Ads

Sibuk Kerjaya & Keluarga Bukan Penghalang, Tomok Syukur Akhirnya Bergelar Pemegang Ijazah Sarjana UPSI

tomok

Dalam kesibukan menggalas tanggungjawab sebagai suami, bapa dan anak seni, penyanyi popular, Tomok membuktikan bahawa tiada alasan untuk seseorang itu berhenti menuntut ilmu.

Segala penat lelah dan pengorbanan masa akhirnya terbayar apabila beliau selamat menggenggam Ijazah Sarjana Pengajian Persembahan sempena Majlis Konvokesyen ke-28 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), semalam.

Menyingkap perjalanan akademiknya, pencapaian manis ini merupakan kesinambungan selepas beliau berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM) sebelum ini.

BACA JUGA: Calon SPM Terima Khabar Ibu Sudah Tiada, Kisah Menyentuh Hati

Bagi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, kejayaan ini bukan sekadar gelaran di atas kertas, tetapi satu kepuasan peribadi dan tanda syukur yang tidak terhingga atas rezeki kurniaan Ilahi.

Ads

“Selepas tamat pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UUM, Alhamdulillah saya dapat habiskan pula pengajian sarjana di UPSI. Untuk diri saya sendiri, memang sangat gembira,” kongsinya penuh kesyukuran.

Ilmu & Seni Saling Melengkapi

Sering kali bidang seni dianggap terpisah daripada dunia akademik, namun Tomok memandang perkara itu dari sudut yang berbeza. Mengambil peluang untuk menitipkan pesanan buat masyarakat khususnya generasi muda, beliau menyeru agar minat dalam bidang muzik atau seni tidak dijadikan alasan untuk mengabaikan pelajaran.

Menurut vokalis kumpulan New Boyz ini, menuntut ilmu adalah proses sepanjang hayat yang mampu mengangkat martabat seseorang.

Ads

“Saranan saya kepada masyarakat terutama generasi muda, teruskanlah menimba ilmu. Walaupun minat dalam bidang muzik, sebenarnya dalam bidang ini pun ada banyak perkara yang boleh kita teroka dari sudut akademik dan sebagainya.

Jadi, saya sarankan khususnya kepada generasi muda untuk terus berjuang dan mencari ilmu sejauh mungkin,” pesannya lagi.

Ads

Buka Pintu Untuk Peringkat PhD

Apabila ditanya mengenai perancangan masa hadapan sama ada berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD),
Tomok tidak menolak kemungkinan tersebut sekiranya diizinkan Allah SWT.

“Buat masa ini belum ada apa-apa perancangan lagi untuk sambung PhD. Tetapi insya-Allah, kalau diizinkan memang saya berhasrat untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD,” ujarnya penuh harapan.

Tahniah diucapkan buat Tomok! Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat kita semua bahawa selagi ada kemahuan dan doa yang tidak putus, kejayaan pasti menyusul.

++Untuk berita dan artikel terkini. Jangan lupa ikuti kami di media sosial rasmi kashoorga, Instagram, Facebook & TikTok

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download sekarang ya?

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Calon SPM Terima Khabar Ibu Sudah Tiada, Kisah Menyentuh Hati

Kisah menyentuh hati seorang calon SPM yang menerima khabar ibu meninggal dunia selepas selesai menjawab kertas Pendidikan Islam mengundang sebak ramai.