Beli ‘like’ dan ‘followers’ ini bukanlah sesuatu yang baharu. Ada sesetangah pihak yang mahu memberikan first impression kepada pelanggan, maka dia sanggup untuk melaburkan sejumlah wang marketing untuk membeli ‘like’ dan ‘followers’.

Ini salah satu usaha untuk mempercepatkan proses meyakinkan bakal pelanggan tentang produk yang dijual dan syarikat yang menyediakan perkhidmatan menjual ‘like’ dan ‘followers’ ini pula yakin bahawa ini sebagai perkhidmatan mereka membantu para usahawan yang baru bertapak.

Dalam masa sama, terbuka lah juga ruang menambah pendapatan bagi orang yang diupahkan untuk like dan follow.

Untuk dua pihak yang terlibat, urus niaga ini memang kelihatan saling membantu dan memenuhi keperluan semasa, namun bagaimana pula hak bakal pelanggan. Sudah tentu pelanggan yakin dengan syarikat atau sellers yang mempunyai ramai pengikut dan like di akaun sosial media mereka. Kita ikuti penjelasan daripada PU Salaman tentang hukum urusan jual beli ‘like’ dan ‘followers’ ini.

“Hukum Jual Dan Beli “Like” Dan “Followers” Adalah Haram”-PU Salman

Artikel berkaitan: Bagaimana Nak Bersihkan Harta Judi Atau Pendapatan Haram?

Artikel berkaitan: Suami Bergaji Kecil, Apakah Hukum Jika Kami Merancang Keluarga?

Musim PKPB ini timbul pelbagai pekerjaan , antara yang ditanya kepada saya adalah kerja ‘like’ dan ‘follow’ customer yang ingin ‘like’ dan ‘followers’ yang tinggi yang biasanya untuk melariskan produknya.

Ianya Haram Kerana Berdasarkan Pada Dalil Dan Sebab:

Pertama: Gisy (menipu)

Dalam Hadis sahih Muslim:
أن رسول الله مر على صبرة طعامٍ، فأدخل يده فيها، فنالت أصابعه بللًا، فقال: ((ما هذا يا صاحب الطعام؟))، قال: أصابته السماء يا رسول الله! قال: ((أفلا جعلته فوق الطعام كي يراه الناس، من غش فليس مني))؛

IKLAN

Sesungguhnya Rasulullah SAW lalu pada gerai yang ada satu timbunan makanan. Nabi SAW menyentuh makanan itu dan ada yg lembap. Nabi SAW bertanya “Apa ini hai penjual makanan?” Dia menjawab “Kena hujan ya Rasulullah.”

Nabi saw bersabda, “Kenapa engkau tidak letak yang lembap ini di atas supaya orang tahu. Siapa yg menipu atau memperdaya (pelanggan) bukanlah di kalangan kami.

Pengajaran hadis:

  1. Jualan ini dilarang kerana perbuatan menyembunyikan makanan yang tidak baik di bawah dan memperdaya pelanggan yang tidak melihat keaiban makanan tadi, begitu jua pelanggan tertipu dengan jumlah followers dan like yang banyak sehingga membeli barang tadi.
  2. Hadis ini secara umumnya melarang sesuatu yang menipu orang dan ia termasuklah ‘like’ dan ‘followers’ yang palsu kerana orang ingat akaun atau post itu memang ramai yang menyukainya padahal itu semua diupah.

“Hukum Jual Dan Beli “Like” Dan “Followers” Adalah Haram”-PU Salman

Kedua: larangan jual beli tasriah

Nabi saw bersabda:

لاَ تُصَرُّوا الإِبِلَ وَالغَنَمَ،
Jangan ikat puting susu lembu dan kambing yang hendak dijual. (Hadis sahih Bukhari dan Muslim)

IKLAN

Di antara jualan yang haram adalah menampakkan susu yang banyak dalam kantung binatang sehingga memperdaya pelanggan sehingga pelanggan membeli binatang itu.

Caranya dengan mengikat puting susu berhari-hari sehingga membesar kantung susu tadi dan bila pelanggan datang, mereka rasa kagum kerana jumlah susunya banyak, padahal sekejap sahaja benda itu.

Sama juga dengan isu ini, orang ramai terpegun dengan jumlah ramai yang ‘like’ dan ‘follow’ sedangkan itu dibeli bukan ‘like’ dan ‘follow’ yang jujur.

Ketiga : Bangga dengan sesuatu yang bukan milik sendiri adalah haram

Jual beli like ini sekalipun bukan tujuan untuk jual produk dan sekadar bangga dan seronok banyak ‘like’ dan ‘followers’ juga haram berdasarkan hadis :

أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَقُولُ إِنَّ زَوْجِي أَعْطَانِي مَا لَمْ يُعْطِنِي. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ: «الْمُتَشَبِّعُ بِمَا لَمْ يُعْطَ، كَلَابِسِ ثَوْبَيْ زُورٍ

Seorang wanita bertanya “ Ya Rasulullah bagaimana jika berkata sesungguhnya suami bagi aku sesuatu yang mana sebenarnya dia tak bagi pun.”

IKLAN

Nabi SAW bersabda: “Orang yang rasa bangga dengan sesuatu yang bukan miliknya (sedangkan dia berbangga seolah-olah itu miliknya) adalah seumpama orang yang memakai dua helai pakaian penipuan.”
(Hadis sahih bukhari dan Muslim)

“Hukum Jual Dan Beli “Like” Dan “Followers” Adalah Haram”-PU Salman

Imam Nawawi dalam menerangkan hadis di atas berkata:

الْمُتَكَثِّرُ بِمَا لَيْسَ عِنْدَهُ؛ بِأَنْ يَظْهَرَ أَنَّ عِنْدَهُ ما ليس عِنْدَهُ، يَتَكَثَّرُ بِذَلِكَ عِنْدَ النَّاسِ وَيَتَزَيَّنُ بِالْبَاطِلِ؛ فهو مذمومٌ

Orang yang merasa banyak sesuatu yang bukan miliknya dengan menunjukkan pada manusia bukan dia punya tapi berbangga kepada manusia dgn ada banyak sesuatu dan berasa seronok dengan sesuatu yang palsu adalah dicela.

Kenyataan imam Nawawi ini sangat bertepatan dengan like dan followers yang dijual .

Oleh itu beli ‘like’ dan ‘followers’ ini adalah haram. Kerja ‘like’ dan ‘follow’ secara upahan juga haram kerana membantu sesuatu yang haram.

Hasil upahnya juga haram kerana Nabi SAW bersabda, إن الله إذا حرم شيئًا حرم ثمنه

Sesungguhnya yang Allah haramkan, duit hasilnya juga haram”

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI