imam

Melihat peningkatan kes COVID-19 ketika ini ramai yang bimbang akan berlakunnya pelbagai masalah terutama membabitkan pasangan suami isteri.

Pastinya masalah kewangan menjadi faktor utama yang boleh menyebabkan pergaduhan.

Namun sedarlah kita, bahawa Tuhan sedang menduga untuk melihat sejauh mana kesabaran dan ketaqwaan kita terhadapNya.

“Dugaan Suami Isteri Bila Duit Tak Cukup. Ingatlah Hanya Taqwa Mampu Atasinya” – Pesan Imam Muda Hassan
Gambar sekadar hiasan.

Perkongsian dari Imam Muda Hassan ini pastinya akan memberi kita kesedaran betapa kita ini hanyalah hambaNya yang lemah.

Hanya dengan Taqwa mampu memberi ketenangan berpanjangan dalam menghadapi dugaan hidup yang penuh mencabar ini.

Ayuh, ikuti perkongsiannya.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

Dugaan Buat Suami Isteri, Duit Tak Cukup, Emosi Tak Stabil, Orang Ketiga, Tekanan Keluarga. Semua yang telah melalui fasa hidup berumahtangga pasti mengharapkan kebahagiaan berpanjangan. Sebelum berkahwin siap buat ‘agreement’ supaya apapun yang melanda kita akan hidup semati. Lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki. Begitulah indahnya hidup bila bersuami isteri. Namun hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya mudah, pasti ada Mehnah. Satu persatu dugaan datang melanda: – Duit tak berapa nak ada. – Emosi mula tak stabil sebab kena buang kerja. – Pasangan mula buat perangai mengada-ngada. – Diganggu oleh orang ketiga. – Dipandang hina oleh ahli keluarga. Dan macam-macam lagi mehnah menerpa. Ada yang tak tahan, akhirnya kecundang dengan perceraian. Ada yang bertahan Alhamdulillah berkat keyakinan dengan Tuhan. Saudara-saudari, Bukan kita saja yang diuji, semua orang ada ujiannya. Kita lihat dia bahagia, tapi kita tak tahu apa ujian yang sedang dilaluinya. Nampak dia tenang sebab dia melihat ujian itu kecil baginya. Masih ada jalan keluar kerana Allah berjanji akan ada jalan keluar bagi mereka yang BERTAQWA. Orang bertaqwa melihat ujian itu kecil KERANA DIA SEDAR YANG ALLAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA UJIAN YANG SEDANG DILALUINYA! Hassan Adli Jadikanku Hamba Bertaqwa, amiin 🤲🏻 #jiwatenang

A post shared by Imam Muda Hassan (@imammudahassan) on

Dugaan Buat Suami Isteri, Duit Tak Cukup, Emosi Tak Stabil, Orang Ketiga, Tekanan Keluarga.

Semua yang telah melalui fasa hidup berumahtangga pasti mengharapkan kebahagiaan berpanjangan. Sebelum berkahwin siap buat ‘agreement’ supaya apapun yang melanda kita akan hidup semati.

Lautan api sanggup kurenangi, gunung tinggi sanggup kudaki. Begitulah indahnya hidup bila bersuami isteri.

Namun hari tak selalunya indah, langit tak selalunya cerah, hidup tak selalunya mudah, pasti ada Mehnah.

IKLAN

Satu persatu dugaan datang melanda:
– Duit tak berapa nak ada.
– Emosi mula tak stabil sebab kena buang kerja.
– Pasangan mula buat perangai mengada-ngada.
– Diganggu oleh orang ketiga.
– Dipandang hina oleh ahli keluarga.

Dan macam-macam lagi mehnah menerpa.

Ada yang tak tahan, akhirnya kecundang dengan perceraian. Ada yang bertahan Alhamdulillah berkat keyakinan dengan Tuhan.

“Dugaan Suami Isteri Bila Duit Tak Cukup. Ingatlah Hanya Taqwa Mampu Atasinya” – Pesan Imam Muda Hassan
Gambar sekadar hiasan.

Saudara-saudari,

IKLAN

Bukan kita saja yang diuji, semua orang ada ujiannya. Kita lihat dia bahagia, tapi kita tak tahu apa ujian yang sedang dilaluinya. Nampak dia tenang sebab dia melihat ujian itu kecil baginya. Masih ada jalan keluar kerana Allah berjanji akan ada jalan keluar bagi mereka yang BERTAQWA.

Orang bertaqwa melihat ujian itu kecil KERANA DIA SEDAR YANG ALLAH ITU LEBIH BESAR DARIPADA UJIAN YANG SEDANG DILALUINYA!

Hassan Adli
Jadikanku Hamba Bertaqwa, amiin

Artikel berkaitan: “Suami Isteri Adalah Rakan Kongsi, Jadi Tak Payahlah Asingkan Baju Kecuali Ada Sebab Tertentu…” – PU Azman

Kredit Foto: Instagram Imam Muda Hassan

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI