Bapa mentua sama taraf dengan bapa sendiri. Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana pula hubungan bapa mentua tiri dengan menantu perempuan tiri. Pastinya hubungan tidak sama antara seorang bapa mentua dengan menantu perempuannya. Berikut penjelasannya.

SOALAN: Apakah hukum aurat antara bapa mentua tiri (ayah tiri suami) dengan menantu perempuan tiri?

JAWAPAN: Kedudukan bapa mentua tiri adalah tidak sama dengan bapa mentua. Hubungan bapa mentua dengan menantu perempuannya adalah hubungan mahram manakala hubungan di antara bapa mentua tiri dengan menantu tiri adalah sebaliknya. Pengharaman kepada bapa mertua berkahwin dengan menantunya adalah bersifat selama-lamanya (muabbad), manakala bapa mertua tiri dengan menantu tirinya adalah bersifat sementara (muaqqat). As-Syarbini di dalam kitab no41 menyatakan sekiranya suami kepada perempuan tersebut meninggal dunia, tidak menjadi kesalahan kepada bapa tiri bagi suaminya untuk berkahwin dengannya kerana kedudukan isteri bagi anak tiri (menantu tiri) tidak sama dengan isteri bagi anak kandung (menantu). Wajib bagi perempuan tersebut menjaga batasan auratnya seperti ditetapkan oleh syara’ sebagaimana ketika dia berhadapan dengan lelaki ajnabi yang lain. Dalam situasi sebegini juga tidak dibenarkan mereka berdua-duaan.

Sedikit penjelasan tentang hubungan antara bapa mentua dengan menantu perempuan:

IKLAN

Firman Allah SWT dalam surah an-Nisaa’ ayat ke-23, yang bermaksud,
“Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapamu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang lelaki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mentua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu (isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau,  sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nisaa’ 04: 23)

Berdasarkan ayat ini :

IKLAN

1. Anak menantu bersalaman dengan ibu bapa mertua tidak membatalkan air sembahyang. Ini kerana ibu bapa mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya iaitu tidak batal wuduk dan haram berkahwin antara anak dan ibu tiri tersebut selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu perempuan tersebut TIDAK BOLEH bernikah dengan bapa mentuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas bapa mertua tersebut. Anak menantu diharamkan berkahwin dengan bekas ibu mentua atau bapa mentua kerana status mereka adalah seperti ibu dan bapa sendiri.

IKLAN

2. Bapa mentua sama taraf dengan bapa sendiri.
Oleh itu, aurat menantu perempuan dengan bapa mentua adalah sama seperti auratnya dengan mahramnya iaitu bapanya sendiri atau adik-beradik lelaki yang lain, terbatas daripada pusat hingga ke lutut. Ini bererti menantu perempuan boleh (harus) membuka rambutnya di hadapan bapa mentuanya.

3. Bagaimanapun, saudara lelaki suami atau adik ipar merupakan bukan mahram bagi si isteri. Oleh itu, auratnya di hadapan mereka adalah sama dengan auratnya terhadap lelaki ajnabi lain iaitu seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.

Sumber: Mufti Selangor/JAKIM

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI