Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita suka memelihara haiwan peliharaan dan salah satunya adalah kucing. Kucing juga dikatakan binatang kesayangan
Rasulullah SAW dan Baginda sangat meyayangi haiwan berbulu yang comel ini.

Sebenarnya banyak kelebihan memelihara kucing kerana haiwan ini sangat istimewa dan boleh menjadi terapi buat diri kita. Malah seseorang yang memelihara kucing juga perlu ada sikap disiplin dan tanggungjawab terhadap binatang ini.

**media[105926]**

Bukan itu sahaja, dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing, malah terdapat pelbagai kelebihan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.

Selain itu juga, memelihara binatang kesayangan Rasulullah ini juga boleh mendidik kita agar menjadi seorang yang tidak kedekut. Ini kerana kita perlu berbelanja setiap bukan untuk membeli makanan dan juga barangan penjagaan kucing ini.

Seperti perkongsian Syafil Syazwan Jefri yang membela empat ekor kucing malah setiap bulanmenyediakan peruntukan tertentu untuk kucing-kucing kesayangannya.

**media[105932]**

Jadi bagi yang berminat untuk memeliharan kucing, ini beberapa perkara perlu diambil tahu. Mana tahu selepas ini anda akan dilimpari rezeki yang murah dan berganda-ganda kerana berkasih sayang memelihara kucing.

1. Makanan

IKLAN

Terdapat pelbagai jenis makanan kucing di pasaran cumanya, kandungan dalam makanan dan kualiti makanan itu berbeza. Sebaiknya beri kucing makanan jenis kering dan basah – bagi makanan basah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.

Untuk menjimatkan kos selain mempelbagaikan diet kucing, pilihan seperti ikan dan ayam rebus boleh menjadi pengganti.

**media[105930]**

2. Pasir

Pasir juga penting dan berbelanjalah lebih sedikit untuk pastikan kualiti pasir yang digunakan dapat memerangkap bau dan menggumpal sisa buangan. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa. Jangan lokek berbelanja untuk pasir berkualiti bagi memerangkap bau dan najis kucing.

IKLAN

3. Kos Perubatan

Ia bergantung kepada rawatan. Vaksin dan deworm boleh mencecah kos RM100 untuk seekor kucing manakala rawatan kutu juga penting, jadi jika ada peruntukan lebih boleh lakukan untuk kucing anda.

Rawatan lain yang diperlukan kucing termasuk semburan dan neutered yang harganya berbeza mengikut tempat dan jantina, anggaran antara RM60 ke RM120 (kucing jantan) dan RM100 ke RM150 (kucing betina). Jika ada bajet lebih, mengapa tidak manjakan kucing anda dengan aksesori termasuk syampu, tisu basah, putik kapas dan sebagainya.

4. Mandi Kucing

IKLAN

Untuk mandikan kucing, cukup sekadar seminggu sekali dan sekiranya berkesempatan cuba untuk bersihkan badan kucing setiap hari terutamanya bahagian mata, telinga dan mulut untuk pastikan tiada sebarang jangkitan atau penyakit. Sesekali, apa kata anda manjakan mereka dengan menghantarnya ke spa! Kebersihan kucing juga perlu dititikberatkan barulah bertambah comel.

**media[105928]**

5. Jaga kebersihan

Bukan kucing sahaja yang perlu dijaga – pemilik juga perlu menjaga kebersihan dengan memastikan rumah dalam keadaan bersih dan memvakum karpet atau sofa agar tiada bulu kucing melekat.

Bagi yang tinggal di kawasan perumahan, ambil kira juga faktor komuniti dan jangan kerana kecuaian atau anda mengabaikan kebersihan kucing ia menyusahkan pihak lain.

6. Air Filter

Jika anda mempunyai peruntukan lebih mengapa tidak memasang penapis udara bagi memastikan pengaliran udara dalam rumah dalam keadaan baik malah ia boleh menghapuskan bau yang tidak selesa.

**media[105930]**
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI