Ads

Hukum Solat Jumaat Bagi Penghidap Anxiety, Ini Penjelasan Dr. Zulkifli

solat jumaat

Isu kesihatan mental semakin mendapat perhatian masyarakat hari ini, termasuklah persoalan mengenai kewajipan ibadah khusunya solat jumaat bagi mereka yang berdepan dengan gangguan kebimbangan (anxiety), serangan panik (panic attack), fobia sosial serta penyakit was-was kronik.

Menerusi satu perkongsian di platform Threads, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri tampil merungkai persoalan sama ada golongan ini dikira berdosa sekiranya tidak dapat hadir menunaikan solat Jumaat di masjid.

BACA JUGA: Jangan Sengaja Lewat Solat Jumaat, Besar Ganjaran Hadir Awal Ke Masjid

Hukum Asal Solat Jumaat dan Ancaman Meninggalkannya

Pada asasnya, solat Jumaat merupakan fardhu ain ke atas setiap lelaki Muslim yang mukallaf, bermukim serta tidak mempunyai sebarang keuzuran syarie. 

Rasulullah SAW turut memberi amaran keras menerusi sabdanya bahawa sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat sebanyak tiga kali kerana sikap memandang remeh, maka Allah SWT akan mengunci mati hatinya (Riwayat Abu Dawud dan al-Tirmizi).

Walau bagaimanapun, Dr. Zulkifli menjelaskan bahawa ancaman tersebut ditujukan khusus kepada individu yang sengaja culas dan bersikap acuh tak acuh. 

Ads

Bagi mereka yang tidak dapat hadir atas faktor keuzuran yang diiktiraf oleh syarak, golongan ini tidak termasuk dalam kalangan yang diancam.

Sakit dan Ketakutan Sebagai Keuzuran Syarie

Dalam mazhab Syafi’i, para ulama menyenaraikan beberapa golongan yang diberi kelonggaran untuk tidak menghadiri solat Jumaat, antaranya ialah orang yang sakit dan individu yang berada dalam keadaan ketakutan.

Hal ini berlandaskan hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa tiada kewajipan solat (berjemaah/Jumaat) bagi mereka yang mempunyai keuzuran ketika mendengar seruan azan dan Baginda menjelaskan keuzuran tersebut merangkumi “ketakutan atau penyakit” (al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafi’i).

Ads

Namun begitu, bukan semua jenis penyakit menggugurkan kewajipan Jumaat. Penyakit ringan yang tidak menyukarkan pergerakan ke masjid seperti sakit gigi, pening kepala ringan, atau demam sedikit tidak dikira sebagai keuzuran. 

Para ulama menetapkan kayu ukurnya adalah kesukaran yang dialami hendaklah setara dengan kesukaran seseorang berjalan di dalam hujan (al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab).

Bagaimana Pula Dengan Anxiety dan Panic Attack?

Mengulas mengenai masalah kesihatan mental seperti fobia sosial, serangan panik atau gangguan kebimbangan (anxiety disorder), Dr. Zulkifli berpandangan bahawa kondisi ini boleh menjadi keuzuran untuk tidak menghadiri solat Jumaat sekiranya gejala yang dialami benar-benar menjejaskan keupayaan seseorang untuk hadir atau berada di tengah-tengah jemaah.

Ads

Sebagai contoh, suasana sesak di masjid boleh mencetuskan serangan panik yang menyebabkan penghidapnya mengalami sesak nafas, jantung berdebar kencang, tubuh menggeletar atau berasa hampir pengsan.

Penilaian Jujur dan Kewajipan Solat Zuhur

Sekiranya gejala yang dihadapi hanyalah ringan dan individu tersebut masih mampu hadir tanpa kesukaran yang ketara, maka kewajipan solat Jumaat tetap kekal ke atasnya.

Sehubungan itu, penilaian mengenai tahap kemampuan diri hendaklah dilakukan secara jujur berdasarkan keadaan sebenar dan sebaik-baiknya mendapatkan pandangan daripada doktor atau pakar psikiatri yang merawat. 

Bagi mereka yang benar-benar tidak dapat hadir ke masjid atas faktor keuzuran tersebut mereka wajib menggantikannya dengan menunaikan solat Zuhur sebanyak empat rakaat.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

tomok

Sibuk Kerjaya & Keluarga Bukan Penghalang, Tomok Syukur Akhirnya Bergelar Pemegang...

Tomok berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan di UPSI meskipun sibuk dengan kerjaya seni dan tanggungjawab terhadap keluarga.