Siapa tidak mengenali pelawak dan juga pelakon Shuib Sepahtu. Setiap kali melihat dia beraksi di pentas pasti tidak akan kering gusi mendengar lawak spontannya.
Ada saja yang keluar dari mulutnya yang tidak pernah kering idea dalam menghiburkan orang ramai.
Kita sekadar melihat luarannya sahaja, tetapi ramai tidak tahu amalan baik yang tidak pernah kita nampak dari mata kasar.
Walaupun personaliti Shuib yang dilihat begitu sibuk mencari rezeki dunia, tetapi tersembunyi amalan yang disimpan untuk bekalan di akhirat.
Dalam satu posting oleh Imam Muda Asyraf mendedahkan bahawa insan ini nampak biasa tetapi sebenarnya amalan beliau sangat luar biasa.
Ads
Menurutnya sejak bertugas sebagai DJ di sebuah radio dan perlu bangun ke konti seawal jam 4 pagu, jadi Shuib tidak melepaskan peluang solat Tahajjud hampir setiap hari. Bukan itu sahaja, malah Surah Al-Waqiah menjadi amalan beliau.
Niat datang nak COD… Tapi kena tazkirah dengan Shuib
Sebahagian orang, amalan baik mereka terlalu jauh ke dalam mereka sembunyikan…
Insan yang saya kenal ini sejujurnya nampak biasa-biasa. Tapi mungkin tak ramai yang tahu amalan beliau yang luar biasa… .
Ads
Semenjak bertugas sebagai DJ radio yg terpaksa pergi ke konti studio seawal 4 pagi, beliau tidak melepaskan peluang untuk solat tahajud hampir setiap hari..Surah al-Waqiah menjadi amalan beliau..
Bahkan hampir setiap pagi beliau tidak melepaskan peluang bersedekah jamu makan tak kira siapa samada Pak Guard, cleaner dll setiap awal pagi.. istiqamah hingga hari ini. Murah rezeki beliau… .
Ini antara apa yg sy dapat tahu dari org rapat beliau.. @shuibsepahtu @aisyasyraf_hq
Ternyata perkongsian ini mendapat respon bagus dari warganet. Masing-masing setuju dengan pendapat yang diberikan oleh Imam Muda Asyraf.
tok_ayah_haji Subhanallah. Sebab tu kita jangan nak judge orang sesuka hati. Golongan artis ni tak semuanya jahil tapi ramai yg lebih baik amalannya dari kita. Ingat tu…….muhasabah diri tu dulu sebelum mengutuk golongan artis ni.
saleesa19 Allah lebih tau hati dan amalan setiap hambanya, sebab tu kita jangan menilai orang dari luaran..semoga kita juga dapat amalkan tahajud istiqomah… by the way Ustaz.. jaga social distancing
wanhidayah_naomihoshi betul tu ustad, setuju dgn ustad..jgn menilai iman seseorang dgn luarannya..nampak ja rock sempoi gelak2, tp dialah yg paling kuat amal ibadatnya pada Allah..daripada pakai jubah 3 lapis dok aniaya n zalimi org terang2..dan fikirlah 1000x dulu sblm nk aniaya atau menzalimi org sbb manatau doa dia mustajab, mmg kena bayar balasan cash dgn Allah blk..terutama yg jenis tak tunjuk warak ni, style rock sempoi gelak2
Semalam kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya untuk tidak menghantar jemaah bagi musim haji 1441H. Ini adalah disebabkan wabak pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Biarpun sedikit terkillan dan sedih dengan keputusan itu, tetapi apa yang dilakukan oleh kerajaan sangat baik demi mengekang masalah penularan virus ini yang masih belum ditemui vaksinnya.
Justeru bagi mengubat hati yang lara, jemaah haji yang sudah terpilih dan menerima surat tawaran tahun ini boleh melakukan beberapa amalan ini yang dikatakan sama pahalanya seperti mengerjakan ibadah haji.
Marilah kita berdoa agar virus ini akan segera lenyap dan berkesempatan untuk menunaikan ibadah haji tahun depan.
Ada 7 amalan yang memiliki pahala Haji dan Umrah. Luar biasanya ganjaran bagi setiap amalan ini walaupun tidak dapat menjejaki Tanah Haramain namun begitu setiap amalan ini tetap tidak dapat menggantikan kefardhuan ibadah haji.
Semoga dengan mengetahui tentang amalan ini dapat mengubat dan memujuk hati-hati para bakal jemaah haji yang telah bersedia untuk menunaikannya namun tertangguh dengan kehendak Allah pada tahun ini.
Seseorang yang bersungguh-sungguh, melakukan persediaan, berkeinginan dan keazaman yang tinggi namun telah terhalang atau uzur, mereka sabar dan redha maka mereka tetap memperolehi pahalanya.
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, dalam suatu peperangan (perang tabuk) kami bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu beliau bersabda, “Sesungguhnya di Madinah ada beberapa orang yang tidak dapat turut serta dalam perjalanan perang, juga tidak menyeberangi suatu lembah (tidak turut serta dalam kepayahan) namun mereka bersama kalian (dalam pahala). Padahal mereka tidak ikut berperang karena mendapatkan uzur sakit.” (HR. Muslim).
Dalam lafaz lain disebutkan,
إِلاَّ شَرِكُوكُمْ فِى الأَجْرِ
“Melainkan mereka yang terhalang sakit akan dicatat ikut serta bersama kalian dalam pahala.”
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang melaksanakan shalat subuh secara berjama’ah lalu ia duduk sambil berzikir pada Allah hingga matahari terbit, kemudian ia melaksanakan solat dua raka’at, maka ia seperti memperoleh pahala haji dan umrah.” Baginda saw pun bersabda, “Pahala yang sempurna, sempurna dan sempurna.”
(HR. Tirmidzi)
Syaratnya:
-Solat Subuh Berjemaah
-Tidak berganjak dari ruang tempat solatnya (menunggu) hingga matahari terbit dan sesuai untuk solat sunat Isyraq (12-15 minit selepas waktu syuruq).
“Ada orang-orang miskin datang menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka berkata, orang-orang kaya itu pergi membawa darjat yang tinggi dan kenikmatan yang kekal. Mereka solat sebagaimana kami solat. Mereka puasa sebagaimana kami berpuasa. Namun mereka memiliki kelebihan harta sehingga boleh berhaji, berumrah, berjihad serta bersedekah.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, “Maukah kalian aku ajarkan suatu amalan yang dengan amalan tersebut kalian akan mengejar orang yang mendahului kalian dan dengannya dapat terdepan dari orang yang setelah kalian. Dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian, kecuali orang yang melakukan hal yang sama seperti yang kalian lakukan. Kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir di setiap akhir shalat sebanyak tiga puluh tiga kali.”
Kami pun berselisih. Sebahagian kami bertasbih tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali, bertakbir tiga puluh empat kali. Aku pun kembali dan bertanya padanya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ucapkanlah subhanallah wal hamdulillah wallahu akbar, sampai tiga puluh tiga kali.” (HR. Bukhari).
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata,
“Ada seseorang yang mendatangi Rasululah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan ia sangat ingin pergi berjihad namun tidak mampu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya padanya apakah salah satu dari kedua orang tuanya masih hidup. Ia jawab, ibunya masih hidup.
Rasul pun berkata padanya, “Bertakwalah pada Allah dengan berbuat baik pada ibumu. Jika engkau berbuat baik padanya, maka statusnya adalah seperti berhaji, berumrah dan berjihad.” (HR. Ath-Thabrani)
Jika ibubapanya atau salah satunya telah meninggal dunia maka lakukanlah yang berikut.
a- Mendoakan kedua orang tua.
b- Meminta keampunan pada Allah untuk mereka.
c- Menunaikan janji mereka setelah meninggal dunia seperti melangsaikan hutang mereka.
d- Meneruskan hubungan silaturahim dengan keluarga dekat keduanya.
e- Memuliakan rakan karib keduanya.
f- Bersedekah atas nama kedua orang tuanya
Tiga amalan seterusnya terikat pada situasi di musim pandemik ini.
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berjalan menuju solat wajib berjama’ah, maka ia seperti berhaji. Siapa yang berjalan menuju shalat sunnah, maka ia seperti melakukan umrah yang sunnah.” (HR. Thabrani).
Abu Umamah radhiyallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Siapa yang berangkat ke masjid yang ia inginkan hanyalah untuk belajar kebaikan atau mengajarkan kebaikan, ia akan mendapatkan pahala haji yang sempurna hajinya.” (HR. Thabrani)
Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah bertanya pada seorang wanita,
مَا مَنَعَكِ أَنْ تَحُجِّى مَعَنَا
“Apa alasanmu sehingga tidak ikut berhaji bersama kami?”
Wanita itu menjawab, “Aku punya tugas untuk memberi minum pada seekor unta di mana unta tersebut ditunggangi oleh ayah fulan dan anaknya –ditunggangi suami dan anaknya-. Ia meninggalkan unta tadi tanpa diberi minum, lantas kamilah yang bertugas membawakan air pada unta tersebut. Lantas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
Islam itu sebenarnya satu agama yang sangat indah. Malah dalam Islam itu di setiap sisinya mempunyai adab.
Tidak kiralah ketika kira mahu tidur, makan, masuk kenderaan dan sebagainya.
Dengan adab yang diajarkan ini menjadikan kehidupan setiap insan itu jadi lebih teratur dan sempurna. Malah untuk masak nasi pun ada, cara ini boleh kita praktikkan.
1. Pastikan anda dalam keadaan bersih dan sebaiknya ketika memasak nasi. Satu hal lagi, pastikan anda dalam keadaan tenang dan tidak marah. Ia bertujuan mengelak anda memasak dalam keadaan terburu yang akhirnya mengundang masalah lain pula
2. Gunakan tangan kanan ketika mencuci beras. Walaupun anda seorang yang kidal, usahalah untuk mencuci dengan menggunakan tangan kanan.
3. Cucian dilakukan dalam putaran arah lawan jam atau pusingan tawaf. Kita memang dianjurkan melakukan apa pun pusingan sama ada menyapu ubat, memasak dan sebagainya mengikut pusingan tawaf
4. Sambil membasuh beras bacalah “Laisa la ha min dunillahi katsyifah” maksudnya “Tiada penyembuhan selain daripada Allah”
5. Ulangi membasuh beras sebanyak tiga kali atau selepas anda yakin beras sudah bersih.
6. Sambil membasuh beras itu berselawat dan amalkan doa: “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.” – At-Tarmizi
7. Satu lagi doa yang bagus diamalkan ketika membasuh beras adalah “Ya Allah, lembutkan hati kami untuk faham agama-Mu sebagaimana Engkau lembutkan beras ini sehingga menjadi nasi.”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Anak adalah kurniaan Ilahi yang tiada nilainya. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk mencorakkan apa yang baik untuk anak-anak ini.
Beruntungnya jika dikurniakan anak yang ramai. Namun setiap satunya mempunyai acuan berbeza-beza. Ada yang baik dan ada pula yang nakal sikapnya.
Walaupun begitu ada beberapa doa boleh diamalkan untuk mengatasi anak-anak yang mempunyai sikap istimewa ini.
Insya-Allah jika diamalkan doa tertentu.
#1. Doa untuk anak degil – Surah Ali Imran; Ayat 200
Sebelum membaca doa untuk anak degil ini, adalah lebih afdhal memulakannya dengan bacaan Surah Al-Fatihah, Ayat kursi dan selawat Syifa sebanyak tujuh kali.
Kemudian, usap ubun-ubun anak dengan penuh kasih sayang, berserta niat yang baik.
Setelah itu, baca doa untuk anak degil sebanyak tujuh kali dan tiup ke atas ubun kepala anak.
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
#2. Doa untuk anak degil : Doa supaya dilembutkan hatinya dari Surah As-Syura Ayat 19
Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut.
Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.
Maksud:Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya.
Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa. Dua kaedah membaca doa untuk anak degil
– Membaca doa tertentu pada air seperti Surah Al-Fatihah, Doa pelembut hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5) – Selawat Syifa, selawat Tafrijiyah – Doa menghindar maksiat (Surah Al-Mu’min ayat 3) bersama beberapa doa yang lain. – Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak yang bermasalah dan boleh juga dibuat mandi.
Bagi menangani masalah anak degil dan suka melawan cakap ibu bapa, anda boleh juga ambil air tadahan wuduk dan beri anak mandi. Caranya begini: 1. Bersihkan dahulu badan dengan sabun terutama bahagian anggota wuduk. Ia termasuk anggota yang rukun dan sunat. 2. Setelah dibersihkan anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk 3. Cara mudah, duduk atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian bawah antara kedua-dua belah kaki. Minta isteri/suami untuk membantu mengambil wuduk. 4. Basuh semua anggota wuduk sebanyak tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Kemudian ambil wuduk seperti biasa. 5. Setelah suami selesai melakukannya, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama. 6. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul dalam baldi tadi campurkan dengan air biasa. 7. Gunakan air tersebut untuk mandian anak-anak yang bermasalah.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...