Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi remaja semakin meningkat popular, Haqiem Rusli. Bukan sahaja mempunyai suara yang bagus, tetapi juga bijak mencipta lagu sendiri.
Tidak dinafikan anak muda berusia 21 tahun ini memang sibuk dengan pelbagai aktiviti seni.
Namun siapa sangka di sebalik kesibukan menguruskan aktiviti nyanyian, Haqiem Rusli juga sebenarnya tidak pernah melupakan penciptaNya.
Selain tidak penah lalai mengerjakan suruhan yang wajib iaitu mengerjakan solat lima waktu, dia juga sebenarnya seorang yang rajin bangun malam.
Bukan untuk mencipta lagu, tetapi khusyuk mengaji Al-Quran di tengah malam. Perbuatannya pada satu malam itu telah sempat dirakam oleh seorang temannya menggunakan akaun Instagram Sapik Samsuri perbuatan Haqiem ketika dia terjaga tengah malam dek kerana cahaya lampu yang terang.
Ads
Menurut sahabatnya itu, bukan saja sempat merakam detik alunan Al-Quran yang kedengaran cukup merdu, tetapi rakannya itu sendiri dikatakan segan dengan amal ibadah dilakukan penyanyi ini.
Maklumlah jika sebelum ini dilihat Haqiem Rusli terlalu asyik beraksi di atas pentas, namun rupa-rupanya sisi lain penyanyi ini juga sangat tidak disangka.
Biarpun kita biasa lihat ketika waktu siang ligat mencari rezeki duniawi, tetapi waktu malamnya pula diisi dengan meluangkan masa bersama PenciptaNya.
Nak kahwin lain silakan, tetapi jangan sesekali abaikan nafkah yang wajib diberikan kepada anak-anak hasil perkahwinan terdahulu. Pernah tular suatu ketika dahulu tentang bekas suami artis muda telah membuat permohonan untuk mengubah kadar nafkah anak dari RM1500 ke RM500 sebulan dengan alasan kurang mampu.
Hal ini telah mendapat perhatian seorang peguam, Azliana Adnan menerusi entri di facebooknya. Walaupun entri ini sudah agak lama, namun, isu nafkah anak adalah isu yang tiada tarikh luputnya.
Menurutnya membaca komen pembaca akhbar, rata-rata majoriti mengatakan RM500 memang tidak cukup, ada juga yang kata ibu juga patut menyumbang biayai nafkah anak mereka, bak omputih kata share responsibility.
Ada beberapa isu nafkah yang ramai kena faham dan hadam. Mari kita bincang secara umum kerana isu nafkah ini memang isu yang sentiasa menjadi masalah kepada isteri apabila bercerai dengan suami.
Jawapannya terang lagi bersuluh iaitu AYAH-BAPA-DADDY. Bukan Mommy, Mama atau Ibu yang harus memikul tanggungjawab tersebut. Sila rujuk Surah Al-Baqarah Ayat 233.
Kalau tidak tahu mengenai ini sila pergi kursus perkahwinan sekali lagi dan sentiasa hadir ke masjid mendengar ceramah tentang tanggungjawab sebagai suami dan ayah.
RM500 sebulan untuk nafkah bayi. Mari kita buat kira-kira yang paling ‘kedekut’ Susu formula RM25x3= RM75 Lampin: RM50x 3= RM150 Makanan bayi RM= RM100 Perubatan = RM100 Insurance = RM100 Jumlah: RM525
Berdasarkan RM500, Anak itu tidak dapat membeli keperluan lain seperti pakaian dan lain-lain. Ini belum lagi campur perbelanjaan kecemasan dan keperluan 2-3 bulan sekali seperti injection vaksin dan lain-lain.
Begitu ramai yang komen mengatakan jika bekas isteri bekerja dan mengambil pengasuh untuk menjaga anak tersebut, maka upah pengasuh atau taska tersebut ibu yang harus bayar.
Ini adalah komen yang paling kurang cerdik. Apabila bercerai, ibu yang membayar sewa rumah, ansuran kereta, bil elektrik, bil air, petrol. Ibu yang menyediakan tempat tinggal anak, Ibu itu jugalah yang membayar keperluan lain untuk anak. Jika ibu itu tidak keluar bekerja, bagaimana ibu itu hendak menanggung kehidupannya sendiri dan anak-anaknya?
Realiti selepas bercerai atau masih berkahwin, ibu juga menanggung sebahagian nafkah anak-anak walaupun itu bukan tangggungjawabnya. Jika tanggungjawab menyediakan nafkah anak pun tak mampu, manakan mampu lelaki yang bernama ayah berkahwin baru dan mempunyai anak-anak lain dengan isteri baru.
Bukan menghalang lelaki berkahwin lain tapi jangan sampai anak terabai. Harus pijak dibumi yang nyata. Jangan kedekut dengan anak sendiri, anak kan rezeki, bagaimana rezeki nak masuk jika dengan anak sendiri kita sekat perbelanjaan mereka, dan jangan sesekali kerana berdendam dengan bekas isteri, anak yang menjadi mangsa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Mendirikan solat fardhu lima waktu merupakan kewajiban utama bagi setiap umat Islam. Namun sebagai manusia biasa yang tidak sempurna, ada waktunya kita berdepan gangguan ketika solat.
Kadangkala ketika duduk antara dua sujud, fikiran mula melayang. Ada juga yang tiba-tiba terfikir, “ini rakaat yang ke berapa?”
Keadaan sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutama apabila hati dan fikiran sedang penat atau dibebani urusan harian.
Mendapatkan khusyuk ketika menunaikan solat bukanlah perkara yang mudah. Sebab itu, ada antara kita yang tertanya-tanya, adakah solat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT? Atau adakah kita termasuk dalam golongan yang dicela kerana tidak khusyuk ketika solat?
Secara umumnya, terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan seseorang hilang khusyuk ketika solat iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Dalam keadaan dunia yang semakin sibuk dan moden, antara faktor luaran yang sering mengganggu kekhusyukan ialah bunyi peranti, telefon bimbit, televisyen, suasana rumah yang bising atau persekitaran yang tidak tenang.
Manakala faktor dalaman pula boleh berpunca daripada keletihan, tekanan kerja, bebanan hidup serta fikiran yang terlalu tertumpu kepada perkara duniawi.
Semua ini boleh menyebabkan hati sukar hadir sepenuhnya ketika menghadap Allah SWT.
Pun begitu, kita harus sedar bahawa khusyuk dalam solat merupakan perkara yang sangat penting. Allah SWT berfirman:
Maksudnya:“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.” Surah al-Mu’minun: 1-2
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa khusyuk adalah antara ciri orang beriman yang berjaya. Justeru, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kekhusyukan ketika menunaikan solat.
Menurut panduan yang dikongsikan melalui portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, antara cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat adalah seperti berikut.
Sebaiknya, apabila mendengar azan, segeralah menunaikan solat. Solat di awal waktu dapat membantu hati lebih bersedia dan tidak terlalu terikat dengan urusan dunia.
Pastikan juga diri berada dalam keadaan bersih dan selesa. Elakkan solat dalam keadaan menahan lapar jika makanan telah terhidang atau dalam keadaan menahan buang air kecil atau besar. Keadaan sebegini boleh mengganggu tumpuan ketika solat.
Sebelum memulakan solat, cuba tenangkan diri seketika. Bawakan hati bersama ketika berdiri menghadap Allah SWT.
Jika berkesempatan, lakukan solat secara berjemaah kerana ia boleh membantu seseorang lebih fokus dan menjaga tertib solat.
Bayangkan juga solat yang sedang ditunaikan itu mungkin solat terakhir kita. Dengan cara ini, hati akan lebih terdorong untuk melakukannya dengan sebaik mungkin.
Antara cara penting untuk mendapatkan khusyuk ialah memahami dan menghayati setiap bacaan dalam solat. Apabila kita tahu maksud bacaan yang dilafazkan, hati akan lebih mudah tersentuh.
Usahakan untuk mempelajari maksud surah al-Fatihah, bacaan rukuk, sujud, tahiyat dan doa-doa lain dalam solat secara berperingkat. Tidak perlu terburu-buru, yang penting ada usaha untuk memperbaiki solat dari semasa ke semasa.
Perkara paling penting, jangan sesekali meninggalkan solat hanya kerana kita mendapat khusyuk ketika solat. Perasaan lalai atau terganggu ketika solat bukan alasan untuk berhenti menunaikan kewajiban.
Sebaliknya, teruskanlah solat kerana ia adalah jalan untuk memperbaiki diri. Solat bukan sekadar ibadah yang dilakukan sebagai rutin, tetapi merupakan proses membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Khusyuk mungkin tidak datang dengan mudah, tetapi ia boleh dilatih. Selagi kita berusaha menjaga solat, memperbaiki bacaan dan menghadirkan hati ketika menghadap Allah, insya-Allah solat itu akan menjadi ruang terbaik untuk mendidik diri menjadi hamba yang lebih baik.
++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Isteri suka maki suami, jangan sampai tak cium bau syurga. Sikap memaki hamun adalah perbuatan negatif yang tidak disukai Allah, apa lagi bila seorang isteri memaki hamun suaminya.
Sebaiknya dalam hubungan rumah tangga seharusnya saling menghormati dan terima baik serta buruk pasangan kerana kita juga tak sempurna.
Sebelum ini tular, anak pelakon senior, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memaki hamun suaminya gara-gara meremukkan keretanya. Kak KM marah kerana suaminya tidak meminta maaf sejurus kejadian itu berlaku.
Tindakan Kak KM mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet. Namun ramai yang tidak menyokong tindakannya yang dikatakan melampaui batas.
Sesungguhnya, isteri merupakan amanah dan cerminan bagi suami. Dalam Islam, setiap isteri wajib taat pada suaminya dengan baik dan setiap suami juga wajib melayani isteri dengan sebaiknya.
Islam mengajar supaya pasangan suami isteri hendaklah sentiasa bergaul dan bertoleransi di antara keduanya supaya dapat melahirkan rasa cinta dan kasih dalam perkahwinan.
Umumnya, setiap orang yang berkeluarga pasti mengharapkan kebahagiaan dan keharmonian dalam rumah tangganya.
Tidak dinafikan cabaran hidup berumah tangga sangatlah kuat dan hebat. Setiap perkahwinan yang dibina pasti ada ujian yang mendatang.
Mungkin awal perkahwinan kaya, kini jadi miskin, mungkin dahulu isterinya cantik atau suaminya baik, tetapi sekarang semua sudah bertukar disebabkan faktor usia, kewangan dan lain-lain.
Dalam konteks ini, kita perlu melihat apa tujuan sebenar perkahwinan serta tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh suami dan isteri.
Suami ada peranannya sendiri sebagai ketua keluarga, manakala isteri juga ada peranannya buat suami dan anak-anak. Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Ketahuilah setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan dia akan diminta bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dan akan diminta bertanggungjawab terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta bertanggungjawab atas apa yang kamu pimpin.” [HR. Bukhari 5200]
Justeru itu, isteri hendaklah melakukan sesuatu yang yang baik serta menyenangkan hati suami. Apa sahaja perkara yang baik, semua akan dikira pahala. Jika menyakiti suami, dosa yang akan kita dapat.
Namun, sekiranya isteri melakukan perkara yang sebaliknya terhadap suami, bermakna isteri telah melakukan perbuatan nusyuz.
Perbuatan nusyuz seorang isteri adalah haram dan termasuk salah satu daripada dosa-dosa besar, dan akan dikenakan hukuman bagi sesiapa yang melakukannya.
Firman Allah dalam surah an-nisa’ ayat 128 yang bermaksud: “Dan jika seorang perempuan bimbang akan timbul dari suaminya “nusyuz” (kebencian), atau tidak melayaninya, maka tiadalah salah bagi mereka (suami isteri) membuat perdamaian di antara mereka berdua (secara yang sebaik-baiknya).”
Mentaati suami dalam semua urusan keluarga adalah kewajipan yang paling asas bagi seorang isteri kecuali pada perkara yang dilarang agama seperti melakukan zina dengan lelaki lain (pelacuran), meminum arak, mencuri dan sebagainya. Allah berfirman dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”
Isteri yang menyakiti dan mengabaikan suaminya boleh menyebabkan kesan yang buruk di dunia dan di akhirat kerana kunci untuk masuk ke syurga bagi seorang isteri terletak pada keredaan suaminya.
Sabda Rasulullah yang bermaksud:
“Jikalau memerintahkan seseorang untuk bersujud, pasti aku akan memerintahkan seseorang perempuan untuk sujud kepada suaminya”. [HR. Tirmizi 1159]
Hadis tersebut jelas menyatakan kedudukan suami dan tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh isteri kepada suaminya. Hadis itu memberi gambaran bahawa seorang isteri wajib taat, patuh dan hormat kepada seorang suami kecuali pada perkara yang mungkar seperti yang dijelaskan di atas.
Antara perkara yang menyakiti suami ialah:
1. Menghina dan mengumpat hal suami pada orang lain
2. Keluar rumah tanpa keizinan suami kecuali pada perkara yang hak pada isteri
3. Tidak melayan suami dan bergaul dengannya
4. Melakukan perbuatan curang terhadap suami
5. Mendoakan perkara yang buruk kepada suami
Dalam konteks ini, perkara tersebut dikaitkan dengan sabda Rasulullah tentang kaum wanita yang menjadi penghuni neraka akibat menyakiti suami. Sabdanya yang bermaksud:
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Baginda menjawab: “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” [HR. Bukhari 5197]
Oleh itu, beringatlah para isteri. Sentiasa muhasabah diri dan perhatikan adakah segala perbuatan kita itu menggembirakan suami atau sebaliknya.
Insafilah setiap kesilapan yang telah dilakukan terhadap suami dan mohon maaf pada suami sekiranya telah melakukan perbuatan yang salah.
Kashoorga: Sebelum bertindak, sayangilah dirinya sepenuh hati supaya hidup kita sebagai isteri selamat dunia dan akhirat serta diredhai Allah.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.