Siapa tidak kenal Pencetus Ummah, PU Amin. Bukan saja bersungguh-sungguh menyebarkan dakwah kepada orang ramai, tetapi juga lantang berbicara di media sosial berkenaan sesuatu isu yang menyentuh mengenai Islam.
Melihat personalitinya yang sempurna pasti ramai mengagak ia hasil didikan dari keluarga yang sempurna juga. Namun rupanya, bapa kepada Pu Amin adalah seorang insan yang cacat penglihatan.
Dalam satu posting di laman Instagramnya PU Amin begitu menyanjung tinggi ayahnya yang juga seorang guru agama mengajar Al-Quran dan kelas fardhu ain di seluruh negeri dan juga untuk Persatuan Orang Buta Malaysia.
Bukan ayahnya saja yang cacat penglihatan, tetapi anak-anak murid ayahnya juga ada antaranya yang cacat penglihatan.
Diakhir kapsyen, PU Amin turut memberi pesanan kepada mereka yang masih mempunyai ibu dan ayah supaya terus menghormati dan menghargai insan istimewa ini.
“Bawa abah makan roti bakar. Abah mesti order telur separuh masak. Alhamdulilalh moga abah terus sihat. Abah saya tak sabar nak mulakan kelas alquran dia bersama dengan anak anak murid nya.
“Lama cuti sejak PKP. Dia mengajar alquran dan fardhu ain di seluruh negeri dan di Persatuan Orang Buta Malaysia. Anak murid dia dikalangan cacat penglihatan dan ada juga yang sempurna macam kita.
Ads
“Tiap kali tengok semangat abah untuk mengajar Al Quran, saya juga dapat motivasi baru. Dah tak ramai hari ni yang boleh membaca dan menulis braile. Lebih lebih lagi nak ajar orang buta membaca dan menulis.
“Moga abah dapat lihat kami di syurga nanti. Mungkin tak dapat nikmat lihat di dunia, moga Allah kabulkan hajat untuk abah melihat keindahan syurga yang maha hebat. Pada yang ada ibu dan ayah hormati dan hargai mereka .
“Siapa pun mereka , tetap sempurna di hati kita. Pada kawan kawan yang ada penglihatan yang sempurna, jaga mata dari lihat benda tak elok.
“Jaga mata dari maksiat, takut Allah butakan mata kita hari akhirat, tak dapat tengok syurga allah sebab banyak dosa mata. Nauzubillah. Pesanan buat diri saya sendiri dan semua.
Sebak mendengar Perdana Menteri mengetuai bacaan doa dua hari lalu meminta kepada Allah melindungi negara kita dari penularan wabak pandemik koronavirus.
Tidak pernah terjadi sebelum ini, mana-mana Perdana Menteri terdahulu yang mengetuai bacaan doa dalam menghadapi musibah besar seperti ini.
Malah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sangat tenang berdepan waktu yang sangat sukar ini sebaik beliau dilantik menggantikan Perdana Menteri terdahulu.
Selain mengetahui beliau yang berusia 72 tahun berasal dari Muar, Johor, ramai yang tidak tahu sisi peribadi dirinya yang sangat dikagumi ramai.
Dalam perkongsian di twitter oleh seorang pengguna menggunakan akaun nama @Haitamiyy telah diretweet lebih 19K dan juga lebih 28K menekan butang share.
Diriwayatkan beliau berasal dari Siak, Sumatera. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin lahir pada tahun 1902 Masehi dan meninggal dunia ketika berusia 73 tahun di Muar, Johor. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin adalah seorang pendakwah dan guru yang sangat gigih.
Beliau banyak mengajar di daerah Muar seperti di Masjid Jamek Muar, Masjid Parit Jamil, Masjid Seri Menanti, Masjid Bukit Gambir, Masjid Bukit Kangkar dan Masjid Sungei Mati Muar. Adakalanya, beliau mengajar sampai ke Chohong Melaka yg merupakan sempadan antara Melaka dan Muar.
Pengajaran beliau kebanyakannya tertumpu kepada kitab-kitab Tasawwuf dan Ilmu Tauhid. Tuan Guru Haji Muhammad Yassin menadah kitab kepada ulama besar Muar satu ketika dahulu iaitu
Tuan Guru Haji Abu Bakar bin Haji Hasan al-Muari bin Haji Ahmad bin Anggak bin Datuk Sijo Bukit Moh, Muar Bandar Maharani, Johor. Beliau dikatakan telah berhasil mengkhatamkan beberapa kitab terkenal di Alam Melayu dibawah pengawasan gurunya itu.
Antara kitab yang berjaya dikhatam dihadapan gurunya itu ialah Faridatul Faraid karangan masyaikh gurunya iaitu Syeikh Ahmad al-Fathani yang sangat terkenal di Alam Melayu pada abad ke-19 Masehi.
Gurunya iaitu Tuan Guru Haji Abu Bakar inilah yang banyak mempengaruhi corak pemikiran beliau. Pandangan beliau terhadap gurunya seperti yang dicatatkan oleh almarhum al-Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah diungkapkan seperti berikut
“Ketika aku akan belajar ilmu kemegahan dunia di Sumatera, setelah diketahui oleh Abu Bakar Alim, aku lalu dinasihatinya supaya belajar kepada beliau sahaja. Sekiranya aku melanggar nasihat beliau, mungkin aku menjadi seorang yang jahat.” Barokallahufeekum
Beliau memulakan bacaan doa dengan surah Al-Fatihah dan diakhiri dengan penutup yang sangat indah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Mula dikenali sejak menyertai Imam Muda musim kedua, program realiti tersebut telah membawa banyak perubahan dalam diri Mohd Hassan Adli Yahaya atau Hassan Adli setelah dinobatkan sebagai juara.
Dikenali sebagai seorang insan yang murah dengan senyuman Hassan Adli punya aura yang tersendiri.
Dalam usia enam tahun, Hassan sudah mula berdikari. Demi kerana menuntut ilmu agama, Hassan yang berasal dari kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak menaiki bas tambang seorang diri dari rumahnya di kampung Sungai Wangi ke stesen bas Sitiawan.
IBU BERATKAN SOAL PENDIDIKAN AGAMA
Ibunya, Arfah Md. Nor amat mementingkan soal pendidikan agama. Sebab itulah dia nekad untuk menghantar Hassan ke sekolah tadika Islam di Seri Manjung. Meskipun jarak tadika tersebut jauh dari rumah mereka. Namun ibunya percaya untuk menuntut ilmu, jarak bukanlah penghalang.
“Saya mahu Hassan mendalami ilmu agama. Meskipun tahu Hassan masih terlalu muda untuk berdikari tetapi saya selalu berdoa kepada Allah agar menjaga keselamatannya. Selalunya saya akan menghantar Hassan ke depan rumah kerana bas akan lalu di hadapan rumah kami.
“Saya naikkan Hassan hingga ke tangga bas dan berpesan kepada pemandu dan juga konduktor bas untuk melihat-lihatkan Hassan. Biasanya Hassan akan duduk di kerusi paling hadapan iaitu di belakang pemandu bas.
“Sampai sahaja di stesen bas Sitiawan, Hassan akan menunggu ustaz mengambilnya di situ untuk dibawa ke sekolah tadika di Seri Manjung. Selesai belajar di sekolah tadika, Hassan akan dihantar semula ke stesen bas Sitiawan. Hassan akan menaiki bas tambang untuk pulang ke rumah. Saya akan menunggu Hassan di tepi jalan kerana sudah tahu waktu Hassan akan sampai ke rumah. Begitulah rutin Hassan setiap hari,” cerita Arfah.
NAK TUNTUT ILMU PERLU ADA PENGORBANAN
Menurut Arfah untuk menuntut ilmu perlu ada pengorbanan. Dia amat bersyukur kerana pengorbanannya mendidik Hassan mendalami ilmu agama tidak sia-sia. Hassan meneruskan persekolahannya di Seri Manjung sehingga darjah tiga.
“Pernah juga terjadi ustaz yang sepatutnya mengambil Hassan di stesen bas Sitiawan terlupa mengambil Hassan. Saya sudah berpesan kepada Hassan jika ustaz terlupa mengambilnya, saya minta Hassan menghubungi saya menggunakan telefon awam. Dalam sebulan ada dua, tiga kali jugalah insiden ini berlaku.
“Kebiasaannya saya akan minta Hassan naik semula bas tambang untuk pulang ke rumah. Saya amat berterima kasih dengan pemandu dan konduktor bas kerana ‘menjaga’ Hassan sepanjang tempoh Hassan berulang-alik menaiki bas sewaktu dia belajar di Seri Manjung. Ketika darjah empat, Hassan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi jadi tiada masalah kerana dekat dengan rumah kami,”tutur Arfah lagi.
Dilontarkan persoalan bagaimana Arfah begitu yakin melepaskan Hassan menaiki bas seorang diri, ini jawapan Arfah. Apabila kita berniat ke arah kebaikan nescaya Allah akan melancarkan segala urusan.
“Saya sentiasa tawakal dan berdoa kepada Allah moga-moga semua perkara dipermudahkan. Saya hanya fikirkan yang positif sahaja dan yakin Allah akan sentiasa akan membantu. Yang penting niat kita perlu betul.
“Sebagai ibu saya hanya menjalankan tanggungjawab untuk membekalkan ilmu agama yang cukup kepada anak-anak. Saya mahu anak-anak saya terdidik dengan pendidikan agama kerana mahu melihat mereka berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,”jelas Arfah.
Menurut Arfah sebelum Hassan menyertai program Imam Muda dia terlebih dahulu menyertai program realiti Akademi Al Quran musim ke empat yang disiarkan di TV9. Hassan ada meminta izin dan pendapat untuk menyertai pertandingan tersebut.
“Perkara yang baik tentulah saya menggalakkannya. Sebagai ibu, saya sentiasa memberi sokongan. Meskipun Hassan tersingkir awal daripada program Akademi Al Quran saya bersyukur kerana Hassan menjadi juara untuk program Imam Muda musim kedua. Pada saya jika sudah rezeki pasti tidak ke mana,”jelas Arfah penuh makna.
CUBA NASIB
Penyertaan Hassan Adli dalam program realiti Akademi Al Quran pada 2010 sekadar untuk mencuba nasib. Bukan kemenangan yang dihajatinya cuma ingin menimba pengalaman baru. Ketika itu Hassan baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Ilmu Wahyu, pengkhususan Al Quran Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
“Ketika menyertai Akademi Al Quran, saya orang ketiga yang tersingkir daripada program realiti tersebut. Saya redha kerana percaya ada rezeki lain untuk saya. Lagi pun saya sekadar mencuba-cuba dan terfikir untuk menang. Pada masa yang sama juga program realiti Imam Muda musim pertama juga berjalan serentak.
“Atas nasihat kawan-kawan mereka telah menggalakkan saya untuk menyertai audition Imam Muda musim ke dua pada 2011. Ketika audition, saya demam. Saya menyertai audition yang terakhir di Kuala Lumpur. Pada hari terakhir audition, saya juga merupakan peserta terakhir.
“Saya tidak menjangka yang saya akan terpilih untuk ke peringkat seterusnya hinggalah ke peringkat akhir. Persaingan cukup sengit kerana peserta-peserta semua hebat-hebat belaka. Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya.,”ungkap Hassan Adli.
Pernah menjangkakan yang dia akan tersingkir awal sama seperti program realiti Akademi Al Quran yang disertainya sebelum ini, nyata sangkaan anak muda ini meleset sama sekali. Akui Hassan menjadi juara Imam Muda musim kedua ibarat seperti mimpi.
“Sungguh saya tidak pernah menyangka untuk menjadi juara Imam Muda musim kedua. Saya anggapnya sebagai rezeki dari Allah. Bukan calang-calang peserta yang menyertai program ini. Ketika itu, hanya tinggal saya dan Nazrul Izwan Zolkiflee. Apabila nama saya disebutkan sebagai juara, saya tergamam namun dalam masa yang sama berasa amat gembira. Kejayaan saya adalah berkat sokongan ibu, keluarga dan rakan-rakan,”tutur Hassan Adli.
TAHAP KEYAKINAN LUAR BIASA
Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, sempat penulis bertanya tentang pengalamannya berulang-alik menaiki bas tambang seawal usia enam tahun. Luar biasa tahap keyakinan yang ada pada diri Hassan ketika anak-anak seusia dengannya mesti bertemankan ibu bapa jika hendak ke mana-mana.
“Ada juga perasaan takut dan berdebar-debar. Maklum sahajalah budak-budak. Ketika mula-mula menaiki bas, ibu akan menemankan saya hingga menaiki bas. Selepas saya sudah boleh membiasakan diri, ibu hanya hantar saya di tangga bas. Jika saya tertidur, pemandu bas akan kejutkan saya jika sudah sampai ke destinasi.
“Saya meneruskan pengajian di tingkatan satu di Maahad Ehyak Diniah Islamiah di Kampung Gajah selama setahun. Semasa di tingkatan dua hingga lima pula saya menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh. Selesai pengajian di sekolah menengah saya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di UIAM,”ujar Hassan Adli.
Berkongsi teknik didikan agama yang diamalkan oleh ibunya, akui Hassan Adli, ibunya ada membuat carta solat. Setiap kali selesai solat, tandakan pada kotak carta. Jika tidak solat, tulis tanda kosong sahaja.
Guru Al Quran saya adalah ibu saya sendiri. Membaca Al Quran memang menjadi amalan kami setiap kali selesai solat maghrib. Kadang-kadang ibu akan mengintai sama ada kami solat atau tidak. Masing-masing tidak boleh menipu.
Di rumah kami memang ada bilik solat. Bilik itu kekal hingga sekarang. Kata ibu saya, amat penting untuk menyediakan bilik solat. Baharulah selesa untuk beribadat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bayi menangis adalah normal yang tak normalnya jika langsung tak menangis. Ia merupakan satu perbuatan bayi untuk memberi isyarat kepada ibu dan ayah bahawa dia perlukan perhatian; mungkin lapar, kurang selesa, sakit dan sebagainya. Sungguhpun begitu ada juga terjadi bayi terlalu kerap menangis dan tidak berhenti menangis.
Keadaan seperti ini sudah tentulah amat membimbangkan ibu dan ayah walaupun segala keperluan telah diberikan. Daripada terus berteka teki mengapa anak yang dilahirkan terlalu kerap menangis daripada biasa, orang tua harus teliti dan perhatikan mungkinkah bayi mengalami gangguan mahkluk halus seperti jin dan syaitan.
Justeru itu, cuba kita lihat tanda-tanda yang memungkinkan dia sedang diganggu yang dinyatakan oleh Pusat Rawatan Islam Darul Nusrah. Gangguan syaitan ini sememangnya wujud dan kita wajib mempercayainya dan berusaha untuk berubat segera.
Sebelum mengesyaki bayi kita mengalami gangguan jin pastikan anak kita tidak demam,lapar atau serta sudah dibawa ke klinik.
Tanda-tanda bayi mengalami gangguan syaitan:
1.Bayi menangis tanpa keluar air mata dan hanya mengeluarkan bunyi, manakala bunyi tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa
2.Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang teramat banyak boleh menyebabkan kita panik. Bayi yang mengalami gangguan kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula
3.Mata yang pejam ketika berhenti menangis akan bergerak-gerak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri
4.Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur)
5.Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu
6.Sering terjadi pada bayi kecil yang diganggu jin (makhluk halus), mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Bayi ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
7. Ketika menangis mata bayi akan tumpu pada satu tempat sahaja sebagai contoh mata bayi hanya pandang syiling rumah sahaja.
8. Biasanya menangis hanya di waktu tertentu, selalunya bermula dari waktu Asar hingga subuh.
9. Bayi mengalami sawan tangis, sangat merbahaya kerana boleh menyebabkan kerosakkan otak, demam panas dan kerap jatuh sakit.
10. Bayi yang diganggu jin, sukar tidur walau matanya sudah mengantuk dan kepenatan, tetap menangis dan tak mahu berenggang dengan ibu ayah.
Dalam keadaan begini, ibu dan ayah perlu merukyah bayi dengan segera. Boleh amalkan bacaan yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ini sebagai langkah pertama. Bacalah surah-surah berikut:
Surah Al-Fatihah (baca berulang kali)
Ayat Kursi
Doa al-Mu’awwidzaat : Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Atta Halilintar personaliti media sosial yang terkenal di Indonesia malah di Malaysia, meluahkan rasa syukur apabila membina masjid kelima tercapai.Masjid Suffah yang terletak di...