--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Kenali Bulan Zulkaedah, Bulan Haram Yang Penuh Keberkatan

Perginya Syawal menandakan hadirnya bulan Zulkaedah. Bulan ini merupakan bulan yang ke-11 dalam kalender Hijriah dan terletak antara bulan Syawal dan Zulhijjah.

Selain daripada itu, bulan Zulkaedah juga merupakan salah satu daripada empat bulan Haram (bulan yang dimuliakan). Bulan-bulan Haram ini telah disebutkan oleh Allah SWT melalui Surah al-Taubah ayat 36. Firman Allah SWT :

Maksudnya: “Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa”. 

Empat bulan Haram yang dimaksudkan dalam Surah di atas dinyatakan dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan Abi Bakrah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 

Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”.

[Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054]

Haram yang dimaksudkan oleh empat bulan ini ialah kemuliaan bulan-bulan ini yang melarang sebarang kezaliman dan peperangan. Dosa kezaliman yang dilakukan pada bulan-bulan ini adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. 

Ads

Oleh itu, berdasarkan portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, antara kelebihan bulan Zulkaedah yang telah digariskan iaitu:

  • Bulan yang dipilih Allah

Allah SWT telah memilih bulan ini untuk diberikan keistimewaan. 

  • Larangan berbuat zalim

Penekanan khusus telah diberikan ketika bulan ini untuk tidak berlaku zalim. Dosa melakukan kezaliman pada bulan ini adalah lebih berat berbanding bulan-bulan lain.

Ads
  • Gandaan pahala

Sebagaimana dosa diberatkan, begitu juga dengan pahala. Setiap amal soleh yang dilakukan akan diberikan gandaan pahala.

BACA JUGA: Mengapa Doa Tidak Dimakbulkan? 4 Sebab Penting Yang Ramai Terlepas Pandang

Yang menariknya, pada bulan ini juga Rasulullah SAW telah menunaikan ibadah umrah sebanyak empat kali. Baginda menunaikan umrah pada tahun keenam, tujuh dan lapan hijriah sebelum melakukan ibadah haji pada tahun kesepuluh hijriah.

Ads

Oleh itu, kita haruslah merebut peluang yang ada untuk meningkatkan amal ibadah. Antara amalan yang boleh dilakukan termasuklah menunaikan solat secara berjemaah, tilawah al-Quran dan berzikir. 

Kita juga digalakkan untuk melakukan puasa sunat serta menjaga akhlak. Jauhi diri daripada pergaduhan, mengumpat atau menyakiti orang lain pada bulan yang suci ini. 

Sesungguhnya, bulan Zulkaedah ini bukan sekadar bulan untuk kita menunggu ibadah haji, tetapi bulan untuk menyucikan diri walaupun kita belum berpeluang menunaikan haji lagi.

Janganlah kita mensia-siakan keberkatan bulan Zulkaedah ini dengan amalan yang sia-sia. Semoga segala amalan kita diterima oleh Allah SWT dan mendapat keberkatan daripada-Nya.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Iman Turun Naik Itu Perkara Biasa, Yang Penting Jangan Berhenti Kembali...

Iman turun naik adalah perkara biasa dalam kehidupan. Ketahui cara menguatkan iman dan kembali kepada Allah walaupun saat hati terasa lemah.