Menjadi kebiasaan kaum wanita mempunyai koleksi pakaian dan tudung yang banyak. Malah ada juga antara koleksi ini yang tidak lagi dipakai kerana tak muat, tak sesuai. Ada juga yang langsung tak dipakai kerana tersalah beli. Tapi semua ini tetap disimpan.
Namun pesan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi yang juga seorang pendakwah dalam satu ceramah beliau, pakaian-pakaian yang tidak dipakai, janganlah disimpan kerana semua ini akan dihisab di akhirat kelak.
“Kaum ibu saya ingin pesan kalau ada pakaian yang dah 40 hari tak pakai, jangan simpan. Nanti akan dihisab. Kalau dah 40 hari tak pakai, maksudnya kita dah tak perlukannya.
“Ini termasuklah periuk di dapur. Biasa berlaku periuk lama masih ada, kita beli yang baru. Semua ini akan dihisab. Kalau dah 40 hari tak pakai, berilah pada orang lain untuk digunakan supaya kita tukar barang tersebut jadi pahala.
Ads
“Biar kita letakkan dunia ini sebagai alat, dan reda Allah itu sebagai matlamat. Kita jadikan harta yang kita ada sebagai alat untuk meraih pahala dan bukan matlamat hidup,” ujar beliau dalam satu klip video yang dikongsi di media sosial.
Seksaan tidak belanjakan harta ke jalan yang benar
Dalam pada itu, pesanan tersebut juga selaras dengan Surah at-Taubah, ayat 34-35 yang menceritakan seksaan yang akan dialami di akhirat jika seseorang tidak membelanjakan hartanya di jalan yang benar, tetapi menyimpan untuk diri sendiri.
“…Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya di jalan ALLAH, maka berikanlah khabar gembira kepada mereka, (bahawa mereka akan mendapat) azab yang pedih, (ingatlah) pada hari ketika emas dan perak dipanaskan di dalam neraka Jahanam, lalu dengan itu diselar dengan dahi mereka, rusuk dan punggung mereka (sambil dikatakan) kepada mereka, Inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk dirimu sendiri, maka rasakanlah (akibat daripada) apa yang kamu simpan itu.”
Ads
Selain itu, terdapat juga hadis yang memperincikan bahawa lebih baik untuk memberi barang yang tidak digunakan kepada orang yang lebih memerlukan.
“Sesiapa yang memakai pakaian yang baru, hendaklah dia mengucapkan: Segala puji bagi Allah yang telah memakaikan aku sesuatu yang dapat menutup auratku dengannya dan telah memperindahkan diriku di dalam kehidupan ini. Kemudian dia pergi kepada pakaian yang telah ditanggalkannya itu (pakaian lama) lalu dia menyedekahkannya, maka dia berada di bawah lindungan Allah, pemeliharaan-Nya dan ditutup (keaibannya) semasa hidup dan selepas meninggal dunia.” – Hadis Riwayat Umar Al-Khattab, 3/134
Ads
Berdasarkan penerangan tentang hisab ke atas harta di atas, jelas bahawa barang yang tidak digunakan tidak elok disimpan. Sebaliknya, lebih baik jika barang tersebut diberi kepada orang yang memerlukan sekaligus memberikan ganjaran bersedekah.
Siapa yang tidak mengenali insan istimewa ini. Biarpun bukan dari kalangan selebriti tetapi popularitinya di media sosial setanding artis lain.
Remaja istimewa yang autisme, Asif Suhaimi kelahiran Kelantan ini nyata telah berjaya menempah nama tersendiri di media sosial. Malah pengikutnya di laman Instagram juga mencecah lebih setengah juta.
Ternyata kekurangan pada dirinya menjadi kelebihan yang sangat berbaloi kerana pengguna media sosial begitu meminati remaja berbakat ini.
Ramai mengetahui Asif merupakan sepupu kepada Syahmi Sazli Youtube terkenal yang telah berjaya memenangi anugerah ‘Video Pendek Terbaek’ untuk karya “Drama Spontan” dalam konsert Throwbaek 2019 Astro.
Mereka dilihat sering berada bersama keluarga Youtuber ini. Malah hubungan rapat dan kemesraan hubungan ibarat adik beradik bersama keluarga ini kelihatan di laman Instagram masing-masing.
Dalam satu perkongsian terbaru Syahmi Sazli di Instagramnya, dia telah muat naik gambar Asif sedang bersolat walaupun tidak berada dalam pergerakan yang sempurna.
Dalam kapsyen yang ditulis, Syami memberitahu pada awalnya dia hanya bergurau dengan Asif berkaitan satu video ditonton dan cuba menakut-nakutkan remaja itu.
Namun begitu tanpa dsangka, Asif terus bangun dan bertanyakan mengenai waktu solat kerana enggan masuk ke dalam neraka.
Situasi lucu ini turut dinyatalan oleh Syahmi apabila Asif terus bertanyalan tentang waktu Isyak sedangkan ketika itu baru masuk Maghrib.
Smlm mi tunjuk video org putih buang ulat (botfly) dlm kulit. Asif tny bkpo jadi gini? Mi oyk kalu tk solat jdi gini la.. Tiba2 tdi dia tny.. “mi, ISYAK MASUK DOH? (bkn tanya maghrib) Aku nk smaye, tidok gak masuk nerako” Tgn kiri duk atas, tk cekat ajar dh
Ternyata perkongsian ini mendapat perhatian netizen. rata-rata memberi komen positif dan terhibur dengan lawak spontan mereka berdua.
Netizen juga turut memberitahu bahawa terkesan dengan tindakan Asif kerana remaja istimewa itu lebih memahami tentang konsep syurga negara berbanding masyarakat normal lain.
Selamat dunia akhirat
shrll_mklis Alhmdulillah…smoga mi dn fmily slamat dunia dn akhirat…
little_jannah79 Nakallll laaaa awk nie dik…org yg waras lg sempurna belum tentu nk solat… Allahu Akhbar.. Takbir…
rosyatimah_saiin Bahagian dia ada dah..kita yg waras ni kene malu ke asif
Siapa sedang mencari calon suami? Apa kriteria anda? Ramai kata cinta itu buta; tiada kriteria khusus untuk dijadikan suami atau isteri, janji suka, terus kata Ya! Namun dalam Islam, tidak ada istilah cinta buta kerana ada banyak kriteria yang telah digariskan sebagai panduan sebelum wanita terima lamaran dan sebaliknya.
Khas untuk topik kali ini, kita cuba rungkai apakah kriteria calon suami yang ideal buat wanita. Tak adalah pilih sekadar sedap mata memandang atau menggunakan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ semata-mata.
Ramai lelaki yang baik di dunia ini, namun perlu ada kriteria tertentu yang diredhai Allah. Sebagai wanita sudah tentu kita mahukan suami yang mampu menjadi ketua keluarga bagi membimbing kita dan anak-anak ke syurga.
Kita akan bersama dengannya seumur hidup bukan sebulan dua. Dengan kata lain, kriteria bakal suami perlu diperhalusi sehabis baik supaya tak menyesal di kemudian hari. Kita lihat kriteria yang dianjurkan Islam.
Kriteria paling utama dalam list ialah dia beragama Islam. Sudah jelas bahawa sebagai Muslimah, wajib mencari atau menerima calon suami beragama Islam. Jika bertemu jodoh dengan bukan Islam, maka berikan dia masa mendalami ilmu agama dan memeluk Islam sebelum berkahwin.
Sebagaimana firman Allah: “…Janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu’min) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mu’min lebih baik daripada orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya…” (Q.S. Al-Baqarah: 221).
Ini jelas menunjukkan bahawa, lelaki muslim itu lebih baik daripada lelaki musyrik walaupun anda amat menyukai dan menyayanginya.
Taat Ajaran Agama (Soleh)
Si dia perlulah taat dengan ajaran atau perintah agama. Sebagaimana dijelaskan dalam salah satu hadis, Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Bila datang seorang laki-laki yang kamu redha agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan dia, karena kalau engkau tidak mau menikahkannya, nescaya akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerosakan yang meluas.” (H.R. Tirmidzi dan Ahmad).
Kesimpulannya, seorang wanita elok dinikahkan dengan lelaki soleh dan baik akhlaknya. Tentunya yang dimaksud taat beragama di sini ialah menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT dan RasulNya, di samping baik perilakunya.
Tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan rajin tunaikan solat sunat, kriteria yang perlu ada dalam list
Takut Maksiat
Carilah lelaki yang takut kepada kemaksiatan. Sebagai ketua keluarga, suami bertanggung jawab menjauhkan keluarganya dari segala macam dosa dan hal-hal yang menghapus amal ibadah sehingga terhindar dari seksa api neraka.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Qur’an: “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat kasar, yang keras, yang tidak menderhakai Allah atas perintah Allah kepada mereka dan selalu taat pada apa yang diperintahkan.” (Q.S. At-Tahriim: 6)
Miliki Semangat Jihad
Maksud jihad di sini bukanlah suka pergi berperang, tetapi lebih kepada bagaimana dia akan mempertahankan agama Islam dan juga keluarganya. Jadi, pilihlah suami yang sekiranya sanggup melakukan itu.
Mampu membimbing anda (wanita) agar terus teguh berada di jalan Islam serta mampu terus dengan semangat menjalani perintah Allah SWT dan RasulNya serta menjauhi laranganNya.
Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Qur’an: “Orang-orang yang beriman dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terkait dengan apa yang dikerjakannya.” (Q.S. Ath-Thuur: 21)
Dilahirkan Dari Keluarga Yang Baik
Carilah calon suami dari keluarga dan nasab yang baik. Baik yang dimaksudkan ialah dilihat dari nilai agama dan akhlaknya.
Lelaki yang baik biasanya berasal dari keluarga yang baik juga. Bahkan tidak hanya itu, tetapi juga berasal dari lingkungan masyarakat yang baik, kerana keluarga yang baik biasanya bergaul dan berkumpul dengan lingkungan masyarakat yang baik pula.
Taat Kepada Orang Tuanya
Anak yang baik, taat kepada orang tua, pastinya juga taat kepada ajaran agama.
Sebagaimana dijelaskan dalam hadis Nabi Muhammad SAW: “Dari Ibnu Umar RA, ujarnya: “Rasulullah SAW bersabda: “Berbaktilah kepada orang tua kalian, nescaya kelak anak-anak kalian berbakti kepada kalian; dan periharalah kehormatan (isteri-isteri orang), nescaya kehormatan isteri-isteri kalian terpelihara.” (H.R. Thabarani, adapun ini adalah hadis Hasan).
Anak yang berbakti kepada orang tua memperoleh jaminan untuk mendapatkan keselamatan kelak berupa syurga.
Jadi, pilihlah suami yang berbakti kepada orang tuanya kerana dia sudah pasti mendapatkan keselamatan kelak berupa syurga.
Sedemikian sehingga nanti anda (wanita) juga akan dibimbingnya agar mendapatkan keselamatan berupa syurga pula, Insya Allah.
Bekerja
Hal ini sangat penting kerana ia berkait rapat dengan menampung kehidupan berkeluarga. Setelah bernikah, pasangan tidak wajar bergantung harap kepada orang tua. Dia seharusnya mampu berdikari. Berdikari agar boleh memberi nafkah kepada keluarga.
Perkara ini ada disebut dalam hadis: “Hai golongan pemuda, barangsiapa diantara kamu ada yang mampu (untuk membelanja) perkahwin, hendaklah dia berkahwin, karena kahwin itu akan lebih menjaga pandangan dan akan lebih memelihara kemaluan; dan barangsiapa belum mampu berkahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa itu ibarat mengawal nafsu.” (H.R. Ahmad, Bukhari dan Muslim).
Kesimpulannya, lelaki yang sesuai sebagai calon suami ialah yang mampu berkahwin. Dalam erti kata lain, dia mampu mencari nafkah dan berdikari.
Pengetahuan Agama Setara Atau Lebih Tinggi Daripada Isteri
Cari calon suami yang ada pengetahuan agama setara atau lebih baik daripada isteri. Pastikan bakal suami memiliki pemahaman agama lebih baik daripada isteri.
Hal ini disebabkan rumah tangga yang baik harus dibangunkan dengan asas agama yang kuat.
Suami merupakan imam dalam keluarga yang sudah jelas tugasnya untuk membimbing keluarganya. Hal ini tidak dapat ditawar-tawar lagi, suami adalah imam dalam keluarga.
Ada Sifat Pemimpin
Calon suami haruslah ada jiwa pemimpin. Sebagaimana sudah digariskan oleh Allah SWT, bahawa seorang lelaki adalah pemimpin di dunia ini.
Tentunya tidak hanya di dunia saja, tetapi sekurang-kurangnya dapat memimpin keluarga sendiri, mencari nafkah dan melindungi ahli keluarga. Dia juga mampu membuat keputusan tepat untuk kesejahteraan keluarganya.
Bertanggungjawab
Si dia ada sifat tanggungjawab tinggi. Sebagai contoh, rajin berusaha mencari nafkah keluarga bukannya nanti mengharapkan gaji isteri untuk menanggung segala perbelanjaan rumahtangga.
Walaupun isteri bekerja dan bergaji besar itu bukan alasan untuk dia berpeluk tubuh.
Adil
Selain berani membuat keputusan. Calon suami hendaklah seorang yang berlaku adil atas setiap keputusan yang diambil.
Suami yang adil tidak akan menzalimi isteri dan anak-anaknya demi keharmonian keluarga.
Berkeperibadian Lembut
Lembut bukan bererti lembik ya. Bakal suami yang ada kriteria ini adalah seorang yang berjiwa lembut.
Tahu bagaimana hendak memujuk hati isteri, pandai mengawal emosi sendiri sehingga tidak mudah marah, jauh sekali bersikap kasar kepada isteri dan anak-anak.
Dermawan
Calon suami dermawan akan sentiasa memberikan kehidupan berkeluarga yang berkualiti. Segala keperluan isteri dan anak-anak dipenuhi.
Suami yang tidak berkira dalam soal wang, masa dan tenaga kerana lelaki seperti ini sangat mengutamakan kebajikan isteri dan anak-anaknya.
Tidak perlu cari calon yang kaya raya kerana kekayaan bukan ukuran untuk menjadi pemurah.
Berketurunan dan Subur
Rasulullah sangat bangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak. Oleh itu Islam menganjurkan agar wanita mencari calon suami yang bukan sahaja sihat syahwatnya, tetapi juga sukakan zuriat yang ramai (menambah keturunan) baik.
Kashoorga: Memang bukan kerja mudah nak temui calon lelaki yang mempunyai semua kriteria dinyatakan, namun seboleh mungkin cari yang memiliki kebanyakan ciri yang dinyatakan demi kesejahteraan diri dan rumahtangga yang dibina.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Assalam @drzul_albakri, adakah wanita yg kematian suaminya tidak boleh berada disamping jasad suami sebelum dikebumikan & tidak boleh juga ke kubur utk menghantar jenazah?
Jawapan: 1. Secara umumnya, wanita adalah dimakruhkan daripada mengikuti jenazah ke perkuburan. Daripada Ummi ‘Athiyyah radhiallahu ‘anha katanya: “Kami ditegah mengiringi jenazah namun ia bukanlah sebagai perintah kepada kami.” Riwayat al-Bukhari (1219)
2. Adapun wanita yang kematian suami, maka haram baginya untuk mengikuti jenazah suaminya ke kubur kerana mereka wajib melaksanakan iddah MELAINKAN kerana hajat atau darurat. Rujuk hadith Ummu ‘Athiyyah Riwayat al-Bukhari (307)
3. Adapun jika diyakini wanita berkenaan agak emosional seperti meraung, meratap, atau tindakan tidak terkawal, maka hukum menziarahi kubur itu adalah haram bagi wanita itu. Rujuk hadith riwayat al-Bukhari (1232)
3. Ada juga ulama’ yang membolehkan wanita ziarah kubur dengan syarat beliau kuat imannya dan dapat mengawal perasaannya. Nabi SAW melalui seorang wanita yang sedang menangis di kubur. Lalu Baginda bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah.” Riwayat al-Bukhari (1252)
4. Di sisi mazhab Syafie, sunat wanita menziarahi kubur Rasulullah SAW, para anbiya’ dan orang soleh dengan syarat mereka tidak memperagakan diri, bercampur gaul, bersesak-sesak, bersentuhan dengan kaum lelaki dan meninggikan suara yang mungkin membawa fitnah.
5. Sebahagian ulama menyatakan hukum sunat juga bagi wanita untuk menziarahi kubur kaum kerabatnya. Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah (1/389)
6. Keluarga si mati lebih mengenali bagaimana kondisi si balu samada sesuai atau tidak mengiringi jenazah ke kubur. Walaubagaimanapun, doa itu lebih utama dan insya-Allah sampai kepada suaminya.
Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan.
Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.
SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Saya cuma ingin mendapat pandangan terbaik Datuk Mufti. Apakah seeloknya isteri tidak ikut ke masjid untuk urusan jenazah suami dan solat jenazah, juga untuk ke kubur mengiringi jenazah ?
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Islam datang meraikan sifat asal wanita. Apabila kaum wanita kehilangan suami, ayah dan sanak saudaranya yang rapat dengannya, ramai yang tidak tahan perasaan lalu meraung pedih, menarik-narik baju dan memukul-mukul badan sendiri kerana kedukaan. Perbuatan-perbuatan sebegini berasal daripada adat jahiliyyah yang ditegah oleh Islam. Daripada Abdullah bin Mas’ud R.anhuma, sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: Bukan daripada kalangan kami orang yang menampar-nampar pipi (kerana kematian), mencarik-carik baju, dan mengikut seruan (tradisi) Jahiliyyah.
Maksudnya: Kami (kaum wanita) dilarang daripada mengikut jenazah-jenazah (ke kekuburan) dan Baginda (SAW) tidak melarang dengan keras (hal demikian) ke atas kami.
Hadis riwayat al-Bukhari (1278)
Menurut Imam Nawawi dalam kitab al-Majmu’ (5/277-278) larangan ini bersifat makruh tanzih. Inilah mazhab Syafie dan jumhur, manakala dalam Mazhab Malik tidak menganggap makruh kecuali bagi bagi wanita muda. Diceritakan daripada al-Abdari bahawa Imam Malik menganggapnya makruh kecuali jika jenazah itu ialah anaknya, ibu ayahnya, dan suaminya.
Sebahagian ulama menganggap perbuatan mengiringi jenazah ini sebagai makruh tahrim berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW menegur wanita yang menunggu-nunggu jenazah:
ارْجِعْنَ مَأْزُورَاتٍ غَيْرَ مَأْجُورَاتٍ
Maksudnya: Pulanglah kalian, kalian akan berdosa dan tidak mendapat pahala.
Hadis riwayat Ibn Majah (1579). Namun, Al-Nawawi menganggap hadis ini daif.
Kami berpendapat cukuplah wanita itu tinggal di rumah dan, jika ingin solat jenazah, solat sahaja di rumah dan tidak mengikuti jenazah ke perkuburan. Ini bagi menghormati hukum ihdad (berkabung) dalam tempoh iddah bagi wanita yang kematian suami. Jika sudah tamat waktu iddah, maka bolehlah menziarahi kubur suaminya sambil menjaga akhlaq ketika ziarah kubur.
Semoga Allah kurniakan kepada kita kefahaman dan kekuatan untuk mengikuti setiap perintah Syariat Islam dalam mencapai Mardhatillah. Amin.
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.Masjid Suffah yang terletak di...