Hal yang paling ditunggu oleh kebanyakan orang bekerja sama ada kerja swasta mahu pun kerajaan ialah hari gaji. Ia dianggap rezeki yang bakal dibawa pulang ke rumah untuk digunakan bagi keperluan keluarga, diberi kepada ibu ayah atau untuk membeli sesuatu atas nama menghargai kepenatan bekerja itu.
Di sebalik perkataan GAJI dan REZEKI, keduanya punya maksud yang berbeza. Ini yang perlu kita sama-sama hayati.
GAJI itu ada slipnya. REZEKI itu tidak ada.
GAJI itu dari Bos. REZEKI itu dari Allah SWT.
GAJI itu hanya wang. REZEKI boleh berupa banyak hal.
Ads
GAJI itu diperoleh dengan kerja. REZEKI itu diperoleh dengan iman.
GAJI itu sudah diduga, REZEKI itu sering tak terduga.
Rezeki Allah luas seluruh alam..
Ads
GAJI mungkin sudah besar, tapi terasa kurang. REZEKI itu selalu mencukupi, meski tak seberapa.
GAJI harus dikejar, dicari dan diusahakan dengan bekerja. Namun REZEKI boleh datang bagi orang yang percaya.
Tidak semua orang memiliki GAJI, tetapi setiap orang memiliki REZEKI.
Ads
GAJI kemungkinan tertukar dengan lain orang, tetapi REZEKI tidak akan pernah bertukar (tak pernah salah alamat).
Besarnya GAJI ditentukan oleh masa kerja dan kelayakan, sementara besarnya REZEKI ditentukan iman dan percaya kita pada Allah SWT.
Jadi, jangan pernah cemas, khuatir, resah, berasa sedih, mengeluh dan gundah gundah terhadap nasib yang akan datang, terlebih jangan pernah merasa susah dan sedih terhadap masa lalu kerana REZEKI itu setiap orang sudah ditentukan oleh Allah SWT.
Sumber :- IPHINCOW
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Siapalah kita mahu menidakkan takdir Tuhan. Dalam kekalutan mendengar penyebaran virus COVID-19 yang semakin serius rupanya ada juga dugaan lain dihadapi oleh setiap pasangan.
Bagi usahawan terkenal yang juga jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa dikatakan sudahpun berpisah dengan isterinya Noor Azlin Ismail selepas enam bulan berkahwin.
Majlis perkahwinan mereka sebelum ini menjadi viral kerana peristiwa kek yang terjatuh di majis resepsi sebelum ini.
Walaupun sudah berpisah, namun bagi Datuk Alha Alfa tidak menyalahkan bekas isterinya itu. Malah berterima kasih kerana wanita ini sudah membahagiakan dirinya selepas enam bulan mendirikan rumahtangga.
“Saya sebolehnya ingin berdiam diri dan tidak mahu perbesarkan hal ini supaya aib keduanya terjaga, tapi mungkin juga ini ujian berat dalam hidup saya.
“Pertama sekali saya sudah meminta izin bekas isteri untuk menulis mengenai ini dan kami sama-sama akan menghabiskan semua ini secara damai dan harap tidak ada pihak yang akan mengeruhkan lagi.
“Saya amat berterima kasih kepada bekas isteri yang sudah membahagiakan saya setengah tahun bersama. Mungkin kerana dia muda dan impikan hidup sentiasa bersama sedangkan pekerjaan dan masa saya sangat terhad.
“Saya kahwin dalam masa perniagaan sedang naik, banyak masa dan keringat saya kumpul keselesaan di masa tua nanti bersamanya terhenti di sini,” katanya.
Datuk Alha berkata, faktor pekerjaan dan masa menjadi punca kepada perselisihan faham dalam perkahwinan mereka.
“Mungkin terlalu banyak penggambaran, kerja luar dan lain-lain lagi membuatkan dia tidak boleh terima kerjaya saya. Perkara ini akan menjadi perselisihan faham bila saya nak keluar bekerja.
“Saya risau nak keluar rumah untuk kerja. Saya hampir hilang diri saya. Betul, mungkin sebelum kahwin dia boleh terima pekerjaan, kehidupan dan pangkat saya, tetapi apabila kehidupan bersama, akan sentiasa rasa cemburu dan tidak puas hati. Sumpah saya faham dan cuba letak diri dalam keadaan dirinya.
“Siapa saya untuk memaksa dia memahami saya. Kehidupan kami normal macam biasa dan tempoh hari saya pun sudah nak jadi ayah, tapi dia keguguran.
“Mungkin belum rezeki. Tetapi apa yang saya pertahankan ini tidak panjang. Saya tidak mahu dia kemurungan, tekanan berpanjangan, ugut nak cederakan diri dan sebagainya,” katanya kepada Harian Metro.
Dalam pada itu, Datuk Alha turut mendoakan semoga bekas isterinya itu berjumpa pasangan yang betul-betul dapat memahami kehendaknya. Beliau juga turut meminta maaf kerana gagal mengemudi bahtera mereka hingga ke syurga.
“Saya kena terus kuat mnempuh ujian Allah ini. Biarlah apa yang berlaku sekalipun, saya sudah cuba kurangkan makeup saya, niat berbulan madu ke Makkah tidak kesampaian kerana wabak Covid-19 ini,” katanya.
Tidak dinafikan, ramai dalam kalangan kita suka memelihara haiwan peliharaan dan salah satunya adalah kucing. Kucing juga dikatakan binatang kesayangan
Rasulullah SAW dan Baginda sangat meyayangi haiwan berbulu yang comel ini.
Sebenarnya banyak kelebihan memelihara kucing kerana haiwan ini sangat istimewa dan boleh menjadi terapi buat diri kita. Malah seseorang yang memelihara kucing juga perlu ada sikap disiplin dan tanggungjawab terhadap binatang ini.
Bukan itu sahaja, dalam Islam sendiri sangat menganjurkan untuk kita memelihara kucing, malah terdapat pelbagai kelebihan termasuk mendapat pahala dan dimurahkan rezeki.
Selain itu juga, memelihara binatang kesayangan Rasulullah ini juga boleh mendidik kita agar menjadi seorang yang tidak kedekut. Ini kerana kita perlu berbelanja setiap bukan untuk membeli makanan dan juga barangan penjagaan kucing ini.
Seperti perkongsian Syafil Syazwan Jefri yang membela empat ekor kucing malah setiap bulanmenyediakan peruntukan tertentu untuk kucing-kucing kesayangannya.
Jadi bagi yang berminat untuk memeliharan kucing, ini beberapa perkara perlu diambil tahu. Mana tahu selepas ini anda akan dilimpari rezeki yang murah dan berganda-ganda kerana berkasih sayang memelihara kucing.
1. Makanan
Terdapat pelbagai jenis makanan kucing di pasaran cumanya, kandungan dalam makanan dan kualiti makanan itu berbeza. Sebaiknya beri kucing makanan jenis kering dan basah – bagi makanan basah sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.
Untuk menjimatkan kos selain mempelbagaikan diet kucing, pilihan seperti ikan dan ayam rebus boleh menjadi pengganti.
2. Pasir
Pasir juga penting dan berbelanjalah lebih sedikit untuk pastikan kualiti pasir yang digunakan dapat memerangkap bau dan menggumpal sisa buangan. Jadi rumah tidaklah berbau dan selesa. Jangan lokek berbelanja untuk pasir berkualiti bagi memerangkap bau dan najis kucing.
3. Kos Perubatan
Ia bergantung kepada rawatan. Vaksin dan deworm boleh mencecah kos RM100 untuk seekor kucing manakala rawatan kutu juga penting, jadi jika ada peruntukan lebih boleh lakukan untuk kucing anda.
Rawatan lain yang diperlukan kucing termasuk semburan dan neutered yang harganya berbeza mengikut tempat dan jantina, anggaran antara RM60 ke RM120 (kucing jantan) dan RM100 ke RM150 (kucing betina). Jika ada bajet lebih, mengapa tidak manjakan kucing anda dengan aksesori termasuk syampu, tisu basah, putik kapas dan sebagainya.
4. Mandi Kucing
Untuk mandikan kucing, cukup sekadar seminggu sekali dan sekiranya berkesempatan cuba untuk bersihkan badan kucing setiap hari terutamanya bahagian mata, telinga dan mulut untuk pastikan tiada sebarang jangkitan atau penyakit. Sesekali, apa kata anda manjakan mereka dengan menghantarnya ke spa! Kebersihan kucing juga perlu dititikberatkan barulah bertambah comel.
5. Jaga kebersihan
Bukan kucing sahaja yang perlu dijaga – pemilik juga perlu menjaga kebersihan dengan memastikan rumah dalam keadaan bersih dan memvakum karpet atau sofa agar tiada bulu kucing melekat.
Bagi yang tinggal di kawasan perumahan, ambil kira juga faktor komuniti dan jangan kerana kecuaian atau anda mengabaikan kebersihan kucing ia menyusahkan pihak lain.
6. Air Filter
Jika anda mempunyai peruntukan lebih mengapa tidak memasang penapis udara bagi memastikan pengaliran udara dalam rumah dalam keadaan baik malah ia boleh menghapuskan bau yang tidak selesa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Alhamdulillah. Jika tahun lalu umat islam tidak berpeluang menunaikan ibadah tarawih di masjid berikutan pandemic COVID-19, hari ini ternyata ia satu rahmat besar apabila kerajaan mengumumkan solat tarawih sudah dibenarkan untuk tahun ini.
Walau pun kebenaran diberi namun Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini memaklumkan jumlah kehadiran jemaah untuk bersolat tarawih di masjid dan surau adalah bergantung kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.
“Berapa jumlah jemaah dibenarkan adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri namun SOP Ketat perlu dihadapi oleh jemaah,” katanya yang turut memaklumkan selain bersolat tarawih, bazar ramadan dan bazar aidilfitri juga dibenarkan dengan syarat yang sama.
Malah kesemua keputusan ini dicapai selepas trend penurunan pesakit COVID-19 dicatatkan.
“Sebelum keputusan ini dibuat, perbincangan telah diadakan dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia serta ahli mesyuarat lain, maka mesyuarat jawatankuasa teknikal bersetuju membenarkan operasi pasar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara.
"Kita juga bersetuju membenarkan solat tarawih, namun prosedur operasi standard (SOP) bagi aktiviti ini perlu ketat serta dipatuhi semua pihak," katanya lagi.
Jelas Menteri Kanan ini lagi, SOP mengenai pengoperasian bazar akan dibentangkan pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri masing-masing yang menguruskan soal lokasi dan jumlah peniaga.
"Tapi antara yang perlu dipatuhi peniaga dan pengunjung, syaratnya adalah lokasi bazar adalah terbuka; mempunyai laluan masuk dan keluar berbeza; menyediakan ruang pendaftaran MySejahtera dan jumlah pengunjung.
"Bazar Ramadan dibenarkan beroperasi pada 3 petang hingga 8 malam, manakala bazar Aidilfitri pada 10 pagi hingga 12 tengah malam," katanya lagi.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Taubat daripada mengumpat perlu dilakukan dengan betul. Perlukah kita mengaku dan meminta maaf jika orang yang diumpat langsung tidak tahu? Fahami perinciannya.