Ibu mana sekalipun, saat mengetahui diri hamil, maka dia akan mula melakukan persiapan rohani dan jasmani untuk menerima kehadiran zuriat yang dinanti.

Bukan sahaja sang ibu, sokongan daripada suami juga sangat baik membantu ibu selesa mengharungi tempoh hamil selama 40 minggu. Dan sudah tentu juga, kita mahukan anak yang bakal lahir nanti sihat dan sempurna tubuh badan selain kelahiran yang mudah dan tiada implikasi lain.

Bacalah Surah Maryam, Terkandungnya Doa Mudah Makbul Untuk Ibu Hamil

Bagi mengharungi tempoh kehamilan, banyak yang ibu boleh lakukan untuk memastikan kandungan selamat dan semuanya berjalan lancar. Salah satunya ialah dengan kerap membaca al-Quran bagi mendapatkan ketenangan dan kekuatan rohani.

Para ibu hamil amat digalakkan membaca surah Maryam di samping surah-surah lain. Surah yang mengandungi 98 ayat ini menceritakan kisah Maryam (ibu Nabi Isa) yang telah melahirkan puteranya tanpa digauli seorang lelaki.

Surah ini juga mengisahkan semangat kental Maryam yang berjuang melalui fasa-fasa kehamilan berseorangan tanpa bantuan sesiapa pun. Menambah lagi tekanan cemuhan masyarakat sepanjang kehamilan dan selepas kelahiran Nabi Isa a.s.

Semua itu dilalui dengan tabah dan menunjukkan betapa kuat dan teguhnya iman Maryam yang patut kita jadikan contoh meminjam semangat luar biasanya.
Hasil bacaan dan penghayatan surah istimewa buat ibu hamil ini, beberapa fadilat dapat dikenal pasti.

Artikel berkaitan:Ibu Hamil Elok Baca 14 Surah Ini Untuk Lahirkan Zuriat Hebat

IKLAN

Artikel berkaitan:Sejak Hamil Zaskia Sungkar Amal Makan Kurma Muda Untuk Khasiat Luar Biasa, Bakal Timang Anak Lepas 10 Tahun Kahwin

FADILAT MEMBACA SURAH MARYAM:

1. Memberi kekuatan emosi

Keadaan hormon badan yang tidak stabil sepanjang kehamilan menyebabkan ibu berasa cepat letih, hilamg selera makan,tidak selesa dan emosi tidak stabil.

Apabila membaca surah Maryam ini konsisten dan penuh yakin dengan pertolongan Allah, ibu mampu menjalani fasa mencabar kehamilan dengan lebih tenang kerana ia mampu menstabilkan emosi.

2. Meningkatkan rasa yakin diri

Kisah Maryam yang terpaksa mengharungi tempoh kehamilan seorang diri ditambah pula dengan fitnah dan cemuhan masyarakat sekeliling, bagai satu suntikan padu kepada ibu hamil agar tabah semasa hamil.

IKLAN

Kisah Maryam akan meningkat keyakinan diri ibu bahawasanya, dia juga mampu mengharungi kesulitan sepanjang kehamilan.

3. Husnuzon dengan perancangan Allah SWT

Ibu-ibu, bersabar lah ya. Sesungguhnya Surah Maryam akan mendidik ibu agar lebih berhusnuzon dengan perancangan Allah.
Tuhan Maha Pengasih dan Penyayang pasti akan bersama ibu mengharungi perasaan bercampur baur sepanjang kehamilan apatah lagi saat kelahiran hampir tiba.

Dalam Surat Maryam diceritakan bahawa sebelum pertolongan Allah, Maryam sempat putus asa sebab rasa sakit selama persalinan.

IKLAN

Termaktub dalam QS. Maryam ayat 23-25:
فَأَجَاءَهَا الْمَخَاضُ إِلَىٰ جِذْعِ النَّخْلَةِ قَالَتْ يَا لَيْتَنِي مِتُّ قَبْلَ هَٰذَا وَكُنْتُ نَسْيًا مَنْسِيًّا. فَنَادَاهَا مِنْ تَحْتِهَا أَلَّا تَحْزَنِي قَدْ جَعَلَ رَبُّكِ تَحْتَكِ سَرِيًّا. وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا

“Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa ia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, Dia berkata: “Aduhai, Alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi barang yang tidak bererti, lagi dilupakan. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: “Janganlah kamu bersedih hati, Sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan anak sungai di bawahmu. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu

4. Dimakbulkan doanya

Pastinya kelebihan membaca surah Maryam ini menjadi senjata ampuh buat ibu hamil. Ibu hamil yang rajin membaca surah Maryam akan diangkat doanya oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah.
Berdoa lah agar dipermudahkan kelahiran dan agar segalanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

5. Memperoleh anak yang berjasa kepada orang tua dan sekelilingnya

Salah satu doa yang terkandung dalam Surat Maryam adalah doa bagi ibu hamil agar anaknya kelak menjadi anak yang berjasa kepada orang tunaya dan masyarakat sekeliling. Bunyi ayat tersebut adalah sebagai berikut:

وَبَرًّا بِوَالِدَيْهِ وَلَمْ يَكُنْ جَبَّارًا عَصِيًّا
“Dan seorang yang berbakti kepada kedua orang tuanya, dan bukanlah ia orang yang sombong lagi durhaka” (QS. Maryam: 14)

Sumber artikel:bincangsyariah

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI