‘Alhamdulillah, cantiknya bertudung.’ Harris Aliff kongsi foto isteri berhijab, ramai teruja dan doakan Intan Ladyana istiqamah.
Pelakon cantik manis ini bertambah cantik dengan hijab yang digayakan di samping suami dan anak tercinta.
Biarpun foto ini hadir dengan kapsyen yang ringkas namun ramai warganet mendoakan yang baik-baik buat Intan Ladyana agar terus kekal berhijab dan istiqamah sampai bila-bila.
Pelakon jelita Intan Ladyana menarik perhatian netizen apabila tampil dengan mengenakan hijab dalam beberapa foto terbaru yang dimuat naik oleh suaminya, Harris Alif bersama anak perempuan mereka, Eviee Khadeeja.
Penampilan ibu kepada Eviee Khadeeja itu menuai komen positif netizen yang rata-rata memuji penampilan manis Intan. Antaranya ialah:
IKLAN
Harris Aliff Kongsi Foto Isteri Berhijab
Zzuria 85 Intan memang dh cntik,dh jd ibu makin berseri..pakai tudung masya Allah cantikk sungguh..
Yatialias63 “Alhamdulillah, cantik sungguh Intan Ladyana bertudung. Anak pun comel sangat.
Gee1965 Alhamdulillah syukur, semoga istiqamah berhijab Alhamdulillah syukur, semoga Allah pelihara jodoh mereka hingga ke akhir hayat jannah Amin.
Konflik yang berlaku di Palestin banyak menyedarkan ramai tentang jihad. Bukan saja tentang kita yang dewasa tapi juga anak-anak.
Pun begitu ada golongan yang ragu-ragu tentang keperluan menanam semangat jihad ini pada anak. Sedangkan makna jihad itu cukup meluas sekali. Satu perkara perlu kita ketahui Rasulullah sendiri telah menanam semangat jihad dalam jiwa anak-anak. Perkara ini dijelaskan oleh Dr Ahmad Sanusi.
Mendedahkan anak tentang jihad
Ada dalam kalangan golongan liberal yang membantah aktiviti Minggu Solidariti Palestin yang dianjurkan di sekolah-sekolah. Mereka merasakan ia hanya akan melahirkan ekstremism dalam kalangan kanak-kanak.
Ketahuilah bahawa Rasulullah telah menanamkan semangat jihad dalam jiwa anak-anak.
1.Sebelum berlangsungnya perang Uhud, Rasulullah menolak ramai anak-anak yang belum mencapai usia 15 tahun untuk menyertai jihad. Mereka yang ditolak termasuklah Usamah bin Zaid, Abdullah bin Umar, al-Barra bin Azib dan ramai lagi. Perhatikan bagaimana jiwa anak-anak muda ini berkobar-kobar untuk menyertai jihad.
2. Tahukah anda bahawa Saidina Samurah bin Jundub telah pun ditolak untuk menyertai jihad sebelum berlangsungnya perang Uhud kerana usianya yang muda? Namun beliau tetap merayu agar diberikan peluang dan akhirnya Rasulullah membenarkan setelah beliau mempamerkan kehebatan bertarung di hadapan Rasulullah.
Anehnya hari ini semangat jihad cuba dipadamkan
Begitu tinggi semangat jihad yang hidup dalam jiwa anak-anak muda dalam kalangan sahabat Nabi ini. Anehnya kita pada hari ini ingin pula memadamkan semangat dan kefahaman jihad yang telah pun diperintahkan oleh Allah di dalam al-Quran.
3. Tahukah anda bahawa Saidina al-Zubair bin al-Awwam pernah membawa anak kecilnya yang bernama Abdullah bin al-Zubair ke medan jihad ketika usianya 10 tahun? Ini bagi menanamkan ruh jihad di samping melatih anaknya membantu yang tercedera. Al-Imam al-Zahabi merekodkan:
عَنْ عُرْوَةَ أنَّ الزُّبَيْرَ أَركَبَ وَلَدَهُ عَبْدَ اللهِ يَوْمَ اليَرْمُوْكِ فَرَساً وَهُوَ ابْنُ عَشْرِ سِنِيْنَ
“Daripada Urwah, sesungguhnya al-Zubair akan menunggang bersama anaknya Abdullah bin al-Zubair pada hari perang Yarmuk ketika usianya 10 tahun. (Siyar A’ lam al-Nubala)
Alhamdulillah.. kami berjaya cecah ulangtahun perkahwinan yang ke-20, kelmarin.
Ianya adalah satu usaha bersama yang penuh dengan cabaran, jerih payah, turun naik emosi dan perasaan.
Ada masanya rasa sayang itu tebal sangat. Ada ketikanya datang rasa menyampah yang buat kami rasa hendak tamatkan sahaja hubungan.
Ujian datang berkala dan tidaklah ringan.
Di awal perkahwinan, saya perlu bersabar melayan barannya. Dia pula perlu beradaptasi dengan perangai OCPD saya yang terlalu memahukan kesempurnaan dan sentiasa micromanaging.
Ujian Datang Berkala
Tidak lama selepas saya melahirkan anak ke-2, kami diuji 2 kali ganda beratnya apabila saya disahkan menghidap kanser tapi dalam masa yang sama dia ditukarkan bekerja ke Perth, Australia.
Saya di sini melalui rawatan bersendiri dan dia di sana hanya dapat balik setahun 2 kali.
Ketika inilah masing-masing mula rasa menjauh. Waktu ini hampir sangat sudah kami bercadang untuk berpisah. Allahuakbar..
Tidaklah Ringan
Selesai rawatan, kami berpindah ke Kedah untuk mulakan hidup baru. Di sini Alhamdulillah, hubungan semakin pulih kerana kami fikirkan anak-anak.
Suami saya telah kehilangan ibunya pada tahun 1996. Saya pula kehilangan ayah (cerai) pada tahun yang sama.
Kami sebagai anak, pernah melalui kehidupan yang perit tanpa keluarga yang lengkap. Maka, kami tak nak anak-anak merasai apa yang pernah kami rasa.
Selagi Ada Jodoh
Perkahwinan yang panjang itu bermakna ujiannya juga maha banyak. Dari ujian itulah kami melihat apa yang silap apa yang salah.
Dulunya suami saya seorang yang baran, kini dia lebih tenang. Dulunya saya seorang yang sukar meluahkan perasaan, sekarang ini saya boleh ceritakan padanya apa yang menyakiti saya.
20 tahun adalah tempoh masa yang panjang bagi kami, namun mungkin singkat pada yang dah mencecah ikatan 50 tahun bersama.
Saya sentiasa mengingatkan diri yang selagi ada jodoh, buatlah yang terbaik. Sedangkan kaki yang melekat di tubuh selama 33 tahun pun Allah boleh ambil balik, inikan pula hak Allah yang lain.
Buatlah Yang Terbaik
Suami saya ini hadir dari doa yang dimakbulkan-Nya.
Usai saya membaca surah Yasin selepas solat Maghrib, menangis-nangis saya merayu pada Allah SWT moga hantarkan kepada saya seseorang yang boleh menjaga saya dan juga maruah saya yang ketika itu dihina secara umum.
Rasa lemah longlai semangat waktu itu sehingga saya terpaksa merintih pada-Nya.
Tak sampai seminggu, Allah kirimkan lelaki ini.
Doakan semoga kami dapat lalui perkahwinan ini dengan bahagia dan dijauhi fitnah dan hasad manusia.
Kisah ini dikongsikan oleh adik kepada seorang penghidap kanser (cancer survivor) yang meninggal dunia di bumi Madinah.
Moga perkongsian ini menjadi pedoman. Mulianya pemergian wanita ini. Dapat pula disemadikan di Baqi’ Madinah seperti yang arwah inginkan ketika dia masa masih hidup. Disemadikan di tanah perkuburan Baqi’ yang asal digelar Ahlul Bait.
PERGINYA DIRIMU DI BULAN REJAB MULIA, DI BUMI MADINAH.. ALLAH MAKBULKAN PERMINTAANMU
Zawani Mohd Fazi dilahirkan pd 13 Januari 1984, anak sulung kepada kami 11 beradik.. Dia umpama Mak kepada kami adik-adik semua…
Dia disahkan menghidap Kanser Payudara Tahap 3 akhir 2015, menjalani kimoterapi dan rawatan 2016 dan alhamdulillah Allah beri dia kesembuhan sehingga 2018..
Dia ingin membuat rawatan IVF ikhtiar mendapatkan zuriat, tapi Allah lebih mengetahui…
Nak jadi permulaan kisahnya melawan kansernya, dia jatuh banana boat ketika bercuti di Pangkor..peristiwa bercuti ni Sya masih ingat, ayah teringin ke sana dan kami adik beradik usahakan.. but masa tu Sya x ikut sebab baru lepas minor operation (MOS) dan berehat di Gerik..
KANSER TAHAP EMPAT
Lepas peristiwa tu, beliau kerap sakit, demam on off, sakit tulang belakang… panjang ceritanya.. tapi hanya tahu tentang kansernya telah merebak ke Tahap 4 pada hari lahir Mak, 10 Disember 2018…
I’m the one yang jawab call masa dapat keputusan CT Scan.. pagi tu, she said to my Ayah:
Then my Ayah cried… cried… mula pada saat itu memang Ayah minta keluarga bacakan Yaasin, solat hajat utk mendoakan kesihatan beliau.. sangat cepat sel kansernya merebak. ???
Dan kami semua adik beradik sedaya upaya memenuhi semua hajatnya, betapa kuat suaminya, Abg Nasir disisinya… dan alhamdulillah adik beradik semua dapat jaga Kak Long masa masih hidup…korbankan masa tenaga dan beri sokongan pada Kak Long… dan part paling hiba bila Kak Long sebut nak tunaikan umrah.. Kak long takut xsempat..
Jadi kakak2 Sya dan abg2 ipar usahakan utk bawa dan teman arwah bersama2 ke sana.. Allah Maha Kuasa..Allah mudahkan semuanya.. ??? Depan semua sahabat dan keluarga, dia mmg x tunjuk kesakitannya.. yang menjaga sahaja yang tahu dan lihat keperitannya melawan kanser..
Badannya susut, fizikalnya berubah..mata menguning..lebam2 sana sini.. I can’t feel her backbone masa jaga Kak Long… Allah saja yg tahu betapa hibanya tgk Kak Long.. tapi Kak long kuat.. Kak Long baik..
Masa warded di hospital dua minggu, doktor mmg tidak sarankan Kak Long ke sana, tapi Kak Long berkeras nak ke sana (Umrah) dan Kak Long cakap ‘biarlah pengakhirannya di sana’ ???
MOHON MAAF PADA SEMUA
Dan ayatnya tidak mahu susahkan adik2 masa Umrah.. Kak Long seakan tahu.. Kak Long mohon maaf pada smua.. berangkatnya Kak Long dgn Abg Nasir, Zaiematun Mohd Fazi, Haziatun Mohd Fazi, Hamizatun Mohd Fazi Mohd Zulwafi Bahaudin, dengan tangisan kami semua.. mendoakan agar Kak Long dapat tunaikan umrah dengan sempurna dan kembali ke sini bersama yang lain..berangkat ke sana 7hb Mac 2019 jam 6.00 ptg…
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Allah beri kekuatan pada Kak Long sehingga sampai di Bumi Madinah.. Dan ya.. belum sempat adik2 jaga Kak Long seperti yg diplan di sana, Kak Long pergi menghadap Ilahi dengan tenangnya.. Ayah dan Mak merelakan kepergian Kak Long.. Kami lepaskan Kak Long sebab itu yg terbaik untuk Kak Long..
Alhamdulillah sempat menatap wajah Kak Long yg bersih, suci di saat akhir.. Allah sangat sayang Kak Long… adik2 di sana di sisi Kaklong menyaksikan pemergian Kak Long..Dengan izinnya inshaAllah Kak Long akan disembahyangkan di Masjid Nabawi, inshaaAllah dikebumikan di Baqi’ Madinah..tempat para solihin berdekatan Makam Nabi.. di bulan REJAB…
Dan last word from you is ‘ALLAH’…kebaikanmu di dunia hanya Allah sahaja yang tahu..betapa ramai yang mendoakanmu.. Sungguh kami sangat merasai kehilanganmu tapi kami redha dan gembira dengan pengakhiranmu yang sangat indah di sana..
KAKLONG, SEMEMANGNYA KAKLONG ADALAH INSAN YANG DIPILIH OLEH-NYA..
(catatan 9 Mac 2019 4.00 pm)
Kisah perjuanganmu sehingga nafas terakhir memberi ibrah kepada kami yang masih hidup. Betapa besarnya kuasa Yang Maha Agung, memberi kesakitan dan Subhanallah, Allah jua memberi nikmat besar kepadamu Kak Long.
Al-Fatihah....
NOTA: Kak Long telah selamat dikebumikan di Baqi’ usai subuh 9 Mac 2019. Allah lebih sayangkan kak Long. Kak Long tidak sempat menjejakkan kaki ke tanah barakah ini, tetapi seluruh tubuhnya disemadikan di sini.
Sepanjang Ramadan dahulu, kita bersemangat menunaikan solat tarawih sebanyak 8 atau 20 rakaat. Alangkah sayangnya andai kekuatan ini dilenyapkan selepas berlalunya Ramadan.
Justeru sangat elok...