‘Dapat tawaran haji, risau nak tinggalkan anak-anak.’ Selama ini kita lupa, Allah yang ‘menjaga’ siang dan malam. Sedangkan anak itu adalah pinjaman yang kita besarkan atas lindungan Allah SWT.
Tidak dinafikan pasangan atau ibu bapa yang mempunyai anak yang masih kecil berkira-kira untuk terima atau tidak tawaran haji kerana risau siapa yang akan tengokkan atau jaga anak-anak kelak.
Ikuti perkongsian Dr Muna Soleh apabila dia sendiri berbelah bahagi apabila menerima tawaran untuk menunaikan haji tahun ini.
Masa dapat mesej ini, aku terkejut.
Namun perkara pertama terlintas di fikiran, “scammer ke?”
Sebab masa ini, keputusan tawaran haji sudah dikeluarkan 3 minggu sebelumnya.
Kakak aku dapat panggilan alhamdulillah. Masa itu aku sudah check dan tak terpilih.
Jadi aku pun langsung tak ada mindset untuk dapat tawaran kemudiannya sebab aku tak buat rayuan.
Dan sejak keluar keputusan tawaran pertama tu memang aku tak pernah sudah buka apps THijari.
Tiba-tiba dapat mesej ini. Untuk pastikan bukan scammer, aku pun buka apps THijari.
Risau Nak Tinggalkan Anak-Anak
Berdebar. Login, masuk. Buka bahagian perkhidmatan haji.
MasyaAllah, mata bagaikan tak percaya.
Ads
Aku dapat tawaran menunaikan haji. Betul bukan scammer.
Cuma masa tu aku jadi blank. Fikiran aku jadi kosong.
Betul ke dapat ini? Betul ke nak pergi ni? Aku diamkan tawaran ni selama 2 hari sebelum beritahu orang terdekat.
Jujur masa tu, aku masih ragu-ragu. Anak adalah antara yang paling aku fikirkan sekali. Bila diberitahu suami. Dia terus jawab.
Selama Ini Kita Lupa
“Awak pergilah… Saya boleh cuba buat rayuan tapi kalau saya tak dapat, saya boleh jaga anak.”
Hati lega sikit bila dengar suami hendak jaga anak. Masa itu aku doa, andai yang terbaik adalah suami jaga anak, maka mudahkanlah.
Namun jika yang terbaik adalah suami ikut bersamaku menunaikan haji, maka Kau dorongkanlah.
Selepas beberapa hari buat rayuan (mengikuti isteri) terus suami dapat panggilan.
Ads
Aku gembira. Dia pun nampak gembira. Namun hati aku mula gusar, anak macam mana? Rupanya begitulah cara Allah membersihkan hati manusia.
Allah Yang ‘Menjaga’
Kalau selama ini aku rasa aku yang jaga anak itu sebab aku yang masak untuk dia makan, aku yang pakaikan dia pakaian, aku yang mencuci dan juga mandikan.
Kali ini Allah hendak beritahu aku yang bukan aku pun yang jaga anakku sebenarnya. Tapi Dia.
Kali ini aku akan berpisah dengan anak ku (buat pertama kali selepas 3.5 tahun), dengan jarak ribuan kilometer atas satu seruan. Satu perintah Tuhan.
Di saat ibu bapa itu jauh dari anaknya, siapa yang akan jaga dia?
Allah. Sejak hari itu hari-hari aku berdoa, sehinggalah hatiku tekad,
dan keyakinan dibulatkan.
Aku menyambut seruan Mu ya Allah. Dengan penuh ketaatan.
Kecintaan. Kerendahan.
Lalu aku menyerahkan urusan ku pada Mu ya Allah.
Aku menyerahkan anakku pada Mu.
Aku menyerahkan segala-galanya pada Mu.
Kerana aku yakin Engkau yang Maha menjaga,
Dan kali ini, Engkau yang menjemput ku untuk melengkapkan rukun Islam ku…
Engkau yang mengajarkan aku erti sebuah pengorbanan, untuk hakikat kecintaan dalam sebuah perasaan..
Hari ini merupakan hari ke-4 aku di tanah suci. Melewati dan memaknai setiap baris kata yang Allah ingin aku fahami..
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu ya Allah.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu. Tuhan yang tiada sekutu bagi-Mu.
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu.
Sesungguhnya segala puji dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu, tiada sekutu bagi Mu
22062023
4 Zulhijah 1444H
5 hari menuju arafah #catatanHaji1444H
Kashoorga: Semoga ibu ini dipermudahkan urusan dalam menunaikan ibadah haji di samping suami tercinta.
Kecoh satu Malaysia susulan video tular ‘kubur berdarah’ di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Irfan, Derga, Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Kejadian misteri ini telah tular di facebook dan aplikasi Whatsapp serta mendapat perhatian media arus perdana.
Bagaimanapun pihak kariah telah mengambus semula kubur berdarah yang mengalami pemendapan tanah. Dan sampel cecair merah telah diambil pihak polis untuk siasatan lanjut.
Dalam masa sama Imam Masjid Al-Irfan juga merayu agar penyebaran video terbabit dihentikan. Pihak Pejabat Agama daerah Kota Setar yang diwakili oleh Pegawai Agama Daerah iaitu Ahmad Faisol Omar, juga meminta orang ramai hentikan membuat andaian kerana perkara ini adalah sensitif untuk dibahaskan di media sosial.
Imam Masjid al-Irfan. Kredit foto: Metro
Biarlah semua perkara misteri seperti ‘kubur berdarah’ ini menjadi rahsia Allah. Kita yang menyaksikannya tidak harus sibuk menyebarkan cerita, video atau apa sahaja wadah komunikasi untuk menimbulkan keresahan, bingung dan panik dalam masyarakat.
Ini semua akan menimbulkan fitnah. Lebih parah lagi takut-takut ada yang mempercayai sesuatu yang khurafat sehingga memesongkan akidah.
Penyebaran video timbulkan fitnah dan aib
Islam adalah agama kesejahteraan bukan hanya menjamin kesejahteraan kepada diri sendiri, malah juga kepada orang lain, dengan tidak mengata terhadap saudara seagama, tidak menyakiti mereka dan tidak mencabuli hak mereka apatah lagi ahli keluarganya.
Walaupun tiada niat lain, sekadar ingin menjadi orang pertama menyebarkan berita seumpamanya, tahu kah kita sebenarnya apa yang disebarkan itu hanya mengundang fitnah dan aib kepada keluarga arwah?
Biarlah menjadi rahsia Allah
Walau apa pun amalannya selama hidup, itu adalah urusan si mati dengan PenciptaNya. Hidup kita pun nanti tidak tahu bagaimana akhirannya, maka jangan ghairah pula membongkar dan menambah fitnah.
Sebagaimana firman Allah dalam al-Quran Surah an-Nur : Ayat 11-20)
“Sesungguhnya orang yang membawa berita dusta itu golongan daripada kalangan kamu, jangan kamu menyangka berita itu buruk bagi kamu bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar di dunia dan di akhirat.
“Sesungguhnya orang yang suka menghebah tuduhan yang buruk di kalangan orang yang beriman, bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui. “Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu, dan sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan-Nya.”
Lawatan Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Ahmad Faisol Omar. Kredit Foto: Kedah Gazette.
Timbulkan buruk sangka dan mengaibkan keluarga
Memetik nasihat daripada Mufti Negeri Melaka menerusi facebook rasminya berkenaan isu penyebaran berita yang mengaibkan suatu ketika dahulu, Datuk Wira Abdul Halim Tawil menytakan bahawa perbuatan ini jika untuk kepuasan diri sendiri dan pihak tertentu disifatkan sebagai fitnah dan sepatutnya ditegah.
Perbuatan terbabit berlaku bagi tujuan mendatangkan buruk sangka, konflik yang membawa kepada perpecahan kekeluargaan, organisasi dan perpaduan. “Dalam konteks Islam ia adalah salah satu fitnah dan ini merupakan dosa besar buat umat Islam dan perlu dijauhkan kerana ia membawa kehancuran dan akhirnya akan membawa penyesalan kepada diri sendiri.
“Pengguna laman sosial perlu berhati-hati dalam menyebarkan maklumat di platform tersebut kerana penggunaan laman sosial adalah bagi menyebarkan perkara benar dan bukan berniat bagi mengaibkan sesetengah pihak.
“Jika mendapati penyebaran berita palsu berlaku, perlu henti dan janganlah disebarkan kerana perbuatan ini perlu ditegah sewajarnya malah masyarakat Islam perlu menanam nilai agama dalam diri sendiri,” tegasnya.
Kashoorga: Perkara misteri begini jangan dibuat main. Takut-takut dalam sibuk kita menyebarkan berita di akaun sosial media masing-masing, ada yang mempercayainya sebagai khurafat. Boleh terpesong akidah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Selebriti yang memiliki nama penuh Nisdawati Nazaruddin, 42 tahun turut mendedahkan memohon maaf seterusnya meminta peminat tidak lagi menyiarkan gambar lamanya.
Dalam posting di laman sosial Instagram, Lisdawati berkata jika mahu simpan, ‘conteng’ sikit bahagian mana yang perlu. Jika tidak mampu dia menyuruh untuk delete semua gambar dan video dirinya yang jahil suatu ketika itu.
Malah menurutnya setiap hari berdoa supaya cerita lama dirinya tidak disiarkan. Dia juga turut memohon supaya Allah terima taubatnya.
“Byk dah gambar gambar lama yg sy dah buang dan bakar. Tiba2 terkeluar keratan ni.. Masih ada lagi yg terselit. . Teringat pada beberapa peminat yg paparkan trowback gambar lama sy.. Sy mohon maaf sgt2 dan minta tidak disiarkan gambar sy yg lama.
“Kalau nak simpan pun jom kita jaga sesama kita. Conteng sikit mana yg perlu . Kalau MAMPU nak jer sy delete semua gambar dan video sy yg jahil dulu. Hari2 berdoa supaya cerita lama sy tak disiarkan. Semoga Allah Swt terima Taubat sy
“Maaf sekali lagi atas kesalahan sy pada semua. #gambartrowback #doaygbaikbaiksaja
‘Kata-kata ibu bapa adalah doa.’ Mengajar anak jangan sampai menghina, anak pun ada maruah. Tidak dinafikan kadang-kadang kita tidak dapat mengawal perasaan bila amarah menguasai diri.
Namun begitu, janganlah jadikan anak seolah-olah tiada hati dan perasaan. Juga diingatkan anak zaman sekarang tak sama macam dahulu lagi.
Ikuti perkongsian Puan Munirah Mohd Shalleh dan hadam baik-baik perkongsiannya:
I’m just trigered. Mendidih darah aku dekat kedai dobi ini. Tengah berwasap-wasap dengan member-member aku, tiba-tiba dengar pekikan seorang “ayah”.
“Bodoh betul kau ini!” Aku terus berpaling ke arah suara itu.
Seorang anak yang sebaya usia Ihsaan aku anggarkan sedang menarik-narik kain baju yang sudah kering masuk ke dalam beg IKEA.
“Dah buat banyak kali pun bodoh!” sambil dia perhatikan anaknya meletakkan kain-kain tersebut ke dalam beg.
Tanpa bantuan sedikit pun. Anak itu tidak berbunyi walau sepatah. Tangannya ligat memastikan kain-kain baju tersebut tidak jatuh ke lantai semasa memasukkan ke dalam beg.
Adalah Doa
Aku menahan diri dari menegur. Risau mulut aku lancang akhirnya akan bawa pergaduhan.
Tolonglah mak ayah, mengajar jangan sampai mengeluarkan kata-kata yang tidak baik untuk anak-anak.
Kata-kata kita ni adalah doa untuk anak-anak. Setiap butiran percakapan kita akan beri kesan pada anak.
Aku akui sebagai mak ayah, kadang kita ada terbabas.
Tapi untuk mengeluarkan perkataan begitu pada anak oleh seorang Ayah, seorang ibu adakah ianya wajar?
Lagi satu, anak-anak juga ada air muka mereka. Hendak marah, tolonglah jangan marah di khalayak ramai.
Mengajar Jangan Sampai Menghina
Maksud aku bukanlah tidak boleh marah, cukup sekadar beri ingatan jika berada di tempat awam. Tahan diri sebentar.
Masuk dalam kenderaan, masuk dalam rumah marahlah. Tetapi bukan di tempat yang ramai orang.
Mereka anak-anak kita itu juga ada maruah yang mereka perlu jaga. Mengajar, mendidik jangan sampai menghina.
Bodoh si bapa tu aku harap tak menurun dekat anaknya tadi. Eh, aku kalau tidak bersabar tadi, mahunya aku lempang kepala botak bapa dia tadi.
Anak Pun Ada Maruah
Harap tiada yang kata status ini judgmental untuk si ayah tadi. Walau apa situasinya atau apa jua keadaannya, ucapan yang dikeluarkan untuk anak tadi bagi aku sangat tak patut.
Jangan ada yang kata, “Mak ayah dulu lagi la bahasa bukan-bukan, elok saja aku jadi orang.”
Bang, akak. Kita yang sudah tua ini jangan samakan dengan zaman kita dulu.
Budak zaman dulu semua kental, mental kuat sebab tidak terdedah dengan teknologi.
Budak zaman sekarang aku tak kata mereka lembik, tetapi kesan dari peredaran masa, kesihatan mental juga akan sedikit drop.
Kau pernah dengar budak bunuh diri sebab mak ayah selalu kata,
“Kau ini tak bergunalah.”
Ada abang. Baru saja terjadi minggu lepas. Jadi tolong jangan samakan dengan budak zaman dulu dan budak zaman sekarang.
Kekayaan bukan sekadar harta dunia, tetapi amanah daripada Allah yang perlu diurus dengan adil, penuh kasih sayang dan berlandaskan iman. Demikian antara perkara bakal...