Seakan menjadi kemestian bila ada saja perlakuan yang viral pasti akan menjadi ikutan anak-anak muda. Jika dahulu trend Kiki Challenge kini viral pula cabaran terbaru yang agak pelik dan unik, Falling Stars Challenge.

Posting gambar seolah-olah jatuh tersungkur daripada kenderaan dengan barang-barang berserakan ini sudah mula menjadi kegilaan ramai termasuklah anak-anak muda kita. Trend ini sebenarnya bermula di Rusia dan cukup popular di kalangan golongan jutawan. Selain Rusia, trend ini juga turut menjadi ikutan di negara Eropah.

Budaya pelik ini turut menarik perhatian ramai termasuklah golongan para ahli agama.


FALLING STARS CHALLENGE bakal diikut…tunggu dan lihat..anak melayu islam kita.. jika tidak kembali kpd cara hidup Islam, semua yg dtg dari BARAT bakal diikut dan ditiru. .

Ingatlah sabda nabi saw : .

IKLAN

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الخُدْرِيِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَتَتَّبِعُنَّ سُنَنَ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِكُمْ شِبْرًا بِشِبْرٍوَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوْا فِي حُجْرِ ضَبٍّ لاَتَّبَعْتُمُوهُمْ ؛ قُلْنَا: يَارَسُولَ الله (ص) اليَهُودُ وَالنَّصَارَى؟ قَالَ: فَمَنْ؟ (رواه مسلم)

Pengertian Hadis:

Dari Abu Said al-Khudri RH katanya: Nabi Muhammad SAW bersabda: Kamu semua akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal sehasta demi sehasta sehingga kalau mereka masuk ke lubang biawak sekali kamu tetap akan mengikut mereka. Kami bertanya adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Sabda Nabi SAW: Siapa lagi kalau bukan mereka?
.
(Riwayat Muslim no: 2669)

IKLAN

 

https://www.instagram.com/p/BoNywRsgou3/?utm_source=ig_web_copy_link


Bila ada saja perkara bodoh dibuat org.. Terus jadi fenomena.. Terus org follow dan buat.. Apa yg nabi kata Nabi ttg umatnya telah terjadi berleluas pada zaman kita.. “sejengkal demi sejengkal.. Sehasta demi sehasta sampai org kafir masuk lubang biawak sekalipun, pasti mereka akan masuk..” Berat66

IKLAN

https://www.instagram.com/p/BoNxIjdBPWC/?utm_source=ig_web_copy_link

Ketahuilah bahawa bukan semua budaya barat yang boleh kita tiru dan ikut. Pokok pangkalnya kembalilah kepada jalan hidup agama Islam.

Sumber kredit: Instagram Ustaz Shahrizan dan Instagram PU Syed

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI