolehkan, apatah lagi kalau kita tak mahu memaafkan mereka.
Andai mereka bersalah sekali pun, kita WAJIB memaafkan mereka. Apa sebabnya? Sebabnya ialah kalau bukan kerana mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini dengan izin Allah. Apa yang kita dapat hari ini, semuanya adalah kerana orang tua kita. Bagaimana kita nak mengecap nikmat hidup kalau bukan dari redha mereka?
Apabila berlarutan rasa ego seperti ini, maka anak mengambil keputusan enggan menziarahi ibu bapa, Jika dahulu kerap, kini boleh dibilang setahun berapa kali sahaja berjumpa malah ada yang bertahun tidak menziarahi orang tua.
Jadi, apakah hukumnya jika anak sekadar memberi wang belanja tanpa datang menziarahi ibu bapa?
Ketahuilah oleh kita bahawa, memberi wang belanja yang ditanggung oleh anak, hukumnya WAJIB. Berbuat ihsan kepada orang tua, hukumnya WAJIB. Bila mana anak tidak menziarahi ibu bapa kerana geram dan marah akan mereka, di sini, si anak telah DERHAKA kepada orang tuanya. Sejahat-jahat orang tua, mereka tetap mempunyai hak untuk kita hormati.
Dalam kemelut seperti ini, sejauh mana batasan anak untuk tidak perlu taat kepada mereka? Jika ibu dan ayah kita menyuruh anak berbuat mungkar dan maksiat, maka anak tidak perlu mentaatinya.
Jika orang tua suruh berbuat maksiat, jangan ditaati, tetapi tetaplah berbuat baik kepada mereka. Walaupun tidak taat kepada orang tua yang menyuruh berbuat maksiat, kita tetap perlu hormati mereka. Kedudukan orang tua adalah pintu kepada anak untuk menuju ke syurga atau neraka.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.