Pesan Ustaz Don, isteri kena sabar kalau suami ada orang lain. ‘Diam, kemudian susun strategi.’ Sabar tak bermaksud kena menyerah tanpa lakukan apa-apa.
Sebaliknya bila kita sabar segalanya akan menjadi lebih rasional. Seseorang itu juga akan dapat berfikir secara matang dan ambil langkah terbaik untuk berdepan dengan konflik rumah tangga.
Tak dinafikan memang sukar untuk menerapkan rasa sabar dalam diri, namun percayalah sikap sabar adalah kunci atau cara terbaik mengatasi konflik dalam perkahwinan.
Artikel Berkaitan:
Pesan Ustaz Don
Menerusi video yang dikongsikan mStar, ini saranan pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal bila sebuah rumah tangga berdepan dengan orang ketiga.
‘Pertama sekali, saya berpesan pada diri saya dan semua, banyakkan membaca doa pendinding agar Allah melindungi kita, memelihara kita sebab ujian pasti akan datang.
‘Sebab itu suami-suami dan isteri-isteri janganlah enjoy sangat. Ini tidak, bila sudah berkahwin ramai merasakan dunia ini seperti dia yang punya,” jelasnya.
Isteri Kena Sabar
Sebenarnya sikap ‘lupa diri’ ini perlu dijauhi, sebaiknya ada masanya kita luangkan untuk zikir atau membaca Mathurat bersama-sama. Jangan tinggalkan amalan-amalan sebegini setelah berkahwin.
Selain itu, Ustaz Don turut nasihat pasangan suami isteri agar curi waktu untuk sembahyang berjemaah. Kadang-kadang bab solat berjemaah ini pasangan sambil lewa, malah tidak mencuba menyempurnakan amal ibadat.
‘Tapi bila jadi sesuatu kita salahkan semua, kita tak tak nak pula salahkan diri kita.
‘Sebaiknya, binalah pertahanan dulu. Sesungguhnya pertahanan yang paling ampuh adalah doa, zikir munajat kerana Allah yang memantau rumah tangga kita.’ Terangnya.
Kalau Suami
Namun begitu, jelas Ustaz Don jika pasangan tetap diuji biarpun telah lakukan apa yang telah disarankan.
‘Bila jadi begini, kita kena ingat dalam rumah tangga ada ujianya yang tersendiri. Dalam satu dapatan kajian yang dilakukan oleh pihak university, 70 % masalah dalam hubungan suami, isteri adalah berpunca daripada komunikasi rumah tangga.
‘Seperti mana yang Allah sebutkan dalam Al-Quran, minta tolonglah dengan sabar dan sembahyang.
‘Ada yang bertanya kenapa perlu sabar dahulu sebelum sembahyang, sebab bermula dengan sabarlah barulah kita solat,’ katanya.
Ada Orang Lain
Selain itu tambah Ustaz Don lagi, bila seorang isteri mengetahui yang suami mempunyai orang lain atau ada wanita lain. Dia kena belajar untuk bersabar, susun starategi dan cuba cakap dengan suami untuk memenangkan balik haknya.
‘Kalau isteri tak sabar bila suaminya suka dekat wanita lain, dengan mudah suami akan meletakkan segala kekurangan dan kelemahan kepada isteri. Itu standart.
‘Oleh itu, sekali lagi ditekankan bila berdepan dengan situasi begini, isteri kena bersabar. Jika isteri tunjuk sikap garang. Jadi suami akan menjadikan sikap isteri ini sebagai alasan untuk curang,’ jelasnya.
Diam, Kemudian Susun Strategi
Sekali lagi terang Ustaz Don, percayalah orang yang diam, steady dan tak berhujah pasti dia akan menang. Jadi bila berlaku perkara begini dalam rumah tangga, kena sabar.
Namun begitu tak bermakna sabar dan terus mendiamkan diri. Sebaliknya tegas Ustaz Don, sikap sabar adalah langkah pertama, dalam masa yang sama susun strategi apa nak buat untuk tambat kembali hati suami kita dan kaji kembali apa kekurangan diri kita selama ini.
Terakhir, jangan takut memohon pertolongan tapi perlu diingat jika minta tolong daripada ibu bapa sendiri atau mentua. Pastikan mereka jadi hakim, bukannya jadi penyokong atau pemihak.
Jika ibu bapa bersikap sedemikian, awal-awal kena reject. Memang tak boleh. Sebab keadaan ini akan mengeruhkan keadaan.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Sabar memang mudah diungkap, tapi sukar untuk lakukannya. Apatah lagi setelah beberapa kali memberi peluang pada suami.
Sumber : mStar
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI