Bekas isteri kahwin lain, bapa barulah sara anak. ‘Sepatutnya siapa punya anak, dialah bagi nafkah.’ Bukannya beri alasan masing-masing sudah ada keluarga baru lepas bercerai jadi harapkan bapa baru pula selesaikan nafkah anak-anaknya.

Salah konsep ya! Itu langgar hukum, nafkah anak tetap pada bapa kandun gnya sela gi nyawa dikandung badan. Jangan ambil rin gan hak seorang anak. Ikuti perkongsian Puan Farizal Radzali ini dan hadam baik-baik mesej yang disampaikan.

Artikel Berkaitan: ‘Duda, Dahulukan Nafkah Anak Sebelum Kahwin Lain.’ Lepas Bercerai, Ramai Lelaki Tak Kisah Pasal Anak

Bekas Isteri Kahwin Lain

Nafkah anak setelah ‘kehilangan’ bapa.

Nafkah anak yang belum mampu berdikari, jika si bapa masih hidup tapi telah berpisah dengan si ibu, tanggungjawab nafkah tetap pada bapanya, walau apapun kisahnya.

Nafkah anak yang belum mampu berdikari, jika si bapa telah meninggal dunia, dipertanggungjawabkan kepada datuk sebelah bapa, jika datuk telah tiada, tanggungjawab jatuh kepada saudara lelaki arwah si bapa.

Bapa Barulah Sara Anak

Bila saya menulis begini, ada yang menempelak, eleh…. itu semua orang tahu.

Ya, itu semua orang tahu. Tapi adakah semua ‘orang’ itu buat apa yang sepatutnya dia buat?

Haritu saya dengar dalam sebuah stesyen radio. Pemanggil seorang lelaki. Katanya bukan si bapa tak nak bagi nafkah. Kadangkala terasa diri seperti tak bermaruah, tak dihargai.

IKLAN

Selama ini hidup bersama, si bapalah mencari rezeki, memberi kesenangan, tapi setelah berpisah, seakan si bapa langsung tak berguna. Sebab itulah ada bapa yang tak nak bagi nafkah.

Saya agak terkejut dengan luahannya. Mungkin ada kisah hidupnya yang tak terluah.

Sepatutnya Siapa Punya Anak

Memang ada wanita yang bermulut jahat, menghambur kata nista sesuka hati setelah berpisah dengan suami. Tak dinafikan.

Tapi nafkah anak tetap kena bagi. Dosa si ibu tetap ditulis oleh penjaga bahu kiri, tapi nafkah bapa tetap wajib buat si anak.

IKLAN

Alasan paling selalu diberi untuk elak nafkah ialah masing-masing telah ada keluarga sendiri. Si bapa sudah berkahwin lain dan punyai anak yang perlu disara. Si ibu sudah berkahwin lain, biarlah suami baru yang sara.

Baca Di Sini:

‘Bercerai Tak Berdosa, Berkahwin Baru Pun Tak Salah.’ Urusan Rumah Tangga Orang Biarkan, Tak Perlu Campur

‘Penampilan Persis Wanita, Dia Terima Seikhlas Hati.’ Sokongan Isteri Buat Lelaki Ini Tinggalkan Dunia Songsang

IKLAN

Dialah Bagi Nafkah

Salah sungguh konsep itu. Siapa punya anak, dialah yang kena bagi nafkah. Suami baru si ibu itu, jika dia sudi menyara, itu adalah kerana ehsan. Tapi nafkah si bapa adalah kewajiban. Anak dengan isteri baru pun wajib, anak dengan bekas isteri pun wajib.

Selalu sangat kisah pengabaian nafkah ini muncul. Sedih. Bila si ibu menuntut, dikata tamak, tak bersyukur dengan apa yang ada. Bila tak dituntut, hmmm…..

Nafkah yang tak berbayar itu adalah hutang. Andai dihalalkan di dunia, belum tentu anda lepas di akhirat sana.

Andai tak mampu, betul-betul tak mampu, tak mampu yang Allah nampak, bukan yang manusia nampak, maka mintalah ehsan kepada yang lebih mampu. Saudara atau bekas isteri sendiri, atau keluarga bekas isteri. Jangan lepaskan begitu sahaja. Itu aniaya namanya.

Kashoorga : Pandai buat anak, pandailah bagi nafkah walaupun bercerai dengan si ibu.

Sumber : Farizal Radzali

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI