--:--
--
--

Imsak

--:--

Subuh

--:--

Zohor

--:--

Asar

--:--

Maghrib

--:--

Isyak

--:--
Waktu Solat di:
--

WAKTU IFTAR MALAYSIA

Ramadan - Ramadan 1446 H
Imsak

Imsak -

--:--
Berbuka

Berbuka -

--:--
* "Allow" lokasi untuk ketepatan
Ads

Tidak Khusyuk Bukannya Alasan Untuk Tinggalkan Solat, Ini Panduannya

Mendirikan solat fardhu lima waktu merupakan kewajiban utama bagi setiap umat Islam. Namun sebagai manusia biasa yang tidak sempurna, ada waktunya kita berdepan gangguan ketika solat.

Kadangkala ketika duduk antara dua sujud, fikiran mula melayang. Ada juga yang tiba-tiba terfikir, “ini rakaat yang ke berapa?” 

Keadaan sebegini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutama apabila hati dan fikiran sedang penat atau dibebani urusan harian.

Mendapatkan khusyuk ketika menunaikan solat bukanlah perkara yang mudah. Sebab itu, ada antara kita yang tertanya-tanya, adakah solat yang dilakukan diterima oleh Allah SWT? Atau adakah kita termasuk dalam golongan yang dicela kerana tidak khusyuk ketika solat?

Secara umumnya, terdapat dua faktor yang boleh menyebabkan seseorang hilang khusyuk ketika solat iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.

BACA JUGA: Kenali Bulan Zulkaedah, Bulan Haram Yang Penuh Keberkatan

Dalam keadaan dunia yang semakin sibuk dan moden, antara faktor luaran yang sering mengganggu kekhusyukan ialah bunyi peranti, telefon bimbit, televisyen, suasana rumah yang bising atau persekitaran yang tidak tenang.

Manakala faktor dalaman pula boleh berpunca daripada keletihan, tekanan kerja, bebanan hidup serta fikiran yang terlalu tertumpu kepada perkara duniawi. 

Ads

Semua ini boleh menyebabkan hati sukar hadir sepenuhnya ketika menghadap Allah SWT.

Pun begitu, kita harus sedar bahawa khusyuk dalam solat merupakan perkara yang sangat penting. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.”
Surah al-Mu’minun: 1-2

Ayat ini jelas menunjukkan bahawa khusyuk adalah antara ciri orang beriman yang berjaya. Justeru, kita perlu berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan kekhusyukan ketika menunaikan solat.

Menurut panduan yang dikongsikan melalui portal Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, antara cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat adalah seperti berikut.

Ads

1. Buat persediaan sebelum solat

Sebaiknya, apabila mendengar azan, segeralah menunaikan solat. Solat di awal waktu dapat membantu hati lebih bersedia dan tidak terlalu terikat dengan urusan dunia.

Pastikan juga diri berada dalam keadaan bersih dan selesa. Elakkan solat dalam keadaan menahan lapar jika makanan telah terhidang atau dalam keadaan menahan buang air kecil atau besar. Keadaan sebegini boleh mengganggu tumpuan ketika solat.

2. Hadirkan hati ketika hendak solat

Sebelum memulakan solat, cuba tenangkan diri seketika. Bawakan hati bersama ketika berdiri menghadap Allah SWT.

Jika berkesempatan, lakukan solat secara berjemaah kerana ia boleh membantu seseorang lebih fokus dan menjaga tertib solat. 

Ads

Bayangkan juga solat yang sedang ditunaikan itu mungkin solat terakhir kita. Dengan cara ini, hati akan lebih terdorong untuk melakukannya dengan sebaik mungkin.

3. Fahami bacaan dalam solat

Antara cara penting untuk mendapatkan khusyuk ialah memahami dan menghayati setiap bacaan dalam solat. Apabila kita tahu maksud bacaan yang dilafazkan, hati akan lebih mudah tersentuh.

Usahakan untuk mempelajari maksud surah al-Fatihah, bacaan rukuk, sujud, tahiyat dan doa-doa lain dalam solat secara berperingkat. Tidak perlu terburu-buru, yang penting ada usaha untuk memperbaiki solat dari semasa ke semasa.

Perkara paling penting, jangan sesekali meninggalkan solat hanya kerana kita mendapat khusyuk ketika solat. Perasaan lalai atau terganggu ketika solat bukan alasan untuk berhenti menunaikan kewajiban.

Sebaliknya, teruskanlah solat kerana ia adalah jalan untuk memperbaiki diri. Solat bukan sekadar ibadah yang dilakukan sebagai rutin, tetapi merupakan proses membersihkan jiwa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Khusyuk mungkin tidak datang dengan mudah, tetapi ia boleh dilatih. Selagi kita berusaha menjaga solat, memperbaiki bacaan dan menghadirkan hati ketika menghadap Allah, insya-Allah solat itu akan menjadi ruang terbaik untuk mendidik diri menjadi hamba yang lebih baik.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, InstagramFacebook & TikTok.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Inspirasi Lain

Hukum Mendoakan Keburukan Orang Yang Menzalimi Kita

Hukum mendoakan keburukan orang zalim adalah harus jika tidak melampaui batas. Fahami hak orang dizalimi, nilai memaafkan dan keadilan Allah.