Muslimat berniqab bukan lah satu perkara yang pelik namun baru-baru ini ia menjadi tarikan dan perhatian masyarakat umum tanahair. Sesiapa yang mengikuti perkembangan semasa pasti sudah maklum akan tindakan selebriti wanita berpengaruh Malaysia yang mempunyai hampir 8 juta pengikut di Instagram, tampil dengan penampilan terbaharu dengan berniqab.
Tindakannya itu mendapat perhatian dan maklum balas positif malah ramai juga teruja untuk berniqab dan sudah tentu bakal menyuntik gelombang baharu di kalangan muslimat lain. Ia merupakan satu bentuk hijrah yang baik walaupun bukan lah sesuatu yang wajib pada wanita Islam.
Mengapa Neelofa, personaliti yang cantik, anggun lagi menawan ini berniqab, hanya dia sahaja yang boleh menjawab persoalan. Mungkin juga perkongsian Insyirah Solehah menerusi entri di blognya dapat berikan sedikit sebanyak gambaran tentang niqab berdasarkan pengalamannya dan mungkin juga atas sebab ini juga Neelofa berniqab.
Menerusi catatannya, hadis Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.
Wajah Bukan Aurat, Namun Menutupnya Adalah Utama Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama daripada kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama. Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
“Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan.”
Memang kaedah ini bukan bid’ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah ﷺ. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.
Di dalam kitab Hijaab Al-Mar’aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats’amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin ‘Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi SAW, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik.
Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah ﷺ ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram.
Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal. “Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?”
Lelaki Dan Wanita Perlu Jaga Pandangan Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.
Oleh sebab itu Allah SWT berfirman, “Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 30] Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu SWT berfirman, “Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya,”[An-Nuur : 31] Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat di atas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki. Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya).
Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah. Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah ﷺ ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, yang mensyariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua-duanya (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Tidak Boleh Mewajibkan Sesuatu Yang Tidak Wajib
Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:
“Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat.” Menutup muka kerana bimbang timbulnya fitnah
Para ulama empat mazhab bersepakat bahawa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.
Imam Kauthari r.a. berkata: “Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah.”
Tidak Timbul Istilah Istiqamah Dalam Berniqab
“Dalam menjalani rutin harian, sebenarnya apabila berniqab ada keadaan tertentu wanita perlu membuka niqabnya. Oleh itu, secara umumnya tidak timbul isu ‘istiqamah atau tidak’ dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram.
Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
Kesimpulannya, ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat di kalangan ulama.
Seorang kakak yang sangat saya hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat.
Apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan.
Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik” Masya Allah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Terima seadanya dan bersyukur. ‘Suami yang baik, dia tak kisah isterinya tak reti jaga badan.’ Paling penting baginya isteri tetap setia dan berada di sisi sampai bila-bila.
Suami sebegini sentiasa bersyukur dengan apa yang berada di depan mata. Malahan suami sepsis begini tidak pernah meletakkan kekurangan isteri sebagai penghalang untuk dia merasa bahagia.
Ikuti perkongsian Tuan Azlan Noor tentang sepsis lelaki “rare” ini.
Terbaca posting dan komen netizen pasal pelakon Fizz Fairuz dan isteri dia, Almy Nadia tu. Si Fizz tu bagi saya lelaki yang bagus. Dia setia, layan isterinya dengan baik, tak kira apa pun perubahan kepada si Almy tu.
Ada yang risau asbab tak jaga badan, suaminya akan curang dengan perempuan lain. Ye la, dia tu pelakon, berduit dan masih muda.
Sebenarnya, dia macam ini.
Suami yang memang jenis baik, dia akan tetap kekal baik walaupun isterinya tak reti jaga badan, malas exercise, kuat makan dan gemuk.
Dia tak kisahkan semua tu sebab dia tahu dia baik bukan sebab isteri dia. Walau macam mana sekalipun keadaan isteri dia, dia terima dan dia syukur adanya isteri di sisi. Dia tak jadikan kekurangan itu sebagai alasan untuk berlaku curang.
Contoh lelaki baik pun ramai yang kita boleh tengok.
Dan kalau memang jenis yang jahat,
Dia akan tetap buat perkara jahat depan atau belakang isteri walaupun isterinya tu cantik jelita, kulit putih gebu, jaga akhlak jaga aurat, lemah lembut bicara, paling taat pada suami, tak pernah tolak permintaan suami, ibu yang baik kepada anak-anak.
Tetap dia dengan sifat jahatnya sebab dia tak pernah puas dengan apa yang dia ada. Dia sudah jauh tenggelam dalam belitan nafsu serakah dia.
Segala yang baik isteri buat, tak pernah pun nak jentik hatinya untuk berubah dan hargai pengorbanan isteri yang terima sifat dan perangai buruknya itu.
Contoh lelaki jahat pun ramai yang kita pernah lihat kan.
Suami yang baik ni, berbeza dengan suami yang jahat,
Dia tak perlukan sebab untuk mencintai.
Malah dia tak perlukan sebab untuk menyayangi
Dia tak perlukan sebab untuk jujur.
Dan dia tak perlukan sebab untuk setia.
Kerana ketahuilah,
Kasih sejati tak perlukan sebab.
Yang diperlukan hanya sekeping hati.
Hati yang menghargai.
Beli ‘like’ dan ‘followers’ ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ada sesetangah pihak yang mahu memberikan first impression kepada pelanggan, maka dia sanggup untuk melaburkan sejumlah wang marketing untuk membeli ‘like’ dan ‘followers’.
Ini salah satu usaha untuk mempercepatkan proses meyakinkan bakal pelanggan tentang produk yang dijual dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan menjual ‘like’ dan ‘followers’ ini pula yakin bahawa ini sebagai perkhidmatan mereka membantu para usahawan yang baru bertapak.
Dalam masa sama, terbuka lah juga ruang menambah pendapatan bagi orang yang diupahkan untuk like dan follow.
Untuk dua pihak yang terlibat, urus niaga ini memang kelihatan saling membantu dan memenuhi keperluan semasa, namun bagaimana pula hak bakal pelanggan. Sudah tentu pelanggan yakin dengan syarikat atau sellers yang mempunyai ramai pengikut dan like di akaun sosial media mereka. Kita ikuti penjelasan daripada PU Salaman tentang hukum urusan jual beli ‘like’ dan ‘followers’ ini.
Musim PKPB ini timbul pelbagai pekerjaan , antara yang ditanya kepada saya adalah kerja ‘like’ dan ‘follow’ customer yang ingin ‘like’ dan ‘followers’ yang tinggi yang biasanya untuk melariskan produknya.
Dalam Hadis sahih Muslim: أنرسولاللهمرعلىصبرةطعامٍ،فأدخليدهفيها،فنالتأصابعهبللًا،فقال: ((ماهذاياصاحبالطعام؟))،قال: أصابتهالسماءيارسولالله! قال: ((أفلاجعلتهفوقالطعامكييراهالناس،منغشفليسمني))؛
Sesungguhnya Rasulullah SAW lalu pada gerai yang ada satu timbunan makanan. Nabi SAW menyentuh makanan itu dan ada yg lembap. Nabi SAW bertanya “Apa ini hai penjual makanan?” Dia menjawab “Kena hujan ya Rasulullah.”
Nabi saw bersabda, “Kenapa engkau tidak letak yang lembap ini di atas supaya orang tahu. Siapa yg menipu atau memperdaya (pelanggan) bukanlah di kalangan kami.
Pengajaran hadis:
Nabi saw bersabda:
لاَتُصَرُّواالإِبِلَوَالغَنَمَ، Jangan ikat puting susu lembu dan kambing yang hendak dijual. (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)
Di antara jualan yang haram adalah menampakkan susu yang banyak dalam kantung binatang sehingga memperdaya pelanggan sehingga pelanggan membeli binatang itu.
Caranya dengan mengikat puting susu berhari-hari sehingga membesar kantung susu tadi dan bila pelanggan datang, mereka rasa kagum kerana jumlah susunya banyak, padahal sekejap sahaja benda itu.
Sama juga dengan isu ini, orang ramai terpegun dengan jumlah ramai yang ‘like’ dan ‘follow’ sedangkan itu dibeli bukan ‘like’ dan ‘follow’ yang jujur.
Jual beli like ini sekalipun bukan tujuan untuk jual produk dan sekadar bangga dan seronok banyak ‘like’ dan ‘followers’ juga haram berdasarkan hadis :
Seorang wanita bertanya “ Ya Rasulullah bagaimana jika berkata sesungguhnya suami bagi aku sesuatu yang mana sebenarnya dia tak bagi pun.”
Nabi SAW bersabda: “Orang yang rasa bangga dengan sesuatu yang bukan miliknya (sedangkan dia berbangga seolah-olah itu miliknya) adalah seumpama orang yang memakai dua helai pakaian penipuan.” (Hadis sahih bukhari dan Muslim)
Imam Nawawi dalam menerangkan hadis di atas berkata:
Orang yang merasa banyak sesuatu yang bukan miliknya dengan menunjukkan pada manusia bukan dia punya tapi berbangga kepada manusia dgn ada banyak sesuatu dan berasa seronok dengan sesuatu yang palsu adalah dicela.
Kenyataan imam Nawawi ini sangat bertepatan dengan like dan followers yang dijual .
Oleh itu beli ‘like’ dan ‘followers’ ini adalah haram. Kerja ‘like’ dan ‘follow’ secara upahan juga haram kerana membantu sesuatu yang haram.
Hasil upahnya juga haram kerana Nabi SAW bersabda, إناللهإذاحرمشيئًاحرمثمنه
“Sesungguhnya yang Allah haramkan, duit hasilnya juga haram”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?