Isma Halil fokus amal ibadat dalam penjara. “Makin lancar baca al-quran, yasin & jadi bilal.’ Benarlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kadang-kadang daripada kesilapan, manusia belajar sesuatu dan mula mendekatkan diri dengan Allah. Begitu juga yang dilalui oleh penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49.
Isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Haslinda, 50, dia bertemu suaminya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu dan gembira melihat suaminya sihat.
“Kali ini dia sangat gembira sebab ramai kawan-kawan datang memberikan sokongan di mahkamah. Setiap minggu dia akan hubungi saya dari penjara Sungai Buloh. Selain itu, saya dan anak-anak melawatnya di penjara dua kali sebulan.
“Setiap kali berjumpa, macam-macam diceritakannya kepada saya. Boleh dikatakan kalau tiada aral, hari-hari dia akan berpuasa bersama kawan-kawan. Dari sudut positif banyak pelajaran yang dia dapat di dalam sana,” katanya lagi.
Ads
Yasin & Jadi Bilal
Menurutnya, Isma Halil semakin fokus dengan amal ibadat, semakin lancar membaca al-Quran dan surah Yasin, menjadi bilal dan sebagainya.
“Katanya, petugas-petugas penjara yang dipanggil cikgu pun sangat-sangat baik. Di dalam sana, dia juga berpeluang bekerja dan bersukan.
“Dia selalu pesan mohon doakan dia. Dia tak sabar-sabar nak jumpa keluarga dan sahabat-sahabat. Juga dia tak sabar nak cerita pengalamannya kepada semua,” katanya.
Isma Halil Fokus Amal Ibadat Dalam Penjara
Pada 21 Februari tahun lalu, Isma Halil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.
Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Ads
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Keputusan lanjut kes ini akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi.
‘Baca lebih dapat pahala ke?’ Apakah hukumnya, membaca dua surah berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama. Kebiasaannya segelintir daripada kita hanya membaca satu surah tambahan sebelum rukuk.
Namun ada juga di kalangan kita yang membaca dua surah usai bacaan al-Fatihah dalam rakaat pertama dan kedua. Apakah hukumnya membaca lebih satu surah, ikuti kemusykilan berkaitan isu ini.
Saya ada satu soalan. Bolehkah saya membaca dua surah pilihan yang berbeza selepas al-Fatihah dalam rakaat yang sama? Mohon pencerahan.
Pada asasnya, solat merupakan salah satu amal ibadat yang paling utama dalam kehidupan kita. Kemudian, dalam solat pula disyariatkan untuk membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah al-Fatihah yang merupakan salah satu rukun qauli dan ayat-ayat yang lain.
Maksudnya: “Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari al-Quran; dan dirikanlah solat.”
Malah, membaca satu surah daripada al-Quran sekalipun ayat yang pendek atau membaca tiga ayat al-Quran yang berurutan adalah disunatkan.
Bacaan ini disunatkan bagi imam dan orang yang mendirikan solat secara bersendirian pada dua rakaat yang pertama sahaja bagi setiap solat.
Sementara makmum juga disunatkan membacanya pada solat yang diperlahankan bacaan atau sekiranya dia berada jauh daripada imam dan tidak kedengaran bacaannya.
Berbalik kepada soalan yang diajukan, jumhur ulama berpendapat diharuskan untuk menghimpunkan dua surah, yakni membacanya dalam satu rakaat.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadith daripada riwayat Huzaifah R.A, beliau berkata:
صَلَّيْتُ مع النبيِّ ﷺ ذاتَ لَيْلَةٍ، فافْتَتَحَ البَقَرَةَ، فَقُلتُ: يَرْكَعُ عِنْدَ المِائَةِ، ثُمَّ مَضى، فَقُلتُ: يُصَلِّي بها في رَكْعَةٍ، فَمَضى، فَقُلتُ: يَرْكَعُ بها، ثُمَّ افْتَتَحَ النِّساءَ، فَقَرَأَها، ثُمَّ افْتَتَحَ آلَ عِمْرانَ، فَقَرَأَها
Maksudnya:
“Pada suatu malam, aku mendirikan solat bersama Nabi SAW. Baginda memulakan bacaan solatnya — selepas al-Fatihah — dengan membaca awal surah al-Baqarah. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Barangkali Baginda akan rukuk apabila sampai pada ayat yang keseratus,’ kemudian Baginda melepasinya. Aku berkata (yakni menyangka dalam hatinya):
‘Baginda akan membaca surah al-Baqarah dalam satu rakaat,’ kemudian Baginda melepasinya, lalu aku berkata (yakni menyangka): ‘Baginda akan rukuk.’ Namun Baginda melanjutkan dengan membaca surah al-Nisa’ dan seterusnya menyambung pula dengan membaca surah Ali ‘Imran.”
Walau bagaimanapun ulama dalam kalangan mazhab Hanbali membezakan di antara solat fardhu dan solat sunat. Mereka berpendapat, tidak mengapa menghimpunkan surah-surah.
Yakni membaca lebih daripada satu surah, dalam satu rakaat dalam solat sunat berdasarkan riwayat-riwayat yang disebutkan di atas kerana dalam riwayat-riwayat tersebut menunjukkan bahawa Baginda sedang mendirikan solat sunat seperti qiyamullail dan selainnya.
Adapun dalam solat fardu, mereka menyukai yakni menggalakkan sekiranya ia diringkaskan dengan hanya satu surah pilihan selepas bacaan al-Fatihah. Hal ini kerana begitulah kebanyakan solat Baginda SAW dan inilah salah satu riwayat (pendapat) daripada mereka.
Manakala dalam satu riwayat yang lain adalah sebagaimana pendapat ulama mazhab Maliki iaitu hukumnya adalah makruh kerana Nabi SAW memerintahkan Muaz untuk membaca satu surah sahaja yakni dalam satu rakaat dalam solatnya.
Begitu juga Syeikh al-‘Uthaimin juga pernah menyebutkan dalam fatwanya bahawa seseorang itu boleh untuk membaca selepas surah al-Fatihah dua surah atau tiga surah, mahupun meringkaskannya dengan hanya membaca satu surah atau membahagikan satu surah kepada dua bahagian.
Kesemua perkara tersebut dibolehkan berdasarkan kepada keumuman firman Allah SWT:
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya: “Oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya daripada al-Quran — dalam sembahyang.”
Begitu juga sabda Nabi SAW:
ثُمَّ اقْرَأْ مَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ القُرْآنِ
Maksudnya: “Kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagi kamu daripada al-Quran.”
Berdasarkan kepada perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpendapat bahawa diharuskan untuk membaca dua surah yang berbeza ataupun lebih selepas surah al-Fatihah dalam satu rakaat, serta sesiapa yang membacanya dikira mendapat pahala sunat bacaan surah atau ayat-ayat al-Quran selepas al-Fatihah dalam solat.
Walau bagaimanapun, perkara ini sekalipun diharuskan dan solatnya dikira sah serta tidak batal, namun sebaiknya dalam solat fardhu ia diringkaskan dengan hanya membaca satu surah sahaja atau tidak memanjangkannya, lebih-lebih lagi jika dia seorang imam bagi meraikan keperluan makmum.
Namun jika cinta itu suci, tidak kiralah senang atau susah, pasangan yang dicintai sepenuh hati tidak akan ditinggalkan walaupun diuji hebat.
Begitulah utuhnya cinta Juliana kepada suaminya Zamani. Syukur pada Allah, penyanyi kumpulan Slam ini dikurniakan isteri yang baik dan setia biarpun diuji dengan keadaan kesihatan yang teruk.
Nur Juliana tetap setia disisi Zamani dan menerima keadaan suaminya seadanya. Malahan keluhuran cinta Juliana ini membuatkan ramai di luar sana kagum dengan keperibadiannya.
Zamani sebelum ini disahkan mengalami masalah tulang belakang yang memberi kesan secara tak langsung menjadikan selebriti ini semakin kurus dan membongkok.
Melihat keadaan Zamani dalam keadaan itu sama sekali tidak mengurangkan rasa cintanya kepada lelaki itu malah rela hati menerima Zamani sebagai suami.
Ujian Allah pastinya berpenghujung dan Allah menguji hamba-Nya mengikut kemampuan. Pada November tahun lalu, vokalis Slam ini telah melalui pembedahan bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung.
Alhamdulillah sejak pembedahan itu, penyakit scoliosis yang dialami Zamani bertambah baik serta menunjukkan perubahan yang positif. Kelihatan kini Zamani mampu berdiri seperti orang normal lain.
Perubahan ini pasti saja membuatkan hati seorang isteri teruja dan gembira. Dan tentu sekali, pengorbanannya Juliana selama ini membuahkan hasil bila suaminya makin pulih dan beransur baik.
Menerusi posting dan gambar yang dikongsikan Juliana di Instagramnya, kelihatan Zamani berada dalam keadaan yang sihat dan mampu berdiri dengan sempurna.
Isteri bukan hamba, Fikry Ibrahim ketepikan soal kahwin demi ibu. ‘Ini masanya saya berbakti pada mak.’ Itulah luahan Fikry Ibrahim melalui sebuah perkongsian video baru-baru ini.
Benarlah bila melibatkan ibu, segalanya-galanya bukan lagi keutamaan bagi seorang anak. Itulah apa yang dilakukan oleh pelakon, Fikry Ibrahim.
Dalam pada itu, Fikry Ibrahim sering berkongsi gambar dan video membuatkan ramai yang terharu dan kagum akan cara dirinya dalam melayani karenah ibu tercinta.
Fikry juga mengakui kini, dia kerap kali pulang ke kampungnya yang terletak di Jitra, Kedah dan adakalanya sanggup menunda semua komitmen kerja demi ibu tercinta.
Malahan dalam video yang sama, Fikry menjelaskan dia rela tidak kahwin demi menjaga ibu dan terpaksa menolak tawaran lakonan kerana kebanyakan masanya lebih terarah kepada penjagaan ibunya.
“Kalau buat bisnes saya boleh bekerja dari rumah, tetapi kalau saya shooting tiada masa untuk menjaga ibu.
“Mak memang suka duduk dengan saya, kalau shooting lama ada pak cik yang menjaga mak. Pun begitu, sedikit huru-hara.
‘Justeru, saya fikir kalau dulu mak boleh jaga saya, takkan sekarang saya tak boleh berbuat demikian (tidak berkahwin) untuknya,” ujarnya lagi sambil memberitahu ibunya sudah dua tahun mengalami minor strok.
Setiap anak rapat dengan ibu, begitu juga dengan Fikry. Sejdari kecil, ibunya rajin membawanya keluar. Walaupun mereka tidak memiliki kenderaan sendiri, dengan menaiki bas, namun Bibi Zaleha tetap mahu membawa anaknya itu berjalan-jalan .
“Sekarang ibu sakit, giliran saya pula menjaga dan membawanya berjalan-jalan untuk gembirakan hatinya. Mak adalah segala-galanya buat saya. Hubungan kami cukup rapat sejak saya kecil lagi.
“Sekarang saya bawa mak ke mana sahaja saya pergi. Kalau saya pernah duduk di hotel mahal, saya rasa menyesal kalau tidak bagi mak merasai situasi tersebut. Mak yang jadikan saya begini (berjaya) sekarang,” luah Fikry lagi.
Siapa yang tak mahu miliki isteri dan berkahwin, begitu dengan pemilik nama Fikry ini.
.
“Saya gembira dan mahu kahwin dengan calon yang boleh gembirakan ibu. Mudah dan tidak pening. Sebab itu, soal kahwin saya letakkan di nombor lapan.
“Malah, saya juga tidak mahu apabila kahwin kelak, perhatian pada isteri terkurang kerana saya jaga mak. Bukan semua orang mampu terima situasi tersebut.
“Pada masa sama, saya tidak mahu bakal isteri saya kelak rasa diri ‘hamba’ kepada saya. Sebab itu saya korbankan hal kahwin untuk menjaga ibu terlebih dahulu,” ujarnya lagi.
Hong Leong Islamic Bank memperkenalkan halatuju baharu berasaskan prinsip Syariah, memfokuskan pengurusan kekayaan holistik dan nilai berteraskan amanah. Ketahui lima tonggak utama dan inisiatif terkini HLISB.