‘Allah beri bila tiba masa yang tepat.’ Rezeki miliki zuriat selepas 14 tahun menanti, tiada kata yang dapat diungkap, melainkan rasa syukur tidak terhingga apabila doa selama ini dimakbulkan.
Setelah mendirikan rumah tangga, pasti setiap pasangan mendambakan untuk memperoleh cahaya mata. Namun manusia hanya merancang dan Allah juga sebaik-baik perancang.
“Sepanjang 14 tahun perkahwinan, saya tidak pernah hamil dan tak tahu nak gomol (peluk dan cium) anak siapa tetapi akhirnya rezeki memihak kepada kami untuk memiliki anak sendiri. Dapatlah gomol puas-puas,” kata Nurashhyikin Abd Latip.
Nurashhyikin, 36, mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi videonya bersama suami, Ridhuan Ramli, 44, dan anak tunggal mereka, Muhammad Tariq El Aiman yang kini berusia lima bulan dengan keterangan penantian 14 tahun untuk menimbang cahaya mata sendiri.
Jelas Nurashhyikin, kehadiran Muhammad Tariq El Aiman dianggap seperti rezeki terindah yang tidak disangka kerana impiannya untuk memiliki anak sendiri akhirnya tercapai.
Ads
Tiba Masa Yang Tepat
Menurutnya, sepanjang 14 tahun dia banyak memendam rasa berhadapan pertanyaan orang sekeliling mengenai zuriat, namun mengakui tidak mengambil hati dengan perkara itu sebaliknya dia dan suami sentiasa berlapang dada.
“Saya ambil pendekatan kalau ada, adalah kalau tidak itu bukan rezeki kami tetapi kami tetap berusaha dan sepanjang tempoh berdua kami kerap ditanya mengenai anak tetapi keluarga sentiasa beri sokongan.
“Tak sangka Allah SWT hadirkan rezeki dalam sekelip mata dan 14 Februari lalu anak yang dinanti selama 14 tahun selamat dilahirkan dengan sihat.
“Saya dan suami sangat gembira dengan rezeki ini terutama suami apabila dia akhirnya mempunyai zuriat sendiri ketika berusia 44 tahun,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Ads
Rezeki Miliki Zuriat
Katanya, dia tidak pernah berasa rezekinya lambat biarpun tempoh perkahwinan melebihi satu jangka masa yang lama kerana baginya rezeki Allah SWT akan tiba tepat pada masanya mengikut perancang terbaik untuk hidup mereka.
“Anak ini juga saya anggap seperti pengganti arwah ayah kerana berita kehadirannya kami terima selepas dua minggu ayah meninggal dunia.
Selepas 14 Tahun Menanti
“Ketika ayah sakit saya yang menjaga dan menguruskannya di hospital tetapi tak sangka rupanya anak sudah berada bersama saya ketika itu.
“Saya tahu saya hamil ketika kandungan berusia empat bulan dan dalam kesedihan kehilangan ayah tersayang Allah hadirkan zuriat yang sekian lama ditunggu-tunggu,” katanya.
Emoji Ayah Pin sering kali digunakan dalam banyak komen-komen netizen. Malah ajaran Kerajaan Langitnya juga sering dijadikan emoji lucu bagi membahan berita yang viral.
Di sebalik ajaran Ayah Pin yang difatwakan sesat sehingga perkampungannya di Terengganu dimusnahkan pada tahun 2000-an, malah ajaran sesat dibawanya ini menjadi cukup terkenal sehingga ke hari ini namun dalam bentuk emoji “membahan” orang lain.
Selain ajaran Ayah Pin yang menggemparkan negara kerana mempunyai ribuan pengikut, ada lagi ajaran kumpulan sesat difatwakan di Malaysia yang harus kita waspada. Terkini, akhbar Sinar Harian melaporkan pengasas Ajaran Sesat Asmaul Husna Wan Maseri yang juga bekas seorang professor difatwakan sesat.
Pengasas ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dikatakan menyeleweng daripada amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah tampil mengaku kesalahan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam atas ajaran mengelirukan yang dibawa sebelum ini.
Profesor Dr Wan Maseri Wan Mohd secara terbuka melafazkan syahadah bagi memperbaharui keislamannya.
Pengakuan sama dibuat dalam Mesyuarat Panel Pakar Aqidah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang bersidang di Putrajaya pada Isnin.
Melalui pengakuan itu, beliau menjelaskan kenyataannya tentang Nabi Muhammad SAW tidak wujud adalah bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Begitu juga dengan kenyataan bahawa Nabi Muhammad SAW adalah hijab kita dengan ALLAH, tidak boleh berselawat kepada baginda dan tidak boleh memohon bermimpi baginda juga salah serta bertentangan dengan ajaran Islam.
"Saya juga mengaku bahawa kenyataan tentang semua orang Islam belum Islam selepas kewafatan Rasulullah juga terpesong," katanya melalui satu kenyataan pada Selasa.
Wan Maseri menjelaskan, kajian 99 Asmaul husna yang dijalankan tidak tepat dengan disiplin perolehan ilmu yang diperlukan syariat.
"Justeru saya menarik balik semua penulisan yang telah tersebar di kalangan masyarakat.Insya-ALLAH saya akan mengemukakan penulisan baharu yang akan terlebih dahulu melalui proses perolehan ilmu yang benar di sisi syariat," katanya.
Ajaran 'Asmaul Husna Wan Maseri' yang dibawa bekas pensyarah Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (Muzakarah MKI) kerana didakwa menyeleweng daripada ajaran Islam dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Ini lagi 4 Ajaran Sesat Popular Di Malaysia, Jangan Sampai Kita Rosak Akidah
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Bahagia kita tidak sama dengan orang lain. Bahagia itu dicipta menurut apa yang kita inginkan. Jika kebahagiaan rumahtangga diukur dengan kehadiran anak, ada juga mak bapak yang hampa hatinya bila anak tidak menjadi “manusia”, terlibat dalam jenayah dan lakukan banyak perkara memalukan. Tapi ada juga bahagia itu bila hanya ditakdirkan hidup berdua saja dengan suami dan kawan-kawan yang baik tanpa kehadiran anak.
Ternyata sikap bebas lepas menulis tanpa mengira hati manusia terguris, pelakon terkenal Siti Elizad Mohamad Sharifuddin bertindak membuat laporan polis selepas seorang indvidu menuduhnya mandul. Hal ini benar-benar membuatnya terguris hati sedangkan setiap waktu solat dirinya menangis agar dikurniakan anak agar tidak keseorangan bila tua.
Dalam pada itu di page Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan ramai manusia masuk ke neraka kerana mulut. Mulut yang sentiasa cuba menyakiti hati orang lain. Apa salahnya kita doa yang baik-baik untuk orang lain.
Baca perkongsian Siti Elizad di instagramnya. @elizadsharifuddin
Di mulakan dengan salam & Bismillahirrahmannirrahim. Pertamanya, jarang-jarang aku ni melayan komen-komen “bodoh“ macam ni. Tapi bila kau menggunakan perkataan MANDUL, it really hurts me so bad. Kau Allah ke? Tahu aku ni mandul ke takx? Boleh beranak ke tak?!!
Menggigil, terketar tangan ni. Jantung rasa nak tercabut. Sedih teramat-amat sangat! Kau suka ke kalau tengok aku ni bercerai berai sebab aku belum ada zuriat ?!
I’m crying while i text this caption. Kau tahu ke aku ni solat ke tak? Pernah kerjasama dengan aku ke? Bersedekah? Bangun solat malam? Mengaji, pakai telekung, atas sejadah, segala amalan perlu di upload keee ???!!!
Lain org lain cara nya. I dont need any stupid attention! Im happy with my life. Dapat anak ke x ke,, itu kerja Allah . Cuma , no one can say that “ MANDUL “ word to me !.
Kau tahu tak? Aku struggle macam nak mati nak dapat kan zuriat sendiri! Hari-hari dalam solat menangis-nangis, minta pada Allah jangan biarkan aku keseorangan TANPA ZURIAT! Menangis kecewa sebab takde peneman umur dah macam ni .
Aku ni bertahun, berjumpa segala doktor pakar. Pergi seluruh pelusuk berubat, cucuk sana sini, SAKIT TAHU TAKKK ???!!! SAKITTT !!! Yang KAU, senang2 PUK*M*K KAN AKU & CAKAP AKU MANDUL !
Apa aku rasa? Family aku rasa? Org yang tahu & nampak je aku bersusah payah berulang alik, tahan sakit nak dapatkan ANAK! Kau simply boleh cakap aku MANDUL & PUK*M*K?
Jarang aku amik port & tak maafkan orang . But not this time! Luluh hati ni, sedih sangat-sangat! Tuhan je tahu . I already made a police report di Balai Polis Bukit Jalil .
Thank u so much Koperal Farhana & semua anggota polis yang membantu juga Inspektor William Balai Polis Sg Besi . Buat Brother yang backing saya dlm video tanpa saya kenali anda, terima kasih banyak-banyak.
Juga mereka yang sentiasa menyokong & memberi kata-kata semangat buat saya. Hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala kata2 kebaikan anda .
Dalam pada itu, dari perkongsian page Mufti Wilayah, dinyatakan ramai manusia masuk neraka kerana mulut.
Soalan: Apakah benar terdapat hadith yang mengatakan bahawa kebanyakan penghuni neraka adalah orang yang tidak menjaga mulut atau lidahnya?
Jawapan :
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Kami mulakan artikel ini dengan menyatakan bahawa agama Islam merupakan sebuah agama yang amat menitikberatkan perihal akhlak. Ini kerana, Rasulullah SAW diutuskan kepada umat manusia adalah untuk menyempurnakan keindahan akhlak. Hal ini disebut berdasarkan sebuah hadith yang sahih daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ Maksudnya: “Sesungguhnya tidak aku diutuskan melainkan untuk menyempurnakan kebaikan akhlak.” [Riwayat Ahmad (8952)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai sahih dan sanadnya kuat]
Bagi menjawab persoalan di atas, sememangnya terdapat hadith yang menceritakan berkaitan kebanyakan penghuni neraka adalah orang-orang yang tidak menjaga mulut atau lidahnya ketika hidup di dunia. Antara hadith yang menceritakan berkaitan hal tersebut adalah:
تَقْوَى اللَّهِ وَحُسْنُ الخُلُقِ، وَسُئِلَ عَنْ أَكْثَرِ مَا يُدْخِلُ النَّاسَ النَّارَ، فَقَالَ: الفَمُ وَالفَرْجُ Maksudnya: “Taqwa kepada Allah dan baik akhlaknya.” Lalu Baginda SAW ditanya lagi berkaitan sebab kebanyakan manusia dimasukkan ke dalam neraka? Baginda SAW menjawab: “Mulut dan kemaluan.” [Riwayat al-Tirmizi (2004)][Imam al-Tirmizi menilai hadith ini sebagai hasan gharib][Imam Ibn Hibban mensahihkan hadith ini di dalam sahihnya]
Syeikh Abdullah al-Talidi berkata di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini, hadith ini membicarakan berkaitan sebab-sebab yang boleh menyebabkan seseorang itu dimasukkan ke dalam Syurga atau Neraka. Adapun berkaitan maksud mulut di dalam hadith adalah orang yang tidak menjaga serta berusaha untuk menjaga daripada dosa-dosa mulut seperti mengucapkan ucapan kufur, laknat, qazaf, mengejek, menipu, mengumpat, mengadu domba, persaksian palsu dan sebagainya. Selain itu, makna kemaluan pula adalah orang yang tidak menjaga kemaluannya daripada zina, liwat, tidak menjaga auratnya di hadapan selain daripada mahramnya seperti isterinya dan sebagainya. [Lihat: Jawahir al-Bihar, 1/170]
Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri menyatakan makna mulut di dalam hadith ini ialah menjaga lidahnya kerana menjaga lidah boleh menyelamatkan keseluruhan urusan agamanya dan memakan yang halal kerana itu adalah penghulu kepada ciri ketaqwaan. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 6/120]
Penutup Kesimpulannya, hadith di atas adalah sahih dan thabit daripada Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita cuba untuk menjadi seorang muslim yang baik pada peribadi atau akhlak dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai contoh ikutan yang terbaik. Amin.
Wallahua’lam
WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Salam takziah buat keluarga Abang Rosliman atau abang Man, yang baharu tiga hari ambil alih tugas melaungkan azan subuh di surau Ar-Rayan, Seksyen 27, Shah Alam.
Sesungguhnya, ini lah kematian yang dicemburui. Menyahut panggilan Illahi di saat memuja Maha Pencipta dan memanggil umat manusia untuk segera bersembahyang.
Kejadian yang menyentuh hati ini telah mengejutkan seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam apabila mereka berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini (1 Oktober 2020) cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.
Memetik dari sumber ahli jawatankuasa surau, selang kemudian terdengar AJK lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga Encik Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulans tiba di kawasan surau.
Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan. Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan.
Arwah meninggal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah. Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.
“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau. Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw.
Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu” ujar salah seorang jemaah.
Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau. Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.
Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh : “Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.
Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui. Kredit : AJK Surau Ar-Rayan
Kashoorga: Kematian yang dicemburui. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.Innalilahi Wainna Ilaihi Rojiun. Sesungguhnya dariNya kita datang, dan kepadaNya kita dikembalikan. Al Fatihah.
Kirim doa kepada jemaah umrah atau haji merupakan amalan yang harus dalam Islam. Ketahui hukum, dalil hadis serta adab mengirim doa tanpa membebankan para jemaah.