Ads

Graduan UC TATI Buktikan Jaga Ibu Dialisis Bukan Halangan Raih Anugerah Rektor

Anugerah Rektor

Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya anak mempertahankan bahagia. Setiap ikhtiar dan pengorbanan yang dilakukan demi seorang ibu pasti akan dibalas dengan keberkatan yang tidak disangka-sangka oleh Allah SWT dan tidak mustahil buat seorang anak memiliki Anugerah Rektor.

Inilah yang dibuktikan oleh gadis cekal, Nur Fathiah Hanani Suhaibi, 21, apabila pengorbanan serta keutamaannya menjaga ibu tercinta yang menghidap sakit buah pinggang dan memerlukan rawatan dialisis terbalas dengan kejayaan manis.

BACA JUGA: Anak Yatim Piatu Raih Anugerah Pengetua MRSM, Tiga Kakak Rentas Negeri Beri Sokongan

Penerima Anugerah Rektor Beri Keutamaan Kepada Ibu Tercinta

Gadis berasal dari Kuala Terengganu ini dijulang sebagai penerima Anugerah Rektor pada Majlis Konvokesyen UC TATI ke-26 baru-baru ini. Beliau berjaya menamatkan pengajian Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak dengan cemerlang menerusi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.96!

Siapa akui, di sebalik senyuman gembira mengarak kejayaan itu, tersembunyi perjalanan panjang dan ujian hidup yang bukan mudah. Anak bongsu daripada empat beradik ini dibesarkan sepenuhnya oleh ibu tunggalnya, Noryati Mohamed, 57, selepas perceraian ibu bapanya sejak beliau berumur dua tahun lagi.

Mengakui pernah terfikir untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) lain, kasih dan prihatin terhadap keadaan kesihatan ibunya membatalkan hasrat tersebut.

Ads

“Jujur berkata, saya tidak pernah mengimpikan untuk menerima Anugerah Rektor ini, apatah lagi saya hanya pelajar diploma dalam jurusan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Apa yang saya fikirkan adalah untuk menamatkan pengajian sepenuhnya demi masa depan saya.

“Pernah terfikir untuk menyambung pengajian di tempat lain, namun memikirkan kasih kepada ibu, saya memilih UC TATI supaya dapat berada dekat dengannya.

“Kini, saya sudah menyambung pengajian di peringkat ijazah dalam bidang sama dan masih berpeluang memberikan perhatian kepada ibu,” katanya.

Aktif dan Berbakti Kepada Masyarakat

anugerah rektor

Ads

Tanggungjawab berat menguruskan ibu tidak pernah dijadikan alasan untuk Fathiah menyerah kalah atau membataskan potensinya. Selain fokus dalam akademik, beliau amat aktif menyertai pelbagai program kolej dan aktiviti kesukarelawanan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Penglibatan aktif dan semangat khidmat bakti ini menjadi nilai tambah yang membolehkan beliau dipilih sebagai penerima anugerah berprestij berkenaan.

Penyampaian anugerah tersebut disempurnakan oleh Naib Canselor UC TATI, Datuk Ir. Kamaluddin Abd Rashid bersama Rektor, Prof. Ir. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid.

Cita-Cita Penerima ANugerah Rektor, Memiliki Perniagaan Sendiri

Selepas menamatkan pengajian diplomanya, Fathiah meneruskan langkah menuntut ilmu di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang sama di salah sebuah IPT di Kuala Terengganu iaitu lokasi yang membolehkannya terus menabur bakti menjaga syurganya.

Ads

Beliau turut memasang impian murni untuk membuka perniagaan sendiri dalam bidang penjagaan kanak-kanak suatu hari nanti.

Keberkatan hidup seorang anak itu sering kali terletak pada reda dan senyuman seorang ibu. Apabila kita meletakkan kebajikan ibu bapa sebagai keutamaan, Allah pasti akan memudahkan jalan dan melimpahkan keberkahan dalam setiap urusan kita. 

Semoga kisah kejayaan Fathiah menjadi inspirasi buat anak muda di luar sana untuk terus berbakti kepada orang tua.

Sumber: Sinar Varsity

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Menteri Agama Puji Jep Sepahtu, Teladan Mulia Bayar Zakat RM1.935 Juta...

Jep Sepahtu raih pujian Menteri Agama selepas dedah rekod bayaran zakat RM1.935 juta dari 2016 hingga 2025. Tindakan mulia itu jadi inspirasi ramai.