Sebelum berkahwin fikir secara mendalam, hadam baik-baik maksud perkahwinan yang sebenar.

‘Kahwin sebab nak elak zina.’ Perkahwinan bukan semata-mata hendak halalkan hubungan, ada amanah menanti yang perlu dipikul. Khatam dulu bab amanah dan tanggungjawab, barulah berkahwin.

Jangan terlalu ikut hati dan perasaan hingga meletakkan nafsu di tempat pertama kerana perkahwinan bukanlah melibatkan seks saja, ada perkara lain perlu diambil kira.

Sedarlah perkahwinan adalah untuk seumur hidup, bukannya sehari dua iya. Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali ini dan hadam baik-baik peringatannya:

Artikel Berkaitan:

Suami Minta Izin Kahwin Lain, Ini Hukumnya Isteri Halang Keinginan Suami Tambah Cawangan

Kahwin Sebab Nak Elak Zina

Saya hendak kongsikan petikan emel sorang pelajar IPT (Institut Pengajian yang dipanjangkan kepada saya oleh Admin Bina Bahagia Services. Moga jadi panduan bukan saja kepada anak-anak pelajar tapi buat semua…

“Puan, saya masih belajar di kolej dan telah berkawan rapat dengan seorang gadis. Dah banyak kali kami hampir terlanjur tapi syukur selamat, ringan-ringan saja.

‘Masalahya saya sudah cakap dekat mak, ayah saya hendak kahwin tapi mak dan ayah tak benarkan sebab masih belajar. Saya tak ceritalah masalah saya itu. Saya hendak kahwin puan sebab hendak elakkan zina….”.

Perkahwinan Bukan Semata-mata

Alasan mudah anak-anak muda hari ini dan juga menjadi alasan ramai suami yang hendak poligami konon kahwin sebab nak elak zina.

IKLAN

Mmm betullah zina perlu dielak tapi persoalannya, kenapa dekati zina?

Zina tak perlu dielak kalau tak didekati.

Ingat ya!! Perkahwinan bukan semata-mata menghalalkan hubungan seksual! Ulama-ulama menetapkan lima hukum perkahwinan kepada seseorang khususnya lelaki iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus.

Hendak Halalkan Hubungan

Seseorang lelaki dikategorikan sebagai wajib berkahwin apabila mereka mampu dari segi fizikal dan kewangan malah dibimbangi sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.

Lelaki yang sunat berkahwin ialah mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin. Bezanya mereka tidak bimbang akan terlibat dengan zina sekiranya tidak berkahwin.

IKLAN

Lelaki yang haram berkahwin pula ialah mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin. Haram juga bagi lelaki yang berkahwin dengan tujuan untuk memudaratkan isterinya.

Lelaki yang tergolong dalam senarai makruh berkahwin ialah mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.

Lelaki yang harus berkahwin pula ialah mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

Ada Amanah Menanti

Koreksi diri, di mana kedudukan anda? Elak zina bukan alasan wajar. Perkahwinan bukan seks semata-mata tapi banyak prinsip, amanah dan tanggungjawabnya. Khatam dulu bab perkahwinan baru fikir nak kahwin.

Teruk sangat sudah kes cerai dalam tempoh perkahwinan tak sampai lima tahun (tempoh ditentukan pakar perkahwinan untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri) sekarang ini, janganlah tambah lagi, tolonglah!

IKLAN

#BersamaSuzanaGhazali
#HikmahKahwinUntukBahagia
#KahwinAdaAmanahDanTanggungjawab

Baca Di Sini:

‘Wanita Boleh Tangguh Keinginan, Suami Tak Mampu.’ Ini Sebabnya Rasulullah Suruh Isteri Tunaikan ‘Tanggungjawab’ Cepat-Cepat

Kashoorga : Sebelum berkahwin fikir secara mendalam, hadam baik-baik maksud perkahwinan yang sebenar.

Sumber : Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI