Apabila mendengar berita ada insan yang meninggal dunia bulan pasti terdetik dalam hati ‘untungnya mereka…meninggal dunia di bulan yang cukup mulia’.
Ada yang berkata mereka yang meninggal di bulan ini terlepas dari azab kubur? Ada juga yang berkata ia pengakhiran husnul khotimah.
Adakah ini kelebihan mereka yang meninggal di bulan Ramadan? Mengikut penjelasan Mufti melalui portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, antara kelebihan bulan Ramadan yang disebut dalam kitab hadis sahih adalah dibuka pintu syurga, ditutup pintu negara dan dibelenggu syaitan-syaitan.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW:
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ
Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” [Riwayat Muslim (1079)]
Menurut Syeikh al-Izz bin Abd al-Salam di dalam kitabnya Maqasid al-Saum makna hadith ini adalah dibuka pintu syurga adalah disebabkan banyaknya amalan ketaatan dilakukan pada malam ini.
Ads
Adapun ditutup pintu neraka pula adalah disebabkan kurangnya orang-orang yang melakukan maksiat pada bulan tersebut dan dibelenggu syaitan pula adalah bebasnya manusia daripada gangguan syaitan.
Tiada hadis sahih
Bagaimanapun tidak di dapati hadith-hadith yang sahih berkaitan kelebihan mati pada bulan Ramadhan. Adapun berkaitan orang yang mati pada bulan Ramadhan akan dimasukkan ke dalam syurga pula, secara asasnya seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah serta amalan kebaikan yang dilakukan ketika di dunia dahulu.
Ini dijelaskan di dalam al-Quran: Firman Allah SWT:
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ (al-Nahl:32)
Maksudnya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan.”
Ads
Syeikh al-Sya’rawi ketika menafsirkan ayat ini mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT akan memberikan syurga sebagai balasan kepada setiap hamba-Nya yang telah melakukan amal soleh ketika di dunia dahulu serta disebabkan hamba tersebut telah mengikut manhaj atau jalan yang benar. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 7897/13]
Untuk itu, masuknya seseorang itu ke dalam syurga dengan amalan yang dilakukan. Bulan Ramadhan merupakan musim beramal. Semoga kematiannya dalam bulan Ramadhan menjadi suatu kelebihan buatnya oleh Allah SWT kerana keadaannya yang sedang beramal. Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
“Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari keredhaan Allah, yang ia mengakhiri hidupnya dengan amal tersebut, ia masuk syurga.” [Riwayat Ahmad (23324)]
Ini menunjukkan bahawa orang yang mati pada bulan Ramadhan itu, tetap dimasukkan ke dalam syurga bergantung kepada amalannya.
Petanda husnul khotimah
Namun begitu jika seseorang itu ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa ajalnya pada bulan Ramadhan atau pada waktu-waktu mulia yang lain seperti hari Jumaat, atau pada tempat-tempat mulia yang lain seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husn al-khatimah (pengakhiran hidup yang baik).
Selain itu, tugas kita sebagai seorang hamba adalah dengan sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta sentiasa beristiqamah mempersiapkan diri untuk bertemu Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Sifat Rahmat dan keampunan Allah SWT amat luas dan ia tidak terhad pada tempat atau waktu-waktu tertentu.
“Ustaz! Saya biasa bertegang urat dengan suami setiap kali tiba hari lebaran. Asyik dia sahaja nak menang. Hari raya pertama mesti disambut di rumah dia. Jika kami bergaduh dia akan memberikan kata putus yang pedih pada hati saya. Awak wajib taat suami, syurga awak letak pada saya dan saya mahu hari raya pertama di rumah ibu bapa saya. Soalnya Ustaz! Siapa yang wajib saya utamakan suami atau ibu bapa?
Pulang beraya adalah nikmat yang sangat manis bagi orang Malaysia. Ni’mat ini sudah lama Allah limpahkan kepada kita berikutan keadaan Malaysia yang aman dan stabil. Bagi umat Islam yang tinggal dalam negara bergolak pula, usahkan pulang beraya bertemu mata dengan keluarga, kampong halaman dan saudara mara sudah habis ditelan api perang yang tak kunjung padam.
Pernah saya berbual dengan teman yang berasal dari Kemboja, sebut sahaja soal keluarga, beliau terus menitiskan air mata. Apa tidaknya, keluarganya yang besar habis dibunuh rejim Pol Pot. 10 beradik cuma tinggal dua. Tidak kurang juga bekas murid saya yang berasal dari negeri kecil dalam negara bekas kesatuan Soviet. Usahkan balik beraya, kematian ibunya belasan tahun dulu pun hanya diterima dalam sebak dari jauh. Sungguh! Nikmat balik kampung menziarahi sanak saudara adalah ni’mat yang sangat hebat. Hargailah ia selagi Allah belum menariknya.
Kewajipan setiap isteri adalah mentaati semua iaitu suami dan ibu bapa. Taat kepada mereka bukanlah seperti memilih calon pilihanraya yang mewajibkan hanya satu perlu dipilih. Walaupun begitu, apabila bertembung antara keduanya banyak nass agama menyuruh isteri mentaati suami selagi ia tidak melanggar hukum agama.
Ertinya: Tidak halal bagi seorang wanita berpuasa sedangkan suaminya ada (bersama) kecuali setelah mendpaat izinnya (suami). Wanita itu juga tidak boleh membenarkan sesiapa masuk ke rumahnya kecuali setelah mendapat izin suaminya (Sahih al-Bukhari).
Ertinya: Apabila seorang wanita cukup solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), menjaga kemaluannya (kehormatannya) dan mentaati suaminya, dikatakan padanya “Masuklah syurga dari mana-mana sahaja pintunya jika kamu mahu (Musnad Ahmad).
BUKAN AKAD ANTARA HAMBA & TUAN
Pada masa yang sama, pihak suami juga perlu sedar bahawa akad yang mengikat hubungan suami isteri “bukanlah akad antara hamba dan tuan, atau akad antara banduan dan warden penjara.” Ia adalah akad penyatuan 2 keluarga atas dasar kasih sayang dan cinta. Jika kasih sayang menjadi teras penyatuan 2 insan dari 2 keluarga berbeza, maka tolak ansur wajib menjadi rukun utama kehidupan berumahtangga. Inilah roh sebenar sebuah rumah tangga Islam.
Ia disinggung secara mudah oleh Allah dalam banyak ayat al-Quran, antaranya:
Ertinya: Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan (al-Baqarah [2:237]).
Ertinya: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang berlaku zalim (al-Syura [42:40]).
JANGAN JADIKAN PUNCA KERETAKAN RUMAH TANGGA
Pulang beraya memang sangat besar niKmat dan manisnya, namun begitu usahlah ia menjadi punca keretakan hubungan antara suami isteri. Jika ia menjadi manifestasi berbuat baik kepada ibu bapa di kampong halaman, 364 hari yang lain sentiasa terbuka luas untuk kita menabur bakti. Usah bermusim berbuat baik kepada ibu bapa. Jangan bermatian bergaduh mengenai hak giliran balik beraya tetapi cinta dan jasa kepada ibu bapanya hanya ditumpahkan pada hari raya YANG SEHARI ITU.
Aturlah pengurusan hidup dengan baik. Jaga hubungan keluarga. Jangan nanti hilang sebuah mahligai indah hanya kerana berebut sebuah pasu bunga penghias halaman. Jika tak mampu pulang bertemu ibu bapa atau menziarahi pusara mereka sekalipun, litar doa untuk ibu bapa yang masih hidup atau sudah pulang bertemu Allah tetap terbuka luas.
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, DAN BAGI KEDUA IBU BAPAKU, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman; dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang yang beriman, lelaki dan perempuan (dalam segala zaman); dan janganlah Engkau tambahi orang yang zalim melainkan kebinasaan!” (Nuh [71:28]).
Ertinya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan BAGI KEDUA IBU BAPAKU serta bagi orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan” (Ibrahim [14:41]).
Rasulullah SAW turut mengajar cara bakti kepada ibu bapa. Sabda baginda:
Ertinya: Abu Usayd Malik bin Rabi’ah al-Sa’idiy menceritakan, pada suatu hari ketika kami bersama Rasulullah SAW seorang lelaki Bani Salamah bertanya baginda: Wahai Rasulullah adakah masih ada peluang untukku berbuat baik kepada kedua ibu bapaku selepas kematian mereka berdua? Baginda SAW menjawab: Ya! Dengan berdoa kepada mereka, memohon pengampunan untuk mereka, menyempurnakan segala janji mereka selepas kematian mereka, menghubung silaturahim yang tidak mungkin dihubung melainkan dengan kewujudan mereka (saudara mara yang agak jauh) dan memuliakan kawan mereka berdua (Sunan Abu Dawud, Sunan Ibn Majah & Musnad Ahmad).
JAGALAH HUBUNGAN DENGAN KELUARGA
Niat pulang ke kampung halaman yang dipasak ikhlas demi bakti kepada kedua ibu bapa sendiri atau ibu bapa pasangan anda pasti akan diganjari Allah. Jagalah hubungan keluarga kerana ia adalah niKmat yang sangat besar. Bayangkan berapa ramai manusia tidak bernasib baik di luar sana yang sanggup membayar mungkin jutaan ringgit demi mendapat secebis nikmat bahagia berkeluarga yang anda miliki.
Ertinya: Dan orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka; setiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya (al-Tur[52:21]).
Sumber kredit: Abdullah Bukhari Abdul Rahim
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Sesungguhnya ujian Yang Maha Esa buat hamba-Nya berbeza-beza. Namun Dia tidak akan menguji kecuali mampu dihadapi oleh hamba-Nya.
Dah jaga solat namun tetap diduga dengan pelbagai masalah, hidup susah, suami pemalas, anak degil dan tak pandai. Berdepan dengan soalan ini Ustaz Khairul Anuar Basri memberikan penjelasannya
“Ustaz…. Ustaz cakap orang yang jaga solat tu orang yang berjaya.
Tapi kenapa saya jaga solat, hidup saya susah? Suami saya pemalas dan tak bertanggungjawab. Anak-anak saya tak pandai, degil dan tak dengar cakap.
Kenapa ye Ustaz?”
Memang betul, ada orang yang hidupnya begini. Bahkan seringkali juga kita tengok orang yang tak jaga solat – bahkan tak solat pun – hidupnya jauh lebih baik dan cemerlang.
Siapa yang tidak teruja apabila dikhabarkan mengandung setelah lama berkahwin.
Saat itu sebagai ibu muda pastilah sibuk untuk merakam momen menarik sepanjang kehamilan.
Dan rasanya ibu muda sekarang lebih banyak memegang telefon daripada membaca Al-Quran untuk diperdengarkan pada bayi yang sedang dikandung.
Ruginya jika kita tergolong seperti ini. Sepatutnya sebaik tahu hamil, terus saja amalkan bersama surah yang boleh dibaca bukan saja suami tetapi juga isteri.
Insya-Allah segala urusan sepanjang kehamilan akan dipermudahkaan dan bayi dikandung lahir sebagai anak yang soleh atau solehah.
Ikuti perkongsian Intan Dzulkefli yang sangat memberi manfaat.
Harini berbual dengan sahabat solehah. Alhamdulillah dia berkongsi khabar gembira bakal menimang cahaya mata ketiga tahun depan, insyaAllah.
Sempat dia berkongsi nasihat ustazah yang diserap semasa kuliah Dhuha. Perbezaan bakal ibu solehah dan tidak semasa hamil.
Wanita pada zaman salafussoleh, bila mengandung ‘mengidam’ nak anak jadi imam besar, jadi ulama’, atau sekurangnya tahfiz al-quran. Belum lahir anak itu, sudah berniat nak mewakafkan anak untuk agama. Namun, bukan setakat berniat dan memasang angan, bahkan sudah mempersiapkan modul didikan terbaik supaya anak yang dilahirkan itu nanti bermanfaat untuk ummah.
Semasa mengandung, si ibu akan sangat sibuk menjaga ibadah, menjaga kata-kata, menjaga aurat dengan memakai pakaian taqwa. Al-Quran jadi temanan sejak dari sebelum kahwin hinggalah anak lahir, anak-anak dibesarkan dalam suasana melazimi tadarus dan cinta al-Quran.
MasyaAllah.
Zaman hari ini, kita ibu-ibu mengidam biasanya cuma fokus bab makan, makan puas-puas sebelum berpuasa sebulan lebih ketika berpantang. Kalau mengidam lain, setakat mengidam agar anak rupa persis arabic, korean look, rupa anak selebriti popular dan sebagainya.
Yang si ibu, lebih banyak pegang fon dari pegang al-Quran, lebih banyak baca fb dan whatsapp dari baca Al-Quran.
Ramai bakal ibu yang baca al-Quran semasa mengandung hanya sebab nak anak cantik, nak mudah bersalin.
Ya, memang bagus fadhilat amalan membaca surah tertentu, namun niat biarlah betul. Jangan pula sebelum mengandung dan selepas bersalin al-Quran dibiar berhabuk.
Sibuk selfie sengaja tunjukkan perut, dah elok berbaju longgar, bila bergambar sengaja pula pegang bawah perut biar nampak baby bump. Astaghfirullah. Padahal baby bump itu aurat.
Belum lahir anak itu, siang malam siapkan list tentang kelengkapan keperluan baby dan keperluan lepas bersalin semata-mata, tapi tak pernah terfikir tentang persiapan didikan anak setelah itu.
Allahuakbar.
Zuriat bukanlah sekadar rezeki, atau lambang kesuburan, atau sekadar pelengkap perkahwinan, tetapi ia adalah amanah paling berat buat pasangan suami isteri.
Anak-anak ibarat kain putih. Ibubapanyalah yang mencorakkannya dengan agama Islam atau sebaliknya. Apakah kita telah menunaikan hak anak-anak untuk kenal Allah, Rasulullah SAW dan al-Quran dari ibubapanya sendiri?
Muhasabah buat saya yang menulis kembali nasihat berharga dari teman solehah. Syukran jazilan kak. Robbuna yusahhil.
Hukum ubat kuat menurut Ustaz Azhar Idrus adalah harus jika digunakan untuk tujuan kesihatan dan nafkah batin, dengan syarat produk halal, selamat serta tidak memudaratkan pengguna.