Kecantikan adalah sinonim dengan sifat kewanitaan. Allah telah menganugerahkan wanita dengan kecantikan yang tidak ada tolok bandingannya. Sama ada yang dilahirkan secara cantik semulajadi ataupun sebaliknya. Definisi kecantikan itu sendiri adalah subjektif. Sesungguhnya setiap kejadian adalah ketentuan Allah S.W.T.

Tidak dapat dinafikan wanita gemar bersolek kerana ia mampu menaikkan lagi seri wajah seseorang wanita. Boleh sahaja bersolek namun usah berlebihan. Bersolek atau memperlihatkan pehiasan berlebihan di dalam Islam itu digelar Tabarruj. Lebih menyedihkan apabila ada golonan wanita yang sanggup meninggalkan solat gara-gara tidak mahu mencuci mekap. Allahuakbar.

Baca perkongsian oleh Ustaz Farid Rashidi.

Alasan tinggal solat sebab sayangkan make-up. Katanya bila berwuduk, hilang segala solekan pada wajah yang dilukis berejam itu.

Jadi nak kena solek balik lambat. Makan masa. Waktu rehat singkat. Maka, dia terus bekerja tanpa rasa sesal dan bersalah kepada Allah SWT.

Aduhai, sanggup ya hanya kerana mahu berbuat dosa kuasa dua, dia rela tinggalkan solat yang wajib.

Tergamaknya Tinggalkan Solat Semata-mata ‘Sayangkan’ Mekap Pada Wajah

Andai dia tahu kehebatan berwuduk, nescaya dia pasti akan terlupa cara bersolek.

عَن أَبِيْ هُرَ يْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ : إِِنِّيْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : إِِنَّ أُ مَّتِيْ يُدْ عَوْ نَ يَوْ مَ اْلقِياَ مَةِ غُرََّا مُحَجَّلِيْنَ مِنْ اَثاَرِ الْوُ ضُوْءِ ، فَمَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ اَنْ يُطِيْلَ غُرَّ تَهُ فَلْيَفْعَلْ.

Daripada Abi Hurairah r.a yang mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya, pada hari kiamat nanti umatku akan diseru dan mereka datang dengan wajah dan telapak kaki yang bersinar putih kerana bekas wudhuk. Sesiapa antara kamu yang mampu untuk memperluaskan cahayanya, maka kerjakanlah.” [Hadis Riwayat Bukhari, no.136]

Tergamaknya Tinggalkan Solat Semata-mata ‘Sayangkan’ Mekap Pada Wajah

Sedangkan berwuduk itu ganjarannya luar biasa hebat sehingga kiamat. Bersolek pula, hanya sekadar keindahan sementara. Tak sampai 10 jam pun.

Bahkan dosa besar tinggalkan solat itu kekal selagi tak bertaubat. Begitu juga dosa bertabarruj.

Hadis lain menyebutkan tentang solat:

أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ، فَإِنْ صَلُحَتْ فَقَدْ أَفْلَحَ وَأَنْجَحَ، وَإِنْ فَسَدَتْ فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ

Abu Hurairah r.a, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Amal yang pertama dihisab dari seorang hamba pada hari Kiamat adalah solat; jika solatnya baik maka beruntung dan selamatlah dia, dan (sebaliknya) jika solatnya buruk (kesempurnaannya), maka dia gagal dan rugi”. [Hadis Riwayat at-Tirmizi, no.411]

Meh kita duduk bersila di sejadah, bermuhasabah balik. Sampai bila nak buat dosa. Takkan nak tunggu sampai pencen baru bertaubat.

Sumber kredit: Ustaz Farid Rashidi

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=iEtahr65YW0&t=52s

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI