Penyanyi Wany Hasrita menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini dan dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) esok.
Wany atau nama sebenarnya, Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 27, berkata, dia menerima tawaran berkenaan kurang daripada seminggu dan giat melakukan persiapan terakhir melaksanakan rukun Islam kelima itu.
BERDEBAR-DEBAR
Wany mengakui berdebar untuk menjejakkan kaki di Mekah dan menyambut Aidiladha di sana.
Ads
“Saya menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji. Pada mulanya berdebar kerana ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki di sana. Malah, saya tidak pernah menunaikan umrah.
“Saya khuatir kerana ilmu masih kurang di dada. Alhamdulillah semalam, saya telah tamatkan kursus haji bersama dengan seorang ustaz. Saya harap dapat laksanakan ibadah dengan sempurna,” katanya.
TUNGGU VISA SIAP
Ads
Walau bagaimanapun pelantun Terlalu Memuja itu berkata, dia masih menunggu beberapa dokumen perjalanan terutama visa yang kini masih diuruskan oleh pihak kedutaan.
“Saya masih menunggu visa. Namun, keperluan untuk menunaikan haji telah disiapkan,” katanya.
Ads
Difahamkan Wany akan ditemani rakannya yang juga penyanyi Amira Othman dan mereka dijadualkan berlepas ke Mekah pada petang esok dari KLIA.
Firdaus Wong atau lebih dikenali dengan panggilan Bro Firdaus cukup sinonim dengan dakwah jalanan. Dia yang dahulunya penganut agama Buddha namun selepas memeluk agama Islam, Bro Firdaus aktif menyampaikan dakwah.
Perbezaan agama antara dirinya dan keluarga tidak menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi hambar. Buktinya hubungan Bro Firdaus dengan keluarga terutama kedua ibu bapanya tetap akrab.
Baru-baru ini Bro Firdaus berkongsi bagaimana dia menyambut harijadinya. Bukan setakat meraikan dirinya sendiri, tetapi kali ini dia meraikan ibu bapanya yang masih belum memeluk agama Islam.
Ini catatan Bro Firdaus di laman Facebooknya tentang bagaimana dia menyambut hari jadi dan menyantuni kedua ibu bapanya meskipun mereka berlainan agama.
Bagaimana saya sambut harijadi saya hari ini?
Breakfast dengan ibu bapa saya yang belum Muslim kemudian bawa mereka membeli persiapan Tahun Baru Cina dan juga membeli hadiah hari jadi. Bukan beli hadiah hari jadi untuk diri saya tetapi membelikan hadiah untuk mereka.
Birthday saya kenapa belikan hadiah untuk mereka pula? Merekalah asbab saya dilahirkan di dunia ini dan kemudian dikurniakan hidayah memeluk Islam pada 2005. Mereka jugalah yang mendidik dan menjaga saya. Merekalah yang lebih layak menerima hadiah pada hari lahir saya dan bukannya diri saya.
SEBELUM INI SAMBUT DENGAN KAWAN-KAWAN
Sebelum memeluk Islam, saya hanya meraikan harijadi dengan kawan-kawan sahaja tetapi setelah memeluk Islam, saya mempunyai perspektif yang lain. Yang layak meraikan adalah IbuBapa saya dan yang layak menerima hadiah adalah IbuBapa saya bukannya saya & saya sepatutnya mendahulukan IbuBapa saya pada harijadi saya.
Mereka banyak menyokong gerak kerja dakwah & kebajikan saya walaupun belum Muslim. Saya telah mengajak mereka memeluk Islam berkali-kali dan saya hanya mampu berdoa agar Allah bukakan hati mereka, adik beradik saya serta ahli keluarga mertua saya yang belum Muslim untuk memeluk Islam. Allahuma Ameen.
Allahuakbar. Tersentuh hati membaca catatan Bro Firdaus. Layanan kepada kedua ibu bapanya tidak pernah berubah walaupun mereka berlainan agama. Malah Bro Firdaus tidak pernah henti-henti berdoa agar kedua ibu bapanya diberikan hidayah untuk memeluk agama Islam suatu hari nanti.
Sumber kredit: FB: Firdaus Wong Wai Hung (Official)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bukan sekali dua beliau mencuba kaedah ini untuk mendapatkan anak. Tetapi berkali-kali hinggalah cubaan kelima akhirnya diri disahkan hamil dan lahirlah comel pipi merah dinamakan Siti Aafiyah.
Ternyata perjalanan kehamilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza memang cukup memberi inspirasi buat wanita di luar sana yang masih belum dkurniakan cahayamata.
Tidak pernah mengenal erti jemu dan putus asa, malah sentiasa berdoa agar dikurniakan anak untuk menceriakan lagi rumahtangga bersama suami tercinta.
Dalam tempoh perjalanan itu, Siti mengakui pada mulanya beliau hampir berputus asa ketika berusaha mendapatkan zuriat menerusi rawatan tradisional ataupun menjalani kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebelum ini.
Namun begitu kesungguhan serta sikap tidak pernah berputus asa yang ditunjukkan oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam usaha mendapatkan zuriat jadi penguat semangat baginya.
Beliau sangatt berbesar hati dengan Raja Permaisuri Agong yang tidak putus-putus memberi semangat padanya untuk terus berusaha mendapatkan anak.
Menurut Siti, beliau terkenang kembali bagaimana kesungguhan Raja Permaisuri Agong yang menjalani 17 kali rawatan sebelum berjaya mendapatkan anak.
Malah penyanyi tersohor ini juga turut berkongsi cerita dengan Baginda Tuanku sepanjang tempoh kehamilan, selain dari ahli keluarga.
Beliau sangat berterima kasih atas segala nasihat yang diberikan oleh Tuanku.
“Tuanku menjadi inspirasi pada patik dan begitu mengambil berat sepanjang mengandungkan Siti Aafiyah. Malah Baginda Tuanku juga sempat mencemar dulu hadir ke kediaman patik untuk memberikan nasihat.
“Bagi patik Tuanku seorang yang sangat mengambil berat pada rakyatnya. Khusus pada wanita yang mempunyai masalah untuk mendapatkan cahayamata.
“Dan alhamdulillah dengan apa yang Tuanku tunjukkan dan kongsikan bersama rakyat jelata menjadikan ia semangat untuk tidak berputus asa
“Sebenarnya ada cahaya yang menunggu selagi kita berusaha dan percaya pada kuasa Allah yang akan memberikan segalanya setelah kita berusaha dan berdoa,” ujar Siti yang berucap ketika hadir di majlis perasmian pusat fertiliti, Alpha IVF and Women’s Specialists di Encorp Strand Mall Centre di Damansara.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir sama di majlis berkenaan adalah Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah Al-Sultan Abdullah serta pengasas dan pengarah urusan Alpha IVF and Women’s Specialist, Datuk Dr. Colin Lee.
Pada majlis itu juga turut menyaksikan pusat fertiliti itu memberi penajaan 15 rawatan IVF kepada Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF).
Saat kematian itu boleh datang mengejut tanpa ada tanda sedikit pun. Dan ia sudah menjadi takdir Allah yang tidak boleh kita sangkal.
Sebelum ini seorang Imam rebah ketika sedang imamkan solat di sebuah masjid. Dan semalam pula seorang guru agama menemui PenciptaNya sebaik selesai mengajar mengaji di Masjid Wadihana Mergong Alor Setar.
Dalam laporan Sinar Harian, Allahyarham Abdullah@Abdullah Sirajuddin Ahmad, 74 tahun dari Kampung Teluk Kechai dipercayai rebah di ruang mengajar masjid itu kira-kira jam 11 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Menurut anaknya, Syeikh Zainul Mukhtar, 45 tahun, bapanya keluar dari rumah mereka kira-kira jam 9 pagi untuk ke masjid bagi mengajar al-Quran seperti kebiasaannya sejak Mac lalu.
Namun dia dikejutkan dengan panggilan ibunya memaklumlan yang bapanya pengsan sebelum dimaklumkan sudah meninggal dunia ketika dia pergi ke sana.
“Seorang anak murid ayah dikenali sebagai Harun memaklumkan arwah ayah meninggal dunia dengan sangat mudah sebaik sahaja rebah dari tempat duduknya.
“Arwah ayah merupakan qari al-Quran negeri Kedah satu ketika dulu malah masih aktif memberi tunjuk ajar berkaitan al-Quran di beberapa masjid sekitar Alor Setar selepas bersara,” kata Syeikh Zainul.
Tambahnya lagi, bapa merupakan seorang bekas penghulu ini memang memiliki penyakit kencing manis dan darah tinggi namun tidak pernah mengadu sakit dada atau penat sebelum ini.
“Kematian bapa saya menjadi tular dan arwah dijemput dalam keadaan baik, di rumah beliau sentiasa dengan al-Quran, jika tidak mengajar beliau akan membaca al-Quran.
“Boleh dikatakan hidupnya hanya dengan kitab suci itu, dia juga ramai kawan dan anak murid, arwah sering berpesan supaya menjaga pertuturan dan menjaga adab dengan orang ramai.
“Selepas ini kami anak-anak pasti merindui alunan bacaan al-Quran beliau, namun Allah lebih sayangkan bapa dan kami reda dengan pemergiannya“ katanya kepada Berita Harian.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira jam 6 petang kelmarin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Charuk Kudong, Pendang.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Dalam kesibukan kehidupan seharian yang sering menuntut tenaga fizikal dan emosi, waktu sebelum tidur menjadi detik paling sesuai untuk seorang Muslim kembali menenangkan jiwa...