‘Nak tahu penyakit apa, sampai jumpa Mufti Singapura.’ Badan DJ Lin sebenarnya sudah rosak, syukur belum ajal dan semangatnya yang kuat membuatkan figura ini masih bernyawa.

Baru-baru ini penyampai radio Suria FM, DJ Lin mendedahkan sejak memenangi trofi Penyampai Radio Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada 2016, hospital ibarat sudah menjadi rumah keduanya.

Menurut DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abd Majid, 47, selepas menggenggam trofi itu buat pertama kali, dia kehilangan suara selama hampir sebulan dan sejak itu, masalah demi masalah kesihatan dialami sehinggalah ke hari ini.

Artikel Berkaitan: 

Ketika Dizalimi, Jangan Doakan Musibah Buat Penganiaya, Mintalah Yang Terbaik Untuk Kita

Nak Tahu Penyakit Apa

Memetik laporan Harian Metro, pada mulanya DJ Lindia enggan mengaitkan penyakit dihidapi dengan unsur mistik, namun kesengsaraan yang dihadapi sejak 2016 sudah tidak tertanggung dan memaksanya mencuba cara rawatan Islam atas saranan keluarga, rakan-rakan serta peminat.

“Saya pernah ke Singapura untuk bertemu seorang mufti bagi mengenal pasti penyakit yang saya alami. Sebelum bertemu dengan mufti berkenaan, saya sebenarnya sudah berjumpa dengan ramai perawat.

IKLAN

Sampai Jumpa Mufti Singapura

“Kesemua mereka memberikan gambaran orang yang sama, malah sewaktu sakit teruk sekitar 2021 sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selama sembilan hari, saya mendapat bayangan orang yang sama seperti diberitahu perawat.

“Ketika itu keadaan saya memang sangat teruk, saya kepanasan dan merasa seperti disalai di atas api. Saya dalam keadaan koma sehinggakan keluarga dan rakan-rakan menganjurkan majlis bacaan Yasin kerana keadaan saya pada waktu itu seperti tiada harapan lagi untuk hidup.

“Alhamdulillah, mungkin semangat saya kuat untuk terus melawan menyebabkan saya masih mampu bertahan sehingga kini. Tetapi saya tahu insan berkenaan tidak akan berdiam diri dan saya percaya dia tidak senang sebaliknya akan terus lakukan sesuatu supaya hidup saya sengsara,” katanya.

Badan DJ Lin Sebenarnya Sudah Rosak

Dalam masa sama, mufti dari Singapura itu turut memberitahu yang badannya sudah rosak, sebaliknya dia hanya bertahan disebabkan semangatnya yang kuat.

“Kata mufti itu, kalau ikutkan keadaan badan saya sudah rosak dan sebenarnya sudah tidak ada lagi di dunia ini. Tapi disebabkan belum ajal dan juga semangat saya yang kuat jadi saya masih bertahan kerana individu itu mahu lihat saya mati.

IKLAN

“Tapi katanya lagi, saya akan sembuh dan sihat jika saya tinggalkan bidang radio. Jika saya tidak percaya, dia kata cuba tinggalkan bidang itu dan cuba bidang lain kerana insan itu tidak akan senang duduk,’ luahnya.

Syukur Belum Ajal

Namun begitu perkara tersebut langsung tidak membuatkan DJ Lin patah semangat atau takut, cuma dia perlu sentiasa bersedia. Apa yang DJ Lin perasan, setiap kali kajian untuk kedudukan stesen radio dilakukan awal tahun dan akhir tahun, mesti dia sakit dan berada di hospital.

“Bagaimanapun saya tidak akan serik, saya akan tetap terus bekerja dan menaikkan lagi nama Suria FM. Saya hanya akan meninggalkan Suria FM selepas saya berasa puas dan berjaya melonjakkan nama stesen radio kami,” katanya.

Baca Di Sini:

IKLAN

Jangan Sampai Syirik, Berendam Dalam Tasik Dayang Bunting Buat Pasangan Mengandung

Kashoorga : Semoga orang yang melakukan perbuatan kejam ini mendapat balasan daripada Allah.

Sumber: myMetro, Instagram DJ Lin

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI