Sejuk mata memandang. Itulah yang boleh dikatakan tentang penampilan berhijab, Lisa Surihani. Sekembalinya daripada mengerjakan umrah, Lisa Surihani tampil berhijab. Ramai peminat berharap dia mengekalkan imej itu.
Sedar mengenai perkara itu, ibu kepada dua anak ini bagaimanapun menganggap keputusan sama ada mahu kekal bertudung atau sebaliknya, terlalu peribadi.
“Jauh di sudut hati kecil saya, hal ini (bertudung) memberikan banyak terjemahan dan kesimpulan.
“Saya agak bimbang apabila ada yang membuat andaian perubahan ini (bertudung) sebagai imej baharu.
“Bimbang kalau saya terus muat naik foto memakai tudung, seolah-olah mahu meraih pujian sesama insan.
Ads
“Ia sangat peribadi…Sebab itu saya ambil masa yang agak lama untuk memuat naik gambar ini. Saya harap terus istiqomah dalam hal ini dan melakukannya kerana Allah. Jauh sekali atas tekanan atau kehendak sesiapa,” katanya.
FASA BAHARU DALAM KEHIDUPAN
Akur dengan fitrah manusia yang sering diuji, isteri kepada Yusry Abdul Halim ini mahu menikmati fasa baharu ini perlahan-lahan.
Ads
“Dalam hidup ini, kita tak pernah lari daripada melakukan kesilapan. Setiap hari juga kita cuba mengubah diri menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
“Pengalaman mengerjakan umrah bersama suami, anak dan keluarga baru-baru ini, saya sifatkan begitu indah.
“Moga lembaran baharu ini dapat saya nikmati sebaik mungkin,” katanya yang hangat diperkatakan selepas foto menghadiri majlis anjuran Snap Inc, viral.
Tidak dinafikan setiap insan yang hidup itu akan mati dan bertemu penciptaNya. Cuma kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana. Kalau belum sampai masanya, mungkin Tuhan hanya menguji dengan memberi sedikit kesakitan agar kita tidak alpa padanya.
Seperti juga perkongsian pengguna twitter yang menggunakan nama @HuzairyHasry di mana dia menceritakan kisah ayahnya yang pernah terlibat dengan sebuah tragedi hingga menyebabkan koma selama beberapa bulan.
Dan dalam tempOh itu, ayahnya itu telah menghadapi beberapa peristwa yang mendatangkan keinsafan padanya. Alhamdulillah ayahnya sudah terjaga dari koma dan masih panjang untuk terus bersujud padaNya Yang Maha Esa.
Sebelum itu, ayahnya terbabit dalam kemalangan jalan raya sekitar Mac 2018 lalu. Ternyata kisah di sebalik koma ini begitu menginsafkan. Ayahnya memberitahu melihat keadaan syurga dan neraka.
1. Adakah orang tidak siuman (gila) dan orang tidak sedarkan diri sepanjang hayatnya akan dikumpulkan di padang mahsyar nanti sama seperti keadaan mereka ketika di dunia?
Mereka akan dibangkitkan dan dikumpulkan di padang mahsyar nanti sama seperti keadaan ketika mereka hidup iaitu dalam keadaan tidak siuman dan tidak sedarkan diri.
Sehingga ada riwayat mengatakan, orang yang luka ketika meninggal dunia akan dibangkitkan dalam keadaan badannya luka. Begitu juga orang yang dipotong tangannya, ia akan dibangkitkan bersama tangannya yang dipotong sehingga terlaksana baginya hukum qisas.
2. Sekiranya seorang perempuan yang hamil meninggal dunia, adakah dia akan dihidupkan di akhirat dalam keadaan hamil? Adakah di akhirat nanti kandungan itu akan digugurkan dan dimasukkan ke dalam syurga?
Atau adakah diambil kira sekiranya kandungan itu sudah tidak bernyawa, dimasukkan ke dalam syurga dan jika belum bernyawa tidak dimasukkan ke dalam syurga?
Ulama mufasirin (ahli tafsir) berselisih pendapat mengenai perkara itu. Pendapat yang lebih jelas berpandukan kepada nas al-Quran dan sunah menyatakan, perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan hamil akan dihidupkan di akhirat nanti dalam keadaan hamil juga.
Syeikh Buqa’iy berkata, dalam firman Allah SWT bermaksud: “…. dan tiaptiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya.” (Surah al-Hajj, ayat 2)
Ayat itu menerangkan bagaimana hebat dan dahsyatnya apabila berlaku kiamat sehingga perempuan yang mengandung walaupun belum cukup bulan akan gugur kandungannya.
Ayat itu tiada kaitan dengan persoalan perempuan hamil yang meninggal dunia. Syeikh Muhammad Ramli menyatakan, yang jelas daripada perbahasan dalam masalah itu dan muktamadnya ialah perempuan yang meninggal dunia dalam keadaan hamil akan dibangkitkan di akhirat kelak dalam keadaan hamil juga.
Jika anak yang dikandung itu sudah ditiupkan roh, ia akan dimasukkan ke syurga tetapi jika belum lagi ditiupkan roh, maka samalah dia seperti makhluk jamadat (makhluk yang tidak bernyawa) lain yang tiada memberi kesan apa pun.
3. Bagaimana keadaan manusia yang dibangkitkan semula di padang mahsyar kelak?
Semua manusia akan dibangkitkan dan dihimpunkan di padang mahsyar nanti dalam keadaan berbogel.
Walaupun begitu, tidak ada seorang pun yang berkesempatan atau berpeluang untuk melihat aurat orang lain kerana keadaan huru-hara dan suasana kelam-kabut sekali sehingga dia sendiri tidak sedar yang dia juga dalam keadaan berbogel, inikan pula keadaan orang lain.
4. Bagaimana Allah SWT menimbang amalan setiap manusia sedangkan dosa dan pahala itu tidak dapat dilihat dan tidak berjisim?
Ketika Allah SWT menimbang amalan manusia, terlebih dahulu Allah menjadikan segala amalan itu berjisim (supaya senang diketahui berat timbangannya).
Semua amalan anak Adam akan ditimbang di akhirat kelak dengan alat timbangan yang mempunyai dua tadahan.
Setiap satu tadahan mampu memuatkan tujuh petala langit dan tujuh lapis bumi.
Berat atau ringan timbangan itu akan terbukti walaupun diisi dengan hanya sebiji sawi dalam tadahan sebesar itu. Ini membuktikan Allah itu Maha Adil lagi Maha Berkuasa atas apa yang Dia hendak lakukan.
Sumber: Furu al-Masa’il wa Usul al-Wasa’il oleh Maulana al-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani dan disusun semula Datuk Abu Hasan Din al-Hafiz
Apabila bermusafir bersama keluarga terutama pada hari Jumaat, pasti ada ahli keluarga lelaki seperti ayah, suami atau abang yang akan berhenti di mana-mana masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
Walaupun solat Jumaat tidak diwajibkan ke atas orang yang bermusafir, tidak menjadi masalah jika mereka memilih untuk tetap menunaikannya.
Namun, bagaimana pula dengan kaum wanita yang turut sama dalam perjalanan? Perlukah hanya menunggu di dalam kereta, atau bolehkah untuk turut serta solat Jumaat berjemaah di masjid?
Menurut penjelasan portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, hukum asal wanita menunaikan solat Jumaat adalah tidak wajib, tetapi sah.
Ini bermakna wanita tidak berdosa jika tidak menunaikan solat Jumaat. Namun, jika sesebuah masjid menyediakan ruang solat khas untuk wanita, maka sah hukumnya bagi wanita untuk turut serta menunaikan solat Jumaat secara berjemaah.
Sama seperti lelaki, apabila seseorang wanita telah menunaikan solat Jumaat, maka gugurlah kewajipan menunaikan solat Zuhur. Ini kerana solat Jumaat yang dikerjakan itu telah menggantikan solat Zuhur.
Secara umumnya, wanita lebih afdal menunaikan solat di rumah. Namun, jika wanita tersebut berada dalam perjalanan, ingin mendengar khutbah, menuntut ilmu atau memudahkan urusan musafir, maka dibenarkan untuk menunaikan solat Jumaat di masjid, khususnya jika kemudahan untuk jemaah wanita disediakan.
Solat Jumaat Boleh Dijamak Dengan Asar
Sesungguhnya Islam adalah agama yang mudah dan tidak membebankan. Ketika bermusafir, wanita juga boleh menjamakkan solat Jumaat dengan solat Asar secara jamak takdim.
Ini kerana solat Jumaat telah mengambil tempat solat Zuhur. Maka, hukum jamak tetap terpakai sebagaimana solat Zuhur yang dijamakkan dengan Asar ketika bermusafir.
Cara pelaksanaannya adalah seperti berikut:
Dengan cara ini, perjalanan dapat diteruskan tanpa perlu berhenti lagi di tempat lain untuk menunaikan solat Asar.
Walaupun Islam membenarkan wanita menunaikan solat Jumaat, beberapa perkara tetap perlu diberi perhatian, terutama bagi wanita yang sudah berkeluarga.
Antaranya, dapatkan keizinan suami atau penjaga terlebih dahulu. Selain itu, jagalah penampilan ketika ke masjid. Elakkan memakai wangi-wangian yang berlebihan sehingga boleh menarik perhatian jemaah lelaki.
Wanita juga perlu berpakaian sopan, menutup aurat dengan sempurna dan tidak bertabarruj. Pastikan juga masjid yang disinggahi menyediakan ruang solat khas untuk wanita.
Jika masjid tersebut tidak mempunyai ruang yang sesuai untuk wanita, maka lebih baik menunaikan solat Zuhur seperti biasa selepas jemaah lelaki selesai menunaikan solat Jumaat.
Kesimpulannya, jangan berasa pelik jika melihat wanita turut serta dalam jemaah solat Jumaat di masjid. Hukumnya sah dan ia termasuk kemudahan yang diberikan oleh Islam.
Jadi selepas ini, jika bermusafir pada hari Jumaat, kaum wanita tidak perlu hanya menunggu di dalam kereta.
Jika keadaan mengizinkan, ruang solat wanita disediakan dan adab ke masjid dijaga, boleh sama-sama mengimarahkan masjid, mendengar khutbah dan memudahkan perjalanan dengan menjamakkan solat.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Jika disebut nama Muhammad SAW, pastinya kita akan terbayang seorang rasul yang agung, seorang nabi yang dijunjung serta seorang komander perang yang disanjung. Walaupun dengan segala kuasa yang ada ditangannya, pada hakikatnya, beliau adalah seorang insan biasa yang diturunkan kepadanya wahyu namun pada masa yang sama memiliki segala nilai-nilai insani yang murni di dalam dirinya.
Maka tidak hairanlah keperibadian Rasulullah SAW amat dikagumi ramai. Melalui secebis kisah seperti yang diceritakan, tentang anak muda yang begitu kagum dengan peribadi Rasullullah SAW ternyata kasih sayang kepada kekasih Allah ini begitu suci dan mendalam.
“Empat anggota polis menunggu dekat sebuah bangunan toilet Masjid Nabawi. Mereka menunggu seseorang.
Apabila tiba seorang anak muda di situ, mereka terus menerkam menangkap dan memberkasnya. Pemuda itu menjerit minta dilepaskan.
“Saya bukan penjenayah. Saya bukan pencuri. Kenapa tangkap saya?”
SERING MENANGIS DI KUBUR RASULULLAH SAW
Dalam suasana kelam kabut itu saya cuba perhatikan wajah pemuda itu. Seakan-akan saya pernah mengenalinya. Ya saya memang mengenalinya.
Dialah anak muda yang sering menangis di kubur Rasulullah SAW.
Dia pemuda dari Albania. Umurnya sekitar 35 ke 36. Rambutnya perang. Punya janggut nipis.
Kasihan melihat pemuda itu, saya berkata kepada polis yang menangkapnya,
“Budak ini tak ada masaalah. Apa yang kamu lakukan kepada dia? Apa tuduhan kamu? Apa yang dia telah buat?”
Mereka jawab, “Hei Turkey, kamu jangan masuk campur. Ini bukan urusan kamu.”
Saya kata, “Tapi apa masaalah budak ini? Adakah dia mencuri?”
“Bukan. Dia dah tinggal di Madinah tanpa permit sejak 6 tahun. Kami cuba tangkap dia untuk dihantar pulang ke Albania. Tapi tiap kali kami cuba tangkap dia melarikan diri dan bersembunyi dekat kubur Rasulullah SAW. Di dalam masjid kami tak boleh tangkap dia. Sudah 6 tahun kami memburunya.,” ujar polis berkenaan.
“Habis sekarang apa yang kamu mahu lakukan?” Aku bertanya.
“Sekarang kami mahu hantarnya ke kapal terbang yang akan membawanya pulang ke Albania.”
HANYA KERANA KASIH KEPADA RASULULLAH SAW
Budak itu menangis. Dia merintih, “Lepaskanlah saya. Saya tidak akan mencuri. Saya tidak akan buat jahat. Saya tinggal di sini *HANYA KERANA SAYA KASIH KEPADA RASULULLAH SAW.”*
Polis menjawab, “Tidak boleh. Kamu tidak dibenarkan tinggal di sini!”
Mereka memegangnya dengan semakin kukuh. Lalu pemuda itu berkata,
“Kalau kalian benar-benar ingin menangkapku baiklah. Aku mohon sebelum di bawa pergi, tolong hadapkan mukaku ke arah kubur Rasulullah SAW. Aku ingin bercakap sesuatu dengannya.”
Merekapun menghadapkan wajahnya ke arah kubah hijau sambil salah seorangnya berkata (dengan mempersenda), “Hah bercakaplah kamu apa yang kamu nak cakap dengan Rasulullah.”
Lantas budak itu memandang ke arah kubah hijau dan bercakap di dalam Bahasa Arab,
Dengan kata-kata itu, budak itu jatuh terjelepuk di atas lantai.
“Biarkan dia merebahkan dirinya sendiri,” kata salah seorang anggota polis.
Dia rebah dan tidak bergerak-gerak lagi.
Setelah beberapa ketika polis berkenaan mengherdik, “Bangun wahai penipu!”
Budak itu tidak bergerak. Mereka mengambil air. Dicurah ke mukanya.
Namun tiada sebarang reaksi.
Anggota polis mula risau. Ada yang berkata dia sudah mati. Yang lain pula berkata, mana ada kita pukul dia sampai mati.
Ambulan dipanggil.
Pasukan perubatan masuk dari pintu 7.
MENINGGAL DUNIA
Setelah diperiksa, didapati budak itu telah mati sejak 15 minit lalu.
Semua polis terduduk. Mereka sangat menyesal. Mahu rasanya mereka mematah-matahkan tangan mereka yang menangkap budak itu.
“Kami tidak tahu sehingga ke tahap ini kasihnya dia kepada Rasulullah SAW….”
Ambulan terus membawa jenazah itu ke tempat pemandian jenazah di tepi Baqi’. Saya mengikutinya.
Setelah selesai mandi saya mohon untuk turut mengusung jenazah berkenaan.
Tiba-tiba polis-polis tadi muncul dan berkata, “Cukuplah kami sahaja yang berdosa kepadanya. Biarlah kami sahaja yang mengusung jenazahnya, Semoga nanti di akhirat dia memaafkan kami.”
Lihatlah kecintaannya yang sangat tinggi kepada Rasulullah SAW. Sebaik dia berkata kenapa engkau tidak masuk campur. Lantas malaikat maut segera menjalankan tugasnya.
Semoga Allah menganugerahkan kepada kita semua kecintaan kepada Rasulullah SAW sepertimana cintanya budak Albani itu.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.