‘Saya harap dia teruskan penampilan bertudung sampai bila-bila.’ Mona rela hati, pekin harap isteri istiqamah.
Sudah pasti sebagai seorang suami dia mengharapkan yang terbaik buat isteri tercinta. Benarlah manusia mampu berubah dan ternyata bila Allah berkehendak segalanya mungkin.
Setelah dikurniakan cahaya mata sulung, pasangan selebriti iaitu Pekin Ibrahim, 41, dan isterinya Mona Allen, 37 kelihatan begitu bahagia.
Terbaharu, Mona Allen juga kelihatan begitu ayu dengan penampilannya yang kini sudah berhijab.
Sudah tentu, sebagai suami Pekin akui dirinya berasa sangat gembira dengan pilihan Mona untuk terus bertudung.
Penampilan Bertudung Sampai Bila-Bila
Seperti yang dikongsikan, Pekin bersyukur sejak beberapa bulan lalu isterinya mengenakan hijab. Palin penting apa yang dilakukan Mona adalah dengan rela hati dan Pekin men gharapkan Mona terus istiqamah.
“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung.
Ads
“Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.
“Saya memang tak pernah gesa isteri untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati.
“Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” ungkapnya seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro.
Mona Rela Hati
Pada masa yang sama, Pekin juga mengingatkan isterinya agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.
Ads
“Kalau rela hati pakai tudung itu baguslah.
“Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanpa ibu ayah, kita mungkin tiada apa-apa di dunia ini. Kerana kasih sayang dan doa merekalah kita menjadi manusia hari ini.
Jika dahulu ketika kita masih kecil, banyak yang kita harapkan dari mereka di saat kudrat mereka masih kuat. Seiring masa, kudrat yang dahulunya kuat sudah mula melemah ditambah masalah kesihatan yang singgah di tubuh tua mereka. Jika dulu ibu ayah kita mampu melakukan pelbagai pekerjaan, hari ini ada yang diuji terlantar sakit di katil dan memerlukan bantuan kita untuk mengangkat mereka bagi urusan mandi, menukar lampin dan sebagainya.
Yang pastinya, kudrat anak perempuan takkan sama dengan anak lelaki yang Allah beri kekuatan lebih.
Dikongsi dari Tik Tok @aisyahishak5, dirinya berkongsi cara mudah untuk mengangkat ayah dan ibunya yang terlantar sakit dengan menjahit sendiri barut dan memasang hoist crane untuk mengangkat ibu dan ayahnya.
Dari video dikongsikan dapat dilihat adik beradik ini sepakat menjaga kedua orang tua mereka dan ramai memuji kesepakatan antara adik beradik ini tanpa mengeluh penat. Dan kerja mengangkat kedua orang tuanya menjadi lebih mudah selepas memasang hoist crane yang mampu mengangkat beban berat kedua orang tuanya.
Jelas Aisyah dengan menjahit sendiri kain barut dan kosnya tidak terlalu mahal.
“Apa yang diperlukan untuk rawatan ini hanyalah katil hospital 3 function, hoist crane yang dibeli di Shopee pada harga RM348.40 untuk menampung berat 300 kg, rantai besi yang besar dalam dua meter, penyambung rantai besi dan kain barut dua helai yang saya jahit sendiri. Saya hanya perlukan dua meter saja dan dikerat dua.
“Jadi dapat dua keping. Setiap keping tu dilipat dua dan jahit keliling dan dalamnya supaya kain tak bergerak. Bila dah siap, hujungnya dibuat lubang kiri kanan dan dipasangkan kain untuk disambung ke penyambung rantai besi hoist crane. Untuk katil mak pula, kita letak roda agar mudah dialih-alihkan.
“Jadi setiap kali meletak mereka di atas kerusi roda untuk ke bilik air, kerja itu jadi mudah,” katanya. Dan video yang dikongsikan oleh anak-anak hebat ini sudah ditonton 1.4 juta orang yang bangga dengan usaha mereka lakukan.
Kita sudah terbiasa menyebut Waalaikumussalam setiap kali kawan memaklumkan ada orang memberi salam kepada kita. Waalaikumussalam bermaksud “segala sejahtera ke atas kamu”.
Namun Waalaikumussalam ternyata bukanlah perkataan tepat cara menjawab salam yang disampaikan kepada kita sebaliknya ia perlu dijawab lain dan masa yang sama kita perlu tahu sama ada lelaki atau perempuan yang menyampaikan salam kepada kita.
Dari satu perkongsian di Tik Tok @hafiiz_hussin, Ustaz ini berkongsi cara menjawab salam yang betul setiap kali orang menyampaikan salam kepada kita.
Menurut Ustaz Hafiiz, kita kena tahu siapa yang menyampaikan salam kepada kita. Lelaki atau perempuan?
Kalau lelaki, kita seharusnya menjawab”Alaika Waalaihissalam” yang bermaksud Alaika (ke atasmu (lelaki) dan Waalaihissalam (dan ke atasnya salam sejahtera).
Katanya lagi, ramai yang menjawab Waalaikumussalam setiap kali orang berkirim salam namun cara menjawab itu salah (kurang tepat).
“Mungkin ramai yang tak tahukan cara yang sebetulnya kita nak jawab salam orang yang kirim salam pada kita,” katanya menambah kalau orang yang berkirim salam itu lelaki dan yang menyampaikan salam itu juga adalah lelaki, maka cara jawabnya ialah ”Alaika Waalaihissalam”.
“Tapi kalau yang menyampaikan itu adalah perempuan maka cara jawabnya adalah “Alaiki Waalaihissalam”. Alaiki bermaksud ke atasmu (perempuan) dan Alaihassalam (dan ke atasnya perempuan salam sejahtera)
“Bezanya pada “ka” bagi lelaki dan “ki” bagi perempuan.
Seterusnya kalau yang menyampaikan salam itu juga perempuan maka kata Ustaz Hafiiz cara jawabnya ialah “Alaiki Waalaihissalam”. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah perempuan dan yang menyampaikan salam itu adalah lelaki maka cara jawabnya adalah “Alaika Waalaihassalam”.
“Jadi bezanya di sini adalah “Alaika” untuk lelaki dan “Alaiki” untuk perempuan. Dan kalau yang berkirim salam itu adalah lelaki akan jadi “Alaihissalam”. Kalau perempuan akan jadi “Alaihassalam”.
Bagaimana pun jawapan Waalaikumusalam itu tidaklah salah tapi ia merujuk kepada ramai.
Melancong bersama keluarga mahupun teman-teman memang menyeronokkan. Walau bagaimanapun sebagai Muslim, kewajiban untuk mengerjakan solat mesti dijaga sebaik-baiknya.
Semasa melancong atau bermusafir kita dibenarkan atau diberi kemudahan untuk melakukan solat jamak dan qasar.
Tidak kira musafir ke tempat jauh atau dekat, isu solat tidak boleh dipandang remeh.
Antara sedar atau tidak, ramai yang melakukan kesalahan berulang akan hal yang wajib seperti solat.
Jadual penerbangan ke Seoul Korea kira-kira jam 2.15 petang. Sebelum menaiki kapal terbang, kami sempat solat jamak zohor asar di surau lapangan terbang. Perjalanan mengambil masa selama 6 jam perjalanan. Waktu perbezaan pula adalah di Korea 1 jam awal berbanding di Malaysia. Sampai je di airport Incheon kami menaiki mpv untuk ke hotel. Airport ke hotel mengambil masa selama 45 minit. Kami mengerjakan solat jamak takhir maghrib isyak di hotel sahaja. Untuk makan malam pula kami cuma makan di bilik hotel sahaja kerana kepenatan berada lama di dalam flight.
HARI KE DUA Bermula pengembaraan kami di bumi Seoul Korea. Seawal pagi kami keluar hotel menuju ke Istana Gyeongbokgung yang menjadi mercu tanda istana lama yang dikenali sebagai istana yang diberkati syurga. Kami sempat menyaksikan persembahan upacara pertukaran pengawal dengan penuh istiadat.
Perjalanan diteruskan di Insadong street di mana pelbagai cenderahati yang bermotifkan kebudayaan Korea ada dijual di sini. Ianya tidak jauh dari Istana Gyeongbokgung. Di sini juga kami menikmati makan tengahari di restoran Nirvana Halal Kitchen yang menyediakan makanan menu india muslim. Kami juga mengambil kesempatan solat jamak zohor asar di restoran ini dan mereka juga menghormati dan memahami permintaan kami untuk bersolat di situ.
Setiap kali makan di restoran halal dan lazimnya waktu tengahari, kami akan pastikan telah masuk waktu zohor untuk memudahkan kami menumpang solat di restoran tersebut kerana bagi kami restoran halal dan pastinya ada menyediakan ruang solat untuk pekerjanya dan kami meminta izin untuk memnunaikan solat di situ.
Perjalanan diteruskan ke Bukchon Hanok Village dan Namsangol Hanok Village di mana tempat ini memaparkan perkampungan lama penduduk Korea pada zaman dahulu.
Waktu solat maghrib dan isyak kami akan lakukan di bilik hotel.
HARI KE TIGA Perjalanan hari ketiga diteruskan untuk ke Pulau Nami di mana pulau ini sangat terkenal dengan drama Korea ‘Winter Sonata’ Saya yakin ramai yang mengetahui drama tersebut. Ia dipanggil Pulau Romantik Winter Sonata kerana penggambaran drama tersebut di Pulau Nami ini. Sangat cantik dan indah. Seharian kami menyelusuri pulau ini. Untuk makan tengahari, ada restoran Asian cuisine yang menjanjikan restoran ini adalah restoran halal. Kami menikmati makan di sini.
Dan untuk solat, ada disediakan Musolla Prayer Room yang sangat selesa dan luas di sebelah restoran tersebut dan selepas makan tengahari kami terus menunaikan solat jamak zohor asar. Pulau ini mesra muslim.
Setelah seharian menikmati indahnya pulau ini, kami pulang ke hotel dan menunaikan solat jamak maghrib isyak dan berehat.
HARI KE EMPAT Rugi rasanya jika ke Korea tidak merasai taman tema yang terbesar dan paling seronok iaitu Everland. Perjalanan mengambil masa kira kira 1 jam setengah dari Bandar Seoul dengan menaiki bas. Kami menghabiskan masa setengah hari di sini, bermain dan merakam gambar untuk kenangan. Kami makan tengahari dengan membawa bekal dari hotel untuk alas perut.
Selepas berpuas hati Everland ini, kami meneruskan perjalanan ke Itaewon iaitu Bandar yang dikenali sebagai Bandar muslim. Sesampai je di Itaewon ini kami ke satu satunya masjid yang gah berada di Korea ini untuk menunaikan solat jamak takhir asar zohor.
Sepanjang perjalanan di Bandar Itaewon ini pelbagai restoran muslim yang kami jumpa. Hampir kesemua restoran di sini adalah halal. Ramai juga jumpa orang orang muslim seperti Indonesia, Pakistan. Arab dan tidak kurang dari Malaysia sehinggakan kebanyakkan pekerja di restoran restoran ini fasih menggunakan bahasa Melayu. Patutla orang namakan ia Bandar muslim. Kami tidak melepaskan peluang makan makanan street food yang pelbagai.
Setelah beberapa jam menikmati Bandar muslim ini dan menikmati pelbagai makanan, kami sekali lagi solat di Seoul Central Korea ini untuk menunaikan solat jamak Maghrib Isyak.
Dan pulang ke hotel dengan senang hati.
HARI KE LIMA Hari kelima masih bersemangat seperti hari hari sebelumnya. Pagi pagi kami keluar untuk ke Namsan Tower yang menjadi mercu gah orang Korea. Mendaki ke Namsan Tower ini dengan menaiki cable car dan apabila sampai di puncak, kita boleh menikmati panorama keseluruhan Bandar Seoul yang sangat indah. Banyak juga yang menarik di atas ini antaranya adalah padlock love di mana boleh abadikan nama yang digantung di sepanjang jalan di Namsan Tower ini.
Selesai menikmati, kami turun juga dengan menaiki cable car dan terus ke restoran yang famous di kalangan orang Malaysia iaitu ‘kampungku.’ Restoran ini sangat dekat dengan Namsan Tower dan terletak tengah Bandar Seoul.
Pelbagai hidangan yang disediakan dari makanan Korea itu sendiri, nasi lemak, nasi goreng, pizza, makanan barat dan banyak lagi. Seperti biasa waktu makan adalah waktu terbaik untuk kita mengambil kesempatan untuk solat jamak zohor asar sebelum meneruskan perjalanan. Di restoran ini ia juga menyediakan ruang solat yang luas dan selesa di tingkat 3 restoran tersebut.
Perjalanan di teruskan ke Myeongdong street. Syurga bagi wanita yang suka dengan barangan kosmetik dan penjagaan kecantikan. Di sini terdapat pelbagai street food terutaman makanan korea yang harus dicuba. Cuma perlu berhati hati dalam pemilihan untuk mencari makanan halal. Kami mengambil inisiatif di mana memilih makanan yang tidak berasaskan haiwan dan memilih untuk mencari kedai yang ada mempamerkan logo halal.
Sepanjang di bumi Korea, kami banyak mengambil buah buahan untuk mengalas perut dan memberikan tenaga yang baik sepenjang perjalanan.
HARI KE ENAM Pagi ini kami sempat membeli cenderahati untuk di bawa pulang ke Malaysia di pasar Namdaemun kerana pasar ini buka seawal jam 6 pagi. Jam 11 kami bertolak dari hotel ke airport untuk pulang ke Malaysia. Selepas check in luggage, kami terus makan tengahari di restoran halal yang berasaskan indian food dan solat jamak zohor asar di sini.
“Sesungguhnya Allah suka dilaksanakan rukhsah (keringanan) yang diberikan olehNya seperti Allah membenci dilakukan maksiat kepadaNya”. (Hadis riwayat Ahmad).
VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download
sekarang ya?
Batas aurat Muslimah di hadapan wanita bukan Islam sering menjadi persoalan. Ketahui pandangan jumhur ulama, penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan serta panduan menjaga aurat mengikut syariat Islam.