Tiada apa yang lebih menyedihkan saat menerima berita suami yang dicintai sudah tiada. Apa tah lagi, pemergian itu bersifat kekal abadi. Tatkala inai masih merah di jari kerana baru dua hari bergelar isteri, seorang isteri terpaksa menerima bahawa suami dicintainya sudah pergi selama-lamanya.
Dua hari lalu, Sharifah Erin Nurshafieka Saiyed Azman, 20, bahagia tatkala dirinya sah menjadi ratu kepada sang suami tercinta dalam satu majlis akad nikah yang dihadiri sanak saudara dan semalam, dirinya seakan tidak percaya bahawa suaminya, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25 meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan.
Di saat dirinya dalam kesedihan teramat sangat, menjadikannya dirinya seolah-olah belum dapat menerima hakikat suami tercinta sudah meninggal dunia dalam nahas di Kampung Surau Panjang, di sini, kelmarin apabila masih mengingatkan ibu mentuanya agar memaklumkan kepadanya seandainay Mustaqim pulang dari menghantar makanan dipesannya.
Dikongsikan oleh ibu mentuanya, Zaiton Yusof, 57, memaklumkan menantunya itu masih menunggu suami, Muhammad Mustaqim Mustafa, 25, pulang membawa makanan yang dipesan, teh ais bersama apam balik walaupun sudah dimaklumkan mengenai nahas yang menimpa.
“Erin ada memesan teh ais dan apam balik sebelum anak saya keluar menghantar ikan air tawar diternak ayahnya, Mustafa Ahmad, 50, ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira jam 12 tengah hari semalam. Dia pun tahu suaminya meninggal, tetapi masih menunggu Muhammad Mustaqim pulang membawa makanan yang dipesan,” katanya.
Ads
Ditemui di kediamannya di Kampung Beladau Kepong, di sini hari ini, Zaiton berkata, Muhammad Mustaqim yang juga anak bongsu daripada tujuh beradik dan Sharifah Erin Nurshafieka melangsungkan akad nikah di masjid kampung berkenaan, kira-kira jam 12 tengah hari Khamis lalu.
Muhammad Mustaqim meninggal dunia apabila motosikal ditunggangnya terbabit kemalangan dengan sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar ikan air tawar ke sebuah restoran di Kampung Surau Panjang, kira-kira jam 1.10 petang semalam.
Terdahulu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man, berkata mangsa menunggang skuter Yamaha Ego bertembung dengan sebuah lori lalu tercampak ke bahu kanan jalan dan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada kepala serta muka, manakala pemandu lori berusia 31 tahun tidak cedera.
Ads
Jenazah Muhammad Mustaqim dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mengulas lanjut, Zaiton berkata, menantunya sempat menatap wajah suaminya itu buat kali terakhir sebelum urusan pengebumian disempurnakan petang semalam, malah turut bersama ahli keluarga lain menyiapkan juadah untuk majlis tahlil yang diadakan di masjid malam tadi.
Ads
“Selepas selesai majlis tahlil, saya lihat Erin dalam keadaaan gelisah dan masih menunggu suaminya pulang, dia tunggu sehingga lewat malam,” katanya sambil menambah menantunya itu sudah pulang ke rumah keluarga sendiri, tetapi berulang kali berpesan supaya menghubunginya apabila Muhammad Mustaqim kembali ke rumah.
“Sebelum pulang ke rumah keluarganya pagi tadi, Erin juga beberapa kali berpesan supaya Muhammad Mustaqim datang mengambilnya nanti,” katanya.
Kata Zaiton lagi, malam sebelum hari kejadian, arwah beberapa kali bertanya kepadanya dan suami sama ada mahu memesan apa-apa makanan dan kemudian bersalam serta mencium tangannya sebelum keluar ke kedai makan.
Menurutnya, arwah anaknya tidak sempat menyiapkan rumah sendiri walaupun bahan binaan sudah dibeli dan sebelum ini bercadang berpindah ke kediaman baharu itu selepas selesai majlis sambut menantu yang dijadual awal bulan depan. Sumber : Berita Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Nak tahu penyakit apa, sampai jumpa Mufti Singapura.’ Badan DJ Lin sebenarnya sudah rosak, syukur belum ajal dan semangatnya yang kuat membuatkan figura ini masih bernyawa.
Baru-baru ini penyampai radio Suria FM, DJ Lin mendedahkan sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016, hospital ibarat sudah menjadi rumah keduanya.
Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 47, selepas menggenggam trofi itu buat pertama kali, dia kehilangan suara selama hampir sebulan dan sejak itu, masalah demi masalah kesihatan dialami sehinggalah ke hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, pada mulanya DJ Lindia enggan mengaitkan penyakit dihidapi dengan unsur mistik, namun kesengsaraan yang dihadapi sejak 2016 sudah tidak tertanggung dan memaksanya mencuba cara rawatan Islam atas saranan keluarga, rakan-rakan serta peminat.
“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.
Sampai Jumpa Mufti Singapura
“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.
“Ketika itu keadaan saya memang sangat teruk, saya kepanasan dan merasa seperti disalai di atas api. Saya dalam keadaan koma sehinggakan keluarga dan rakan-rakan menganjurkan majlis bacaan Yasin kerana keadaan saya pada waktu itu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.
“Alhamdulillah, mungkin semangat saya kuat untuk terus melawan menyebabkan saya masih mampu bertahan sehingga kini. Tetapi saya tahu insan berkenaan tidak akan berdiam diri dan saya percaya dia tidak senang sebaliknya akan terus lakukan sesuatu supaya hidup saya sengsara,” katanya.
Badan DJ Lin Sebenarnya Sudah Rosak
Dalam masa sama, mufti dari Singapura itu turut memberitahu yang badannya sudah rosak, sebaliknya dia hanya bertahan disebabkan semangatnya yang kuat.
“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.
“Tapi katanya lagi, saya akan sembuh dan sihat jika saya tinggalkan bidang radio. Jika saya tidak percaya, dia kata cuba tinggalkan bidang itu dan cuba bidang lain kerana insan itu tidak akan senang duduk,’ luahnya.
Syukur Belum Ajal
Namun begitu perkara tersebut langsung tidak membuatkan DJ Lin patah semangat atau takut, cuma dia perlu sentiasa bersedia. Apa yang DJ Lin perasan, setiap kali kajian untuk kedudukan stesen radio dilakukan awal tahun dan akhir tahun, mesti dia sakit dan berada di hospital.
“Bagaimanapun saya tidak akan serik, saya akan tetap terus bekerja dan menaikkan lagi nama Suria FM. Saya hanya akan meninggalkan Suria FM selepas saya berasa puas dan berjaya melonjakkan nama stesen radio kami,” katanya.
Buat masa ini ramai di kalangan selebriti atau personaliti popular membuat perbincangan mengenai sesuai isu secara langsung di media sosial.
Aktiviti ini turut menjadi pilihan Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri untuk mengadakan perbincangan secara santai dengan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus di media sosialnya malam tadi.
Dengan tajuk ‘Deme wak mende PKP ning?’, beliau penuh merendah diri dan tidak kekok bertanya kepada UAI soal agama walaupun pernah membawa gelaran sebagai Mufti Wilayah Persekutuan sebelum ini.
Namun paling menarik perhatian adalah apabila Dr Zulkifli memberi soalan berbentuk cepumas kepad UIA iaitu berkenaan soalan apa ingin dilakukan sekiranya beliau dilantik menjadi Menteri Agama.
Menurut UAI lagi, kita perlu sentiasa mengambil peluang dengan menggunakan kuasa (peluang) dan yang dilarang pula adalah salah menggunakan kuasa.
“Bila kita ada kuasa, bermakna kita duduk di satu keadaan yang sangat berpeluang besar. Bila kita Menteri Agama, maknanya kita berkuasa.
“Agar agama Allah menjadi tinggi dan dimuliakan. Sebab apa? Aku jadi Menteri Agama tiga atau lima tahun, aku sempat buat benda ni dan aku dapat jawab di akhirat.
“Jadi, guna kuasa Datuk. Allah akan tanya di akhirat nanti, kamu buat apa Datuk? Saya yakin Datuk faham kat mana Datuk nak buat supaya agama jadi tinggi, Datuk lebih arif,” katanya.
Dan diakhir penutup siaran langsung berkenaan, UIA turut mendoakan agar Dr Zulkifli dan seluruh kakitangan kementerian diberi kekuatan dan bantuan dari Allah bagi menaikkan lagi syiar agama Islam.
Tiada siapa pernah terlepas melakukan dosa dan mencipta aib. Baik mendedahkan aib orang atau aib diri sendiri, kita disuruh menyimpannya kemas-kemas dari bercerita kepada orang lain.
Dalam sebuah hadis riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:-
Maksudnya: Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat. Hadis riwayat Imam Muslim (2590) dalam Sahih-nya.
Kenapa kita disuruh menutup aib diri sendiri dan menyimpannya kemas-kemas? Terdapat beberapa hikmah perbuatan ini dan kerana itulah kita digalakkan untuk tidak membuka aib diri dan aib orang.
Hikmah pertama, kita memang diperintahkan untuk menutup perbuatan maksiat kita lakukan dan tidak perlu menceritakan kejelikan itu.
“Jauhilah dosa yang telah Allah larang. Siapa saja yang telah terlajur melakukan dosa tersebut, maka tutuplah rapat-rapat dengan apa yang telah Allah tutup.”
Hikmah kedua ialah jangan sampai aib itu terbuka dan diketahui orang lain :-
Adakalanya kita tahu dengan dosa yang kita lakukan dan kita mengharapkan tiada orang tahu. Jika Allah sudah menutupnya, kenapa perlu kita ceritakan kepada orang lain? Tak hairanlah orang-orang soleh selalu berdoa ““Ya Allah, sebagaimana engkau menutupi aib-aibku di dunia, maka janganlah Engkau buka aib-aibku di akhirat.”
Hikmah ketiga menyembunyikan aib atau dosa ialah agar tiada orang lain terikut-ikut melakukan maksiat yang telah kita lakukan dan agar maksiat tesebut tidak tersebar luas di muka bumi ini.
Jangan pernah ada rasa bangga kita pelopor kepada maksiat itu dan ia disebar luas oleh orang lain. Tutuplah maksiat yang terlanjur kita lakukan sepantasnya terutama dari ahli keluarga dan orang terdekat.
Ini kerana lebih mudah kita mendapatkan keampunan dari Allan dan tidak tergolong dari orang-orang yang dicela.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Setiap umatku dimaafkan (dosanya) kecuali mereka-mereka yang menunjuk-nunjuknya dan sesungguhnya di antara menunjuk-nunjukkan (dosa) adalah seorang hamba yang melakukan suatu perbuatan di waktu malam.
“Sementara Allah telah menutupinya kemudian di waktu pagi dia berkata: “Wahai fulan semalam aku telah melakukan ini dan itu, pada hal pada malam harinya (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya. Ia pun bermalam dalam keadaan (dosanya) telah ditutupi oleh Rabbnya dan di pagi harinya ia menyingkap apa yang telah ditutupi oleh Allah” – (Bukhori : 5608).
Hikmah lain ialah agar kita termasuk dalam golongan orang-orang yang memiliki sifat malu
Rasa malu inilah yang akan menghalang seseorang melakukan maksiat. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
الْحَيَاءُ لاَ يَأْتِى إِلاَّ بِخَيْرٍ
“Rasa malu tidaklah datang kecuali membawa kebaikan.”
Dan terakhir kenapa kita dilarang mendedahkan dosa dan aib sendiri kerana tidak mahu ia mendapat ejakkan dan celaan dari manusia lain. Ini kerana celaan kata-kata biasanya amat menusuk di hati sedangkan hukuman yang mungkin kita terima hanya terhad pada kesakitan tubuh badan sahaja. Sumber : Rumaysho
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tatkala bertemu dengan orang tua terutama kalangan saudara mara ramai yang tidak kisah bersalaman dengan mereka walau bukan mahram.Ini kerana ada pandangan mengatakan tidak...