Tidak dinafikan dalam badan kita juga mempunyai toksik yang jika tidak diatasi boleh menyebabkan masalah kesihatan.
Pelbagai cara untuk menghilangkan toksik ini dan salah satunya menggunakan cara rawatan tradisional.
Dalam satu perkongsian oleh Personaliti TV Ahmad Fedtri Yahya memberitahu cara terbaik untuk membuang toksik dalam badan. Menurutunya kaedah rawatan tradisional ini boleh dilakukan waktu malam sebelum tidur.
Tambahnya cara ini sesuai dilakukan oleh mereka yang mengalami strok dan sebagainya. Hanya menggunakan bahan dapur iaitu garam kasar yang dicampur dengan lada hitam dan tidak perlu diletakkan air atau bahan lain.
Ads
Kemudian masukkan dalam bekas yang sesuai dan kemudian pijak selama 5 hingga 15 minit.
Diingatkan juga untuk mencuci kaki terlebih dahulu sebelum masuk tidur. Dan garam berkenaan juga jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk beberapa kali rawatan.
Jadi sesiapa yang ingin membuang toksik dalam bada ndengan cara mudah, cepat dan selamat ini boleh gunakan kaedah rawatan yang sangat tradisional. Insya-Allah dengan izin Allah masalah ini akan dapat diatasi segera.
Malam ini sebelum tidur anda boleh mencuba ‘rawatan ini’. Katanya baik untuk membuang toksik dalam badan dan bagus untuk yang alami strok dan sebagainya. 2kg garam kasar dicampur dengan 100g lada hitam. Tak perlu letak air atau apa-apa yang lain. Masuk dalam bekas yang sesuai dan pijak-pijak selama kira-kira 5-15 minit. Cuci kaki dan tidur… Garam tu jangan buang lagi. Boleh guna beberapa kali. . Terima kasih @abbyfana berkongsi tip ini
Ads
Hanya guna garam kasar dan lada hitam. Jangan campur dengan air.
Rupanya ada juga dalam kalangan warganet yang sudah mencuba cara ini dan ternyata berkesan dan memberi sedikit kelegaan.
noorazlinawati.abdullah mak ngan ayah sya pn bt jgk sekarang,dan sy prnh cuba sekali bgun pg rasa lega ckit lenguh2 badan..
honey_abang2 kg Garam Kasar. 100gm lada hitam. Campurkan dlm besin Rendamkan kaki Tanpa setitik air pun. Sambil Tu, Berzikir atau berselawat. Insyaallah.. khasiat Garam Dan lada hitam Mampu tarik toksik keluar Dari tapak Kaki. Badan Rasa Ringan. Baik utk Persakit strok juga. Boleh guna Tanpa had masa, ikut suka nak buat berapa Kali. @fedtriyahya sy dpt ni dr perkongsian Ilmu Dari Ustaz Hanafi..
zailyma Saya dah cuba. Alhamdulillah. Ada kurang sakit pada tapak kaki walaupun tak sembuh sepenuhnya lagi.
Maksudnya: “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)
Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga mambawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok.
Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan “zawaj” yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia mambawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan.
Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini, ini juga berdasarkan hadis nabi :
Maksudnya: “Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” Riwayat Muslim (3386)
HUKUM PERKAHWINAN
Jumhur ulamaK telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau bagaimanapun, sebahagian ulamaK telah mambahagikan hukum nikah kepada 5 hukum mengikut kedudukan pelakunya:
Harus: Kepada orang yang tidak ada kepadanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan ini merupakan hukum asal perkahwinan.
Wajib: Sekiranya orang tersebut mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjerumuskannya kepada kemaksiatan sedangkan dia merupakan seorang yang berkemampuan.
Sunat: Bagi orang yang mampu namun masih mampu untuk mengawal nafusnya.
Makruh: Kepada orang yang tidak berkemampuan dari sudut nafkah batin dan juga zahir tetapi tidak mendatangkan kemudharatan kepada pasagannya tesebut.
Haram: Orang yang juga tidak berkemampuan memberi nafkah zahir dan batin serta tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin atau dia mempunyai niat yang buruk sehingga mampu membawa kemudharatan kepada pasangannya.
Oleh hal yang demikian, jika dilihat hukumnya bergantung kepada individu terbabit, sekiranya dia mampu untuk menahan dirinya dan dia tidak terburu-terburu untuk berkahwin maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu.
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran: 97)
Maksudnya: “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan mengaku Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.”
Walaubagaimanapun, sekiranya dia khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.
PENDAPAT ULAMAK
Syeikh Ibn Qudamah Rahimulllah telah berkata: “Jika dia perlu kepada pernikahan dan dikhuatiri dirinya menghadapi kesulitan (kerana belum bernikah), maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan terlebih dahulu. Hal ini kerana ia (pernikahan itu) wajib kepadanya sekiranya dia mampu untuk memberi nafkah dan sekiranya dia tidak khuatir tentang perkara tersebut maka hendaklah dia mendahulukan menunaikan haji. Hal ini disebabkan (ketika itu) pernikahan adalah sunnah, maka tidak perlu didahulukan daripada haji yang hukum asalnya adalah wajib”. (Rujuk al-Mughni, 5/12)
Syeikh Ibn Uthaiman Rahimullah berkata: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang “berkemampuan’.
Maksudnya: “Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup berjalan menuju ke Baitullah.” (Surah Ali Imran: 97)
Walaupun orang yang masih remaja, dan masih belum mempunyai keinginan untuk bernikah pada tahun ini atau selepasnya, maka hendaklah dia mendahulukan haji. Hal ini kerana dia tidak berada di dalam keadaan terdesak untuk mendahulukan haji daripada pernikahan.
KESIMPULAN
Haji dan perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam agama. Walau bagaimanapun haji merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan. Dan sekiranya dia tidak berada di dalam keadaan yang terdesak untuk berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk berkahwin sesudah itu, maka hendaklah dia melaksanakan kewajipan haji terlebih dahulu.
Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran kebaikan sebagai gantinya kerana haji merupakan suatu seruan dan suruhan Allah yang agung kepada manusia.
Sumber Kredit: Mufti Wilayah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Setiap manusia itu mempunyai pelbagai sifat. Ada yang bermurah hati, gemar bersedekah dan ada juga bersikap sombong. Kalau sombong sahaja tidak apa, tetapi ada juga yang bersifat bodoh-bodoh sombong.
Kadang-kadang kita tidak perasan sikap kita ini sebenarnya tanda seorang yang bersikap sombong.
Misalnya gemar marah-marah dan kurang mesra dengan orang lain itu juga dikategorikan sebagai mereka yang mempunyai sikap sombong.
Ayuh kita lihat lagi tanda-tanda lain jika tanpa sedar mempunyai sifat yang mazmumah ini.
Terdapat 26 tanda–tanda sifat sombong iaitu :
1. Payah menerima pandangan orang lain sekalipun hatinya merasakan pandangan orang lain itu lebih baik daripadanya.
2. Mudah marah – Bila berlaku perbincangan dua hala, cepat naik darah kalau ada tersilap.
3. Memilih kawan – Suka berkawan dengan sama taraf sahaja.
4. Bahkan dengan orang sama taraf dengannya masih di pilih-pilih lagi, yakni dia suka orang yang mahu dengar katanya.
5. Memandang hina kepada golongan bawahan.
6. Dalam perbincangan, dia suka meninggikan suara atau menguatkan suara lebih daripada yang diperlukan.
7. Dalam pergaulan, dia suka kata-katanya didengari, diambil perhatian dan diikuti. Sebaliknya dia sendiri susah hendak dengar cakap orang lain.
8. Dalam pergaulan dia sahaja yang bercakap. Kalau ada orang lain bercakap, dia suka memotong percakapan orang lain.
9. Kalau dia jadi pemimpin, dia memimpin dengan kasar dan keras terhadap pengikutnya dan orang bawahannya.
10. Susah memberikan kemaafan kepada orang lain yang tersilap dengannya.
11. Kalau dia yang bersalah, susah hendak minta maaf.
12. Dia suka dihormati.
13. Suka menzalimi orang samada secara halus atau kasar.
14. Kurang bermesra dengan orang kecuali terpaksa kerana perlukan orang itu.
15. Suka memperkatakan keburukan orang seperti mengumpat, memfitnah, serta membenci orang.
16. Kurang menghormati pemberian orang.
17. Suka mencerita kelebihan diri.
18. Suka menghina dan menjatuhkan air muka orang di hadapan orang lain.
19. Kurang menikmati nikmat Allah s.w.t. Kalau ada, dibazirkan.
20. Kalau berdiri lebih suka bercekak pinggang. Kalau bercakap menepuk-nepuk meja.
21. Kurang memberi simpati kepada orang lain kecuali dengan tujuan sebaliknya.
22. Kurang minat menerima tetamu atau tidak suka menjadi tetamu orang.
23. Tidak suka menyebut kelebihan orang lain kerana takut mencabar dirinya.
24. Kesalahan-kesalahan orang lain dibesar-besarkan sedangkan kesalahan diri sendiri didiamkan.
25. Sangat tidak senang dengan kejayaan orang lain.
26. Dia sangat tersinggung kalau orang sebut kelebihan orang lain di depannya. Tetapi kalau dia dipuji , dia berasa bangga dan senang hati.
1. Sombong terhadap Allah swt ; iaitu enggan mematuhi semua yang diperintah oleh Allah seperti Firaun, Namrud dan semua manusia yang mendakwa diri mereka bersifat Uluhiyyah.
2. Sombong terhadap Rasul ; tidak mengikut ajaran yang dibawa mereka dan tidak beriman kepada mereka.
3. Sombong terhadap makhluk ; iaitu seperti membangga diri adalah terbaik, menghina makhluk lain merasa diri adalah lebih bagus dari yang lain atau sifat yang sama sepertinya.
Sifat sombong sangat bahaya kerana bilamana sifat ini wujud di dalam jiwa,ia boleh menghalanginya dari syurga, sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah ﷺ
لا يدخلُ الجنَّةَ من كان في قلبِه مثقالُ ذرَّةٍ من كِبرٍ
“Tak akan masuk syurga sesiapa sahaja didalam hatinya mempunyai sifat kesombongan, walaupun sebesar biji sawi.” (HR Muslim- Hadis daripada Abdullah Bin Mas’ud)
Nabi SAW memberikan perumpamaan yang paling kecil daripada bahaya sombong itu, walaupun sebesar biji sawi, tidak akan masuk syurga kata Nabi SAW.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...