Media sosial menjadi medan mudah menyebarkan pelbagai ilmu. Ada menyampaikan ilmu dakwah, hiburan, kewangan dan lain-lain mengikut apa yang mereka fikirkan. Namun sejak semalam, kecoh ada invidivu yang telah menulis info mempertikaikan mengenai Imam Al Bukhari sekaligus mendatangkan kekeliruan bagi yang mula mendalami agama.
Hal ini ternyata telah membuatkan ramai Ustaz-ustaz berkelayakan “membalas” kenyataan tersebut. Isu ini turut diulas oleh pengguna fb Syapik Hassan yang menulis panjang lebar di fbnya.
Ini sebahagian dari kenyataan dari Syapik Hassan.
“Orang belajar ilmu hadis bertahun-tahun, Maulana Hussein tu, Maulana Ihsan tu, Ustaz Khafidz Soroni tu, Syeikh Nuruddin tu, belajar ilmu hadis dan alat hadis bertahun-tahun. Kau baru tengok 10 video ceramah kat Youtube, baca belas-belas artikel kat Facebook, baca beberapa bebenang lahanat kat Twitter, SESUKA HATI JE PERLEKEH DAN KONDEM IMAM BUKHARI?
Cermin dulu ilmu kau tu taraf mana dibandingkan dengan imam masjid kampung / taman perumahan kau dulu. Kalau sunat ab’adh sunat hai’at dalam solat pun ko tak tau, makna doa iftitah dalam bahasa melayu pun ko tak tau, baik kau bertaubat je la dari jadi perosak agama.
Dalam pada itu, Ust Hafiz Al Za’farani (HAZA) menulis panjang lebar mengenai Imam Al Bukhari dan kelayakan indovidu perlu capia sebelum bergelar pakar hadis. Mudah untuk kita fahami kerana bahaya jika kita ikut-ikutan.
**media[371522]**
SIAPA IMAM AL BUKHARI?
Imam al-Bukhari dilahirkan pada 13 Syawal 194 Hijrah di bandar Bokhara, di bahagian timur negeri Uzbekistan. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kanak-kanak, dan ibunya membesarkan beliau bersendirian. Ibunya memelihara dan mendidiknya dengan penuh ihsan serta berkorban untuk memberikan pendidikan yang terbaik kepada beliau. Semasa kecil lagi, nilai intelek Imam Bukhari telah teserlah. Beliau amat warak dan mempunyai daya ingatan yang luar biasa serta mempunyai kesungguhan dalam pelajarannya. Diriwayatkan bahawa ketika di dalam belasan tahun, beliau sudah menghafal 70,000 hadis Rasulullah SAW
Pengajian Hadis
Ads
Ketika berumur 16 tahun, Imam Bukhari pergi ke Makkah bersama ibunya untuk menunaikan Haji. Imam Bukhari terlalu seronok berada di Makkah sehinggakan beliau memanjangkan tempoh lawatan di Makkah untuk membolehkan beliau berguru dengan cendekiawan di Makkah. Pada umur 18 tahun, Imam Bukhari menerbitkan bukunya yang pertama mengenai sahabat-sahabat Rasulullah SAW, dan selepas itu buku sejarah bertajuk “Al-Tarikh-al-Kabir”.
Imam Bukhari amat meminati sejarah dan hadis-hadis Rasulullah SAW dan menumpukan banyak tenaga bertemu dan belajar dengan cendekiawan yang terulung untuk mempelajari dan membahaskan hadis Rasulullah. Imam Bukhari melawat Damsyik, Kaherah, Baghdad, Basra, Madinah dan tempat-tempat lain untuk belajar dan membincangkan hadis-hadis yang dipelajari. Semasa di Baghdad, Imam Bukhari selalu berbincang dengan Imam Ahmed Hanbal, pengasas fahaman (mazhab) Hanbali.
Semasa pengembaraannya, Imam Bukhari hanya mempunyai satu matlamat – mengumpulkan seberapa banyak ilmu yang mungkin boleh dikumpul untuk membolehkan beliau membuat pengumpulan yang terbesar sunah hadis Rasulullah SAW. Beliau begitu giat menulis, dan pada satu ketika berkata “Saya sudah menulis mengenai 1800 orang, setiap satunya meriwayatkan hadis Rasulullah SAW, dan saya hanya menulis mengenai mereka yang lulus ujian yang ditetapkan.”
Imam Bukhari mempunyai ingatan yang mengkagumkan dan sumbangannya terhadap sains pengumpulan hadis tidak dapat ditandingi. Beliau merakamkan hadis Rasulullah SAW dalam buku “Al-Jami-al-Sahih”. Dia membuat penyelidikan selama 16 tahun dan meneliti 600,000 buah hadis sebelum memilih 7,525 buah hadis yang beliau berpuas hati menepati takrif kesahihan yang beliau tetapkan.
PERINGKAT GELARAN PAKAR HADIS
Menjadi ahli/pakar hadis menjadi rebutan ramai pada akhir zaman ini. Sedangkan para alim ulama begitu tawadhuk tidak mahu menyandang gelaran ini. Terdapat beberapa peringkat gelaran bagi ahli hadis, saya akan senaraikan dari peringkat tertinggi :-
Ads
1) Amirul Mukminin Fil Hadis
* gelaran yang diberikan kepada tokoh paling menonjol pada zamannya dalam bidang hafalan dan dirayah hadis serta segala cabang-cabangnya. * gelaran ini diberikan oleh ulama sezaman dan terkemudian daripadanya sebagai penyaksian terhadap kedalaman ilmu hadisnya * antara yang mendapat gelaran ini ialah : • Imam Syu’bah ibn Al-Hajjaj • Imam Bukhari • Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
2) Al-Hakim
* ulama yang menguasai seluruh ilmu hadis sehingga tidak ada yang tertinggal baginya serta mengetahui setiap ta’dil dan tajrih bagi perawi hadis yang dihafalnya. * menghafaz melebihi 300,000 hadis termasuk sanad yang lengkap * antara yang mendapat gelaran ini ialah : • Imam Malik bin Dinar • Imam Laith bin Saad • Imam Al-Hakim An-Naisaburi
3) Al-Hujjah
Ads
* ulama yang memiliki pengetahuan sempurna mengenai hadith dari aspek matan dan sanad hadith, perihal perawi dari sudut al-jarh wa al-ta’dil serta tarikh kelahiran dan kewafatan mereka. * menghafaz tidak kurang daripada 300,000 hadis berserta perawi yang lengkap * ulama yang tergolong dalam gelaran al-Hujjah ini antaranya: • Imam Sufian bin Uyainah • Imam Al-Darimi • Imam Al-Tabrani
4) Al-Hafiz
* Seseorang yang masyhur menuntut ilmu hadis di kalangan ulama dan mengetahui tabaqat perawi-perawi dan martabat mereka. * Mengetahui al-tajrih dan al-ta’dil, membezakan antara sahih dan sebaliknya, sehingga hadith-hadith yang dihafal melebihi 100,000 hadis. * antara ulama yang tergolong dalam gelaran ini ialah : • Imam Al-Mizzi • Imam Al-Baihaqi • Imam Al-Suyuthi
5) Al-Muhadith
* Al-Muhadith merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadith riwayat, dirayah serta mempunyai pengetahuan mengenai sebahagian besar hadith-hadith dan para perawi pada zamannya. * Gelaran ini adalah lebih tinggi daripada gelaran al-musnid * Antara ulama yang tergolong dalam gelaran ini : • Maulana Zakaria Al-Kandahlawi • Syeikh Mahmud Said Mamduh • Syeikh Taqi Uthmani
6) Al-Mufid
Al-Mufid : * Seseorang yang terhimpun pada dirinya syarat-syarat al-muhaddith, serta memenuhi keahlian untuk memberi manfaat kepada para pelajar yang menghadiri majlis mendengar dan menyalin hadith. * Ia adalah suatu mertabat yang digunakan pada kurun ketiga hijrah.
7) Al-Musnid
* Seorang perawi yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri, sama ada dia mengetahui maknanya atau tidak, melainkan sekadar meriwayatkannya semata-mata. * Ulama yang menghimpunkan sanad yang banyak dari kebanyakan Al-Muhadith di zamannya. * Antara ulama yang digelar dengan Al-Musnid : • Syeikh Alawi Al-Maliki • Maulana Syah Waliyullah Al-Dahlawi • Syeikh Yasin Al-Fadani Inilah darjat-darjat bagi pakar hadis berserta syarat-syarat yang mesti dipenuhi. Disediakan oleh: Ust Hafiz Al Za’farani (HAZA)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setiap tahun, apabila tiba ke penghujung, ramai akan bercerita keseronokan meraikan sambutan tahun baru. Malah banyak syarikat-syarikat korporat dan juga kementerian mengadakan sambutan bagi meraikan kedatangan tahun baru dengan acara nyanyian, tarian termasuk pertunjukan bunga api.
Di sebalik tahun baru yang akan menjelang tidak sampai 10 hari lagi, penceramah terkenal dari seberang Ustaz Abdul Somad sudah mengeluarkan ingatan kepada muslim agar tidak meraikan sambutan tahun baru.
Menurut Ustaz Abdul Somad, tradisi malam tahun baru merupakan tradisi kaum Yahudi. Di mana jika tahun baru, akan ditiupkan terompet dari tanduk kerbau. Itu perjanjian lama. Sebaiknya jangan beri anak-anak lakukan tradisi seperti itu,”katanya dalam satu temubual bersama Dakwah Cyber.
Apa yang sebaiknya dilakukan oleh umat Islam sempena kedatangan tahun baru itu? Kata Ustaz Abdul Somad, tanggal 31 hb itu boleh diisi dengan muhasabah diri atau membuat penilaian tentang pencapaian setahun apa yang telah dilakukan. Kalau tidak muhasabah diri, habis Isyak sebaiknya tidur.Jangan ikut meraikan tiupan trompet dan sebagainya.
Tambahnya lagi, pandemic COVID-19 adalah satu teguran agar semua sedar bahawa musibah itu datang dan menimpa manusia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Isma Halil fokus amal ibadat dalam penjara. “Makin lancar baca al-quran, yasin & jadi bilal.’ Benarlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kadang-kadang daripada kesilapan, manusia belajar sesuatu dan mula mendekatkan diri dengan Allah. Begitu juga yang dilalui oleh penyampai radio dan pengasas Bapakku FM, Isma Halil Hamzah, 49.
Isterinya, Nor Haslinda Abdul Manaf memaklumkan suaminya berada dalam keadaan baik ketika ditemui baru-baru ini. Jelas Haslinda, 50, dia bertemu suaminya di Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur, pada 9 Januari lalu dan gembira melihat suaminya sihat.
“Kali ini dia sangat gembira sebab ramai kawan-kawan datang memberikan sokongan di mahkamah. Setiap minggu dia akan hubungi saya dari penjara Sungai Buloh. Selain itu, saya dan anak-anak melawatnya di penjara dua kali sebulan.
“Setiap kali berjumpa, macam-macam diceritakannya kepada saya. Boleh dikatakan kalau tiada aral, hari-hari dia akan berpuasa bersama kawan-kawan. Dari sudut positif banyak pelajaran yang dia dapat di dalam sana,” katanya lagi.
Yasin & Jadi Bilal
Menurutnya, Isma Halil semakin fokus dengan amal ibadat, semakin lancar membaca al-Quran dan surah Yasin, menjadi bilal dan sebagainya.
“Katanya, petugas-petugas penjara yang dipanggil cikgu pun sangat-sangat baik. Di dalam sana, dia juga berpeluang bekerja dan bersukan.
“Dia selalu pesan mohon doakan dia. Dia tak sabar-sabar nak jumpa keluarga dan sahabat-sahabat. Juga dia tak sabar nak cerita pengalamannya kepada semua,” katanya.
Isma Halil Fokus Amal Ibadat Dalam Penjara
Pada 21 Februari tahun lalu, Isma Halil mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan mengedar dadah selepas pengakuan direkodkan buat pertama kali.
Mengikut pertuduhan, Isma Halil didakwa mengedar dadah jenis kanabis seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju, jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.
Keputusan lanjut kes ini akan diketahui pada 27 Februari ini di Mahkamah Tinggi.
Menerusi perkongsian Husna Ghani di akaun Instagramnya, solat ulang ini, mesti berjemaah dan perlu kekal dalam jemaah mulai awal takbiratulihram sampailah salam.
Dan kalaulah kita sebagai makmum, maka boleh ulang solat dua kali saja. Contoh, tadi pada mulanya, kita dirikan solat seorang diri kemudian berjemaah dengan suami dengan tujuan untuk peroleh pahala berjemaah.
Adapun kalau bagi suami, misalnya yang pertama solat di masjid, balik rumah ajak isteri pula berjemaah. Kemudian ibu singgah datang rumah, selepas itu ajak jemaah sekali dia boleh ulang solat tu. Sebab dengan tujuan membantu orang lain mendapatkan pahala jemaah.
Tapi jangan jadikan kebiasaan, sampaikan tanpa ada keperluan saja-saja nak solat dua kali sebab sudah jadi rutin harian tak bolehlah.
Balik Rumah Solat
Sebenarnya ramai yang tak tahu tentang solat ulang ini. Asalnya solat fardu dua kali dalam satu waktu ini, kalau tanpa ada sebarang keperluan hukumnya makruh.
Tapi kalaulah dia ulang solat itu untuk dia dapat pahala jemaah yang lebih besar daripada dia solat seorang maka sunat untuk diulang balik solat itu. Walau demikian, kalau dia tak nak ulang tiada masalah pun.
Dan solat ini kita hanya boleh buat kalaulah manfaat dia lebih baik atau lebih besar ganjarannya daripada solat yang pertama tadi.
Sebagai contoh, sebelum itu kita solat sendirian tetapi buat kali kedua ulang solat untuk solat berjemaah, jadi sudah tentu pahalanya lebih besar.
Bersama Anak & Isteri Pula
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dalam hal ini kami bahagikan kepada dua isu:
1. Seorang telah solat jemaah, kemudian solat sekali lagi untuk membantu orang lain mendapat pahala jemaah.
2. Seorang telah solat sendirian, kemudian solat sekali lagi apabila mendapati ada solat jemaah didirikan.
Ini Hukum Ulang Solat Fardu
Asalnya, hukum solat fardu sebanyak dua kali bagi satu waktu tanpa sebarang keperluan adalah makruh. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Umar RA:
لَا تُصَلُّوا صَلَاةً فِي يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ
Maksudnya: Janganlah kamu solat fardhu sebanyak dua kali dalam sehari.- Sunan Abi Dawud (579) dan Sunan al-Nasa’ie (860)
Hukum makruh mengulangi solat fardhu tanpa sebarang sebab ini telah diterangkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Ruwaihah dan Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah.
Adapun jika untuk mendapat pahala jemaah, maka disunatkan untuk diulangi semula bersama jemaah yang didapatinya. Inilah juga pandangan mazhab Maliki dan Syafi’e. (Rujuk ‘Aun al-Ma’bud bi Syarh Sunan Abi Dawud 2/202, Al-Fatawa al-Kubra, 2/283, Al-Mudawwanah al-Kubra 1/179 dan Raudhah al-Thalibin 1/343)
Ini berdasarkan hadith riwayat Jabir bin Yazid al-Aswadi RA:
Maksudnya:
Aku menghadiri solat Subuh bersama Rasulullah SAW di Masjid al-Khaif. Tatkala Baginda selesai solat, Baginda melihat dua orang lelaki di bahagian belakang yang tidak solat bersama Baginda. Baginda bersabda:
“Mengapa kalian tidak solat bersama kami?” Mereka menjawab: “Wahai Rasulullah, kami telah solat di tempat permusafiran kami. “Jangan buat begitu. Jika kalian telah solat, dan kalian datang ke masjid dan mendapati solat jemaah sedang berlangsung, hendaklah kalian solat bersama mereka, dan ia akan menjadi solat sunat bagi kamu.- Sunan al-Nasa’ie (858) dan Sunan Tirmidzi (219)
Sejak dari awal belajar solat semasa kecil kita sudah dibiasakan dengan satu lafaz zikir sewaktu rukuk dan sujud. Lafaz Subhana Rabbi al-‘Azimi wa Bihamdihi...